Thursday, October 4, 2012

Bisnes..bisnes...:)


PELUANG BISNES


INGIN TAHU PELUANG PERNIAGAAN?

Kini dengan RM60.00 anda boleh menjadi ahli (seumur Hidup-dapat Bussines Kit) dengan  belian 1 tin Alpha Lipid atau Slim Diet 2 dengan harga ahli.


(Gaji Bulanan Dijangka RM240-RM1000)



~ Apa yang anda pelu lakukan ialah berdaftar sebagai Pengedar dengan hanya membuat belian 30 tin, SEKALI SEUMUR HIDUP!
~ Belian 30 tin hendaklah dilakukan dalam masa sebulan oleh anda sendiri
ATAU
~Anda membuat belian 15 tin, manakala selebihnya anda daftarkan ahli biasa atau pengedar lain di bawah anda di mana jumlah keseluruhan belian anda dan network anda mestilah lebih 30tin, juga dalam masa sebulan.
ATAU
~ Anda perlu membuat belian 60 in, tetapi tanpa had masa. Contohnya anda membuat belian 5 tin setiap bulan, jadi selepas setahun ( 12bulan x 5tin) anda layak untuk menjadi pengedar di tahap Supervisor.


APA KELEBIHAN MENJADI SUPERVISOR?


# Lesen untuk WANG ROYALTI.Mudah bukan?


# RM30 untung runcit setiap tin = 30tin x RM30 = RM900


# Bonus Automatik Supervisor cek bernilai ~ RM240


# Rebet RM25 untuk pembelian tin ke 31 dan seterusnya.Ini bermakna anda memperolehi keuntungan RM55 untuk setiap tin yang dijual. 
(RM25 rebet + RM30 untung runcit)


# Bonus RM500 dengan mendaftarkan Pengedar/Supervisor baru

# Bonus RM150 bagi setiap Pengedar/Supervisor yang berdaftar 

di bawah pengedar anda (indirect)

#Royalti untuk Bonus Perniagaan Baru antara 2% hingga 4%


# Bonus RM25 untuk setiap tin dengan kemasukan Ahli baru 
yang membeli 3tin = RM25x 3 tin = RM75


# Bonus RM21 untuk setiap tin dengan kemasukan Ahli baru 
yang membeli 4 tin atau 5 tin


# Bonus RM17 untuk setiap tin dengan kemasukan Ahli baru 
yang membeli 6 tin atau 7 tin


# Bonus RM13 untuk setiap tin dengan kemasukan Ahli baru 
yang membeli 8 tin atau 9 tin


# Bonus RM9 untuk setiap tin dengan kemasukan Ahli baru 
yang membeli 10 tin -29 tin

# Anda mendapat Bonus Rangkaian sebanyak 4 peringkat(level) 
5% 5% 3% 3%= 16%


(Gaji Bulanan Dijangka RM1000-RM4000)

Daftarkan 2 orang Supervisor dalam masa 60 hari dan anda berada di peringkat Manager di mana potensi pendapatan anda adalah dari RM1000 hingga RM4000.


Setiap Supervisor yang anda daftarkan, anda akan menerima bonus RM500.Di sinilah semua Pengedar Alpha Lipid berjaya menemui Mesin Cetak Duit! Dan anda pastikan setiap Supervisor di bawah anda turut berada di pangkat Manager dalam masa yang terdekat selepas berdaftar sebagai Pengedar/Supervisor.


Ramai pengedar Alpha Lipid berjaya meraih pendapatan bulanan lebih RM5000 hanya dalam masa 1-3 bulan dengan menggunakan kelebihan Mesin Cetak Duit Ini.
# RM30 untung runcit setiap tin = 30tin x RM30 = RM900
# Setiap tin yang anda beli akan mendapat rebet RM25
# Bonus RM500 dengan mendaftarkan Pengedar baru (30 tin)
# Bonus RM150 bagi setiap pengedar yang berdaftar di bawah pengedar anda (indirect)
#Royalti untuk Bonus Perniagaan Baru antara 2% hingga 4%
Anda mendapat Bonus Rangkaian sebanyak 4 peringkat(level) 

5% 5% 5% 5%= 20%


(Gaji Bulanan Dijangka RM8000)

#1% jualan syarikat adalah milik anda setiap bulan! Ianya akan dikumpulkan dan anda akan menerimanya di Majlis Royalti.# Anda mendapat tabung pelancongan bernilai ~RM1000 sebulan dan layak melancong secara percuma ke destinasi pilihan syarikat sebanyak 2 kali setahun.

# Anda perlu mempunyai HANYA 3 orang Manager di bawah network anda dengan jumlah belian kumpulan sebanyak 600 tin.
# RM30 untung runcit setiap tin = 30tin x RM30 = RM900
# Rebet 25% KEKAL . Setiap tin anda akan mendapat rebet RM25
# Bonus RM500 dengan mendaftarkan Pengedar baru (30 tin)
# Bonus RM150 bagi setiap pengedar yang berdaftar di bawah pengedar anda (indirect)
#Royalti untuk Bonus Perniagaan Baru antara 2% hingga 4%
Anda mendapat Bonus Rangkaian sebanyak 5 peringkat(level) 
5% 5% 5% 5%2%= 22%
#Bonus Rangkaian Infiniti 2%

(Gaji Bulanan Dijangka RM 10 000)
#2% keuntungan syarikat adalah milik anda setiap 4 bulan!
# Anda mendapat tabung pelancongan bernilai ~RM1000 sebulan dan layak melancong secara percuma ke destinasi pilihan syarikat sebanyak 2 kali setahun.
# Anda perlu mempunyai HANYA 5 orang Manager di bawah network anda dengan jumlah belian network sebanyak 1,000 tin.
# RM30 untung runcit setiap tin = 30tin x RM30 = RM900
# Rebet 25% KEKAL . Setiap tin anda akan mendapat rebet RM25
# Bonus RM500 dengan mendaftarkan Pengedar baru (30 tin)
# Bonus RM150 bagi setiap pengedar yang berdaftar di bawah pengedar anda (indirect)
#Royalti untuk Bonus Perniagaan Baru antara 2% hingga 4%

Anda mendapat Bonus Rangkaian sebanyak 6 peringkat(level) 
5% 5% 5% 5%2%2%= 24%
#Bonus Rangkaian Infiniti 3%



(Gaji Bulanan $$$$$$$$$)
#3% keuntungan syarikat adalah milik anda setiap 4 bulan!
# Anda mendapat tabung pelancongan bernilai ~RM1000 sebulan dan layak melancong secara percuma ke destinasi pilihan syarikat sebanyak 2 kali setahun.

# Anda perlu mempunyai HANYA 8 orang Manager di bawah network anda dengan jumlah belian network sebanyak 2,000 tin.
#Gaji bulanan tebanyak sebagai pengedar di tahap Diamond setakat ini adalah 
RM 2**,***! ( Ratusan ribu sebulan)
# RM30 untung runcit setiap tin = 30tin x RM30 = RM900
# Rebet 25% KEKAL . Setiap tin anda akan mendapat rebet RM25
# Bonus RM500 dengan mendaftarkan Pengedar baru (30 tin)
# Bonus RM150 bagi setiap pengedar yang berdaftar di bawah pengedar anda (indirect)
#Royalti untuk Bonus Perniagaan Baru antara 2% hingga 4%
Anda mendapat Bonus Rangkaian sebanyak 6 peringkat(level) 
5% 5% 5% 5%3%2%= 25%
#Bonus Rangkaian Infiniti 4%

Thursday, September 27, 2012

Aku bahagia punya kamu

Assalamualaikum...

Aku bahagia punya kamu dalam hidup ku.. Utamanya adalah untuk Allah Yang Maha Esa.. Dia tak pernah meninggalkan aku walau sesaat...sebaliknya, aku yang selalu lupa padaNya... Semoga Allah mengampunkan segala kelalaianku ini...

Keduanya, Aku bahagia punya suami yang memahami aku terutama ketika aku membebal tak tentu pasal.. Hahaha.. Walaupun kadang2 dia sgtla leka dgn naruto..dengan one piece..dgn internet...dgn game.. tapi dia masih boleh bersabar terutama ketika aku membebal tak tentu pasal...tak dpat dibayangkan kalau dia bukan mcm tu dgn keadaan aku yang begini... Kalau diajak berbincang...mmg payah sbb kami selalu tak sependapat... kadang2 ayat2 dia, ayat2 tak menaikkan semangat... pedasss je kat telinga nie.. hehehe.. mcm mana pun dan 7 tahun kami kawin... anak pun dah 3.. semoga Allah merahmati perkahwinan kami hingga ke alam akhirat.. Amin...

Ketiganya... Aku bahagia punya Mak dan Adikku, Norazila.. Walaupun mak aku jenis yang sukar diramal emosinya.. tapi Alhamdulillah...aku melihat dia sentiasa menyokong kemahuan aku... Dalam sokongan pasti aada nasihat... Adik aku...ngeh..ngeh.. kalau tak puas hati pun tak lama.. jarang bergaduh kami nie.. Alhamdulillah... paling2 pun dia tgk tv je kat rumah kalau tak puas hati dgn aku.. pandai2la mengambil hati...

Keempatnya, Aku bahagia punya Liyana, Muazzam dan Safwan dalam hidup aku.. Anugerah dan amanah Allah yang Maha Esa utk aku n suami... Kalian la racun, kalian la penawar... bila melihat mata kalian, terus cair..bagai lilin dibakar api... Walaupun kadang2 kelakuan kalian menaikkan darah Ibu..dan Ibu akan jadi gorila terkinja2 marah kalian...kalian pasti akan datang cakap kamu sayangkan Ibu (kecuali safwan yer.. belum pandai cakap...nagis pandai.. :)) Kena marah dgn ayah, cari ibu...kena marah dgn ibu, cari nenek.. muahahahha... Alhamdulillah..aku punya kebahagiaan sebagai seorang Ibu..

Kelimanya..Aku bahagia punya kawan2 yang sentiasa menyokong, memberi nasihat, memberikan galakan dan dorongan..walau ada antara nya yang sering memandang remeh padaku.. Alhamdulillah. Aku doakan agar Allah sentiasa merahmati kawanku2 didunia dan diakhirat kelak...

Keenam, aku bahagia punya Kakak2 yang penyanyang....mengambil berat... sporting dan gila2... kuikuikui.. Azlina Ab Aziz n Aniza Ab Aziz... walaupun kadang2 perangai menopos kalian datang...tapi tak lama.. hahaha... Tapi aku amat menyesal dgn abangku yang sorang... Azman Ab Aziz... walaupun dia waliku, namum aku tak nampak kasih sayangnya pada aku dan adikku..mungkin kami berlaian Ibu..

Ketujuh, Aku bahagia punya sahabat2 bisnes yang sentiasa memberikan galakan pada aku, walaupun aku ni sentiasa on off bisness... Sentiasa beri alasan utk tidak datang meeting... last2 nama aku expired dahhh... hahahha... keserasian itu penting...coaching itu juga penting.... :D

Kelapan... Aku bahagia punya Blogggg... disini akan kuluahkan isi hatiku... disini aku luahkan segalanya yang boleh diluahkan... Walaupun aku melawat dia sekali sekala.. dan datang hanya bila hati gundha gelana... tapi dia tetap dihati..

Monday, September 24, 2012

Kini..aku tengah mengira hari2 terakhir di Sekolah memandu Mazris..

1/10/2012- aku akan meletak jawatan sepenuhnya sebagai kerani di sini.. Sedih..memang sedih... 10 tahun aku dlm industri nie.. boleh dikategorikan pekerja mahirla...tapi aku dah tak boleh nak teruskan kerja nie dgn keadaan mcm nie... dah 2 tahun tak terima bonus.. gaji pun tak naik2.. duk tahap tu je.. mmgla permulaan aku tinggi, tapi aku mahir selok belok kerja nie.. dan bos pun sedia nak bayar... tapi kalau dah 3 tahun duk tangga gaji tu je..aku dah rasa "cukup..cukup sudah.. cukup sampai disini sahaja..." hehehe..

Dengan itu, aku n anak2 kena berpindah ke seremban.. duduk balik seremban sbb syam dah kerja Geolab dr 5hb hari tue.. Esok2, anak2 kena hantar pengasuh...rumah kena sewa sendiri.. Kuat ke tak aku nie..esp nak hantar anak2 ke pengasuh... Dapat ke pengasuh jaga anak2 aku sebaik mak aku jaga.. aku sebenarnya mmg tak kuat... dengan keadaan mcm2 kes sekarang ni..Rasa nak nagis bila pikirkan keadaan anak2 aku dibawah tanggungan org lain.. lemah otot2 aku nie bila memikirkan nya..

Muazzam bukan senang nak dijaganya.. lasaknya kemain.. aku risau, pengasuh pukul anak aku nanti.. Dia lain, unik... tak mcm budak2 sebaya dia.. aku risau kan dia.. risau sgt... Safwan pun.. dia kecil lagi... baru 7 bulan.. nak cakap pun tak boleh.. aduhai..mampu ke aku hantar org jaga anak2 aku nie.. gundah gelana sungguh hati aku ni.. rawan..bila tgk mata safwan pagi2 aku nak g kerja tu...mmg aku sanggup nak hantar kat sapa2 anak2 aku... biar aku jaga..tapi ekonomi syam tak mengizinkan... aku kena kerja utk back up dia..

Aku rasa tak nak pindah duk sana... aku nak duk sini... susah2 biar aku duk sini.. mak aku ada..adik aku dekat... tapi aku kena ikut cakap suami... aku tak pasti keadaan kami nanti... mcm mana kami nanti dgn segala serba kekurangan... anak2 dah biasa dgn kehidupan skrg...nanti bila pindah sana.. mesti dorang rasa kekurangan...

Semoga Allah kuatkan hati aku utk bertindak... Semoga ada jalan utk aku teruskan kehidupan dgn lebih baik bersama anak2 di sisi aku...

Monday, July 2, 2012

Menyayangi Anak Cara Rasulullah


Menyayangi Anak Cara Rasulullah
--------------------------------

Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai harganya. Menyayangi anak adalah perintah Islam, kerana Islam banyak mengajarkan kasih sayang kepada siapapun. Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam banyak memberikan contoh bagaimana cara menyayangi anak, seperti menciumnya, lemah lembut, belas kasihan, menahan marah dan memaafkan anak-anak.

Sebagai contoh pula, Rasulullah pernah memendekkan bacaan solatnya ketika mendengar anak menangis dan mengangkat anak jatuh berdekatannya ketika sedang khutbah serta mencium anak dan cucunya.

Mari kita sama-sama hayati cara Rasulullah menyayangi anak kecil:

Suatu ketika Rasulullah sallallahu 'alaih wasallam didatangi oleh seorang penduduk desa yang tidak suka mencium anak-anaknya. Rasulullah SAW bersabda, "Tiada kuasa aku (menolong kamu) jika Allah telah mencabut sifat belas kasih dari hatimu” (HR.Bukhari).

Rasulullah sallallahu 'alaih wasallam bersabda, ” Sesungguhnya Allah Maha Halus dan menyukai kehalusan. Dia memberikan sesuatu dengan dengan kelembutan dan Allah tidak memberikan sesuatu dengan kekerasan” (HR.Muslim).

Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu bahawa suatu hari Al Aqra bin Habis melihat Rasulullah sallallahu 'alaih wasallam sedang menciumi Al Hasan. Kemudian Al Aqra memberitahukan kepasa Rasulullah sallallahu 'alaih wasallam bahawa ia memiliki sepuluh orang anak tetapi belum pernah menciumi salah seorang diantara mereka. Rasulullah sallallahu 'alaih wasallam bersabda,"Barangsiapa yang tidak menyayangi maka ia tidak akan disayangi”. (HR.Tirmidzi)

Rasulullah sallallahu 'alaih wasallam bersabda, “Tidaklah sempurna keimanan seorang diantara kamu sebelum aku menjadi orang yang paling dicintainya daripada anak, orang tua, dan semua manusia”. (HR.Muslim).

Anas radhiallahu 'anhu mengatakan, “Belum pernah saya melihat orang yang lebih mengasihi keluarganya bila dibandingkan dengan Rasulullah sallallahu 'alaih wasallam” (HR.Muslim).

------------------
Sayangi anak-anak kita sebagaimana Rasulullah menyayangi anak-anak kecil. Mereka adalah amanah Allah kepada kita.

(Feel free to share)

Sukan Liyana

Ke Garisannnn Sedia mula... !
Sekali mikrofon cikgu jatuh pulakkk bukan honn....habis semua lari.. 

Cikgu tgh periksa sapa yang lebih garisan... :D

 see anak aku paling debab... apada.. lari pun dapat no 7 dr 8 orang.. sabo jela.. dia punya suka mcm dpt no 1.....
"jgn lari kuat2 tau..." kata liyana.. 


Menang... Johan cari gula2 dan bawa kon ice cream... Jadila nak... happy mcm menang pingat peringkat dunia.. :D

Penatla ...kata Muazzam

Org lain sukan...org lain yang penat dan tertidur dengan lenanya.... 

Hadiahhh

Nur Nadirah Sufiah yang sentiasa ceriaaa....


Kita tangkap gambar kita jela dik.. 

Saturday, June 30, 2012

Berpantang

Assalamualaikum...

Bila kita cerita pasal berpantang lepas bersalin...mmg ngeri..mcm2 tak boleh... itu tak boleh ini tak boleh.. esp bab makan... Masa bersalinkan Liyana, mmg ikut betul amalan berpantang..ialahkan..anak pertama.. kalau boleh tak nak lah lepas pantang longgar sana sini... kihkihkih...

Antara menu berpantang yang aku masih ingat ialah....tak boleh makan makanan bergoreng, berminyak, bersantan..Alasannya, takut nanti faraj tak ketat tak ngam mcam anak dara... Pastu tak boleh minum banyak air, takut berair... tak boleh makan buah yng sejuk2 takut berair juga alat sulit kita tue... Masa anak pertama ..yesss! mmg ikut giler..tambah lagi aku mmg tak cari ilmu berpantang sendiri...ikut je cakap mak..hehehe...

Masa berpantang juga tak boleh jerit2..nanti bentan...ibu jari kaki tak boleh langgar benda..nanti bentan juga.. tak boleh memaku, tak boleh panjat kerusi... duduk kena sopan2 ala2 wanita melayu terakhir, tak boleh pakai seluar..mandi tak boleh lama2...

Memmag stress kalau masa pantang nie.. untuk anak pertama ok lagi.. masuk no 2 no 3, 4,5,6...dan seterusnya, kita akan dapati banyak amalan berpantang yang kita tak dapat ikut... aku kata akula..bukan org lain... hahhaha...

Bila bersalinkan Muazzam secara pembedahan... secara automatik aku tak berapa nak ikut amalan berpantang ni..berbengkung mmg takdala.. seriau oo tempat jahitan..dah la panjang...org operate sejengkal.,..aku 2 jengkal.. beso bebenar muazzam ni..

Makan...??? Yess time ni mmg agak derhaka pada amalan berpantang... aku makan ayam..daging... tapi menu of kos la menu org pantang.. minum banyak air sbb nak susukan muazzam.. buah mmg makan hari2.. sayur jgn cakap..menu wajib sbb tak nak sembelit.. belah perut tu...seriau nak meneran... hahha..

Sebab musabab menu jadi totally jadi lain ialah...misi kat kg cakap..boleh je makan semua asalkan tak allergic pada makanan tersebut semasa ada luka... Mak aku time tu..aishh susah nak cakap... siap kata..ikut kaula..sakit kau yang tanggung... huhuhuhu...agak sedihla time tu... bukan apa..dah aku yang masak sendiri lauk pantang...tu yang aku ikut cakap doktor.. kihkihkih..boleh gitu... Tapikan....baru2 ni adala aku dengar dia borak2 dgn kawan dia, Kawan dia tanya masak apa org pantang..maklumlah baru jadi nenek...cucu 1st... Mak aku cakap.. Nor tu makan ayam, ikan, ikan bilis, sayur buah. hehehe.. muka tak mcm menyindir tapi mcm nak bgtau kawan dia..boleh makan apa2 pun...

Mak aku bila dah sebulan...dah tak strict sgt pantang makan... hehehe.. Alhamdulillah...

Ok, bab pantang jerit2 pulak.. itu mmg kena ikut... salah satu faktor penyebab ialah takut tombong... tahu tombong tu apa..?? tombong tu istilah mak2 bidan...saintifiknya.. kekenduran rahim..eh saintifik ke.. hahaha.. kalau salur peranakan dah terkeluar..haaaa bahaya.. kalau ikut doktor..potong terus kalau tak boleh diselamatkan.. tapi kalau mak2 bidan boleh tolak masuk dlm balik katanya... Aihhh ngeriii, bayangkan kita punya ttu terkeluar then tolak masuk dalam balik... kalau dah kena tombong tu.. apa pun tak selesa..nak jalan rasa ada benda ganggu...nak bersama? alahai sendiri bayangla.. kata mak urut aku.. kalau kena tombong tu then tak nak berubattt...laki mmg confirm cari lain.. hah! bayangkan... Cuba korang google gambar dia.. ngeri aku tgk.. http://hamidarshat.com/sakit-puan-informasi-214/150.html

Kemudian pasal panjat memanjat, jalan laju2.. aku rasa bukan apa pun... cuma takut pendarahan dan agak tak manisla kita yang lepas bersalin jln mcm org normal... takut jahitan terbuka pun iya..

Banyak aku cerita.. kalau ada yg salah maaf kan daku... :D

Friday, June 29, 2012

Jumaat

Assalamualaikum...

Selamat tengahari Jumaat semua...

Dah tengahri jumaat dah kan... 29 Jun 2012 Bersamaan 9 Syaaban 1433... Dan tak lama lagi nak masuk Ramadhan dah... Sekejap je masa berlalu... pejam celik..pejam celik umur aku dah 32 thn.. Dulu berangan2 nak naik haji masa umur 40thn.. bila tgk jangka masa nak ke 40 tu tinggal 8 thn je lagi.. Sempat ke tak ni simpan duit..

Cerita haji ni adalah rentetan sentakan Cikgu azim yang duk push aku hari2 join dia buat Insurans... Alahai..aku bukan tak nak join...cewahh..tapi faktor masa, anak, kerja menghalang aku... dan sebenarnya aku tak tahu teknik2 berkesan utk ajak org beli insurans aku... Dia kata aku ada kelebihan berborak menjadi mesra.. hehehe..maksudnya kalau org dtg daftar kat sini...aku tak kenal pun org tu sapa.. datuk ka..datin ka..pakcik kah.. semua aku layan dgn mesra...tiada diskriminasi.. Eh azim nie.. mmgla kan aku kerja 'customer services' hehehe... mestila senyum walaupun kelat dan pahit utk ditelan...esp time kena maki hamun n kena perli dan sindir oleh customer...

Dan kerana kemesraan aku jugala agaknya, ramai yang join aku masuk home party business mcm Zhulian, Amway... Alamak kak... saya tak boleh nak peruntukan masa pergi kelas malam la kak... hehehe.. ---> alasan aku yang biasa... Mana tak nya.. Isnin (mak aku kelas ngaji, aku jaga anak, hisam tentu2 balik jarum jam dekat2 kul 9mlm...) Selasa ok free (takde kelas pulak), Rabu-Jumaat (liyana mengaji-hantar kat ustazah.. kalau aku yang ajar, confirm dia tak ngaji...byk lari dr duduk ngaji) sabtu ahad (time nila nak rehat rasanya...) Tapi kakak tu kata...'nak berjaya kena korbankan masa'... :D Tapi aku belum sanggup korbankan perasaan mak aku jaga anak aku mlm2 (dahlah siang jaga, mlm pun jaga) hehee.. tang tarik muncung 14 tu yang maleh... biarla tak kaya, asalkan mak aku senang hati...

Kalau dibaca2 balik, serius aku rasa aku ni byk negatif dr positif... tapi nak kaya.. hahaha...


Anak aku ni...kuku dah mcm pontianak dah ..panjang betul.. Ayah dia je yang boleh potong kuku dia..kalau aku....dia tak takut...Siap nagis time ketip kuku...ayah dia rilek je.. :D
Budak kecik ni...lagi rilek...kakak dia jerit2 nagis.. dia hisap jari...nyum..nyum..sedapppp!




Thursday, June 28, 2012

Kerja yang takkan habis

Assalamualaikum...
Banyak kerja salah.. takde kerja pun salah kan... Kadang2 aku selalu merugut sbb byk sgt kerja sampaikan takde masa rehat.. (masa fb ada pulak?) kerja kat pejabat ni dah mcm aku yang handle sorang gamaknya... penat tau! tapi bila pk2 balik.. nama pun makan gajikan.. kalau sampai tua makan gaji..sampai tuala mcm nie.. tolak tambah..tolak tambah...yes!!! inilah nikmat hidup... 

Kerja rumah..??? Walawee...takkan habis punya... kemas depan sepah belakang, kemas belakang sepah bilik... hari2 membebel je mulut aku nie... Aku rasa..aku ni  mengikut mak akula.. tak boleh rumah sepah... Cuba bayangkan tengah2 sembahyang, tiba2 ternampak kain yang berlonggok depan aku, kerjakan Liyana n Muazzam...terus tak khusyuk tau.. kena pejam mata gamaknya... baru rasa nikmat khusyuk sket... pastu dah bagi salam kanan... nampak pulak buku2 bersepah...salam kiri..nampak pulak brg2 wiring cik abg dah kena punggah oleh Muazzam... Ya Allah..bagila kekuatan dan semangat pada aku utk terus sabar...

Kadang2 fed up! bosan! menyampah rumah bersepah nie... celik2 mata je dah kena kemas rumah...sampaila jarum pendek dekat2 kul 8..barula terhegeh2 nak mandi, gosok baju.. siap2 nak g kerja... Balik rumah pun...sambung lagi kemas rumah... Hahahhaa... no wonderla aku tak terer masak....masa byk kemas rumah.. :D.. Alasan kena kemas rumah pagi2 ialah...sian mak aku...dia dah la jenis tak boleh rumah sepah2..kena kemas rumah aku pulak kang... jadi ku korbankan masa pagi utk kemas rumah... kadang2 tak sempat nak sarapan..walaupun sarapan mmg dah aku siapkan... cik abg akukan jenis sarapan pagi.. hehehe,.. kalau x sempat buat tu..kesian dia.. akula yang emo lebih2 ...dia ok je..

Kira2 aku membebel juga la nie kan... tapi takpe..blog aku bukan ramai baca.. hehehe... biar aku luahkan kat sini...

Masuk pejabat... kemas lagi..sbb takde makcik cleaner... sental jamban.. sapu sampah... penat woo... pastu layan customer.. kang kalau tak kemas pejabat, aku juga yang malu.. pejabat sepah2... Warrghhhh!!! sampai bila nak mcm nie... bosan betul!.

nasib baik ada budak kecik nie... Ni pun dah pandaiii...nak aku duk je tenung dia... Ibu byk kerjala sayang...

Bilalah nak pindah rumah sendiri... sepah pun aku tak kisah kot...! Hahaha.. ye ker????

Friday, June 22, 2012

Lunch yang terlewat

Assalamualaikum...


dah macam buah nenas dia buat lunch aku hari nie... 

jemput makan...

Bismillah..
.











Erkkk..Alhamdulillah...
Kenyangggg

Cooler Bag yang tertinggal...

Tak pernah aku buat2 tinggal cooler bag susu safwan...

Sampai2 je pejabat mcm ada yang tak complete... rupanya cooler bag takde... waaaa rasa nak nagis kau... sat g nak pam susu nak letak mana...??? iskk..iskk.. cari punya cari..punya cari..jumpa benda alah nie..



Sampul Pra bayar POS Laju....Hehehhee..

Tgk isi dalam...ada plastik letup2 tu... oh sesuai nie... Okla kan dr takde...

Minta tolong bos g belikan ais.. Boleh..?? hehehe.. Bos aku terus cakap.. ooo kau nak letak susu ye ita...
Ye bos.. cooler bag saya tinggalll....
ok2..lepas sarapan aku beli...
Hehhehehe... sportingkan bos aku... dan dia LELAKI.... hehehe...


Kat sinila kerja..kat sini la pam... hehehe...Line kena clear baru tenang nak mengepam.. 
Chaiyok! Norazita...

Doaku semoga dapat susukan Muhammad Safwan hingga 2 tahun... Aminnn
Anak2 lain asyik gagal jer.. Semoga dipermudahkanNya...


Thursday, June 21, 2012

Perkongsian Menarik dr http://diarihati.com/blog/2012/03/12/tentang-redha/


KONGSIKAN!
Sikap redha dengan ketentuan Allah didasari keyakinan teguh terhadap sifat – sifat Allah s.w.t seperti Maha Pengasih (al – Rahman), Maha Penyayang (al – Rahim), Maha Bijaksana (al – Hakim) dan Maha Mengatahui ( al – Amin).
Ia menyakini  bahawa pengetahuan Allah jauh lebih tinggi dan lebih luas jika dibandingkan pengetahuan semua hamba-Nya. Justeru, Allah lebih mengetahui sesuatu yang baik atau yang buruk untuk hamba-Nya daripada hamba itu sendiri.
Dan kerana sifat rahmat-Nya kepada makhluk, Allah hanya menentukan sesuatu yang terbaikuntuk hamba-Nya meskipun ketentuan itu kadang terasa pahit.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengatahui, sedang kamu tidak mengatahui.” (Surah al – Baqarah 2:216).
Allah menguji kita dengan sesuatu yang sangat kita sayang, kita diberi cubaan dengan kehilangan.  Allah menguji kita dengan sebuah impian yang amat kita harapkan, kita terduduk berlinang airmata saat impian kecundang… Anda juga pernah merasa begitu?
Ya.. Kita kan hamba pada-Nya yang Esa, kita juga hadapi ujian yang sama seperti ini. Sesungguhnya yakinlah DIA pemberi segala, kerana segalanya kepunyaan-Nya.
Saat ditariknya nikmat yang ada, DIA sedang mengaturkan untukmu sesuatu yang lebih berharga. Jangan bersedih, dunia ini tidak selayaknya ditangisi.
Yang kita dapat tidak semestinya yang kita pinta.. 
Yang kita minta belum tentu yang terbaik buat kita.. 
Yang terbaik buat kita tak semestinya Allah suka.. 
Belajarlah redha apa yang kita ada.. 
Itulah yang terbaik buat kita.. 
Walaupun itu bukan yang kita suka..
Pakar Diari Hati ]

Patah

Assalamualaikum.

Apa yang patah... nila yang patah..



Rantai tgn ni aku beli online...Rantai tangan 18k je pun, emas celup... Cantik pulak masa tgk kat fb.. Sekali aku baru nak bg mak aku pakai...dia patah pulak tang pencangkuk... Aishhh apa sudah jadi.. aku pun terus sms kakak tu tanya.. discus..punya discuss...punya discuss... nasib baik boleh ganti cangkuk tu... Sedih jugala kalau dah beli (biarpun murah) tapi tak boleh pakai... Hehehehe...

BTW tq kak azie sbb bagi kerjasama yang baik..

Saturday, June 16, 2012

Muhammad Safwan in action!

yeahhh ...nak mandi.. bolatnya mata...

ok ready! sila angkat sy bu... 

yeeee...dah mandi... baring japla dgn nadhirah... sian nadhirah..dia demam.. 

Makan minum time....Budak kecik nie..kalau menyusu...suka tau tarik2 baju... sabo jela... Ibu dah tido la nie.. :D

Friday, June 15, 2012

Penawar sakit kepala

Kebelakangan ni..aku asyik sakit kepala.. bhgn tepi2 dahi... Stress kerja ke @ stress apa benda aku pun x pasti... Nasib baik, ALhamdulillah production susu tak menurun... cuma keletihan yang amat sgtla..balik kerja je aku rasa nak tido jer.. tapi tak boleh pulak.. balik2 kerja je , terkejar2 nak siapkan anak, mandikan safwan yang comel... muazzam yang lasak... liyana pulak nak g ngaji.. masak..hantar liyana mengaji.. Fuhh dah mcm super mom dah aku.. semua buat sendiri... Kalau en suami balik awal bolehla dia hantar liyana. kalau tak...ambik aku..masa tula nak masak, mandikan anak2...siapkan makan liyana.. kang lapar pulak anak aku time mengaji... 

Sakit kepala ni akan dtg tghari sampaila malam... mungkin dengan keadaan cuaca yang sgt panas kebelakangan nie... Lepas siap semua house core..aku pun bam..bam dengan safwa, df..dgn aku2 sekali tido.. Isyak??? selalu sgt dah buat kul 3-4 pagi... kadang2 terlepas! aduhai..tak patut tu... suboh kang siap.. 6 rakaat menunggu.... Ke aku ni perlukan supllement... supaya cergas mergas menjaga anak, suami dan bekerja... :D

Oh lupa, tadi cikgu zahani bg tip mcm mana nak hilangkan sakit kepala... Nanti nak try..

Baca ayat nie.. Surah Al-Waqiah ayat 19, 7 kali  lepas solat..

Tambahan yang aku dpt dr en google..


Baca setiap 7x selepas solat.
Selawat dan ayat 19 tiup atas air dan minum.
Ayat 19 which will not cause them any intoxication or illness


Sakitla sgt kan kepala... sempat lagi tangkap gambar.....

Wednesday, June 13, 2012

Blogging semula

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Dah lama tak berblogging nie.. Bila buka je..tetiba dah confuse sbb dah bertukar.. hehehe...
Tengah slow memahami...

Rasa mcm nak aktif balik berblogging.. rindu nak coret coret kat muka blog....:D

baby baru yang tak berapa nak baru ...hehehe... 

Monday, February 27, 2012

Alhamdulillah....

Alhamdulillah... kini kami dikurniakan seorang lagi anak lelaki yang aku namakan, Muhammad Safwan yang bermaksud ikhlas dan cerdik... Semoga Muhammad Safwan menjadi anak yang soleh.. Amin..

Lahirnya pada 17/02/2012, pada hari jumaat yang barakah tepat jam 5.39am, di Hospital Serdang.. Alhamdulillah...kali ni nikmat bersalin normal... sakit, tapi Alhamdulillah...

Lahir dengan berat 3.6kg.. bersih dan Alhamdulillah sempurna anggotanya... Hilang segala kesakitan sewaktu melahirkannya, selepas melihat Muhammad Safwan didada...

Syukur Alhamdulillah...