Saturday, December 24, 2011

Info menarik.. _copy paste dr http://riezarchry.com/home/tipspasarmalam/

Cara Berniaga di Pasar Malam:


1.Survey lokasi

Survey dulu lokasi pasar malam. Aku luangkan seminggu just untuk survey lokasi pasar malam. Mesti cari yang betul-betul ramai orang, esp yang dekat dengan hostel.2.Cari tapak

Untuk mula berniaga di pasar malam, tak susah. Pergi ke tapak kosong dan tanya gerai sebelah kalau-kalau kau boleh berniaga kat tapak tu. Kalau boleh, terus je pacak payung atau khemah.3.Confirm tapak

JKK yang menganjurkan pasar malam akan datang minta sewa tapak (RM2-RM5/malam – ikut kawasan). Masa tu, kau tanya ada tak tapak kosong. Kalau ada, dia akan beritahu dan kau bolehlah pergi ke tapak tu untuk pasar malam berikutnya.4.Lesen meniaga

Bila dah confirm ada tapak (kau berniagalah dalam sebulan kat situ supaya peniaga kiri kanan boleh cam tu tapak kau), boleh apply lesen berniaga pasar malam di majlis perbandaran. Dorang akan minta kau isi borang dan cop dari JKK pasar malam.5.Rutin meniaga

Carilah lokasi pasar malam untuk setiap hari. Bila dah lama, semua dah jadi rutin, tapak pun dah tersedia untuk kau. Datang je, set up barang-barang dan berniaga.Barang yang kau perlukan:

1.Barang jualan

Wajiblah ada. Kalau tak, takkan nak jual badan di pasar malam, ye tak? Stok barang cari di kedai pemborong atau Mydin pun boleh.2.Plastik

Untuk bungkus barang bila orang nak beli. Walaupun agak remeh, jangan lupa sediakan sebab penting.3.Meja dan khemah/payung

Ini menampakkan bisnes kau proper. Ada juga yang bentang canvas dan berniaga. Bagi aku, tak salah nak wat camtu tapi kalau ada modal lebih, belilah meja. Jangan kedekut untuk labur sedikit supaya kau kelihatan bersungguh nak bisnes.



Kaki meja & papan meja = RM60 – RM80

Payung bulat = under RM100

Payung 4 segi = RM100 – RM120

Khemah/Kanopi = above RM150

4.Lampu

Boleh guna lampu bateri atau lampu letrik. Kalau lampu bateri, beli bateri kereta 2nd hand (under RM100) dan set lampu bateri (RM20 per set). Kalau guna generator, quite costly (RM300 paling murah).5.Kerusi

Kalau kau memang suka berdiri, takyah bawa. Kalau meniaga makanan yang memerlukan tong nasi, bawalah extra kerusi sebab kau memerlukannya untuk meletakkan tong nasi.Perkara yang kau perlu tahu:

1.Cara nak buka payung/khemah

Payung/khemah baru susah nak buka. Berlatih dulu kat rumah (ha ha)2.Komunikasi dengan customers

Pada pendapat aku, tak yah banyak cakap sangat tapi beri layanan terbaik. Jangan sombong, senyum jangan lupa.3.Sediakan duit syiling dan RM1

Terpulang pada harga barang jualan kau. Kalau semuanya takde sen-sen, duit syiling tak penting. Kalau kau jual harga RM5, takde sape akan bayar RM5.20.4.Cuaca tak baik

Khemah aku pernah melayang masa pasar malam sebab hujan lebat dan angin kuat. So, kalau masa angin kuat sangat, turunkan khemah atau payung serendah yang mungkin dan pegang kuat-kuat, simpan semua yang penting (handset!). Tunggu sampai reda.



Baiklah, aku rasa ni je yang aku tahu setakat ni. Harap-harap boleh membantu sesiapa yang nak berniaga pasar malam. Mula-mula aku baca buku ‘Pasar Malam’ tulisan Johar Seman, aku pun blank tapi bila dah masuk sendiri, dah clear. Senang juga rupanya nak cari duit, terpulang pada kita, rajin ke malas, bersungguh ke tidak. Dan yang penting, InsyaAllah, Tuhan limpahkan rezki pada orang yang rajin berusaha!

Copy paste dr : http://riezarchry.com/home/tipspasarmalam/

Friday, December 23, 2011

Beban kerja yang tak best

Adakala kita akan rasa bebanan  yang sepatutnya kita pikul tak sesuai dengan kemampuan kita... Boleh kan kita rasa mcm tue... Dulu..yes! bagila apa pun, aku boleh buat.. tapi kini, aku rasa mcm tak termampu nak pikul segala beban meban yang diberikan... Bila dah rasa mcm diberikan beban, maka kerja yang aku buat rasa mcm tak ikhlas... Aku rasa dan fikir "Kenapa aku yang kena buat...?" Kenapa aku!

Adakah sebab aku dah rasa malas ? Perlukah aku rasa bersalah? Aiiii... aku pun tak tahu mcm mana nak menolak... Ini la kelemahan aku! Kadang2 aku susah nak keluarkan pendapat aku, aku terus iyakan apa yang pada masa itu aku rasa betul... Tapi kalau semuanya kau bagi kat aku.. apakah tugas kau pula! Oh ya..aku lupa, aku dibawah kau... Aishhh mcm mana boleh terlupa...

Kini, aku merancang-rancang untuk beralih angin... Boleh? Aku rasa...aku tak mampu nak mengalas tugas ini lagi.. Aku rasa aku dah cukup stress memikirkannya... Aku rasa dah tak ikhlas nak melakukannya... Perasaan2 sepeti ini sepatutnya tak perlu ada pada aku skrg... Sekarang aku nak menikmati keindahan yang belum aku kecapi... Angan2 aku mmg banyak... tapi sekatan pun banyak... Boleh ke kau bantu aku mencapai nya....

Pasti tidak, sebab kau pun tersekat oleh halangan2 kau... Tiba2 aku teringat kata2 makcik "Berserahla hanya kepada Allah... Hanya Allah yang mampu memberikan apa yang aku inginkan... Hanya Allah... Hanya ALlah... Letakkan sepenuh kepercayaan kepada Nya... sepenuh pengharapan kepada Nya..."

Tuesday, December 20, 2011

kandungan ke-3

Pejam celik...pejam celik... dah 30minggu dah kandungan aku nie... untuk kali nie, tak mcm yang lepas2..hehehe... Kalau yang dulu2 (liyana n muazzam la tue) genap je 7 bulan, aku dah sibuk nak g scan jantina... kali nie...bukan tak excited nak tahu lelaki @ perempuan...tapi rasa2 mcm nak surprise... hehehe.. dan masa amat mencemburui aku... tak cukup2 masa bekerja dan berehat...

Kandungan ke-3 kali ni, aku rasakan amat2 letih bila balik kerja... mungkin aku dah makin berumur... hehehe.. kalsium kurang...ditambah dgn masalah diabetes nie... Tapi Alhamdulillah, diabetes terkawal... belum sampai perlukan suntkan insulin lagi....penat juga kalau dah tahu ada kencing manis nie... Selang 2 minggu kena ambil darah sampai 4 kali sehari...jam 8am, jam 10am, jam 2pm dan last sekali jam 8pm... pastu esok review... Doktor pun tak cek apa2 pun.. just review keputusan darah..dan bagi nasihat2 sket.. pastu habis.. sebulan sekali scan... tgk perkembangan tumbesaran bayi dlm perut...

Perkembangan setakat minggu lepas :- Berat Ibu : 69.5kg, BP : 90/60mmHg.
                                                           Berat baby : 1.524kg dan masih breech...
Cukup 34 minggu, kami sama2 akan ke Hospital utk check perut lagi dgn doktor hospital pulak... Checking dgn doktor hospital adalah untuk mengetahui samda Ibu boleh normal @ tidak utk melahirkan baby nie...

Persiapan untuk baby pun belum buat lagi... Aduhai.. serabut kepala nie.. hujung2 minggu ada je halnya... sampai tak sempat nak cuci baju baby (liyana n muazzam punya yang masih elok) dan shopping barang2 baby sket2.. Kalaula anak nie...dibuatnya keluar awal dr due... abisla ayah... kelam kabutla.. beg ke hospital pun belum ready... Hehehehe....Aku cukup rilek la kali nie... hehehe..

Masalah semasa mengandung pula... sama simpton masa mengandungkan liyana... letih amat, morning sickness, sakit belakang, krem kaki.. suka tido.. malas... Hahahaha... adakah aku mengandungkan baby girl..?? Tungguuuuu... aku pun tak pasti.. tapi ramai kata perut mcm perempuan... Sebenarnya, aku tak kisah sgt..perempuan ke lelaki ker.. sama je bagi aku... tapi kalau dpat lelaki aku suka.. hahaha.. dapat perempuan pun aku suka gakk... tak kisahla. janji dia sihat dan aku sihat...Amin...

Oh ya.. menceritakan tentang hisam pulak.. kali nie, aku tgk dia sgt2la caring terlampau2 kat kandunga kali nie.. Oh! rasa sungguh disayangi gitu.. hehehe.. kalau dulu2 susah nak dengar dia ckp mcm nie ..." Baby sihat hari nie..." @ " Ibu baring jauh sket dr katil, nanti muazzam n liyana lompat kena baby.."  @ "baby nak makan apa hari nie.." @ " Sian, ayah tgk ibu.. baby nakal tak hari nie" ... Hahahhaa... rasa kena karen wei... biar betik suami aku.. tapi okla kan... kalau tak asyik memendam rasa dan perasaan kan... Kuikuikui...

Ok.. sambung kerja... nati update lagi.. hehe.. kalau sempat la... tapi ada ke org nak baca nie... kuikuikui...