Saturday, December 24, 2011

Info menarik.. _copy paste dr http://riezarchry.com/home/tipspasarmalam/

Cara Berniaga di Pasar Malam:


1.Survey lokasi

Survey dulu lokasi pasar malam. Aku luangkan seminggu just untuk survey lokasi pasar malam. Mesti cari yang betul-betul ramai orang, esp yang dekat dengan hostel.2.Cari tapak

Untuk mula berniaga di pasar malam, tak susah. Pergi ke tapak kosong dan tanya gerai sebelah kalau-kalau kau boleh berniaga kat tapak tu. Kalau boleh, terus je pacak payung atau khemah.3.Confirm tapak

JKK yang menganjurkan pasar malam akan datang minta sewa tapak (RM2-RM5/malam – ikut kawasan). Masa tu, kau tanya ada tak tapak kosong. Kalau ada, dia akan beritahu dan kau bolehlah pergi ke tapak tu untuk pasar malam berikutnya.4.Lesen meniaga

Bila dah confirm ada tapak (kau berniagalah dalam sebulan kat situ supaya peniaga kiri kanan boleh cam tu tapak kau), boleh apply lesen berniaga pasar malam di majlis perbandaran. Dorang akan minta kau isi borang dan cop dari JKK pasar malam.5.Rutin meniaga

Carilah lokasi pasar malam untuk setiap hari. Bila dah lama, semua dah jadi rutin, tapak pun dah tersedia untuk kau. Datang je, set up barang-barang dan berniaga.Barang yang kau perlukan:

1.Barang jualan

Wajiblah ada. Kalau tak, takkan nak jual badan di pasar malam, ye tak? Stok barang cari di kedai pemborong atau Mydin pun boleh.2.Plastik

Untuk bungkus barang bila orang nak beli. Walaupun agak remeh, jangan lupa sediakan sebab penting.3.Meja dan khemah/payung

Ini menampakkan bisnes kau proper. Ada juga yang bentang canvas dan berniaga. Bagi aku, tak salah nak wat camtu tapi kalau ada modal lebih, belilah meja. Jangan kedekut untuk labur sedikit supaya kau kelihatan bersungguh nak bisnes.



Kaki meja & papan meja = RM60 – RM80

Payung bulat = under RM100

Payung 4 segi = RM100 – RM120

Khemah/Kanopi = above RM150

4.Lampu

Boleh guna lampu bateri atau lampu letrik. Kalau lampu bateri, beli bateri kereta 2nd hand (under RM100) dan set lampu bateri (RM20 per set). Kalau guna generator, quite costly (RM300 paling murah).5.Kerusi

Kalau kau memang suka berdiri, takyah bawa. Kalau meniaga makanan yang memerlukan tong nasi, bawalah extra kerusi sebab kau memerlukannya untuk meletakkan tong nasi.Perkara yang kau perlu tahu:

1.Cara nak buka payung/khemah

Payung/khemah baru susah nak buka. Berlatih dulu kat rumah (ha ha)2.Komunikasi dengan customers

Pada pendapat aku, tak yah banyak cakap sangat tapi beri layanan terbaik. Jangan sombong, senyum jangan lupa.3.Sediakan duit syiling dan RM1

Terpulang pada harga barang jualan kau. Kalau semuanya takde sen-sen, duit syiling tak penting. Kalau kau jual harga RM5, takde sape akan bayar RM5.20.4.Cuaca tak baik

Khemah aku pernah melayang masa pasar malam sebab hujan lebat dan angin kuat. So, kalau masa angin kuat sangat, turunkan khemah atau payung serendah yang mungkin dan pegang kuat-kuat, simpan semua yang penting (handset!). Tunggu sampai reda.



Baiklah, aku rasa ni je yang aku tahu setakat ni. Harap-harap boleh membantu sesiapa yang nak berniaga pasar malam. Mula-mula aku baca buku ‘Pasar Malam’ tulisan Johar Seman, aku pun blank tapi bila dah masuk sendiri, dah clear. Senang juga rupanya nak cari duit, terpulang pada kita, rajin ke malas, bersungguh ke tidak. Dan yang penting, InsyaAllah, Tuhan limpahkan rezki pada orang yang rajin berusaha!

Copy paste dr : http://riezarchry.com/home/tipspasarmalam/

Friday, December 23, 2011

Beban kerja yang tak best

Adakala kita akan rasa bebanan  yang sepatutnya kita pikul tak sesuai dengan kemampuan kita... Boleh kan kita rasa mcm tue... Dulu..yes! bagila apa pun, aku boleh buat.. tapi kini, aku rasa mcm tak termampu nak pikul segala beban meban yang diberikan... Bila dah rasa mcm diberikan beban, maka kerja yang aku buat rasa mcm tak ikhlas... Aku rasa dan fikir "Kenapa aku yang kena buat...?" Kenapa aku!

Adakah sebab aku dah rasa malas ? Perlukah aku rasa bersalah? Aiiii... aku pun tak tahu mcm mana nak menolak... Ini la kelemahan aku! Kadang2 aku susah nak keluarkan pendapat aku, aku terus iyakan apa yang pada masa itu aku rasa betul... Tapi kalau semuanya kau bagi kat aku.. apakah tugas kau pula! Oh ya..aku lupa, aku dibawah kau... Aishhh mcm mana boleh terlupa...

Kini, aku merancang-rancang untuk beralih angin... Boleh? Aku rasa...aku tak mampu nak mengalas tugas ini lagi.. Aku rasa aku dah cukup stress memikirkannya... Aku rasa dah tak ikhlas nak melakukannya... Perasaan2 sepeti ini sepatutnya tak perlu ada pada aku skrg... Sekarang aku nak menikmati keindahan yang belum aku kecapi... Angan2 aku mmg banyak... tapi sekatan pun banyak... Boleh ke kau bantu aku mencapai nya....

Pasti tidak, sebab kau pun tersekat oleh halangan2 kau... Tiba2 aku teringat kata2 makcik "Berserahla hanya kepada Allah... Hanya Allah yang mampu memberikan apa yang aku inginkan... Hanya Allah... Hanya ALlah... Letakkan sepenuh kepercayaan kepada Nya... sepenuh pengharapan kepada Nya..."

Tuesday, December 20, 2011

kandungan ke-3

Pejam celik...pejam celik... dah 30minggu dah kandungan aku nie... untuk kali nie, tak mcm yang lepas2..hehehe... Kalau yang dulu2 (liyana n muazzam la tue) genap je 7 bulan, aku dah sibuk nak g scan jantina... kali nie...bukan tak excited nak tahu lelaki @ perempuan...tapi rasa2 mcm nak surprise... hehehe.. dan masa amat mencemburui aku... tak cukup2 masa bekerja dan berehat...

Kandungan ke-3 kali ni, aku rasakan amat2 letih bila balik kerja... mungkin aku dah makin berumur... hehehe.. kalsium kurang...ditambah dgn masalah diabetes nie... Tapi Alhamdulillah, diabetes terkawal... belum sampai perlukan suntkan insulin lagi....penat juga kalau dah tahu ada kencing manis nie... Selang 2 minggu kena ambil darah sampai 4 kali sehari...jam 8am, jam 10am, jam 2pm dan last sekali jam 8pm... pastu esok review... Doktor pun tak cek apa2 pun.. just review keputusan darah..dan bagi nasihat2 sket.. pastu habis.. sebulan sekali scan... tgk perkembangan tumbesaran bayi dlm perut...

Perkembangan setakat minggu lepas :- Berat Ibu : 69.5kg, BP : 90/60mmHg.
                                                           Berat baby : 1.524kg dan masih breech...
Cukup 34 minggu, kami sama2 akan ke Hospital utk check perut lagi dgn doktor hospital pulak... Checking dgn doktor hospital adalah untuk mengetahui samda Ibu boleh normal @ tidak utk melahirkan baby nie...

Persiapan untuk baby pun belum buat lagi... Aduhai.. serabut kepala nie.. hujung2 minggu ada je halnya... sampai tak sempat nak cuci baju baby (liyana n muazzam punya yang masih elok) dan shopping barang2 baby sket2.. Kalaula anak nie...dibuatnya keluar awal dr due... abisla ayah... kelam kabutla.. beg ke hospital pun belum ready... Hehehehe....Aku cukup rilek la kali nie... hehehe..

Masalah semasa mengandung pula... sama simpton masa mengandungkan liyana... letih amat, morning sickness, sakit belakang, krem kaki.. suka tido.. malas... Hahahaha... adakah aku mengandungkan baby girl..?? Tungguuuuu... aku pun tak pasti.. tapi ramai kata perut mcm perempuan... Sebenarnya, aku tak kisah sgt..perempuan ke lelaki ker.. sama je bagi aku... tapi kalau dpat lelaki aku suka.. hahaha.. dapat perempuan pun aku suka gakk... tak kisahla. janji dia sihat dan aku sihat...Amin...

Oh ya.. menceritakan tentang hisam pulak.. kali nie, aku tgk dia sgt2la caring terlampau2 kat kandunga kali nie.. Oh! rasa sungguh disayangi gitu.. hehehe.. kalau dulu2 susah nak dengar dia ckp mcm nie ..." Baby sihat hari nie..." @ " Ibu baring jauh sket dr katil, nanti muazzam n liyana lompat kena baby.."  @ "baby nak makan apa hari nie.." @ " Sian, ayah tgk ibu.. baby nakal tak hari nie" ... Hahahhaa... rasa kena karen wei... biar betik suami aku.. tapi okla kan... kalau tak asyik memendam rasa dan perasaan kan... Kuikuikui...

Ok.. sambung kerja... nati update lagi.. hehe.. kalau sempat la... tapi ada ke org nak baca nie... kuikuikui...

Saturday, October 15, 2011

Aishhhh hari ini sungguh tak best... Aku dah silap masukkan calon untuk kursus.... Tak pasal2 calon kena tambah duit... Memang salah akula tu... mcm mana boleh salah tah...padahal mmg terang2 dia ambil 1 kelas jer... Ni yang buat tak best nak kerja hari ni...

Thursday, October 6, 2011

Otak berputar2....

Otak aku 2-3 hari ni duk berputar2.. nak switch dr status pekerja ke status bos... Hehehehe... Walaupun dah byk kali aku berangan2 nak switch, tapi tak juga terswitch2.... Tapi bila melihatkan keadaan semasa aku rasa masa dah sampai... Dlm otak ni duk pk nak buat apa dgn modal yang amat2 rendah nie....

Dulu ada jadi ejen dropship... tapi ada masalah stok kat pengeluar pula.. asyik takde.. dan kebetulan produk yang aku ambil tu mahal2 belaka...makan 200 ke atas... Melihatkan statistik kawan2 yang kebanyakkan bukan mak2 datin maka adalah aku berjaya jual sehelai baju kurung berharga RM320 dan dpt untung dlm RM 70 jugala... lepas tu aku tak buat sbb takde permintaan... Adakah sbb marketing strategi aku kurang berkesannnn...Hehehhee mungkin juga....

Lepas tu try jadi pengedar kuih raya... hehehhee... yang ini bagus... masyuk jugala.. tapi time raya jela... pastu takde order... Biasala...namapun kuih raya...maka time nak raya je banyak laku....

Sekarang, otak aku tgh pk2 nak buat apa pula... Hati kata mcm nak jual baju lagi...tapi kali ni cari yang low cost... boleh jual cepat... Asalanya nak keluar modal sendiri... beli dalam kuantiti yang boleh n jual... tapi mcm tak berjaya sbb duit aku tak berapa nak banyak... hahahhaa... :D...skrg tgh ligat cari info dropship juga... Untungnya buat dropship ni....kita tak pening cari modal... pening cari sale jer... tapi yang tak bestnya.. kadang2 takde stok... tu yang leceh.... kos kita tel2 dropshipper tu pun dah banyak...

Akhirnya, aku tersangkut kat sini... belum ada idea.... Aku nak ubah la status aku nie.. Ce tolong bagi idea...

Note : En Hisam suh g kursus apam balik... Alahai...lemah sket sbb aku kurang minat bahagian masakan... dia bolehla.. hehehe..

Wednesday, October 5, 2011

wanita terkuat!!!


Ya Allah, mengapa wanita sering menangis?

Jawabnya:

Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa,
AKu kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
AKu lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
AKu kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
AKu teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
AKu berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
AKu kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,
Walau disakiti oleh “orang” yang dia sayangi..
Wanita makhluk kuat,
Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana AKu berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

“WANITA itu ISTIMEWA & KUAT”

Bday my mum.... :)

Ibuku diberi nama Zainab Binti Salleh....
Umur : RAhssiaaaa... Hehehe
Hari ni hari lahirnya dia ke dunia...
Tiada apa yang dpt aku sediakan...
Hanya doa kebahagiaan buatmu Ibu...
Sayangnya sampai skrg aku masih belum dpt penuhi impian Ibu....
Banyak impiannnya yang masih dalam catatan....

Semoga Allah memberikan kesihatan yang terbaik untuk ibu ku...
Semoga Allah memberikan 1001 kebahagiaan kepada ibu ku....
Dan...
Semoga Allah membalas setiap kebaikannya dgn 1001 kebaikan yang ada....

Aku-mak-muiz dan muazzam

Tuesday, October 4, 2011

Alhamdulillah...

Alhamdulillah... dah genap 5 bulan BB dalam perut nie.. dah tak sabar nak tunggu dia keluar... Hehehhee.... Ada juga rasa2 mcm nak g scan jantina... tapi aku mcm segan pula... Setiap kali g scan mesti tipu doktor, tanya keadaan bb..hehehe.. dlm2 tgh scan tu baru aku tanya... "Nampak x doktor girl ke boy...? " Hehehe.... dlm hati ada tamannnnn.... nak juga tanya...

Hari ni genap kali yang 3 aku buat BSP, maknanya dah 6 minggu aku jalani rutin ulang alik klinik ambil darah 4x sehari dan esoknya g jumpa doktor utk review BSP... Tadi lepas ambil darah kedua, dlm kul 10am...teringin pula nak minum teh tarik kaw...maka tanpa rasa bersalah...aku telah minum segelas.... Hasilnya... keputuisan darah kul 2 tadi naik 6.2 dari 4.6.. Haaaa! ambik aku... dah border dah tu... Aishhh menyesal pula minum teh tarik tu... ada lagi separuh nih..tapi aku rasa ....aku tak minumla kot... risau pula aku dia naik sampai 7 pula..

Ok skrang aku tgh menikmati air suam demi air suam... hehehe... serius takut... :) kejap lagi kul 6 puasa lagi 2 jam... Minta2 turunla yer gula dlm darah aku tue....

Friday, September 30, 2011

Perut yang meragam...

Aishhh perut aku ni dr pagi asyik meragam tak selesa jer... Smlm kena berak2 terkawal... Hehehhe... Hari ni mcm tak selesa jer.. Duudk lama salah... bawa berjalan salah....baring senak... dah mcm nak beranak pula aku rasa... Tapi bb Alhamdulillah aktif.. tendang sana..tendang sini... Tak boleh jadi ni...kena bawa g klinik mlm  ni... risau pula aku... Pinggang rasa tak selesa.... ke baju aku ni dah tak sesuai... Aku rasa dah kena tukar uniform nie... baru 5 bulan dah rasa mcm nie.. sesak dan senak je...

Tengahari tadi borak2 kat fb dgn kawan... Dia dah tanya 'dah tahu ke girl ke boy?' Hehehhee... Olum laie.... den pun tak pasti bb apa.. cuma ikut2 firasat dan keadaan mabuk tu mcm gegirl jer... Kalau girl Alhamdulillah...anak manja aku tu ada kawan dah... kalau boy pun takpe.. ramai sket boleh tolong usung dan sambut jenazah aku nati .(itu pun kalau time aku meninggal tu..dorang dah besarla kan.. hehehehe)

Lepas ni..aku nak rehattttt lama sket.. hehehhe (perangcangan je tu...) rasa penat pula selang 3 tahun bersalin... belum tercapai hasrat aku nak berlenggang kangkung kat pasaraya..Kalau anak2 dah besar kan senang... tak payahla aku n hisam buat adegan kejar mengejar dan ala2 tarzan kat pasaraya... Tapi tu semua perancangan kan... dapat ke x... jadi ke x... semua ursan Allah...dia yang menentukan... dan apu jua yang ditentukan adalah yang terbaik...! :)

Thursday, September 29, 2011

Sedih pulak hati aku

Kisah seorang ayah yang berjaya dalam hidup tapi tak berapa nak berjaya dalam mendidik anak2 yang sedang berlaku disekeliling aku betul2 membuatkan aku tertanya2.....Bagi aku.....Ayah ini bukan tidak berjaya dlm mendidik anak2 sbb dr 4 hanya 1 shj yang menilai ayah ni Gagal mendidik dia sedngkan yang lain tak rasa mcm tue pun...

Aku sebagai seorang anak yang tidak lama mengecapi kasih sayang seorang ayah...merasakan adalah tidak patut si anak ini menilai ayahnya begitu.... Buruk sekali pun dia tetap seorang ayah.... Sedih tau bila ayah ini mengalirkan air mata depan aku menceritakan kesedihan hatinya terhadap anaknya yang 1 ni... Dulu agaknya dia terlampu sibuk mencari rezeki utk anak2 sampaikan anak2 terbiar...tapi hari ini harta2nya juga yang menyebabkab anak2 hidup selesa... tak payah bersusah payah bekerja... urus bisnes keluarga shj... Bisnes yang ditubuhkan ayah ibu yang sibuk dulu tu...

Seburuk mana pun ayah ibu  kita, kita tak payahla nak menilai mereka gagal mendidik anak2.. Dlm lumpur pantai pun masih ada pepahat yang bernilai... Look at the bright sight.. Sekurang2nya anak ini senang skrg... dan tak perlu bersusha payah seperti mana ayah ibu dia dulu.... Kawen2 dah ada kereta, bisnes sendiri... :)

Oh i miss my dad so much....

Ayah aku bukanlah org yang gah masa muda... Ayah aku selalu dicaci dikeji orang termasuk adik beradik sendiri... Sedangkan adik beradik pun tak suka dia..apatah lagi jiran tetangga... Tapi aku tetap hormat dia sebagai ayah aku... Masih aku ingat... dlm setahun aku jumpa ayah 3-6bulan shj..mak yang jaga aku full time..

Bila ayah meninggal masa umur aku 11 tahun, aku hanya jumpa mak dr jam 8 mlm - 5 pagi shj.. Bayangkan..mak balik dah penat sbb kerja pencuci kat UKM, balik2 baring2 mandi makan dan tido... tapi aku tak pula rasa terabai... kesian lagi ada.... Dulu masa masuk tingkatan 1, mak aku ajar masak dah... Hehehhe...ingat lagi lauk yang mak aku ajar, ikan masak sambal- hari2 aku masak tu jer...kadang2 rebus sayur... sib baik adik aku tak memberontak...hahhaha... Kadang2 aku terpk, mcm mana aku bertahan makan lauk tu hari2 sampai aku tingaktan 5... Hahahhaa... Abis dah itu je aku pro... ada juga mak ajar aku masak benda lain...tapi cam lecehla..nak2 lagi masak gulai n kari... kena tumbuk2 cili bawang... Oh! i dont like.. nati tgn panas... kihkihkihkih... kalau sambal2 ok... itu pun terhad kepada sambal ikan n sambal kentang (sampai skrg faveret aku nih)

Bila aku abis SPM, mak masukkan aku belajar komp.. ISkkkk....mak aku kerja pencuci je korang....tapi aku tak pernah rasa aku anak seorang pencuci... aku rasa mcm aku anak pegawai bank... Apa aku nak @ mak aku tgk org ada...aku ada...  Orang masuk McD aku pun masukl juga...makan juga KFC walaupun tak selalu... Hehehe...tapi kalau korang nak tahu susahnya mak aku berdikit sbb kami adik beradik, hanya Allah yang tahu... Aku belajar komputer tu ehsan majikan mak aku tampung yuran sket tambah duit gaji mak n aku kerja kilang kat Sony.. Hehhee...apa korang ingat senang ke aku dulu nak hidup...  Abis SPM hari ni, esok aku dah kerja kilang wei... Gaji rm 500 kat kilang Sony.... Sesekali dpt gaji, kami sekeluarga akan naik bas merah dan shopping kat kajang..masa tu famos BIllionla... hehehe... pastu mcm nak putus jari bawa plastik penuh barang.. Hehehe..masa nila nak rasa minum air Coca-cola, n lain2 yang mahal..

Tahun 1997, masuk UTM.... Duit yuran pertama, mak aku bagi ehsan YB Sg Merab merangkap pakcik jauh aku... Alhamdulillah...lepas tu dpt loan JPA, Nasib baik JPA, kalau PTPTN, aishhh sampai nak masuk anak 3 ni pun, hutang tak abisla jawabnya....  Setiap cuti semester je aku kerja..tak kirala kilang ke, pejabat ker.. sbb tak nak susahkan mak aku...sian dia cari duit...Masa ni adik aku pula nak peksa SPM, mesti dia banyak pakai duit...nak tuisyen...nak beli buku rujukan lagi... Haaaa..korang jgn tak tahu, aku pun tuiseyn tau! bulan2 rm 130 kalau x silap masa tu 4 subjek.. Math, sejarah, BI dan Sc..

Ehhhhh aku dah lari tajuk... Hehhehe...

Kesimpulan : Hargai mak ayah kita... yang gagal tu bukan mereka tapi kita yang gagal menilai kesenangan dan  kasih syanag yang telah diberikan... Mungkin kita tak nampak kasih syg yg mereka curahkan... tapi selalula positif yer anak2... (ingatan utk aku juga nie.....) Jgn sbb kita rasa dulu kita tersisih...terabai..kita kata Ibu bapa gagal mendidik dan menjaga kita... Peace!

Sayang mak n aruah ayah! Miss them so much... !

Monday, September 26, 2011

Kosong...

Kosong pula jiwa raga aku rasakan pagi ni.... Perasaan ni dah bermula sejak kul 3.15am tadi... Tapi ruginya rasa tak bangun n terus solat sunat.... Tak pasti kenapa rasa sgt kosong hati nie... Buat kerja pun semua rasa serba tak kena.... Sampai pk.. "Nak mati dah ke aku nie... Kalau dh nak mati, rasanya amalan belum cukup utk tampung kehidupan abadi di sana....." Aishhhh inila di namakan hati terasa tapi badan tak bergerak....

Bila tengok muka anak pagi tadi... terus terfikir... "kalau aku pergi dulu...boleh ke ayah dia jaga sebagaimana aku jaga mereka berdua...terutama liyana.... "Dia sgt manja dengan aku walaupun dah ada adik.... Berkira2 juga nak cakap kat ayah dia pagi tadi supaya kurang2kan marah anak dan cuba manja2 sket dgn anak... sbb kalau aku pergi dulu...mesti anak2 akan terasa hilang aku.... Waaaaaa airmata dah mula bergenangggg..ni yang malas bila sentuh hal anak2.... 

Liyana, mmg manja dgn aku... sampai skrg tido nak berkepit...tapi lepas lena, mulala aksi tertunggang terbalik anak2 aku... hehehe...last2 aku juga yang tido hujung katil.... Setiap kali aku cakap.. "Sayang azam...." dia mesti sahut.."Sayang ibu..." kalau aku terus cakap... "Sayang azam...sayang....azam..." LIyana akan tanya... "Kakak ibu!" Hmmm...dia sgt comel! Aku sayang Liyana sgt... Aku nak jadi IBU, SAHABAT, KAWAN utk liyana sampai bila2... Bila aku marah....dia akan dtg dekat n peluk2 serta cium2 aku.... kalau aku pukul....dia terus nagis dan merajuk...tapi lama2 dia akan dtg kat aku...pegang2 tgn aku...cium2 aku... kadang2 saja je aku buat dono....tapi tak lama la... lepas tu aku cium2 dan peluk dia dan nyatakan kena dia kena marah n pukul... IBU SAYANG LIYANA...!

Muazzam pun mcm tu juga.... Manja2 dengan nenek yang amat....kadang2 aku lak yang terasa...Hahhahaa... betulla org cakap... nenek kalau sayang cucu..mmg boleh buat ibu terasa hati tau... ! Tapi, muazzam pun manja juga..kadang2 berebut nak peluk aku masa tido.. soreang belah kanan....sorang belah kiri...tang dlm perut tunggu turn! kadang2 senak perut aku nie...kalau agenda rebut merebut ni jadi hiruk piruk... kang sorang tertednag perut...sorang tendang kepala aku... ALahai anak2 Ibu...ketiak ibu ada 2...jgn rebut2.. Hahhaha... esok kalau dah tambah lagi sorang...mana nak letak nih! celah kelangkang?... Liyana, kalau dah kalah... kat bontot pun bontotla...dia landing juga.... janji dekat aku... 

Kisah anak2 takkan abis... Aku bahagia dikurniakan mereka sebagai anak2 aku didunia ini.... Semoga kami dipertemukan di Akhirat kelak... Semoga anak2 aku menjadi anak2 yang soleh dan solehah... Pada mereka yang diuji dgn dugaan lambat @ masih belum ada anak...berbahagiala dgn suami dan keluarga..selagi ada hayat dikandung badan... Kisah gembira dan sedih kita didunia ini, takkan habis selagi hidup... 

Saturday, September 24, 2011

Bahasa menunjukkan Bangsa

Gempak tu tajuk aku... Hehehe... Kali ni nak cerita penggunaan bahasa dan perkataan dlm pergaulan seharian kita....Cewahhh nak jadi cikgukah aku..?? Hehehee...no..no...no.. cuma nak meluahkan perasaan terhadap penggunaan ayat2 penglahiran perasaan kepada org lain....

Situasi 1:
Adik ipar 1 : Dalam ramai2 kakak kita, kak embun (bukan nama sebenar) yang berani dan pandai bawa kereta jauhkan2 kan....(Situasi, kak embun = kakak ipar)
Adik Ipar 2 : Eh dia tak boleh kira sbb dia 'orang luar'... (Padahal kak embun duk sebelah, sama2 berborak)
Kak Embun : 'Orang luar"? (Mood : sudah sedih... sbb ingatkan kawen je dgn abg dia ...adik beradik suami dah jadi adik beradik sendiri....)
: Adik Ipar 1 dan 2 : Diam, tapi lepas tu terus berborak! Kak Embun sudah hilang mood..

Situasi 2 :
Isteri : Syang bangun...jomla kita g ziarah kubur ayah... Dah setahun x g... time raya je nak g... (Kubur ayah = kubur ayah si isteri)
Suami : Alahhhh...ada apa sgt yang sungguh2 nak pergi... Kubur je..! (suami marahla tu, tidurnya diganggu)
Isteri sudah touching dgn ayat suami sbb tiba2 dia terasa, "Kau bolehla ada ayah lagi yang boleh dijumpa...aku ada kubur jer..." Last2 isteri g sendiri dgn hati yang berkecai2....sedihhhhh....

Tu baru 2 situasi aku nak tunjuk, dlm kehidupan seharian kita...banyak lagi situasi yang menyentuh hati...hanya dengan kata2... Betul kan.... Kadang2 aku terpk...pernah ke agak2nya, kata2 aku menyinggung hati org lain... Aku rasa mesti banyak kan....

Kadang2 kita perlu menjaga kata2 supaya tiada hati yang terluka hanya kerana kata2 biasa yang kita selalu ucapkan... Kalau bercakap....aku selalu berjaga2 walaupun kadang2 terluah juga ayat2 pedas yang menyakitkan hati org... Hati tgh marah...setan suka sungguh siap siram2 lagi minyak api kan.... Lepas ckp benda mengaut2 tu,,,mulala hati tak senang.... hati gelisah... hati tak sedap... otak duk pk2 ayat tadi...duk pk2 terasa ke org tu...walhal confirm2 mmg terasa kan.....

Aku sorang yang fokus pd penyelesaian bukan pada masalah...(Walaupun ada juga kadang2 fokus pada masalah....hehehhehe..) Tapi aku lebih suka cari penyelesaian.... daripada gali lagi itu masalah.... serabut tau otak kalau kita terus gali masalah tu,,,point salah pada org lain... Agaknya sbb tu si hisam suka kawen dgn aku...walaupun aku pot pet..pot pet...tapi last2 aku juga yang settlekan masalah tu sendiri.... hehehhee. (itu pun lepas dia buat tak tahu je hati aku nie....)

Dari dulu...aku buat sendiri.... Check up anak, dr no 1 sampai no 3, aku rasa 5x je kot hisam teman kan aku... itu pun sebb anak problem kena g hospital dan klinik kesihatan... Aku rasa selagi aku boleh buat sendri...dia akan biarkan aku buat sendiri hehehehhe.... Nasib baik masa aku nak bersalin dia hantarkan....kalau x mau letus perang keluarga nie... :P....Walaupun kadang2 sedih plus tension juga...tapi aku amannnnnn drpada dengar dia berdecit2 kat sebelah...itu lambat la..ini lambatla...itu ini serba tak kena la.... Hehehehe.... EHHHHH DEN DAH LARI TAJUKKKK... HAHAHHAHA....

Ok berbalik pada bahasa.... Situasi2 kat atas tu...kadang2 buat kita sakit hatikan.... sedih....marah... Sebab tu aku kata kadang2 bila bercakap kita kena berjaga2... berhati2 keluarkan ayat... Dan kadang2 "Diam itu lebih baik"... betulkan.... Sungguh susah kita nak ubah gaya percakapan org lain yang tak sedap di telinga kita...sbb dia bukan dr keturuanan mak ayah kitakan.... kalau adik2 kita...bolehla kita cubit2 n jeling2...tapi kalau dah tak seibu sebapa... uri pun lain2...susah sketla...

Jadi apa pendekatan yang perlu kita buat....?? Kalau aku...

Situasi 1 : Aku akan balas n cakap... "Kenapa cakap mcm tue... bukan ke kita dah jadi adik beradik...???" Cakap pun kena halus, menusuk kalbu dan penuh emosi, supaya dia tersedar... Hehehhehe...

Situasi 2 : Aku terus je g kubur bapak aku tanpa banyak cakap...Tapi sbeelum tu minta izin dulu... Hehhehe...Sambil2 minta izin tue...muka perlu sedih dan hampir2 nak nagis...sambil cakap... "Kubur je ada untuk ubat rindu di hati ayang nie.... " Confirm lepas tu laki dia rasa kesal sbb cakap mcm tue...

Untuk itu, kita perlu sentiasa positif... Sentiasa ubah diri ke arah yang lebih baik.... :)

Thursday, August 18, 2011

tweet birdApa bendala ChurpChurp eks.. ? aku pun dapat info dr blog member... Kisahnya mcm nie... ChurpChurp ni  mcm tempat promotion iklan2 la... lepas tu korang share la iklan2 tu kat fb ker kat twitter ke kat blog ker.. kalau rajin... sebarkan melalui email @ mulut anda.. hehehehe... sekali org signup upahnya rm 1. sekali org click kat iklan yang kita tolong sebarkan tu dapatla ikut upah yang di nak bagi...

Cukup jer.. kita cashout... Nak signup senang giler.. semudah ABC gituu... Cakap banyak tak guna.. meh signup :

SIGNUP NOW TO : #CHURPCHURP

Caffeine addicts! Design a tincan for #NescafeChilllah, see it printed on cans nationwide & stand 2 win RM 10,000!

Caffeine addicts! Design a tincan for #NescafeChilllah, see it printed on cans nationwide & stand 2 win RM 10,000!

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!
http://www.churpchurp.com/NorazitaAziz/share/churpchurp-invite

Raya dan Persiapan Raya..

Pejam celik..pejam celik... dah 18 hari kita berpuasa... Lagi 11 hari kita akan menyambut raya... Soalan2 yang biasa timbul dekat2 nak raya nie... ialah berkisar pasal... :-

1) Baju Raya Diri, Anak2 dan Keluarga : Ini termasuk tema warna, design, berapa pasang dan beli mana... Hehehehe...

2) Raya mana? Biasalah ni.. kalau aku ikut giliran... tapi ada juga yang tiap2 tahun rumah belah isteri dulu @ belah suami dulu.. Ikutla toleransi sendiri... ada juga yang raya rumah sendiri dulu.. baru ke rumah mertua masing2...

3) Berapa habis tahun nie... Haaaaa....ni soalan berat nak jawab nie... Bergantungla pada budget anda semua..

4)Kuih raya : Ini termasuklah... berapa jenis.. ? buat ke beli.? Hehehehhe..

5) Dah shopping raya ke lum.. : Aku agak2 org gomen skrg tgh ligat shopping raya...maklumla baru dpt bonus kan... Org2 swasta mcm aku...hmmm.. ada juga yang dpt bonus...mesti dah shopping kan... Yang paling salute, shopping sebelum puasa...tapi kalau pk2, bagus juga...shopping sebelum puasa...Nanti masa puasa takde pening kepala...pk pasal perbelanjaan kan....

Aku belum lagi shopping raya... Baju anak2 n diri sendiri pun belum lagi ni.... apa lagi kuih raya...persiapan rumah...hehehehe... Takpe.ada lagi 11 hari nak shopping... Kalau aku beli baju raya...tak bawa anak2...agak2 je saiz baju dorang... sat lagi...aku sibuk pilih baju... anak aku sibuk hilang kemana... baik tak payah... hehehehehe... Last year bawa juga dorang g... tapi alahai... kelam kabut dlm mall... yang nangis...yang hilang sbb ralek main sorok2 antara kain... mak aku juga yang pening... :D hehehehe

Pada kawan2 blog... selamat menyambut hari raya...

Thursday, August 11, 2011

Mood raya...!


Mood dengar lagu raya sudah sampai.....
Asyik dan mengasyikkan.....
Terutamanya....lagu nie



20/02/2012

Due date...

Semalam pergi check up 12 minggu di KK Salak... Seronok tengok bb... Dia baring masa tengah scan... Nampakla kepala.. tangan dan kaki dia... Alhamdulillah... Buat kali pertama aku nampak & faham apa yang doktor scan... Selama ni.. angguk2 je... Kihkihkih....

Tapi yang tak bestnya... 19/08/2011 kena buat MGGT... Abisla..sehari ponteng puasa... baru berangan nak puasa penuh tahun nie... Masa liyana 4 hari tinggal sbb liyana nak fitrah juga... Due 27/10/2006, dia keluar 20/10/2006.. Orang raya makan rendang ketupat...aku raya makan nasi kosong...walaupun ada ikan tenggiri masak pindang... tapi kuah lodeh! rendang ! ketupat ! kuah kacang amatla menggoda...

Kenapala kena MGGT time2 skrg... aku cuba minta lewat lepas puasa... Nurse tu kata.. Alah sehari je ponteng... Sabor jela...Sebenarnya aku ralat nak buat MGGT daripada ponteng puasa tue... Bayangkan start jam 10mlm dah kena puasa...Esok pagi2 dah terpacak depan klinik..ambil darah beberapa ml.. pastu tu MINUM AIR GLUKOSA... (Haiiiii ni yang mak penat nie...tang lain2 ok... setakat ambil darah..boleh tahan lagi....) pastu rehat 2 jam... ha...sanggap la bulan2 puasa (walaupun tak puasa!) pastu ambil darah lagi... pastu balik kena breakfast! Nak bfast apa bulan2 ramadhan nie.. paling2 kena makan nasi loh..takkan makan roti ...mana kenyang... hahahha.. demand tak ingat2... Tapi takper... demimu sayang , Ibu gagahkan juga...

Kenapa pula kena buat MGGT padahal keluarga xde sejarah kencing manis n darah tinggi... hehehe. Alhamdulillah ...mak aku sihat dan bebas dr sakit2 tu... setakat sakit sendi dan penat tu adalah... takdela sampai tak pernah sakit.. Tipula aku kalau mcm tue... Aku kena MGGT sbb anak2 tersayang semua keluar semangat2... Liyana (3.78kg) Muazzam pula (4.14kg -Csect yer...) maka lepas2 ni kalau pregnant, pasti air gula adalah salah satu agenda wajib... Minta2 kali ni anak aku kecikla sket yer... pastu boleh normal!...InsyaAllah...

Tuesday, August 2, 2011

Teringat Dinasor..

Setiap kali tengok cerita Dinasor...Liyana akan kata..."Ibu bila lagi nak pergi tengok dinasor..Kakak dah big..kakak tak takutkan bu...." Eleh... kakak cakap je lebih.... Masa Ibu bawa kakak pergi tengok pameran dinasor hari tue... semua takut... Muazzam siap nagis2 lagi.. Aduhaiii Ibu n ayah je yang syok..Hahahha... Ibu tahu liyana n muazzam suka sgt kat bilik kanak2 tukan... banyak permainan...

Meh layan gambar....










Wednesday, July 27, 2011

budak kiut yang pandai mengaji al-Quran.mp4

10 weeks... Mcm manala dia yer...

Sedar tak sedar dah 10 wks nie... Jom kita tgk perkembangan dia... Diusia 10 minggu dlm womb ibu nih!

Fetus hanya sepanjang 1.2 inci / 3 sentimeter dari mercu kepala ke punggung dan beratnya kurang dari satu per enam auns / 4 gram. Walaupun begitu, ia tetap giat menelan dan menendang. Setiap hari banyak butiran kecil mula muncul, seperti kuku jari dan rambut yang kelabu seperti bulu. 

Organ penting - hati, ginjal, usus, otak dan paru-paru - telah terbentuk lengkap dan berfungsi, manakala kepala berukuran hampir setengah daripada ukuran panjang sepenuh badan. Dahi terbonjol buat sementara dan bertempat tinggi di kepala, tetapi akan kemudian bertukar dan kelihatan lebih mirip raut manusia. 

Jika anda dapat melihat bayi anda pada minggu ini, anda akan nampak rangka spina atau tulang belakang. Saraf spina menjalar keluar dari korda spina. 

Uterus anda sekarang adalah sebesar limau gedang. Dengan bantuan Doppler, stetoskop tangan gelombang bunyi, anda akan dapat mendengar denyutan jantung fetus yang pantas - seorang ibu hamil menyamakannya dengan bunyi kuda-kuda kecil menderap. 

Wahhhh dia dah ada kaki ..tangan... Sngat seronok.... Tapi alahan Ibu masih belum abis lagi... terutama alahan MALAS...  Badan selalu penat... rasa nak tido je all the time... Kad merah lum buat lagi nih... Aduhai... bilala nak rajin ye ni...

Liyana dan Asyiqmuslim Collection

Ahad lepas... Liyana jadi model utk pakaian kanak2 muslimah Asyiqmuslim. 
Meh kita layan gambar2 dia yer... 







Seronok betul dia... 

Tuesday, July 19, 2011

Pen Drive

Aku pernah dulu2 dengar pantun lama yang agak moden.... Hehehehe

Ada ubi ada batas,
Dah baca harap balas...

Tapi kali ni aku nak tukar...

Ada jam ada dulang,
Dah pinjam silalah pulang....

Kisahnya....

Tahun lepas ada sedara to someone yang rapat dengan bos aku...pinjam pendrive aku... Dalam tu ada contoh BP.. alah business plan... sbb dulu aku agak aktif membuat pelan perniagaan orang...(orang punyala ... aku punya tak terbuat2...sbb xde business). Jadi nak dijadikan cerita, hari tu bos aku kata, dia nak pinjam aku punya.. Dalam tu bukan ada BP jer... tapi banyak gambar2 kenangan aku...

Dah setahun lebih aku minta dia pulangkan.... janji nak pulangkan... tapi tula... janji tinggal janji... pergi dibawa angin kutub utara...patah balik kutub selatan.... Pen drive tu tak gak sampai2 kat tangan aku... Bila aku tanya, ada lagi ke pen drive tu... Jawabnya ada... tapi pos salah alamat ker..? hmmm entahla...

Yang buat aku rasa nak cuak2 tue ialah... PEN DRIVE TU EN HISAM PUNYA... dan berjuta kali dia tanya... sejuta 2 juta...boleh gak aku bagi alasan bernas... sampai ke 4-7 juta...aku dah kering idea...

p/s : Hari ni aku luch McD... Calon belanja... sebab dia lulus ujian JPJ ! Alhamdulillah... selamat 7-8 hengget hari nie... :) Jemput makan!

Saturday, July 16, 2011

Naik kete Auto

Hari ni ... aku pergi kerja ... bawa kereta auto... Giler jakun... 7-8 tahun driving,aku tak pernah bawa kereta automatik. Senang rupanya naik kereta auto nie.. minyak, brek, minyak, brek... sonang mak ai!... Tapi tak berapa adventure! hahaha.. Kaki kiri rilek jer.. kalau drive jauh2 bagus naik kereta auto... tak berapa letih...
Kalau masa jem.. pun bagus...

Thursday, July 14, 2011

Kisah FB yang takkan habis

Di FB kita akan lihat mcm2 ragam dan kerenah manusia kan... Eh! Ragam dan kerenah tak sama ker...? Hehehehe...

Baru2 nie aku Deactivekan FB buat sementara waktu sebab aku tak boleh buat kerja lain selain menatap FB... Hahahha.. 1 hari aku buka FB, lama2 aku jadi bosan pula... Last2 ambil keputusan Deactivekan FB sekejap... 

Tapi yang menyedihkan, ada kawan2 yang salah anggap... aku delete mereka @ block mereka dlm list aku... Sedihnya... hanya Allah yang tahu... :( , Belum pernah terlintas nak delete @ block mana2 kawan2 dalam friendlist aku tue... 

Dijadikan cerita, aku buka FB aku hari nie.. activekan balik la... Hehehhee... dan buat status yang aku hanya deactivekan FB nie sementara waktu, bukan delete @ block mana2 pihak... Belum lama aku buka FB, dah ada cerita kurang baik utk aku, walaupun bukan ditulis di wall aku... Aku try nak explain kat kawan aku tu yang.... Kalau aku block @ delete dia... aku kena request balik dia utk jadi kawan aku.... Tapi malangnya tak sempat... 

Sedih sangat rasa hati ni.. kerana salah faham, tiba2 gaduh tak tentu pasal... Kalaula tiba2 satu hari kawan aku tu baca blog aku... Aku nak dia tahu yang AKU TAK PERNAH BLOCK @ DELETE @ TERUS TAK NAK BERKAWAN DENGAN DIA... Kita takde apa2 masalah... Aku rasala... dipihak aku... dipihak dia mungkin ada yang dia tak puas hati dengan aku yer... 

Pandai si MARK ZUCKERBERG ni memecah belahkan orang.... Walaupun ada juga kebaikan FB, tapi mostly yang aku tgk kat FB tu... semua pakat2 nak gaduh... nak jatuhkan orang lain... 

Sekarang aku dalam MOOD sedih! 


Monday, July 11, 2011

Ketika Cinta Bertasbih - Melly Goeslow


Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku pada-Mu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku pada-Mu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur pada-Mu atas segala cinta


7 hari lepas...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.....

7 hari lepas mmg hari yang paling lemah...lesu...muak... dan seangkatan dengannya la..
Semua serba tak kena... Itu tak kena... Ini tak kena... rasa nak tidoooo all the time.. Iskkk tak boleh diikutkan sgt kan... tapi terikut juga kerana lemahnya semangat aku nak melawan.....

FB telah aku deactivekan buat sementara waktu...  Aku pening tengok komputer lama2... pening tgk warna2 kat komputer dan paling aku pening tgk status2 yang sungguh tak membina semnagat untuk terus bersemangat.. HEhehehehe..... Serius mengada2 kan...! Lantakla dorang nak tulis apa2 pun... kan wall masing2... Tapi memandang aku semakin baca semakin ralat... Langkah terbaik... "Kita Deactivekan ajer" Hehehehe... Buat masa ni... takde rasa nak buka balik... lagi senang luahkan kat blog... banyakkkk boleh tulis.... :)

Sejak 7 hari lepas...banyak betul kerja tertangguh... dan disebabkan HARI INI dah rasa ok sket... maka aku pun memulakan langkah untuk menyelesaikan segala kerja yang tertangguh... bila dibuat2 semua.. Iskkk banyak juga... Nasib baik, dapat bos yang sentiasa memahami... Bos aku, Mazri Effendy.. Alhamdulillah seorang yang amat memahami... sentiasa mengambil berat... dan sentiasa bersedia menghulurkan pertolongan... Mana nak dapat bos mcm tu zaman sekrangkan... Eh aku rasa bos korang pun mesti terbaik di mata korang kan.. (aku perasan jap!)

Bulan Ramadhan nak sampai dah kan.... Doa2 semoga aku kuat untuk berpuasa penuh tahun nie.... Amin
Sekarang asyik lapar jer... mcm mana tue... walaupun selera makan belum ada... aku paksa juga makan...sbb nati sakit perut n pedih ulu hati... biskut ker.. kuih ker... Boleh... Nasi? hmmm ...masih belum boleh sgt... Makanan pedas2...aduhai.. lagi tak boleh... sambal aku rasa mcm cili blend! selalunya makan nasi, kicap, ikan bilis goreng... -----> serius tak sihat kan... Kat opis.. makan roti all the time... Hidung makin sensitif... busuk segala... Sampaikan dah kena komplen dgn en suami... Hehehe.. Smlm abis aku tabur daun pandan di sana sini.... En suami kata  .... "Apa kata sumbat sket daun pandan tu kat hidung Ibu sekali.." Wahhh dia boleh cakap mcm tue... Kalaula dia boleh rasa.. apa aku rasa sekrang... kan best..! Eh jap... kalau 2-2 dah jadi lagu tu... sapa nak masak pula.. basuh berak anak... Haahaha.. tarik balik kata2 aku!

Selamat Hari Isnin..... 11/07/2011

Wednesday, July 6, 2011

Ya Tayba


Syok dengar lagu nie... Hehehehe... :)

Tuesday, July 5, 2011

Berdosakah Aku!

Sedihnya lah hati... kalau itu terjadi....
Aku pun tak tahu nak cakap atau bercerita apa lagi....
Sedihnya hati melihat dia memalingkan muka bila itu yang aku ceritakan...
Menjadi kesan di  hatinya....

Sesungguhnya....ini bukan perancangan ku...
Walaupun kehadirannya mmang aku nantikan dahulu....
Serasa lemah anggota badan ku melihatnya...
Serasa ingin mengalir air mata ku... melihatnya...
Berdosakah aku ketika ini....

Apa yang aku alami ini...amat kuat dugaannya...
Kepada siapa lagi ingin aku mengadu....
Kepada siapa lagi ingin aku tangisi....
Air mata umpama sungai yang mengalir...
PAnatang ada terluang masa....
Pasti ia mengalir deras....

Ya Allah ..jika ini terbaik bagi ku...
Kau teruskan ia membesar...
Jika tidak...Kau ambillah dia sementara aku belum merinduinya....

Saturday, July 2, 2011

Bantu dia...


Bantu dia semampu boleh....
Sedih melihat Nasib dia dan anak kecilnya yang tidak mengerti apa-apa...
Sebak tatkala aku membaca kisahnya...

Semoga Allah meringankan bebanan dia....dan suaminya...Amin
 
Kasihnya seorang Ibu..Sebak tengok gambar nie..

Hulurkan sumbangan anda untuk meringankan bebanan mereka... 


cimb


01070068677528


Noormawati Mohd Rasif

Kematian

Hari ni.. seperti biasa akan melalui 2 tanah perkuburan... dan hari ni juga ada 2 kematian di setiap tanah perkuburan itu.. Mati itu pasti... Cuma aku masih belum bersedia untuk menghadapinya.... Semoga Allah merahmati kedua2 arwah... Amin...

Friday, July 1, 2011

Angka 3..

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..

Kuasa Allah memang tiada siapa yang boleh tandingi... Hanya Dia yang mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya...
Siapa sangka...8 Bulan lagi Muazzam n Liyana akan dapat adik baru.. InsyaAllah... Subahanallah...mmg kehamilan yang bukan ku rancang... Tapi ku terima dengan hati terbuka...
6 Bulan lepas mmg aku tunggu kehadirannya..sangat ternanti2.. lepas tu mcm takde rezeki.. Bila ada halangan dan masalah... aku rasa macam nak menangguhkan dulu kehadirannya... Tapi Tuhan rezekikan aku dirinya di saat ini... Syukur Alhamdulillah....Aku terima dengan hati terbuka.. walaupun terdetik juga.. boleh ke aku menjaganya sebaik mungkin... :)
Nampaknya lepas ni... Ayah n Ibu kena kerja lebih kuat sbb ahli keluarga akan makin bertambah... Tanggungjawab makin banyak... Semoga Allah memberkati dan murahkan rezeki kami...

Thursday, June 30, 2011

Pedihnya Ulu Hati ni....

Pedihnya Ulu Hati aku nie.. dah seminggu menderita pedih camni... Masa pregnant Liyana n Muazzam tak pernah rasa mcm nie... Kali ni pula aku dapat pedih2 ulu hati nie... Sakit tau... Masa dia menyerang tue... lemah tul badan segala... perut rasa tak selesa... Moga2 dapat aku atasi dengan baik... 
Hmmm kandungan baru masuk 6 minggu... Sakit @ pedih ulu hati nie baru je menapak kat dlm badan minggu lepas... Mula2 aku ingat sbb banyak makan asam... Isk...preggy lagi ni, banyak tul makan asam.. sampai surat warning keluar ! "No More Asam" ... Dikeluarkan oleh en Norhisam... Tapi loya2 kali ni menyebabkan aku rasa sungguh tidak selesa... sbb tu makan asam... hahahhaa.. alasan! Tapi ikut fakta pun..mmg itu antara penyebab aku pedih ulu hati nie... Maka, semua stok asam aku dah humban dalam tong sampah... Sekarang kudapan aku adalah ini.......En Jacob

En jacob telah menemani aku sejak pagi tadi... Dah 2 bungkus abis... hehehehe... Lepas ni kena beli lagi stok...

Cerita baby yang baru 6 minggu nie... meh tengok mcm mana 'dia'
Seronok + terkejut + mcm2 rasa untuk kandungan kali nie.... Moga dipermudahkanNYa... Amin

Tuesday, June 28, 2011

Ayoyoyoyo..

Assalamualaikum & Selamat Pagi

Isnin yang aku rasa begitu suram muram,... sebab 'MOOD' bekerja takde... Uishhhh! mata ni rasa nak tidooooo jer.. Kerja pun tak banyak... Ini yang makin menyempitkan saluran pernafasan dan peparu jantung aku... MALAS sungguh! Petang2 pula....iskkk ramai pula buat perangai budak2 lagi... uweekkkk meloyakan tekak aku yang dah mmg sedia loya2 nie....Hahahahha...

Selasa.... still mood tak berapa nak ceria... MALAS masih ada.. banyak betul hormon aku yang keluar... Rasa Malas jer... pagi2 dah mengeluh.... sampaikan cik abg tanya..."Kenapa?" ...Aishhhh nampak sgt kemalasan aku kali nie... Nak buat breakfast malas... Dinner Malas... Lunch? kerjakan... makan kat kedaila... Breakfast dah 2 hari En Suami buat... Hehehehe... 2 hari makan roti sosej...muak juga! Eh tak bersyukur pulak... Nasib baik ada orang masakkan breakfast... Diner dah 2 malam aku beli jer... Bila mak tanya tak masak ker..? Aku jawab..dah masak siap2 kat kedai... Boleh? Bila En Suami tanya... "Laparla... tak masak ker" -sebab dia tengok aku asyik baring jer dr lepas maghrib... Aku jawab..."Dahhhh ada atasmeja...." Dia kata "Ini masak kat  kedai ker siap polisterine...." :D aku senyum jer... Makan je la bang... Ibu tak larat nak masak....

Minta2 rabu, esok..ada mood la nak kerja dan buat mcam2 kerja... sebab... Opis dah seminggu tak sapu.. (Eh xper.. sebb opis aku sentiasa bersih...) Bilik tidur dah macam lubuk kerbau berkubang...(serius penuh dengan baju, buku...dan sebagainya....) Sakit mata memandang... Tapi MALAS nak buat....

MAlas....Malas...Malas.... BILA NAK RAJIN NIE! Takkan nak tunggu kucing bertanduk kot!

Thursday, June 23, 2011

nAK jADI USAHAWAN BERJAYA bUKaN sENANG

Impian dan cita2 aku adalah nak jadi USAHAWANITA... Aku sedang dalam pencarian untuk mencari PRODUK yang sesuai... Bidang yang aku pilih adalah MAKANAN KERING.. Belum dapat kata putus samada nak BUAT SENDRI @ AMBIL SECARA CONSIGMENT... Sekarang aku ada 3 target produk...

Tunggukan hasil produk aku yer....
Berila support kepada PRODUK TEMPATAN... Hehehehe....

Nak jadi USAHAWAN BERJAYA bukan 1 jalan yang mudah... Muka kena SENYUM ... kena SABAR dan TABAH dlm menghadapi cubaan dan rintangan...

PROMOSI akan dijalankan sebaik sahaja..PRODUK aku berjaya di keluarkan... (Cewahhh bunyi mcm mantoppp jer...)

Selain daripada ketibaan HAri Raya.. PRODUK ini akan cuba dijalankan secara terus menerus...

Mesti korang tertanya2 kan....Apa benda la org tua ni merepek2 kat blog...

Hehehehe... sebenarnya... Aku nak Jual Kuih Raya / Kerepek2 raya.... ---> kuih raya tengah cari pengeluar terbaik! Promosi dah kena start sebenarnya... Rejab dan akhir2 nie...

Inspirational Video - The Don't Quit Poem

Tuesday, June 21, 2011

Kekuatan....

Bismillahirrahmannirrahim....

Ya Allah... berikanlah aku kekuatan untuk menyampaikan isi hati dan rahsia yang terpendam ini kepada mereka... Sungguh gusar hati ini.. selagi berita ini tak ku khabarkan.. takut pada penerimaan mereka... takut pada kesediaan mereka menerima berita ini Ya Allah....

Ya Allah Ya Tuhanku... Tabahkan hati ku... Kuatkan semangat ku... Lapangkan dada ku... dan Ampunila daku Ya Allah... Sesungguhnya mereka berhak untuk tahu... dan mereka juga berhak untuk mengetahui...

Amin.


Friday, June 10, 2011

Pernikahan atau perkahwinan

Pernikahan atau perkahwinan
membuka tabir rahsia

Suami yang menikahi kamu
tidaklah semulia Muhammad saw.
tidaklah setaqwa Ibrahim
pun tidak setabah Ayyub
atau pun segagah Musa
apalagi setampan Yusuf

Justru suamimu hanyalah pria akhir zaman
yang punya cita cita
membangun keturunan yang soleh...

Pernikahan atau perkahwinan
mengajar kita kewajiban bersama

Suami menjadi pelindung kamu penghuninya
suami adalah nahkoda kapal kamu navigatornya
suami bagaikan balita yang nakal kamu adalah penuntun kenakalannya
saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgasananya
seketika suami menjadi bisa kamulah penawar obatnya
seandainya suami masinis yang lancang sabarlah memperingatkannya..

Pernikahan ataupun perkahwinan
mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa

Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt.
kerana memiliki suami yang tak segagah mana
justeru kamu akan tersentak dari alpa
kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna didalam menjaga
pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
cuma wanita akhir zaman
yang berusaha menjadi solehah...

amin...

Wednesday, June 1, 2011

Sekali lagi kecewa

Sekali lagi dikecewakan....
Perlu ke dikesalkan ...
Atau biarkan saja rasa kecewa...



Selalu sangat kecewa...
Adakah sebab aku yang selalu mengecewakannya....
Tuhan rahmatila hatiku...
Supaya kekecewaan ini adalah setakat ini sahaja....

Saturday, May 28, 2011

21 Pesanan Isteri Untuk Suami

21 Pesanan Isteri untuk suami rasanya dah banyak kali baca kat fb.. tapi saja nak tepek kat sini buat sekian kalinya.... baca dengan hati terbuka.. Ini hanya luahan isteri kepada suami nya... Kalau nak bawa bincang...banyak alasan kan... penatla.. letihla... takde masa lah.. Tapi fb ada masa... pelik pula...! 

Enjoy reading!

21 Pesanan Isteri Untuk Suami

Sekarang ini, ramai para suami yang ambil mudah dan mengabaikan
tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Sikap ambil mudah dan tidak
peduli suami ini menyebabkan banyak masalah rumahtangga yang timbul.

Rumahtangga yang sepatutnya menjadi tempat istirehat, tempat bermesra,
tempat mendapat kasih sayang, tempat yang dapat memberikan ketenangan
pada si isteri dan si suami, telah menjadi sebaliknya. Tiada lagi harmoni, tiada
lagi ketenangan, tiada lagi kebahagiaan yang dapat dirasai dalam kebanyakan
rumahtangga sekarang. Mengapa ini terjadi?Salah satu punca utama yang menyebabkan kita tidak dapat merasai
ketenangan, tidak merasai kebahagiaan dalam hidup berumahtangga ialah
kerana disebabkan kegagalan suami berperanan sebagai suami yang mithali.
Berikut adalah 21 pesanan isteri kepada suami, yang saya kira perlu
diambil perhatian serius oleh semua yang bergelar suami. Baca dan
cubalah amalkan setakat yang termampu.

1. Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang
bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas.
Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di
telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang
diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri
menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias
isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.

4. Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama
suruh kahwin bukan sernata-mata untuk penuni nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih
daripada suami juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok
kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan
macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relak-relak
sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk
dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya.
Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak
menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri.
Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan
sekerat, janggut sotong, ekor tauge. Frust, tau tak!

8. Kalau nak ajak member ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh
sehari-dua lebih awal. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan
mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau
tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum
sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma
masak mi segera saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong
jimatkan perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat
atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapa
boleh kontrol kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan ahli keluarga isteri walaupun anda cuma main
wayang bodek mereka masa nak rnengurat isteri anda dulu. Jangan
sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga. Sekali
atau berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada,
sayur dan sebagainya.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, Jangan
bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya
perempuan ni, semakin suami”degil” tak nak minta pertolongan. selagi
itulah dia rela nak tolong (lainlah kalau anda kahwin dengan perempuan kedekut!.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan
dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul
sampah, bila dah guna ubat gigi, bubuh, balik penutupnya, dah ambil
sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan
kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali.
Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun
manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi
diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri
sendiri.

17. Jangan main kayu tiga. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri anda yang
buat, tentu anda tak boleh nak bertolak ansur. Jadi mengapa isteri
anda kena bertolak ansur kalau anda buat?

18. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor.
Tunjuk-lah anda mengambil berat tentang dirinya.

19. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian
rumah tangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau
suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat.
Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak Jadi bapok kalau
pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan
saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya
laku bila dah mati nanti.

21. Jangan buat tak tahu kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau
perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang
perempuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan
bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh
menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum
lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang
perempuan ni enteng sahaja. Kalau kita orang semua pakat mogok,
anda juga yang rugi!
Semoga saya dan semua para suami semua berlapang dada dan dengan hati
yang terbuka menerima permintaan dan pesanan isteri ini. Semoga saya
dapat amal apa yang diperkatakan. InsyaAllah.

Sumber dari -PakarHowTo-

Support!

Tiba2 pagi ni teringat dan terkenang sesuatu....

Tentang mcm mana seorang Ibu Tunggal yang kematian suami @ yang telah bercerai suami tapi anak2 di bawah jagaannya... menguruskan urusan harian, anak sekolah, kerja, mencari pendapatan dan mengurus emosi anak dan diri sendiri.....Mesti peritkan!

Sedangkan aku yang masih bersuami...merasakan peritnya menguruskan anak dan mencari pendapatan bagi menampung perbelanjaan rumah dan hutang piutangku yang sungguh banyak...

Kalau dulu mereka berdua menguruskan anak dan urusan rumahtangga, tapi bila musibah datang ...dia sendirian... Sementelah pun dapat suami yang amat malas dan sungguh berat tulang, dia masih berdua... sebab dalam malasnya suami pasti ada ketika...anak2 boleh bermain dengan ayah mereka... Boleh membebel itu dan ini... Tapi bila dah tinggal sendiri, kepada siapa yang harus dibebelkan..? Anak? Hmmm... rasa mcm tak kena jer.. Dah nama pun budak... bebel mcm mana pun.... dia bukan boleh faham 100% kan...

Teringat pada 2 sahabat yang telah kematian suami baru2 ni... Sorang ada 1 anak.. dan sorang ada 2 anak... Mereka sungguh tabah pada pandangan aku... Melalui hari2 yang mendatang dengan sabar dan masih boleh tersenyum... setiap kali mengenangkan mereka, hati aku tersentuh....cepat je nak mengalir air mata nie... Itu baru kita yang mendengar dan membaca luahan hati mereka... mcm mana pula mereka... bila malam menjelma..pasti terkenang2 saat2 bahagia berdua... Ya Allah...Kau tabahkan lah hati ibu2 itu supaya tabah menghadapi dugaan dan cabaran hidup ini...

Isk... aku dah tak boleh nak menaip lagi pasal mereka... Hanya doa kebahagiaan mengiriing mereka dari aku.