Tuesday, November 30, 2010

Ayat Kursi




1) Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu,setiap pagi dan petang,setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir,Insyaallah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan,kejahatan manusia,binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga,anak-anak,harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.
2) Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah”, sesiapa yang mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali, maka akan dibukakan dadanya dgn berbagai hikmah,dimurahkan rezekinya,dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
3)  Syeikh Abu Abbas ada menerangkan,sesiapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya,Insyaallah Allah akan memncerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.
4)  Rasullullah s.a.w bersabda bermaksud:”Sesiapa pulang kerumahnya serta membaca ayat Kursi,Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya”.
5)  Sabda Baginda lagi:”Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat,Allah memeliharanya drp kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar”.
6)  Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai Allah dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.
7)  Mereka yang beramal dengan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan dan hasutan syaitan.
8)  Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah,akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
9)  Mengamalkan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanan.
10) Ayat Kursi yang dibaca dengan khusyuk,Insyaallah,akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
11) Jika anda berpindah kerumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu,eloklah anda membaca ayat Kuris 100 kali,insyaallah,mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar dari gangguan lahir dan batin.
12) Barang siapa yang membaca ayat Kursi apabila berbaring ditempat tidurnya,Allah akan mewakilkan 2 malaikat memeliharanya hingga subuh.
13) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir setiap sembahyang fardhu,ia akan berada dlm lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
14) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir setiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut,dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,Allah akan memelihara akan dia keatas rumahnya,rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.
15)Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu,Allah akan menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar,pahala nabi2 juga Allah akan melimpahkan padanya rahmat.
16) Barang siapa yang membaca ayat Kursi sebelum keluar rumahnya,maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya,mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
17) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir sembahyang , Allah azza wajalla akan mengemdalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
18) Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika kesempitam,nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Friday, November 19, 2010

Tip Motivasi dr Dr Irfan Khairi.. :)
Tip motivasi: Adakalanya kita tidak mendapat sokongan daripada mereka yang kita perlukan, mungkin keluarga ataupun kawan baik. Fahami bahawa, untuk berjaya, sokongan tidak diperlukan. ia boleh membantu, tetapi tidak semestinya ada. Sokongan yang paling penting adalah sokongan yang datang dalam diri kita sendiri untuk berjaya! (Bila kita berjaya, pastinya mereka akan mula sokong!)

Tip motivasi: setiap orang perlu mempunyai matlamat hidup. Tanpa matlamat, umpama main bola tanpa pintu goal, umpama naik teksi tak beri tahu destinasi, umpama mencari sesuatu tetapi tak tahu apa yang dicari. Kajian mengatakan 98% daripada kita tidak punyai matlamat. So, jom kita jadi golongan 2% bakinya ;)

tip motivasi: angin yang sama meniup kita semua, apa yang membezakan adalah kearah mana kita melayarinya! Ertinya, kita semua sama, tanggungjawab kita ke arah mana kita bawa hidup kita...

tip kewangan: kalau hati tergerak "mahu" membeli sesuatu (yang mahal sikit), tunggu dulu. lewat-lewatkan pembelian anda sekurang-kurangnya 2 minggu. lepas 2 minggu sekiranya rasa masih "perlu", maka boleh beli. tetapi, sering kali lepas 2 minggu, kita rasa kita tak perlu pun barang tersebut- maka jimat lah wang kita! -

tip motivasi: dalam mengejar kejayaan, pastinya ada pengorbanan. tetapi, jangan korbankan perkara2 penting seperti masa dengan keluarga, anak2 atau korbankan kesihatan diri. korbankanlah perkara2 yang tak berfaedah, yang membuang masa, atau yang kurang penting! 

tip motivasi: Bila kita down dan gagal, selalu-selalu fikirkan time kita up dan berjaya! Ia akan MEMOTIVASIKAN kita. Bila kita up atau berjaya, jangan lupa fikirkan time-time kita down supaya kita sentiasa MENSYUKURI dengan apa yang kita ada!

tip kewangan: jaga makan minum & rajin2 bersenam supaya kita dapat kurangkan daripada sebarang penyakit. kalau kesihatan tak terjaga, seringkali, bil2 perubatan juga boleh mencecah beribu ringgit setiap tahun. jaga kesihatan = jaga kewangan kita juga! ;) 

Tip kewangan: tak semestinya semua orang perlu matlamat jadi jutawan. langkah pertama adalah bermatlamat "bebas kewangan". Bebas kewangan adalah apabila pendapatan residual (pelaburan atau perniagaan) kita melebihi perbelanjaan bulanan kita. Dalam kata lain, walaupun kita tak perlu kerja, kewangan kita sudah mencukupi ...untuk menampung perbelanjaan bulanan.

tip motivasi: orang kata masyarakat kita ramai yang ada PHD (Perasaan Hasad Dengki). Bila tengok orang berjaya, masa tu la rasa nak jatuhkan atau keluar tanggapan2 negatif. Buangkan PHD yang negatif, apa kata kita ada PHD yang lebih positif (Passion, Desire & Hunger). Miliki Passion, desire & hunger untuk berjaya- lang...kah pertama untuk mencapai apa shj kecemerlangan ;) 

tip motivasi: Membaca berapa banyak buku pun, atau hadiri berapa banyak majlis ilmu, atau mempunyai berapa ramai mentor, tetapi sekiranya tidak mengimplimentasi ilmu yang diperolehi, tak ke mana juga & hanya sia-sia.

 MOTIVASI BERKESAN UNTUK DIRIKU....!!!!THANKS DR

sumber : facebook/irfankhairi

 

 

 

 
 

Monday, November 15, 2010

Orang Positif

Salam...

Dah seminggu aku dalam ad4bucks dan 3 hari dalam HR Marketing... Tapi aku masih lagi bersemangat dan masih lagi positif untuk meneruskan perjuangan aku nie... Banyak jugala dugaan2 yang datang... ialah nak ajak orang join bersama2 bukan 1 perjuangan yang mudah.. Tapi aku masih bersyukur..Tuhan tetap..tetapkan pendirian aku untuk terus maju ke hadapan... Alhamdulillah...

Ada juga yang berminat, tapi bila dan cerita2 dia bagi banyak alasan, hehehhee.. teringat kata2 Dr fazilah Kamsah " orang lain buat duit, kita sibuk buat alasan..." Takpe.. aku faham...kadang2 kita tak berminat, maka untuk tidak menyakiti @ menyinggung hati aku, akan ada alasan yang biasa aku dengar.... No problem fren... kita masih lagi kawan...

Kalau orang tanya...apa bukti yang aku ada nak tunjjukan program sekian2 bagus... Soalan cepu emas tue..Jawapan aku " Saya pun baru bermula, belum ada bukti kukuh...Tapi yang bagus saya bertindak..." hehehe... Jangan nak tipu orang lain dengan penyata orang lain... >>> Ini adalah tindakan yang tidak bagus dan akan memakan diri kelak... JUJUR DAN BERSIKAP TERBUKA DENGAN DENGAN ORANG LAIN... ia lebih penting....

Pada kawan2, sahabat handai dan kenalan2 baru.... jangan rasa lain macam pula dengan status2 aku d fb... dan jangan berjauh dengan aku kerana TAK MINAT DAN TAK NAK....kita mesti berkawan untuk meneruskan silaturrahim di dunia dan di akhirat....

Semoga Kejayaan adalah milik kita semua di Dunia dan Di Akhirat... Amin...

Monday, November 8, 2010

Ad4bucks.com

Aku mmg suka mencuba...
kali ni join pula... www.ad4bucks.com...

  • Modal..?? RM210 >>> okla kan... mana tau...boleh buat xtra income...
  • Apa bendanya nie..?? >>> Portal pengiklanan ....pelanggan boleh buat iklan produk2 dorang kat sini...
  • Keterangan lanjut : http://kakwa.ads4blog.net/ >>> bacala ceritera kakak ni berjaya dan terus berjaya bersamanya... MACAM AKU...
  • Kalau berminat....sila2la contact aku yer... 019-2124100 (msg nama dan lokasi...)

Tak salah mencuba kan... kalau x cuba mana nak tahu....

  • Student boleh ker cuba...??? >>>> of coz : korang lagi aku galakkan mencuba.. sbb apa.. dah sah2 hutang PTPTN kan... jadi.. kurang2 guna RM 210 ... kalau buat sungguh2..buang yang -ve tu.. InsyaAllah dah boleh start bayar balik hutang piutang tue eks...dah boleh guna duit sendiri nak beli itu dan ini....
  • Surirumah...??? >>> oh! lagi digalakkan... kalau x takdela memendam rasa nak beli beg dan baju baru...
  • Cikgu-cekgi...??? Lagi aku galakkan... cikgu pandai cerita ma... hehehe...jgn  marah ye cikgu2 sekelian...
  • Yang paling2 aku galakkan masuk ialah... >>> mereka2 yang bermasalah duit.... kalau ada duit xtra kan boleh bagi mak ayah lebih sket... boleh bawa anak2 jalan2...boleh beli kete dan rumah (aset tue..) Dengan adanya masalah baru kita ada motivasi utk berjaya...setuju..??? aku setuju...!!!
Tak salah mencuba kan.... msg aku nama dan lokasi utk keterangan lanjut... 019-2124 100 (norazita) @ fb link aku : facebook.com/norazita.aziz

Terima kasih....

p/s: jgn risau... aku takkan tag2 korang dgn duit... sbb aku pun baru mula... DAN aku takkan paksa korang masuk kalau korang x berminat... hehehe... oleh itu, lepas ni kalau aku call jgn x angkat dan  ingat aku nak appr masuk pula yer... kita 1 tapi kadang2 kita berlainan arah gitu... 

Thursday, November 4, 2010

Gumbira

Hari ni hati gumbira..walaupun smlm sakit hati....
Hari ni berusaha nak ubah diri.... walaupun semalam rasa sgt2 down....
Hari ni rasa nak makan banyak.... walaupun smlm tengok timbang cam nak rosak bila aku naik...
Hari ni hati berharap agar hari ini...esok dan selamanya ...hati ini gumbira....

see... muka natural beauty tanpa make up melampau....

Wednesday, November 3, 2010

monoloQue & atilia- Kekanda Adinda


Oh Bagaimana? Bagaimana..
Kita nak selesaikannya? 
Apa keputusan?

Oh Kekanda mari nyawa?
Kita cuba komunikasi...
Oh Adinda mari sayang 
Kita cuba toleransi...

Nice song kan....KOMUNIKASI DAN TOLERANSI >>> perlu dalam rumahtangga...
Setuju....???
Aku Setuju...

Monday, November 1, 2010

Ayat Seribu Dinar..

“Barangsiapa
bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan
keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan
barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan
mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang
...dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi
tiap-tiap sesuatu.”
Amin..