Saturday, October 30, 2010

Oktober 2010


Selamat Hari Lahir Sayang-sayangku yang disayangi...

05/10/10 >>>> Sesayang-sayang buat Ibuku , Zainab Binti Salleh... Sayang Mak!!!
            
05/10/10 >>>> Adik Ipar yang nakal , Norazlina Bt Ismail.... Belajar sungguh2 yer... Jgn duk pk nak kawin..

10/10/10 >>>> Satu-satunya Abang , Azman Bin Ab Aziz ... Ingat lagi ke dia kat aku yer...


 20/10/10 >>>> Anakku yang pertama ... Nur Liyana Syafiqah Bt Norhisam... Ibu sayang Liyana

27/10/10 >>>> Suamiku a.k.a sahabat baik ku, Norhisam Bin Ismail, Dinda sayang Kekanda....:)

Tengokkkk... berapa byk belanja BULAN OKTOBER ni...!!!! Betul2 Tragedi Oktober... ;)






happy sbb dah sebaya...!!! Muahahaha

Saturday, October 23, 2010

Wahai Lelaki, Hormatilah Isteri Awak!

Dikongsi dr I Love Islam.com

 Dulu lain sekarang lain.. Dulu bujang sekarang dah kawin.. terkenang bait-bait lirik lagu nasihat Tan Sri Dato' SM Salim.

Merujuk kembali kisah pernikahan, perkahwinan zaman sekarang banyak pasangan semasa muda-muda lagi ada yang baru berkahwin dah berpisah, bercerai berai disebabkan oleh kasih sayang antara mereka yang tidak erat.

Kenapa?

Jika difikirkan banyak faktor yang menjurus ke arah keruntuhan rumahtangga antaranya kurangnya ilmu serta pengetahuan agama serta keikhlasan dalam menempuh alam perkahwinan itu sendiri.
Begitu juga faktor dalam menjaga hubungan suami dan isteri agar keharmonian rumahtangga terpelihara tidak diambil kisah.

Suami memainkan peranan yang penting sebagai pemimpin dalam memastikan perjalanan dan keperluan kehidupan itu dipenuhi sebaiknya.

Tidak dinafikan ada waktu-waktu suram ketika bersama namun itu tidak patut menjadi halangan kerana ianya membantu mematangkan kehidupan pada masa akan datang.

Buat si suami anda memang raja tetapi berilah penghargaan dan hormatilah isterimu selalu.

Mari kita berkongsi sedikit sebanyak nasihat dari Dato' Dr Fadhilah Kamsah dalam menghargai isterimu.

01.Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

02.Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri
Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

03.Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

04.Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

05.Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

06.Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya.
Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

07.Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

08.Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik.
Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

09.Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10.Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut? Sudah kahwin makin menjadi-jadi pulak ye..

11.Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12.Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga. Cuba perihatin dan buat penilaian sebaiknya.. ingat ada perkara diluar jangkauan dan pemahaman lelaki..

13.Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14.Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15.Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16.Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18.Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19.Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20.Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai.
Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21.Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga.

Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22.Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka.
Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23.Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris.
Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri.

Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, "Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan"

Suami diberi tanggungjawab yang amat besar sebagai pemimpin keluarga. Kepimpinan seorang suami bukan bermakna dia berkuasa melakukan apa sahaja.

Apa yang dimaksudkan sebagai kepimpinan ialah seorang suami yang mampu memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya.

Melayan isterinya serta keluarganya dengan baik, menjadi pelindung kepada keluarganya dan yang paling penting harus menjadi pendakwah dalam keluarganya.

Isteri juga mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam keluarga. Ketaatan dan kesetiaan seorang isteri menjamin kebahagiaan rumahtangga yang dibina.

Isteri harus menjaga kehormatan dirinya semasa ketiadaan suami selain ikhlas dan sabar menjaga anak-anak dan harta dalam rumah tangga.

Apabila suami atau isteri tahu dan sedar tanggungjawab masing-masing, pembentukan keluarga sakinah akan tercapai.

Sebuah keluarga yang sakinah bukan sahaja boleh dibentuk melalui peranan isteri dan suami malah meliputi anak-anak dan ahli keluarga yang lain.

Oleh itu, keluarga yang dibentuk harus padat dan lengkap secara berterusan dan konsisten mengamalkan nilai-nilai sakinah yang telah diunjurkan dalam al-Quran dan Sunnah.

Petikan Yadim - Sakinah: Bahagia Sebuah Keluarga
 Lelaki-lelaki dlm hidupku setakat ini... :)

Friday, October 22, 2010

Islamic Fashion Festival...

o
Tak terkata dengan perkataan bila tengok gambar kat atas nie... Tajuknye Islamic fashion festival... tapi ni dah tak macam fesyen Islam nie... ni mcm Fesyen menghina Islam... cuba tengok gambar tengah2 baju dalam bulatan... bukankah itu tulisan nama junjugan kita Nabi Muhammad s.a.w.


Dimanakah yang dikatakan Islamic fashion... model2 nya tidak bertudung... kalau ada yang bertudung pun ..mcm tak bertudung... ada juga yang bertudung menyalahi konsep bertudung cara Islam sebenar... tudung tak menutup dada.. bersanggul tinggi... hanya berselendang... rambut tersembul... anting2 kat luar.... Aku bukan la alim sgt...tapi Alhamdulillah aku takla pakai tudung2 camtu punya gaya... 


Yang tukang rasmi fesyen show ni pun tak pakai tudung... Apa lagi model2nya... Penganjur2nye... penonton2 nya... Rasanya dorang dtg kat majlis nie nak tgk fesyen yang dikatakan islamic tu ker @ nak tengok benda lain...



blog ooo blog

Dah 2 hari mengubah2 blog aku nie... last2 aku berpuas hati dgn yang ini... Ini pun x tahu tahan berapa lama yer...

jeles tgk org punya ada header yang cantik2...puas aku godek sana sini...rupanya ada cara nak buat.. tapi still x cantik jugapada aku... setakat berpuas hati jer... cecececece,,,, buat ni pun dah curi masa kerja banyak... sib baik tengah xde kerja....

Wednesday, October 20, 2010

nak banyak ke nak sikit....

Nak banyak ke nak sikit...???

Selalu aku dengar isi separuh ke isi penuh.... Hahhahahhaha... kakak tu betul2 memspoilkan keayuan aku di hari rabu yang mulia nie... Kalau tanya nak half ke full... I boleh cover lagi...Boleh kata 3/4 hehehehhee.. tapi bila dia tanya nak banyak ke sikit... adussss..!!! tepuk dahi nak jawab... Manakala tengah bertanya tu... ada pula jejaka hensem 2 org tengah menunggu untuk mengisi nasi.... 2 orang tau bukan sorang.... Maka dengan sipu2 malu pun aku bercakap... "isi penuh!!!" gila la makan... isi penuh... hahhahaha....

Aku bukan macam orang lain... makan separuh je... aku makan full... menu baik punya... ikan tongkol masak kari..+ ulam2man dan sambal tempoyak... aje giler ambil nasi separuh....!! Lepas aku isi2 lauk..aku kerling2la mamat 2 orang tu.. ellehhhh...dia makan nasi separuh jer... pelepuk..!! hentam jap kepala sebb malu aku makan lagi banyak....!!

Aku dr dulu sehingga kini... tak pandai makan nasi sikit2... bila orang senduk nasi aku sikit jer pada pandangan aku... hati aku sedih jer... rasa nak nagis yob.... dan kalau dah isi penuh... tak pernah tak abis... mesti licin.. melainkan lauk masin...basi... atau takde rasa apa... lain dr tu... confirm licin pinggan...hahahha...

Masa aku duk bercinta dulu.... boyfriend aku selalu mengutuk sbb makan banyak... kalau kami makan KFC sorila nak kongsi2 yer... I 1 snackplate..u pun 1... mana bleh kongsi2...tak kenyang la jawabnya... member aku  selalu i kata aku buruk lantak...  hahahhaha... iya ke aku buruk lantak... Nak kenal pasti senang jer.. dulu makan kat KFC Angsana... kat sana ramai yang bercinta sakan nie (termasukla aku....) kalau dorang makan kat KFC (KFC ye mampu time tu... itu pun dah gah sgt da...) mesti beli 1 snackplate..pastu kongsi... pernah juga aku tanya dorang.."kenyang ker makan camtue...." eh kenyangla.. jawabnya... Tapi aku terkonfius...bila balik duk tapau nasi goreng kg... kan hipokrit tu nama nye... kihkihkikih... aku pun ada gak hipokrit.. tapi bab makannnnnn...i ikhlas u...!!! hahahhaha....

Syok kalau kenang zaman dulu2 kan... kalau time camping..aku rasa akula paling banyak makan... tapi iya jugala... berat aku masa tu 60 kg kau....!!!! mak aih...beratnya aku... sekarang dah maintan yer...walaupun perilaku makn aku masih sama... pernah juga aku ikut stail kawan2..makan nasi separuh... adduuuusssss!!! tak boleh tahan kau!!!! bila masuk 2 jam selepas itu...otak duk pk nak kunyah2....cari akal nak g beli kudapan2... dan dah pasti kudapan itu bukan berbetuk buah2an sebaliknya berbentuk keropok lekor ..pisang goreng... keladi goreng.. n bla..bla..bla...

Aku makan 3 x sehari...pagi tghari malam.. (lum masuk yang kunyah ringan2 cam kuih2) heavy kan corak makan aku... dahlah isi penuh... hahhaha... aku pernah kenal member... dia makan petang je... pagi n malam minum milo susu @ buah.. mcm mana yer  dia boleh berdiet camtu... kalau aku buat camtu  aku dah mcma liyana yang hilang puting tiruan...resah gelisah....

Yang penting makan kena seimbang dan Berkhasiat serta mengeyangkan.. (mcmla aku ikut....)

Nota ku : Kakak tadi ngelat...tak isi penuh... dia isi 3/4 jer... see aku dah tak kenyang lagi... xper2...lepas ni boleh turun beli yong taufu pula... muahhahahaha....

20102010

Hari ni genap Nur Liyana Syafiqah 4 tahun...

"Happy Birthday Liyana...."

Semoga Liyana menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia dan akhirat....

 Ibu sayangggg liyana....

Monday, October 18, 2010

Muazzam dah berjaya

wah...wah..wah..Muazzam dah berjaya tidak menggunakan puting tiruan lagi... yea..yea... aku pula yang suka teramat yer... tinggal kakak je lagi... susah bebenar nak meninggalkan puting si liyana....

Kisah Muazzam .. satu hari khamis 14/10/2010... dia marah dgn sapa tah...terus dia campak puting ke luar rumah... kebetulan ada pulak monyet tengah membuat cubaan mengambil pisang betul2 kat tingkap rumah... bila dah mcm tu...mak aku terus cakap... "Monyet dah ambil puting...." lepas2 tu dia x nak dah pakai puting... dia geli kot... Alhamdulillah...lepas tu dia xde la nak meragam2 nak puting... cuma kadang2 termenung tanau jugala... setahun lebih guna puting tu...alih2 dah xde... kadang2 bila nak tido... termenung je...dia renung je tingkap kejadian.... hahhahaha... kadang2 nak gelak pun ada... kesian pun ada...

Yang kelakar...kalau dia marahkan liyana...selamba dia ambil puting liyana n campak kat luar... apalagi minah tue.. melalak la tak ingat2..sbb puting dah kena campak...



Mcm2 anak2 nie... kadang2 geram pun ada,,,kelakar pun ada... kalau time bergaduh tue... rasa nak ku hantukkan kepala 2-2 kasi sdar sket yang drang tu adik beradik... most of the time...liyana akan kalah n muazzam akan menang.... kadang2 kesian tgk liyana....

Saturday, October 9, 2010

kerana 5 sen

Pelik tak tengok tajuk post kali nie...Hmm..kali ni nak cerita kerana wang 5 sen, ada muka yang jadi mcm gorilla!!!

Peristiwa ni berlaku kepada aku sendiri masa bulan ramadhan baru nie... di sebuah kedai kasut di dalam sebuah pasaraya terkenal di kuala selangor.... Masa tu diskaun mmg x ingat,....turun sehingga 50%... hehehehe...bestkan...terapi mood bagi aku tue.."shopping"... Ceritanya begini... aku telah membeli sepasang kasut ... yang berharga RM 39.90... setelah dilesskan 50% jadila dalam RM 19.95... seletah ku tilik2 kasut tu aku pun setuju nak beli... Aku faham...masa tu terlampau ramai customer esp yang melayula.. nak rayakan... tapi muka promoter yang duk entertain aku tu...mencuka jer...muka mcm orng nak marah...!!! takpe..aku rilek lagi... bila dia kata g kaunter bayar dgn nada ala2 nak tak nak... aku pun berjalanla ke kaunter.. Bila sampai kaunter... aku tanya masa kasut yang aku nak beli...eh promoter tu boleh jawab dgn nada marah... "natila i ambil...u tak boleh sabar ker...??? " wah..wah,..wah... time nie darah sudah naik ke muka... dahla tadi layan aku nak tak nak.... Oh!!! lupa sebabaku beli kasut less yang berharga RM 19.95 jer... maka layanan tak seberapa la. kot...

Lepas kasut aku dibungkus... maka aku pun menghulurla RM 20 (nak bayar kasutkan RM 19.95)... lepas tu dia tekan2 mesin duit 2... keluarkan resit dan tutup semula... hulur resit n kasut kat aku... Aku pun terpinga2 jugala.. lama juga berteleku kat kaunter tu....Lepas tu aku tanya takde baki ker...? Tahu apa promoter tu cakap... "5 sen pun mau kira...." dengan kasar dia buka mesin..ambil 5 sen n bagi aku... Aku ambil 5 sen tu...aku cakap balik kat promoter tu... " I bukan kisah sgt dgn 5 sen nie... tapi u tak jujur dgn customer... kalau 10 customer u tak pulangkan walaupun 1 sen pun ...u sudah salah....kalau u cakap baik2 dengan i... i boleh terima lagi..." wah beranikan aku... dah la tempat orang... adik2 ipar aku dah cuak dah...terus tak beli kasut kat situ..

Sebenarnya aku tak berapa kisah dgn 5 sen tue... tapi sikap promoter dr layan aku masa nak beli kasut sampai ke pemulangan baki dia dah kurang ajar.... Dalam kita bekerja ...kita kena ikhlas...sungguhpun kita tak suka buat kerja tue... ini time ramai orang....dorang kena terima hakkat kerja mcm tue... kalau x nak susah mcm tue..baik dudk rumah.... esok lusa..kalau dah tak ramai orang...promoter nie duduk jer..tunggu customer datang....

Kejujuran dalam bekerja perlu diamalkan... Kalaula promoter tu ckp..xde 5 sen..aku boleh cnsider lagi... ni buat mcm xde apa2 berlaku.... Mujur juga aku tak panggil bos dia... cewah...aku mcm berani... hehehhe....aku harap promoter tu dah berubahla...walaupun dia bukan sebangsa dgn aku... but pls respect me as a customer...



Pesanan ku : cuba kalau minyak naik 5 sen.... terasakan... semua nak marah dan menyalahkan... 

Friday, October 8, 2010

Berakhir Hari Raya Aidilfitri, tahun hijriah 1431

Hari ni hari terakhir kita berhari raya dalam tahun 1431H ini.... Apa yang telah kita dapat untuk hari raya tahun nie... Dapatkah kita menyambung silturrahim yang sekian lama terputus.... atau sudah berjumpa kah kita dgn sahabat handai yang telah sekian lama tidak ketemui.... atau sudahkah kita menyudahkan puasa 6 tahun nie...atau sudahkah kita terkejut melihat perbelanjaan yang telah kita belanja kan sepanjang aidilfitri tahun nie....

Aku....??? banyak yang aku belum sudahkan untuk raya tahun nie.... Ramai kawan2 yang belum aku jumpa tahun nie....disebabkan kengkangan masa.... ada je halangan... cadangan nak melawat cik ber..& timah yang baru bersalin anak ke3...masih belum tertunai setelah bertahun2... hehehhee... hajat hati tu...teringin nak berjalan2...tapi ada je 'open house' yang perlu dikunjungi... sampaikan...bila sampai rumah ke 3....aku hanya menjamah kuih & air jer... semuanya sedap2... terima kasih yang sudi menjemput... :) Hajat nak menziarah yat pun tak kesampaian lagi....

Perbelanjaan tahun ni Alhamdulillah...takdela seperti tahun2 lepas... Tahun nie kami beraya ala kadar sahaja... yang lebihnya anak2 jer... Tahun nie lebih seronok sbb x sabar nak pakaikan muazzam baju melayu... ehehehe.... serius tak sabar...sampaikan rasanya baju muazzam lebih banyak dar baju liyana... liyana pun sehelai je baju kurung... baju yang lain2 muat lagi... Awal ramdhan...aku seungguh bersemangat nak menjahit baju liyana... dah potong dah kainnye... tapi mesin jahit pulak rosak... adus..!!! maka baju yang telah ku potong....aku simpan sehinggala ke hari ini.... bilala nak siap... excited sbb 1st time menjahit baju kurung... Baju muazzam beli je... kat Karnival melambak2 baju melayu... x payah g jauh2 beli... mydin putrajaya pun ok...cantik2... harga pun berpatutan dan berkempuan utk membeli..... Kuih muih...??? tahun nie lebih banyak beli kerepek2 jer... kuih raya beli 2 jenis jer... hmmm...thn nie rumah aku xde kuih tart...tapi xper... hampir setiap rumah yang aku g ,,,pasti ada kuih tat... sedap pulak tue....

Pagi raya... aku hanya menyediakan nasi impit + rendang ayam + kuah kacang dan masak lodeh jer... Alhamdulillah...tahun ni licin... tak membazir seperti tahun2 lepas... sbb aku dah pesan awal2 dgn family (mak + adik aku jer...) tak payah masak banyak2.... banyak buang dr makan... tambah2 pula ayam peliharaan dah xde... hehehehe... sejak reban ayam dimasukki ular sawa yang telah kekenyangan ...mak aku da serik nak bela ayam... ular tu berubah saiz menjadi sebesar muazzam selepas kenyang.... siap panggil bomba datang tangkap... uishhh....dia punya melingkat selepas kenyang... x ingat2... mak aku pun terkejut sbb pagi tu dia duk masuk dalam reban ayam bagi ayam makan... lepas tu dia kata ada bau busuk...nasib baik dia tak g dekat2 tempat ular tu melingkar.... dia rasa lain macam...terus keluar n panggil aku... bila aku tengok je ular tue...uishhh tegak bulu roma aku.... besar betul!!!! eh dah melarat2 pula cerita aku nie...

Puasa 6.... ni yang sedih nie... orang puasa 6 ...aku puasa sehari jer... ni semua gara2 malas bangun sahur... dah jaga dah pagi2 tu... bila tgk jam baru kul 4... jap lagi...jap lagila... sekali buka2 mata dah pukul 6.30am... hmmm bangun sembahyang subuh jela... Bak kata mak aku... bila dah terbuka mata tue..terus je sahur... kalau dilengah2kan...camtula jadinya... mcm sembahyang juga... bila ada istilah 'kejap lagi...kejap lagi tue..." nati ada je hal ....tengok2 dah terlepas waktu... Tapi mmg betul pun kan...

Kesimpulan....raya tetap meriah bagi aku... Tapi perasan tak raya kita dah tak semeriah CNY, Depavalli dan krismas kan... tengok kat pasar2 raya... kalau krismas esp... dia punya pokok sikit punya besar...ada kadang2 aku tgk sethun duk kat situ... masa CNY pula...tanglung sana sini... tapi bila hari raya..??? ketupat gergasi tak banyak yang kita lihat.... Masanya untuk kita ubah sikap dan kepercayaan kita.... duit kita banyak mengalir ke bangsa bukan melayu.... kita umpama menghirup sisa orang lain sedangkan kita peribumi ...kita bangsa asal... makanan kita banyak yang disuply dan dibuat oleh bangsa lain.... perasan x..?? dlu kita dipanggil bangsa melayu...lepas tu kaum melayu... aku takut esok lusa...jadi suku melayu... makin kecil dan mengecil.... kita perlu memainkan peranan kita sebagai orang melayu.... "Takkan melayu hilang didunia..." Dah jadi melayu....jgn lupa jadi orang islam sebenar yer....!!!! sebab sekarang mualaf lebih baik islamnya dr bangsa melayu sendiri.... !!!

Monday, October 4, 2010

Ana Raffali Sohaimi Mior Hassan Altimet - Kalau Berpacaran

Lagu yang bagus...straight to the point... I likeeee....:)




Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibubapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Chorus:
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

[Ana Raffali]
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarlah rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasih mu disambar buaya

ulang chorus

[Altimet]
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Aku lah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

Saturday, October 2, 2010

Saat ini....aku baru lepas menghabiskan membaca sebuah buku motivasi yang bertajuk "Petunjuk Jalan Kekayaan" tulisan Dr Rusly Abdullah Ph.D. Sebenarnya buku ni dah lama kat rumah... en syam yang punya... dah byk kali juga di suruh aku baca...tapi yelah...Ibarat mencurah air ke daun keladi" la masa tue... berkali2 dia suruh aku baca...tapi aku endah tak endah jer... bagi aku buka best pun nak baca buku motivasi mcm tue...dgn anak 2 org yang duk berkepit je dgn aku....

Tapi... sejak semalam aku mula membaca buku nie...selepas aku rasa aku perlu berubah.... Langkah pertama aku ialah dgn membaca buku ni..sbb tajuk dia...menarik bukan...!!  "Petunjuk Jalan Kekayaan" >>> bagi aku menarik utk perubahan besar dlm hidup aku nie... Aku mula membaca...sehelai demi sehelai...patah demi patah perkataan yang ditulis aku cuba hayati... even masa spm pun aku x buat mcm nie...

Makin lama aku baca...aku makin termotivasi...makin banyak aku letak 'question mark' dalam perjalanan hidup aku... makin banyak sebenarnya yang perlu aku korek setiap potensi dalam diri aku nie... Aku teringat sesuatu... ramai kawan menyarankan aku menjadi cikgu... tapi aku x buat sbb aku x minat.... aku nak jadi business women... tapi aku x tau cara menyebabkan aku terus menjadi pekerja makan gaji... aku terus-terusan kayakan orang tapi x kayakan diri sendiri..... Sebelum ni aku byk baca buku motivasi..tapi tak termotivasi pun....sekadar membaca.... Di situasi itu pun sebenarnya aku mengkayakan orang sbb sentiasa beli buku motivasi..tapi aku tak kayakan diri....

Bukan bermaksud aku tak suka makan gaji... NO!!!! aku suka bekerja... sangat suka...lagi2 benda yang aku minat....tapi aku tak puas.. sbb aku x dpt jaga anak..disamping tak punya simpanan yang betul2 hebat..... 9/10 kekayaan adalah dr berniaga... kekayaan tu bukan kaya duit sahaja... tapi mesti kaya masa utk beribadat...kaya masa utk bersantai dgn keluarga dan masa yang sama kaya pendapatan....Kaya juga untuk membantu orang lain...bersedekah..(ini x ...nak sdekah rm 5 pun pk..aku lauk lagi bagus... bukankah itu sebenarnya x baik.)


Sekarang aku dah nampak apa yang sgt sibuk diperkatakan oleh en syam... aku dah nampak apa yang dia nampak... Sekarang masa untuk aku berubah bersama...Bukan kah tempat isteri disisi suami... dan aku percaya...dengan gandingan kami berdua, kami mampu merubah hidup kami selama ini.... kawan2 doakan kami yer... Aku sarankan pada sesiapa yang nak berubah..boleh baca buku nie... ini bukan sahaja buku menunjuk kekayaan tapi sebuah buku yang amat sarat dgn motivasi merubah persepsi diri sendiri... cubala..

Ni la buku yang aku cakapkan...

Esok aku nak start baca buku pertama beliau "Menjejak Jutawan senyap"
Publish Post