Monday, April 26, 2010

kampung aku....


Jenderam

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Jenderam terletak pada kedudukan 2.8' Utara, 101.7' Timur, terletak di daerah SepangDengkilSelangor Darul Ehsan. Bersebelahan dengan Sungai Langat, kira-kira 30 km dari Kuala Sungai Langat yang menjadi laluan utama pedagang-pedagang dan penghijrah terutama Sumatera,Jawa dan China ke KajangSemenyihReko dan sebagainya.
Sebahagian mukabuminya antara 10-50 meter dari aras laut dan begitu sesuai ditanam dengan padi sawah satu ketika dahulu.

Isi kandungan

 [tunjuk]

[sunting]Pelabuhan Jenderam

Bot Jenderam
  • Pada tahun 1977 pula pelombong bijih timah Syarikat Tit Nam Hoong di Jenderam Hilir menjumpai pelbagai artifak. Objek terdiri daripada objek-objek tembikar asing seperti mangkuk dan sebuah tempayan kecil China dan dua buah kendi, objek-objek logam seperti beberapa jongkong timah, bekas-bekas gangsa, dan objek-objek kayu seperti sebuah pengayuh kayu dan batu tumbuk. Semua artifak 'Bot Jenderam' ini dipamerkan di Muzium Shah AlamSelangor.

[sunting]Zaman Mesolitik

  • Terdapat lebih daripada 70 buah petempatan. Di antaranya ialah Guar Kepah di Kedah,Jenderam Hilir,Kota TongkatKota GelanggiGua Kecil dan Bukit Cintamanis diPahang.
  • Terdapat juga bukti-bukti kewujudan petempatan di Gua ChaKelantan dan Gua Niah,Sarawak (Abdul Rahman Haji Abdullah,1989:7)
  • Kajian di Gua Niah dilakukan oleh Tom Harrison sejak tahun 1954. Beliau telah menemui tengkorak budak lelaki berusia 15 tahun yang dianggarkan berusia 40,000 tahun dahulu. Tengkorak manusia ini termasuk jenis homo sapiens (Harrison,1972:3)
  • Kajian terhadap lapisan tanah juga menunjukkan terdapatnya penduduk yang bersilih ganti dari zaman awal homo sehingga zaman moden. Tradisi kebudayaan pada Zaman Mesolitik di Asia Tenggara lebih dikenali sebagai kebudayaan Hoabinhian.
  • Antara aspek-aspek utama kebudayaan Hoabinhian ialah pembuatan alat tulang, tembikar dan tradisi bercucuk tanam.Industri ini juga ditemui di beberapa tempat di Vietnam Utara,ThailandSemenanjung Tanah Melayu dan di timur laut Sumatera.
  • Industri batu Hoabinhian dicirikan dengan alat teras seperti edge ground axes tarahan dan batu asah (G. de G. Sieveking,1990:14).
  • Di antara tapak- tapak Mesolitik yang terkenal ialah Gua Jiwa,Thailand, Da Phuc, Sai Yuk dan Bac Bo di Thailand.

[sunting]Komunis Melayu

  • Pada zaman daurat tahun 1948 hingga 1960, ramai penduduk kampung Melayu di sini menyokong dan menjadi pengikut Parti Komunis Malaya. Ini kerana pemimpin-pemimpin komunis Indonesia seperti Tan Malaka dari Indonesia dipercayai pernah datang ke sini kerana di sini ramai keturunan Minangkabau.
  • Seorang pemimpin komunis Melayu bernama Abdul Manan telah menjemput beberapa penduduk dari Kampung Sungai Kembung,Semenyih ke Jenderam untuk membincangkan perjuangan komunis menentang penjajahan British dan memerdekakan tanah air serta aktiviti lanjutan.
  • Seorang guru bernama Cikgu Karim telah dipanggil oleh beberapa pemuda komunis dan dibunuh berhampiran rumahnya di Jenderamkerana disyakki bekerjasama dengan tentera Jepun semasa pemerintahan Jepun. Karim menjadi guru semasa Zaman Jepun dan berkebolehan bercakap bahasa Jepun.
  • Berikutan itu dan beberapa insiden lain, rumah-rumah penduduk Jenderam telah dibakar dan 1500 penduduk Melayu dipindahkan keKeluangJohor.

[sunting]Pendidikan

Tuan Guru Haji Kamaluddin Md Zin. No 1 lorong Bahagia Jenderam Hulu 43800 dengkil. selangor/

[sunting]Kampung Jenderam Hulu

[sunting]Kampung Jenderam Hilir


[sunting]Ekonomi

Pada tahun 1996, Mohd. Isham Ibrahim dari Universiti Malaya membuat kajian tentang "Pengeluaran dan pemasaran industri belimbing" satu kajian kes di Kampung Jenderam HuluDengkil. Beliau ialah pelajar Jabatan Antropologi and Sosiologi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.

[sunting]Yayasan Al-Jenderami

Yayasan ini ditubuhkan pada 23 Jun 2003 di bawah Akta Syarikat 1965, Company Limited Guarantee and Not Having A Share Capital. “Dikecualikan daripada cukai pendapatan di bawah seksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan 1976. Ruj : LHDN.01/35/42/51/179.6-5583”
YAYASAN AL-JENDERAMI sebuah yayasan bantuan kemanusiaan yang berfungsi sebagai badan bukan kerajaan (NGO) yang membantu serta menolong umat islam tidak kira dalam mahupun luar negeri seperti Indonesia, Kampuchea serta yang lain. Ianya terletak dan beroperasi di Kampung Baru Jenderam Hilir, Dengkil di dalam daerah Sepang.
Yayasan ini telah menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan lebih daripada 15 tahun, yang mana sebelum ini hanya bergerak di bawah sebuah kampung yang diasaskan dan didiami oleh bekas-bekas kakitangan UDA (Perbadanan Pembangunan Bandar). Tujuan yayasan ini ditubuhkan adalah untuk turut serta dan sama-sama membantu merealisasikan wawasan kerajaan di dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat Malaysia.
Yayasan ini diasaskan oleh As-Syeikh Hj. Mohd. Hafidz b Selamat dan diterajui oleh Hj. Abu Bakar b Abd. Aziz sebagai Pengerusi dan dibantu oleh Ahli Lembaga Pengarah dan barisan Ahli Pengurusan.Alamatnya ialah Kompleks Yayasan Al-Jenderami, Lot 4029, Lorong Aman,Kampung Baru Jenderam Hilir, 43800 Dengkil.
Pada bulan Mei 2005, Ijtima' Ulama Sekolah Pondok Senusantara dianjurkan di sini. Yayasan ini telah mengadakan sekolah pondok di sini.

Amarah

Lirik Siti Nurhaliza & Krisdayanti - Amarah

Wanita bukanlah perhiasan mata
Wanita adalah pelengkap di jiwa
Yang perlu kau corak dan bimbingi dia
Dan pasti bukan sekadar dengan kata-kata

Manis mulut lidah kau berapi
Tanpa sedari hati kau sakiti
Ku menghargai segalanya
Namun mungkin kau yang lupa
Fikirkanlah dengarkanlah suaraku *Koleksi Lirik Lagu-Lagu Melayu Di http://mylirik.com

Kau tak bisa hapuskan amarah
Walaupun engkau tahu
Aku mahu kamu mahu
Aku tahu kamu tahu
Ku takkan tunjukkanku amarah
Kerana aku tahu segala yang berlaku
Tetap akan berlaku di mana kudratku
Dia yang menentu Dia yang menentu

Hati wanita terlalu rapuh kau genggami
Yang ingin selalu dimanja dan disayangi
Ku bukan tagih janji yang kau hancur

** aku tengah marah ker...??? *****

Wednesday, April 21, 2010

manusia...manusia

Pagi tadi dengar iklan kat era pasal BERATUR... kita boleh beratur kalau beli tiket wayang...g beli mkanan kat kfc..cuba try test potong barisan kat kfc...kalau x kena sindir..mmg makan buku lima sblm makan kfc kan.... tapi kenapa kat jalan raya kita x boleh beratur...esp masa jem... alahai....

Aku teringat masa aku duk seremban....jem mmg selalu berlaku....sbb utama ialah 'accident'.... bila ada accdent jer mesti jem.... lepas tu cuba tgk kat jln kecemasan ...confirm byk kereta yang lalu.... yang banyak kereta yang gah2....yang power2...yang pakai kancil pun ada.... nak kata bodoh mmg sah2 bodohla... apahal pakai laluan kecemasan.... nak kata tak pandai undang2 jalan raya....bawa kereta dah bertahun....ini semua SIKAP.... sikap pemandu malaysia yang mmg diungguli.... aku pun heran kenapa guna laluan tue....aku paling takut nak guna laluan tu kalau jem....kena ko tetiba ambulans muncul kat belakang ....mcm mana nak bagi laluan...masuk parit...??? mungkin tak.... yang aku heran kekadang...ambulan tu kena tunggu pemandu bijak bistari nie alihka kereta....kalau ada org sakit jantung dlm tu...mcm mana... pada aku..punca kematian dia salah satunya ada PEMANDU BIJAK BISTARI (PBB) ni.... bayangkan pula kalau ada ibu yang nak bersalin..belaku tumpah darah...ha....kalau ada apa2 yang berlaku  mcm mana... korang yang guna laluan kecemasan ni la salah seorang yang wajib dipersalahkan.... bayangkan pula kalau korang ditempat mereka....mcmamana...?????

Eksyen nak mampus dorang yang guna lalulan kecemasan...macam bagus jer....sbb tu kemalangan banyak berlaku kat malaysia..... lagi satu aku nak berpesan kepada yang bawa moto.... esp kat traffic light.... aku tahula korang senang menciluk sana sini....tapi nak cilok2 tu tgk2 jugala lampu tu merah ke hijau....Ini tak..asalkan xde kereta jer....mesti nak jalan....korangingat nyawa korang tu besi ker...???? cuba bayangkan time korang jalan tue...tiba2 ada kereta baik punya laju (ialah...orang malaysia kan mmg camtu....kuning pun sempat....) dan ..dan ....BUMMMM korang....ha...pastu korang lak jenis pakai topi keldar..tak ikat.... hmm....sendiri mau ingatla......

aku ni bukan geram kat sesapa....tapi melihatkan keapda kemalangan jalan raya sekarang....amat2 mengerikan aku untuk memandu....kadang2 kita berhati2 ...org lain sambil lewa...kita kena juga.... Ingat... kita bawa kete,....bukan bawa nyawa kita jer....kita kadang2 melibtkan nyawa orang lain.... berhabis kerajaan promote kempen keselamatan jalan raya....habuk pun tarak..... hmmm....apa nak jadi...kalau terus JALAN xper...itu urusan korang dgn Tuhan pulak...kalau patah tangan...patah kaki...lumpuh...buta...kan dah sah2kan kena menyusahkan orang lain..... masa tula salah kan Tuhan....Tuhan bagi akal tak nak pakai.... otak letak kat kepada lutut....

kepada pengajar2 memandu.... korang memainkan peranan yang penting...jgn pk untung jer....ajar betul2.... tapikan...kalau ajar pun dah betul....tetap juga tak makan nasihat....mcm mana nak buat yer....

ingatla jalan raya bukan tempat berlumba...atau menunjuka kereta korang bagus sgt....nak tunjuk ko bagus g litarla.... bukan kat public mcm tue....lagi meluat adalah..... skrg yang main cucuk2 dr belakang pun dah ramai... pantang lambat sket....cuck2 dr belakang....kena kang brek korang...Tuhan nak bagi x makan...ha...apa cerita....?? tula aku kata...otak letak kat kepala lutut.... yang mencarutla..yang hon2 la....yang tak bagi signanl nak masuk simpang la.....kalau rasa signal x penting...buang jela....mengong betul...tau2 belok...kang kalau kena langgar dr belakang...cepat2 onkan signal kan....mcm aku tak biasa tgk... lepas tu tukang langgar belakang yang salah....saman komfem2 rm 300..saja jer nak mendajalkan orang....pastu claim lak insurang kete belakang.....wah....senang amat....

dahla...makin aku cerita pasal ni...makin meluat2 aku... makin sakit hati aku...makin banyak dosa aku pulak...

p/s: hati2 ketika memandu....ingatlan kepulangan anda dinanti....

kenapa aku emo sangat ni...?????

Monday, April 19, 2010

Liyana ku sayang

Liyana ku sayang....

hmm...Liyana mmg anak yang baik... ceria dan ligat serta pantas... betul2 mencabar sikap berhati2 aku.... dah berapa kali dia hilang sekejap kat dalam pasar raya esp tempat baju2... smlm hilang sekejap kat nilai 3.... dia ni mmg tak takut orang lain... tak kisah langsung..janji dapat apa dia nak.... Alhamdulillah liyana dikurniakan daya mengingat yang amat bagus... sekali pegi mana dia akan ingat...kat mana ada palyground..kat mana kfc...

Semalam aku bawa mak n adik aku g bershopping d nilai 3... dah lama tak g... rasa mcm nak pergi pulak... pergi time xde duit...so cuci2 mata jer.. (dalam cuci2 tu rasa byk jugala abis...). Berbalik kepada cerita liyana... aku bawa dorang jalan kat textile walk.... wahhhh.... dah byk perubahan...perubahan paling aku x suka...terletaknya sebuah playground yang amat besar lagi senang d lihat....betul2 antara timur n barat @ antara utara n selatan... kira2,,,mmg kena lalu juga...mandatori!!!!. Liyana apa lagi..dah nampak lagi terang disiang hari tue... terus lari g main.... takpela...aku bagi main sekejap.... sekejap liyana...mak aih dekat sejam... last2 aku ajak cara baik x nak... hmm...apa lagi... aku angkat jer...(mak nak shopping anak sibuk nak main....) dia nangis2 gak la...pastu aku umpan dg ais krim...ok kejap... sat g....tengah2 aku belek tudung....tiba2 aku perasan liyana xde.... ah sudah...mana pula budak bertuah nie... kelam kabut aku cari....dahla bising dengan bunyi muzik...berselang seli dagn suara aku yang lemak merdu panggil nama liyana.... cuak aku...mana la anak aku nie....siap....mat pakistan yang jaga kedai tolong cari liyana.... tima kasih kat mamat pakistan tue tolong aku cari...hahhaha...

cari punyai cari....aku teringat playground tadi... terus kaki aku melangkah ke sana.... korang tahu....dia ada kat sana....bermain dengan gembira tanpa rasa ragu2 lagi.... eii....ikutkan hati nak je bagi secubit....tapi sbb aku pun nak cover malu yang terpekik2 tu... aku angkat aje... sambil jalan g kat adik aku yang tengah tunggu...mengomel2 aku dgn liyana... semua org pandang jer.... lantakla nak cakap apa...!!! dorang bukan nak tolong cari anak aku.... mat pakistan tu pulak yang tadah tangan bila aku jumpa liyana.... ;)

Liyana mmg mcm nie....kat mana2 kena tengok je dia...kalau leka sekejap mmg selamat.... risau aku dia hilang x jumpa2...sapa nak menjawab.... rasanya lepas nie...aku nak ikat liyana kat pinggang aku.... Liyana mmg tak takut orang....sapa ajak dia ikut... takut kan.... aku lagi takut....ada satu post aku kat sini...liyana hilang kat rumah kenduri.... hmm...liyana..liyana... risau juga time dah sekolah esok... kena bagitau cikgu supaya extra alert dgn liyana... kang dia selamba je balik ikut org lain... ha..aku juga yang nagis...

 Mcm mana buat ni lagila dengan liyana nie..... risau tahap 'ultrman daia' dah aku nie... kalau ada tips kongsila dengan aku.... sejuta penghargaan utk korang.....

Thursday, April 15, 2010

waris patah titi...

Dah lamarasanya tak baca buku @ novel tebal2... balik2 baca majalah mingguan wanita....

Baru-baru nie aku jumpa majalah baru... Majalah Solusi keluaran telaga biru... bagus majalah nie...banyak menjawab soalan2 agama utk aku.... muhasabah diri.... masa nie aku mcm baru tersedar.... byk yang aku tak tahuyang salama nie aku pandang enteng jer...rupanya ada hukum begini begitu....

Salah satu isu..."Waris Patah Titi"  ...Pelikkan istilah nie... maksudnya... anak yang kematian ibu @ bapa sebelum kematian datuk  @ neneknya.... isu yang cuba diketengahkan adalah isu harta pusaka yang ditinggalkan oleh nenek @ datuk mereka. kalau ikut faraid, anak2 tak dapat apa2 bahagian sbb terdinding dgn ibu @ bapa saudara dorang. sbb tula adanya istilah ni....Istilah ni ...istilah org tua2 ....
tapi kalau diteliti dr sudt perundangan, hak n kedudukan anak2 ni dah diperuntukkan dalam enakmen beberapa buah negeri iaitu enakmen wasiat negeri sel, melaka dan n.9 berdasarkan peruntukkan berkenaan wasiyyah wajibah....

Apa pulak maksud wasiyyah wajibah.....ia adalah satu pemberian wajib drpada harta peninggalan si mati yang diperuntukkan dalam undang2 kepada cucu yang tidak menadapat bhgn drpada harta nenek @ datuk mereka... hal ini kerana sudah terdidning oleh bapa saudara atau ibu saudra disebabkan kematian ibu dan bapa sebelum kemantian nenek @ datuk mereka...

Enakmen ini hanya terpakai di negeri2 yang aku sebutkan di atas.... ada syarat2 yang perlu dilihat sblm melaksanakan wasiyyah wajibah...iaitu:-
1) ibu @ bapa meninggal terlebih dahulu, atau meninggal serentak sebelum datuk @ nenek meninggal.
2) anak2 ni langsung x dapat apa2 dr harta nenek @ datuk kerana terdinding dgn kehadiran ibu n bapa saudara
3) datuk n nenk x bagi harta lsg secara hibah, hadiah @ wasiat.
4) kadar yang ditetaokan ialah tidak melebihi 1/3 drpd keseluruhan harta nenek n datuk...

muazzam ku sayang

Muazzam ku sayang dah 2 minggu batuk... risau aku dibuatnyer...
Ubat dah 2 botol makan...tapi x baik2 lagi....tah bila la berbaik....
malam tadi aku tido bawah dengan muazzam....Muazzam dah makin lasak....x cukup nak tido berempat atas katil... Masa tido aku dgn muazzam jer...buka2 mata pagi tadi...isk ...ramai betul kat bawah nie... semua duk bawah.... yang tak tahan si liyana...siap bawa puting n tuala busuk... bila masa dia turun aku pun x sedar....tido mati juga aku kebelakangan nie....

Jumaat hingga rabu depa syam xde....g 'fishing' kat terengganu....tinggal aku sorang n anak2.... wawawa...dia g time bday aku...ceh ....x alert tul bday aku jatuh masa dia di laut,..... ceh mcm kawin dengan nelayan da... hahahha......


minta2 anak2 aku baik2 je la...

Tuesday, April 13, 2010

nama

Nama membawa seribu pengertian... dulu aku selalu confius kenapala mak n ayah aku bagi nama Norazita kat aku n Norazila kat adik aku... Masa sekolah2 menengah dulu cari2 juga maksud nama aku tu...tapi xde... Bila pk2 sekrang....aku bila nak bagi nama anak...mak aih...tengok buku... kalau boleh nama kasi panjang2 sedap2... makna bagi bagus2... kalau boleh semua nama sedap nak aku gabungkan jadi satu nama jer... kang orag kata aku tamak pulak....

Agak2 dulu masa aku lahir ...mana mak n ayah aku dapat nama tue....hmm...balik kena tanya mak aku nie... sekejap tadi aku search2 gak nama aku dalam internet... ha nie la hasilnya nama aku tu...
nama aku Norazita ....mmg kalau search...dia reply balik "no search found..." then aku pisah2kan..nila hasilnya...

nur = cahaya (event nama aku nor)
azita = Nama puteri iran (haaa....ko pk...agak2 ayah aku dulu tahu ke maksudnya....)

menyelitkan maksud nama anak aku lak :

Nur Liyana Syafiqah (wah...panjang tul... dalam ic ada nama dia jer..nama ayah dia xde...)

Nur = cahaya
Liyana = kelembutan
Syafiqah = Belas kasih

Muhammad Muazzam (ingat dulu masa baru2 bila org tanya "nama anak apa..." aku cakap Muhammad Muazzam... ehhh....ada juga yang suka2 tambah.."muazzam shah ker...!!!" aku jawab..."takkkkk muazzam jer...")

Muhammad = Yang terpuji, di rahmati (semua orang tahu nie...)
Muazzam = Dihormati, disanjungi

lupa pulak.... husband aku lagi pelik nama dia.... Norhisam ....

Nor = cahaya
Hisam = aku x jumpa la pulak... yang aku jumpa Hisyam = Murah hati. bolehla kot.. sebutan lebih kurang....

tapi nama mak aku juga yang best.... Zainab = Daughter of the Prophet (pbuh)

adik kesayanganku tue... Norazila

Nor = cahaya
azila = ???? (masih dalam pencarian...)

Disunatkan memberi nama-nama yang elok dan baik kerana Nabi s.a.w. bersabda;

إنَّكُمْ تُدْعَوْنَ يَوْمَ القِيامَةِ بأسْمائكُمْ وأسماءِ آبائِكُمْ فأحْسِنُوا أسْماءَكُمْ
“Sesungguhnya kamu sekelian akan diseur/dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu. Oleh demikian, elokkanlah nama-nama kamu”. (Riwayat Imam Abu Daud dari Abu Dardak r.a.)

Begitu juga, dimakruhkan memberi nama dengan nama-nama yang dijadikan tengok nasib dengan penafiannya pada adat/kebiasaan seperti nama-nama yang terkandung dalam sabda Nabi s.a.w.;

لاَ تُسَمِّيَنَّ غُلاَمَكَ يَسَاراً، وَلاَ رَبَاحاً، وَلاَ نَجِيحاً، وَلاَ أَفْلَحَ، فَإِنَّكَ تَقُولُ: أَثَمَّ هُوَ؟ فَلاَ يَكُونُ، فَيَقُولُ: لاَ". إِنَّمَا هُنَّ أَرْبَعٌ، فَلاَ تَزِيدُنَّ عَلَيَّ.
“Janganlah kamu menamakan anak kamu Yasar (mudah), Rabah (untung), Najih (berjaya) dan Aflah (berjaya). Kerana sesungguhnya jika kamu bertanya seseorang; Apakah ada di sana (Yasar[11], Rabah dan sebagainya itu)? Lalu ia menjawab; ‘Tidak ada’. Sesungguhnya nama-nama itu hanya empat. Maka jangan kamu menambah ke atas apa yang aku sebutkan itu[12]”. (Riwayat Imam Muslim dari Samurah bin Jundab r.a.)