Saturday, December 18, 2010

Blogku dan Bersawang mawang....

Haishhhh... kesian... Blog dah bersawang mawang...mayang diulik... Kenapa??? sbb pemiliknya tidola kot... tido dr berblogging.. kerja? JALAN....

Nak cerita apa yer...Hmmm no idea.. baru balik dr jalan2 ke bloh cik ber.. cik mal.. azyza..liyana... dan kawan2 seantero blog.... Rupanya bukan blog aku jer yang bersawang mawang,,,,,, ada juga yang lain... hehehhehe...

Rasanya Masih belum terlambat nak ucap.. Salam Maal Hijrah... 1432H.. Buka buku baru setelah tutup buku lama... Adoi.. buku lama pun nampak mcm tak berapa cantekkk jer... Moga2 ada amalan yang terbaik yang telah dilakukan utk setahun lepas.... InsyaAllah...

Hijrah!.. Nampaknya nak kena berhijrah lagi... Hijrah ke alam baru dalam hidup... kalau selama ni duk pulun kertas dan pen serta komputer kat opis... lepas ni tak berapa nak tgk la benda2 ni semua agaknya...
Hijrah apa? hmm.. biarla dirahsiakan dulu... InsyaAllah sampai detik dan masa ...pasti akan diketahui...

Hari ni rasa nak berfeeling2 lebih... maka lagu di post bawah.. ditujukan khas utk anda semua... !

Hidup Norazita! eh.. sorry terlebih acting suda...

WALI BAND - BAIK BAIK SAYANG ( ORIGINAL )

Tuesday, November 30, 2010

Ayat Kursi




1) Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu,setiap pagi dan petang,setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir,Insyaallah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan,kejahatan manusia,binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga,anak-anak,harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.
2) Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah”, sesiapa yang mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali, maka akan dibukakan dadanya dgn berbagai hikmah,dimurahkan rezekinya,dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
3)  Syeikh Abu Abbas ada menerangkan,sesiapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya,Insyaallah Allah akan memncerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.
4)  Rasullullah s.a.w bersabda bermaksud:”Sesiapa pulang kerumahnya serta membaca ayat Kursi,Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya”.
5)  Sabda Baginda lagi:”Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat,Allah memeliharanya drp kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar”.
6)  Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai Allah dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.
7)  Mereka yang beramal dengan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan dan hasutan syaitan.
8)  Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah,akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
9)  Mengamalkan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanan.
10) Ayat Kursi yang dibaca dengan khusyuk,Insyaallah,akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
11) Jika anda berpindah kerumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu,eloklah anda membaca ayat Kuris 100 kali,insyaallah,mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar dari gangguan lahir dan batin.
12) Barang siapa yang membaca ayat Kursi apabila berbaring ditempat tidurnya,Allah akan mewakilkan 2 malaikat memeliharanya hingga subuh.
13) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir setiap sembahyang fardhu,ia akan berada dlm lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
14) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir setiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut,dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,Allah akan memelihara akan dia keatas rumahnya,rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.
15)Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu,Allah akan menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar,pahala nabi2 juga Allah akan melimpahkan padanya rahmat.
16) Barang siapa yang membaca ayat Kursi sebelum keluar rumahnya,maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya,mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
17) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir sembahyang , Allah azza wajalla akan mengemdalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
18) Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika kesempitam,nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Friday, November 19, 2010

Tip Motivasi dr Dr Irfan Khairi.. :)
Tip motivasi: Adakalanya kita tidak mendapat sokongan daripada mereka yang kita perlukan, mungkin keluarga ataupun kawan baik. Fahami bahawa, untuk berjaya, sokongan tidak diperlukan. ia boleh membantu, tetapi tidak semestinya ada. Sokongan yang paling penting adalah sokongan yang datang dalam diri kita sendiri untuk berjaya! (Bila kita berjaya, pastinya mereka akan mula sokong!)

Tip motivasi: setiap orang perlu mempunyai matlamat hidup. Tanpa matlamat, umpama main bola tanpa pintu goal, umpama naik teksi tak beri tahu destinasi, umpama mencari sesuatu tetapi tak tahu apa yang dicari. Kajian mengatakan 98% daripada kita tidak punyai matlamat. So, jom kita jadi golongan 2% bakinya ;)

tip motivasi: angin yang sama meniup kita semua, apa yang membezakan adalah kearah mana kita melayarinya! Ertinya, kita semua sama, tanggungjawab kita ke arah mana kita bawa hidup kita...

tip kewangan: kalau hati tergerak "mahu" membeli sesuatu (yang mahal sikit), tunggu dulu. lewat-lewatkan pembelian anda sekurang-kurangnya 2 minggu. lepas 2 minggu sekiranya rasa masih "perlu", maka boleh beli. tetapi, sering kali lepas 2 minggu, kita rasa kita tak perlu pun barang tersebut- maka jimat lah wang kita! -

tip motivasi: dalam mengejar kejayaan, pastinya ada pengorbanan. tetapi, jangan korbankan perkara2 penting seperti masa dengan keluarga, anak2 atau korbankan kesihatan diri. korbankanlah perkara2 yang tak berfaedah, yang membuang masa, atau yang kurang penting! 

tip motivasi: Bila kita down dan gagal, selalu-selalu fikirkan time kita up dan berjaya! Ia akan MEMOTIVASIKAN kita. Bila kita up atau berjaya, jangan lupa fikirkan time-time kita down supaya kita sentiasa MENSYUKURI dengan apa yang kita ada!

tip kewangan: jaga makan minum & rajin2 bersenam supaya kita dapat kurangkan daripada sebarang penyakit. kalau kesihatan tak terjaga, seringkali, bil2 perubatan juga boleh mencecah beribu ringgit setiap tahun. jaga kesihatan = jaga kewangan kita juga! ;) 

Tip kewangan: tak semestinya semua orang perlu matlamat jadi jutawan. langkah pertama adalah bermatlamat "bebas kewangan". Bebas kewangan adalah apabila pendapatan residual (pelaburan atau perniagaan) kita melebihi perbelanjaan bulanan kita. Dalam kata lain, walaupun kita tak perlu kerja, kewangan kita sudah mencukupi ...untuk menampung perbelanjaan bulanan.

tip motivasi: orang kata masyarakat kita ramai yang ada PHD (Perasaan Hasad Dengki). Bila tengok orang berjaya, masa tu la rasa nak jatuhkan atau keluar tanggapan2 negatif. Buangkan PHD yang negatif, apa kata kita ada PHD yang lebih positif (Passion, Desire & Hunger). Miliki Passion, desire & hunger untuk berjaya- lang...kah pertama untuk mencapai apa shj kecemerlangan ;) 

tip motivasi: Membaca berapa banyak buku pun, atau hadiri berapa banyak majlis ilmu, atau mempunyai berapa ramai mentor, tetapi sekiranya tidak mengimplimentasi ilmu yang diperolehi, tak ke mana juga & hanya sia-sia.

 MOTIVASI BERKESAN UNTUK DIRIKU....!!!!THANKS DR

sumber : facebook/irfankhairi

 

 

 

 
 

Monday, November 15, 2010

Orang Positif

Salam...

Dah seminggu aku dalam ad4bucks dan 3 hari dalam HR Marketing... Tapi aku masih lagi bersemangat dan masih lagi positif untuk meneruskan perjuangan aku nie... Banyak jugala dugaan2 yang datang... ialah nak ajak orang join bersama2 bukan 1 perjuangan yang mudah.. Tapi aku masih bersyukur..Tuhan tetap..tetapkan pendirian aku untuk terus maju ke hadapan... Alhamdulillah...

Ada juga yang berminat, tapi bila dan cerita2 dia bagi banyak alasan, hehehhee.. teringat kata2 Dr fazilah Kamsah " orang lain buat duit, kita sibuk buat alasan..." Takpe.. aku faham...kadang2 kita tak berminat, maka untuk tidak menyakiti @ menyinggung hati aku, akan ada alasan yang biasa aku dengar.... No problem fren... kita masih lagi kawan...

Kalau orang tanya...apa bukti yang aku ada nak tunjjukan program sekian2 bagus... Soalan cepu emas tue..Jawapan aku " Saya pun baru bermula, belum ada bukti kukuh...Tapi yang bagus saya bertindak..." hehehe... Jangan nak tipu orang lain dengan penyata orang lain... >>> Ini adalah tindakan yang tidak bagus dan akan memakan diri kelak... JUJUR DAN BERSIKAP TERBUKA DENGAN DENGAN ORANG LAIN... ia lebih penting....

Pada kawan2, sahabat handai dan kenalan2 baru.... jangan rasa lain macam pula dengan status2 aku d fb... dan jangan berjauh dengan aku kerana TAK MINAT DAN TAK NAK....kita mesti berkawan untuk meneruskan silaturrahim di dunia dan di akhirat....

Semoga Kejayaan adalah milik kita semua di Dunia dan Di Akhirat... Amin...

Monday, November 8, 2010

Ad4bucks.com

Aku mmg suka mencuba...
kali ni join pula... www.ad4bucks.com...

  • Modal..?? RM210 >>> okla kan... mana tau...boleh buat xtra income...
  • Apa bendanya nie..?? >>> Portal pengiklanan ....pelanggan boleh buat iklan produk2 dorang kat sini...
  • Keterangan lanjut : http://kakwa.ads4blog.net/ >>> bacala ceritera kakak ni berjaya dan terus berjaya bersamanya... MACAM AKU...
  • Kalau berminat....sila2la contact aku yer... 019-2124100 (msg nama dan lokasi...)

Tak salah mencuba kan... kalau x cuba mana nak tahu....

  • Student boleh ker cuba...??? >>>> of coz : korang lagi aku galakkan mencuba.. sbb apa.. dah sah2 hutang PTPTN kan... jadi.. kurang2 guna RM 210 ... kalau buat sungguh2..buang yang -ve tu.. InsyaAllah dah boleh start bayar balik hutang piutang tue eks...dah boleh guna duit sendiri nak beli itu dan ini....
  • Surirumah...??? >>> oh! lagi digalakkan... kalau x takdela memendam rasa nak beli beg dan baju baru...
  • Cikgu-cekgi...??? Lagi aku galakkan... cikgu pandai cerita ma... hehehe...jgn  marah ye cikgu2 sekelian...
  • Yang paling2 aku galakkan masuk ialah... >>> mereka2 yang bermasalah duit.... kalau ada duit xtra kan boleh bagi mak ayah lebih sket... boleh bawa anak2 jalan2...boleh beli kete dan rumah (aset tue..) Dengan adanya masalah baru kita ada motivasi utk berjaya...setuju..??? aku setuju...!!!
Tak salah mencuba kan.... msg aku nama dan lokasi utk keterangan lanjut... 019-2124 100 (norazita) @ fb link aku : facebook.com/norazita.aziz

Terima kasih....

p/s: jgn risau... aku takkan tag2 korang dgn duit... sbb aku pun baru mula... DAN aku takkan paksa korang masuk kalau korang x berminat... hehehe... oleh itu, lepas ni kalau aku call jgn x angkat dan  ingat aku nak appr masuk pula yer... kita 1 tapi kadang2 kita berlainan arah gitu... 

Thursday, November 4, 2010

Gumbira

Hari ni hati gumbira..walaupun smlm sakit hati....
Hari ni berusaha nak ubah diri.... walaupun semalam rasa sgt2 down....
Hari ni rasa nak makan banyak.... walaupun smlm tengok timbang cam nak rosak bila aku naik...
Hari ni hati berharap agar hari ini...esok dan selamanya ...hati ini gumbira....

see... muka natural beauty tanpa make up melampau....

Wednesday, November 3, 2010

monoloQue & atilia- Kekanda Adinda


Oh Bagaimana? Bagaimana..
Kita nak selesaikannya? 
Apa keputusan?

Oh Kekanda mari nyawa?
Kita cuba komunikasi...
Oh Adinda mari sayang 
Kita cuba toleransi...

Nice song kan....KOMUNIKASI DAN TOLERANSI >>> perlu dalam rumahtangga...
Setuju....???
Aku Setuju...

Monday, November 1, 2010

Ayat Seribu Dinar..

“Barangsiapa
bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan
keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan
barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan
mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang
...dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi
tiap-tiap sesuatu.”
Amin..

Saturday, October 30, 2010

Oktober 2010


Selamat Hari Lahir Sayang-sayangku yang disayangi...

05/10/10 >>>> Sesayang-sayang buat Ibuku , Zainab Binti Salleh... Sayang Mak!!!
            
05/10/10 >>>> Adik Ipar yang nakal , Norazlina Bt Ismail.... Belajar sungguh2 yer... Jgn duk pk nak kawin..

10/10/10 >>>> Satu-satunya Abang , Azman Bin Ab Aziz ... Ingat lagi ke dia kat aku yer...


 20/10/10 >>>> Anakku yang pertama ... Nur Liyana Syafiqah Bt Norhisam... Ibu sayang Liyana

27/10/10 >>>> Suamiku a.k.a sahabat baik ku, Norhisam Bin Ismail, Dinda sayang Kekanda....:)

Tengokkkk... berapa byk belanja BULAN OKTOBER ni...!!!! Betul2 Tragedi Oktober... ;)






happy sbb dah sebaya...!!! Muahahaha

Saturday, October 23, 2010

Wahai Lelaki, Hormatilah Isteri Awak!

Dikongsi dr I Love Islam.com

 Dulu lain sekarang lain.. Dulu bujang sekarang dah kawin.. terkenang bait-bait lirik lagu nasihat Tan Sri Dato' SM Salim.

Merujuk kembali kisah pernikahan, perkahwinan zaman sekarang banyak pasangan semasa muda-muda lagi ada yang baru berkahwin dah berpisah, bercerai berai disebabkan oleh kasih sayang antara mereka yang tidak erat.

Kenapa?

Jika difikirkan banyak faktor yang menjurus ke arah keruntuhan rumahtangga antaranya kurangnya ilmu serta pengetahuan agama serta keikhlasan dalam menempuh alam perkahwinan itu sendiri.
Begitu juga faktor dalam menjaga hubungan suami dan isteri agar keharmonian rumahtangga terpelihara tidak diambil kisah.

Suami memainkan peranan yang penting sebagai pemimpin dalam memastikan perjalanan dan keperluan kehidupan itu dipenuhi sebaiknya.

Tidak dinafikan ada waktu-waktu suram ketika bersama namun itu tidak patut menjadi halangan kerana ianya membantu mematangkan kehidupan pada masa akan datang.

Buat si suami anda memang raja tetapi berilah penghargaan dan hormatilah isterimu selalu.

Mari kita berkongsi sedikit sebanyak nasihat dari Dato' Dr Fadhilah Kamsah dalam menghargai isterimu.

01.Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

02.Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri
Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

03.Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

04.Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

05.Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

06.Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya.
Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

07.Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

08.Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik.
Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

09.Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10.Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut? Sudah kahwin makin menjadi-jadi pulak ye..

11.Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12.Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga. Cuba perihatin dan buat penilaian sebaiknya.. ingat ada perkara diluar jangkauan dan pemahaman lelaki..

13.Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14.Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15.Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16.Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18.Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19.Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20.Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai.
Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21.Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga.

Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22.Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka.
Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23.Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris.
Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri.

Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, "Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan"

Suami diberi tanggungjawab yang amat besar sebagai pemimpin keluarga. Kepimpinan seorang suami bukan bermakna dia berkuasa melakukan apa sahaja.

Apa yang dimaksudkan sebagai kepimpinan ialah seorang suami yang mampu memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya.

Melayan isterinya serta keluarganya dengan baik, menjadi pelindung kepada keluarganya dan yang paling penting harus menjadi pendakwah dalam keluarganya.

Isteri juga mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam keluarga. Ketaatan dan kesetiaan seorang isteri menjamin kebahagiaan rumahtangga yang dibina.

Isteri harus menjaga kehormatan dirinya semasa ketiadaan suami selain ikhlas dan sabar menjaga anak-anak dan harta dalam rumah tangga.

Apabila suami atau isteri tahu dan sedar tanggungjawab masing-masing, pembentukan keluarga sakinah akan tercapai.

Sebuah keluarga yang sakinah bukan sahaja boleh dibentuk melalui peranan isteri dan suami malah meliputi anak-anak dan ahli keluarga yang lain.

Oleh itu, keluarga yang dibentuk harus padat dan lengkap secara berterusan dan konsisten mengamalkan nilai-nilai sakinah yang telah diunjurkan dalam al-Quran dan Sunnah.

Petikan Yadim - Sakinah: Bahagia Sebuah Keluarga
 Lelaki-lelaki dlm hidupku setakat ini... :)

Friday, October 22, 2010

Islamic Fashion Festival...

o
Tak terkata dengan perkataan bila tengok gambar kat atas nie... Tajuknye Islamic fashion festival... tapi ni dah tak macam fesyen Islam nie... ni mcm Fesyen menghina Islam... cuba tengok gambar tengah2 baju dalam bulatan... bukankah itu tulisan nama junjugan kita Nabi Muhammad s.a.w.


Dimanakah yang dikatakan Islamic fashion... model2 nya tidak bertudung... kalau ada yang bertudung pun ..mcm tak bertudung... ada juga yang bertudung menyalahi konsep bertudung cara Islam sebenar... tudung tak menutup dada.. bersanggul tinggi... hanya berselendang... rambut tersembul... anting2 kat luar.... Aku bukan la alim sgt...tapi Alhamdulillah aku takla pakai tudung2 camtu punya gaya... 


Yang tukang rasmi fesyen show ni pun tak pakai tudung... Apa lagi model2nya... Penganjur2nye... penonton2 nya... Rasanya dorang dtg kat majlis nie nak tgk fesyen yang dikatakan islamic tu ker @ nak tengok benda lain...



blog ooo blog

Dah 2 hari mengubah2 blog aku nie... last2 aku berpuas hati dgn yang ini... Ini pun x tahu tahan berapa lama yer...

jeles tgk org punya ada header yang cantik2...puas aku godek sana sini...rupanya ada cara nak buat.. tapi still x cantik jugapada aku... setakat berpuas hati jer... cecececece,,,, buat ni pun dah curi masa kerja banyak... sib baik tengah xde kerja....

Wednesday, October 20, 2010

nak banyak ke nak sikit....

Nak banyak ke nak sikit...???

Selalu aku dengar isi separuh ke isi penuh.... Hahhahahhaha... kakak tu betul2 memspoilkan keayuan aku di hari rabu yang mulia nie... Kalau tanya nak half ke full... I boleh cover lagi...Boleh kata 3/4 hehehehhee.. tapi bila dia tanya nak banyak ke sikit... adussss..!!! tepuk dahi nak jawab... Manakala tengah bertanya tu... ada pula jejaka hensem 2 org tengah menunggu untuk mengisi nasi.... 2 orang tau bukan sorang.... Maka dengan sipu2 malu pun aku bercakap... "isi penuh!!!" gila la makan... isi penuh... hahhahaha....

Aku bukan macam orang lain... makan separuh je... aku makan full... menu baik punya... ikan tongkol masak kari..+ ulam2man dan sambal tempoyak... aje giler ambil nasi separuh....!! Lepas aku isi2 lauk..aku kerling2la mamat 2 orang tu.. ellehhhh...dia makan nasi separuh jer... pelepuk..!! hentam jap kepala sebb malu aku makan lagi banyak....!!

Aku dr dulu sehingga kini... tak pandai makan nasi sikit2... bila orang senduk nasi aku sikit jer pada pandangan aku... hati aku sedih jer... rasa nak nagis yob.... dan kalau dah isi penuh... tak pernah tak abis... mesti licin.. melainkan lauk masin...basi... atau takde rasa apa... lain dr tu... confirm licin pinggan...hahahha...

Masa aku duk bercinta dulu.... boyfriend aku selalu mengutuk sbb makan banyak... kalau kami makan KFC sorila nak kongsi2 yer... I 1 snackplate..u pun 1... mana bleh kongsi2...tak kenyang la jawabnya... member aku  selalu i kata aku buruk lantak...  hahahhaha... iya ke aku buruk lantak... Nak kenal pasti senang jer.. dulu makan kat KFC Angsana... kat sana ramai yang bercinta sakan nie (termasukla aku....) kalau dorang makan kat KFC (KFC ye mampu time tu... itu pun dah gah sgt da...) mesti beli 1 snackplate..pastu kongsi... pernah juga aku tanya dorang.."kenyang ker makan camtue...." eh kenyangla.. jawabnya... Tapi aku terkonfius...bila balik duk tapau nasi goreng kg... kan hipokrit tu nama nye... kihkihkikih... aku pun ada gak hipokrit.. tapi bab makannnnnn...i ikhlas u...!!! hahahhaha....

Syok kalau kenang zaman dulu2 kan... kalau time camping..aku rasa akula paling banyak makan... tapi iya jugala... berat aku masa tu 60 kg kau....!!!! mak aih...beratnya aku... sekarang dah maintan yer...walaupun perilaku makn aku masih sama... pernah juga aku ikut stail kawan2..makan nasi separuh... adduuuusssss!!! tak boleh tahan kau!!!! bila masuk 2 jam selepas itu...otak duk pk nak kunyah2....cari akal nak g beli kudapan2... dan dah pasti kudapan itu bukan berbetuk buah2an sebaliknya berbentuk keropok lekor ..pisang goreng... keladi goreng.. n bla..bla..bla...

Aku makan 3 x sehari...pagi tghari malam.. (lum masuk yang kunyah ringan2 cam kuih2) heavy kan corak makan aku... dahlah isi penuh... hahhaha... aku pernah kenal member... dia makan petang je... pagi n malam minum milo susu @ buah.. mcm mana yer  dia boleh berdiet camtu... kalau aku buat camtu  aku dah mcma liyana yang hilang puting tiruan...resah gelisah....

Yang penting makan kena seimbang dan Berkhasiat serta mengeyangkan.. (mcmla aku ikut....)

Nota ku : Kakak tadi ngelat...tak isi penuh... dia isi 3/4 jer... see aku dah tak kenyang lagi... xper2...lepas ni boleh turun beli yong taufu pula... muahhahahaha....

20102010

Hari ni genap Nur Liyana Syafiqah 4 tahun...

"Happy Birthday Liyana...."

Semoga Liyana menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia dan akhirat....

 Ibu sayangggg liyana....

Monday, October 18, 2010

Muazzam dah berjaya

wah...wah..wah..Muazzam dah berjaya tidak menggunakan puting tiruan lagi... yea..yea... aku pula yang suka teramat yer... tinggal kakak je lagi... susah bebenar nak meninggalkan puting si liyana....

Kisah Muazzam .. satu hari khamis 14/10/2010... dia marah dgn sapa tah...terus dia campak puting ke luar rumah... kebetulan ada pulak monyet tengah membuat cubaan mengambil pisang betul2 kat tingkap rumah... bila dah mcm tu...mak aku terus cakap... "Monyet dah ambil puting...." lepas2 tu dia x nak dah pakai puting... dia geli kot... Alhamdulillah...lepas tu dia xde la nak meragam2 nak puting... cuma kadang2 termenung tanau jugala... setahun lebih guna puting tu...alih2 dah xde... kadang2 bila nak tido... termenung je...dia renung je tingkap kejadian.... hahhahaha... kadang2 nak gelak pun ada... kesian pun ada...

Yang kelakar...kalau dia marahkan liyana...selamba dia ambil puting liyana n campak kat luar... apalagi minah tue.. melalak la tak ingat2..sbb puting dah kena campak...



Mcm2 anak2 nie... kadang2 geram pun ada,,,kelakar pun ada... kalau time bergaduh tue... rasa nak ku hantukkan kepala 2-2 kasi sdar sket yang drang tu adik beradik... most of the time...liyana akan kalah n muazzam akan menang.... kadang2 kesian tgk liyana....

Saturday, October 9, 2010

kerana 5 sen

Pelik tak tengok tajuk post kali nie...Hmm..kali ni nak cerita kerana wang 5 sen, ada muka yang jadi mcm gorilla!!!

Peristiwa ni berlaku kepada aku sendiri masa bulan ramadhan baru nie... di sebuah kedai kasut di dalam sebuah pasaraya terkenal di kuala selangor.... Masa tu diskaun mmg x ingat,....turun sehingga 50%... hehehehe...bestkan...terapi mood bagi aku tue.."shopping"... Ceritanya begini... aku telah membeli sepasang kasut ... yang berharga RM 39.90... setelah dilesskan 50% jadila dalam RM 19.95... seletah ku tilik2 kasut tu aku pun setuju nak beli... Aku faham...masa tu terlampau ramai customer esp yang melayula.. nak rayakan... tapi muka promoter yang duk entertain aku tu...mencuka jer...muka mcm orng nak marah...!!! takpe..aku rilek lagi... bila dia kata g kaunter bayar dgn nada ala2 nak tak nak... aku pun berjalanla ke kaunter.. Bila sampai kaunter... aku tanya masa kasut yang aku nak beli...eh promoter tu boleh jawab dgn nada marah... "natila i ambil...u tak boleh sabar ker...??? " wah..wah,..wah... time nie darah sudah naik ke muka... dahla tadi layan aku nak tak nak.... Oh!!! lupa sebabaku beli kasut less yang berharga RM 19.95 jer... maka layanan tak seberapa la. kot...

Lepas kasut aku dibungkus... maka aku pun menghulurla RM 20 (nak bayar kasutkan RM 19.95)... lepas tu dia tekan2 mesin duit 2... keluarkan resit dan tutup semula... hulur resit n kasut kat aku... Aku pun terpinga2 jugala.. lama juga berteleku kat kaunter tu....Lepas tu aku tanya takde baki ker...? Tahu apa promoter tu cakap... "5 sen pun mau kira...." dengan kasar dia buka mesin..ambil 5 sen n bagi aku... Aku ambil 5 sen tu...aku cakap balik kat promoter tu... " I bukan kisah sgt dgn 5 sen nie... tapi u tak jujur dgn customer... kalau 10 customer u tak pulangkan walaupun 1 sen pun ...u sudah salah....kalau u cakap baik2 dengan i... i boleh terima lagi..." wah beranikan aku... dah la tempat orang... adik2 ipar aku dah cuak dah...terus tak beli kasut kat situ..

Sebenarnya aku tak berapa kisah dgn 5 sen tue... tapi sikap promoter dr layan aku masa nak beli kasut sampai ke pemulangan baki dia dah kurang ajar.... Dalam kita bekerja ...kita kena ikhlas...sungguhpun kita tak suka buat kerja tue... ini time ramai orang....dorang kena terima hakkat kerja mcm tue... kalau x nak susah mcm tue..baik dudk rumah.... esok lusa..kalau dah tak ramai orang...promoter nie duduk jer..tunggu customer datang....

Kejujuran dalam bekerja perlu diamalkan... Kalaula promoter tu ckp..xde 5 sen..aku boleh cnsider lagi... ni buat mcm xde apa2 berlaku.... Mujur juga aku tak panggil bos dia... cewah...aku mcm berani... hehehhe....aku harap promoter tu dah berubahla...walaupun dia bukan sebangsa dgn aku... but pls respect me as a customer...



Pesanan ku : cuba kalau minyak naik 5 sen.... terasakan... semua nak marah dan menyalahkan... 

Friday, October 8, 2010

Berakhir Hari Raya Aidilfitri, tahun hijriah 1431

Hari ni hari terakhir kita berhari raya dalam tahun 1431H ini.... Apa yang telah kita dapat untuk hari raya tahun nie... Dapatkah kita menyambung silturrahim yang sekian lama terputus.... atau sudah berjumpa kah kita dgn sahabat handai yang telah sekian lama tidak ketemui.... atau sudahkah kita menyudahkan puasa 6 tahun nie...atau sudahkah kita terkejut melihat perbelanjaan yang telah kita belanja kan sepanjang aidilfitri tahun nie....

Aku....??? banyak yang aku belum sudahkan untuk raya tahun nie.... Ramai kawan2 yang belum aku jumpa tahun nie....disebabkan kengkangan masa.... ada je halangan... cadangan nak melawat cik ber..& timah yang baru bersalin anak ke3...masih belum tertunai setelah bertahun2... hehehhee... hajat hati tu...teringin nak berjalan2...tapi ada je 'open house' yang perlu dikunjungi... sampaikan...bila sampai rumah ke 3....aku hanya menjamah kuih & air jer... semuanya sedap2... terima kasih yang sudi menjemput... :) Hajat nak menziarah yat pun tak kesampaian lagi....

Perbelanjaan tahun ni Alhamdulillah...takdela seperti tahun2 lepas... Tahun nie kami beraya ala kadar sahaja... yang lebihnya anak2 jer... Tahun nie lebih seronok sbb x sabar nak pakaikan muazzam baju melayu... ehehehe.... serius tak sabar...sampaikan rasanya baju muazzam lebih banyak dar baju liyana... liyana pun sehelai je baju kurung... baju yang lain2 muat lagi... Awal ramdhan...aku seungguh bersemangat nak menjahit baju liyana... dah potong dah kainnye... tapi mesin jahit pulak rosak... adus..!!! maka baju yang telah ku potong....aku simpan sehinggala ke hari ini.... bilala nak siap... excited sbb 1st time menjahit baju kurung... Baju muazzam beli je... kat Karnival melambak2 baju melayu... x payah g jauh2 beli... mydin putrajaya pun ok...cantik2... harga pun berpatutan dan berkempuan utk membeli..... Kuih muih...??? tahun nie lebih banyak beli kerepek2 jer... kuih raya beli 2 jenis jer... hmmm...thn nie rumah aku xde kuih tart...tapi xper... hampir setiap rumah yang aku g ,,,pasti ada kuih tat... sedap pulak tue....

Pagi raya... aku hanya menyediakan nasi impit + rendang ayam + kuah kacang dan masak lodeh jer... Alhamdulillah...tahun ni licin... tak membazir seperti tahun2 lepas... sbb aku dah pesan awal2 dgn family (mak + adik aku jer...) tak payah masak banyak2.... banyak buang dr makan... tambah2 pula ayam peliharaan dah xde... hehehehe... sejak reban ayam dimasukki ular sawa yang telah kekenyangan ...mak aku da serik nak bela ayam... ular tu berubah saiz menjadi sebesar muazzam selepas kenyang.... siap panggil bomba datang tangkap... uishhh....dia punya melingkat selepas kenyang... x ingat2... mak aku pun terkejut sbb pagi tu dia duk masuk dalam reban ayam bagi ayam makan... lepas tu dia kata ada bau busuk...nasib baik dia tak g dekat2 tempat ular tu melingkar.... dia rasa lain macam...terus keluar n panggil aku... bila aku tengok je ular tue...uishhh tegak bulu roma aku.... besar betul!!!! eh dah melarat2 pula cerita aku nie...

Puasa 6.... ni yang sedih nie... orang puasa 6 ...aku puasa sehari jer... ni semua gara2 malas bangun sahur... dah jaga dah pagi2 tu... bila tgk jam baru kul 4... jap lagi...jap lagila... sekali buka2 mata dah pukul 6.30am... hmmm bangun sembahyang subuh jela... Bak kata mak aku... bila dah terbuka mata tue..terus je sahur... kalau dilengah2kan...camtula jadinya... mcm sembahyang juga... bila ada istilah 'kejap lagi...kejap lagi tue..." nati ada je hal ....tengok2 dah terlepas waktu... Tapi mmg betul pun kan...

Kesimpulan....raya tetap meriah bagi aku... Tapi perasan tak raya kita dah tak semeriah CNY, Depavalli dan krismas kan... tengok kat pasar2 raya... kalau krismas esp... dia punya pokok sikit punya besar...ada kadang2 aku tgk sethun duk kat situ... masa CNY pula...tanglung sana sini... tapi bila hari raya..??? ketupat gergasi tak banyak yang kita lihat.... Masanya untuk kita ubah sikap dan kepercayaan kita.... duit kita banyak mengalir ke bangsa bukan melayu.... kita umpama menghirup sisa orang lain sedangkan kita peribumi ...kita bangsa asal... makanan kita banyak yang disuply dan dibuat oleh bangsa lain.... perasan x..?? dlu kita dipanggil bangsa melayu...lepas tu kaum melayu... aku takut esok lusa...jadi suku melayu... makin kecil dan mengecil.... kita perlu memainkan peranan kita sebagai orang melayu.... "Takkan melayu hilang didunia..." Dah jadi melayu....jgn lupa jadi orang islam sebenar yer....!!!! sebab sekarang mualaf lebih baik islamnya dr bangsa melayu sendiri.... !!!

Monday, October 4, 2010

Ana Raffali Sohaimi Mior Hassan Altimet - Kalau Berpacaran

Lagu yang bagus...straight to the point... I likeeee....:)




Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibubapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Chorus:
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

[Ana Raffali]
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarlah rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasih mu disambar buaya

ulang chorus

[Altimet]
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Aku lah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

Saturday, October 2, 2010

Saat ini....aku baru lepas menghabiskan membaca sebuah buku motivasi yang bertajuk "Petunjuk Jalan Kekayaan" tulisan Dr Rusly Abdullah Ph.D. Sebenarnya buku ni dah lama kat rumah... en syam yang punya... dah byk kali juga di suruh aku baca...tapi yelah...Ibarat mencurah air ke daun keladi" la masa tue... berkali2 dia suruh aku baca...tapi aku endah tak endah jer... bagi aku buka best pun nak baca buku motivasi mcm tue...dgn anak 2 org yang duk berkepit je dgn aku....

Tapi... sejak semalam aku mula membaca buku nie...selepas aku rasa aku perlu berubah.... Langkah pertama aku ialah dgn membaca buku ni..sbb tajuk dia...menarik bukan...!!  "Petunjuk Jalan Kekayaan" >>> bagi aku menarik utk perubahan besar dlm hidup aku nie... Aku mula membaca...sehelai demi sehelai...patah demi patah perkataan yang ditulis aku cuba hayati... even masa spm pun aku x buat mcm nie...

Makin lama aku baca...aku makin termotivasi...makin banyak aku letak 'question mark' dalam perjalanan hidup aku... makin banyak sebenarnya yang perlu aku korek setiap potensi dalam diri aku nie... Aku teringat sesuatu... ramai kawan menyarankan aku menjadi cikgu... tapi aku x buat sbb aku x minat.... aku nak jadi business women... tapi aku x tau cara menyebabkan aku terus menjadi pekerja makan gaji... aku terus-terusan kayakan orang tapi x kayakan diri sendiri..... Sebelum ni aku byk baca buku motivasi..tapi tak termotivasi pun....sekadar membaca.... Di situasi itu pun sebenarnya aku mengkayakan orang sbb sentiasa beli buku motivasi..tapi aku tak kayakan diri....

Bukan bermaksud aku tak suka makan gaji... NO!!!! aku suka bekerja... sangat suka...lagi2 benda yang aku minat....tapi aku tak puas.. sbb aku x dpt jaga anak..disamping tak punya simpanan yang betul2 hebat..... 9/10 kekayaan adalah dr berniaga... kekayaan tu bukan kaya duit sahaja... tapi mesti kaya masa utk beribadat...kaya masa utk bersantai dgn keluarga dan masa yang sama kaya pendapatan....Kaya juga untuk membantu orang lain...bersedekah..(ini x ...nak sdekah rm 5 pun pk..aku lauk lagi bagus... bukankah itu sebenarnya x baik.)


Sekarang aku dah nampak apa yang sgt sibuk diperkatakan oleh en syam... aku dah nampak apa yang dia nampak... Sekarang masa untuk aku berubah bersama...Bukan kah tempat isteri disisi suami... dan aku percaya...dengan gandingan kami berdua, kami mampu merubah hidup kami selama ini.... kawan2 doakan kami yer... Aku sarankan pada sesiapa yang nak berubah..boleh baca buku nie... ini bukan sahaja buku menunjuk kekayaan tapi sebuah buku yang amat sarat dgn motivasi merubah persepsi diri sendiri... cubala..

Ni la buku yang aku cakapkan...

Esok aku nak start baca buku pertama beliau "Menjejak Jutawan senyap"
Publish Post

Monday, September 27, 2010

Runsing.....

Di saat ini...aku sgt2 runsing memikirkan hidup aku yang masih tak berubah2... malah skrg aku berada di fasa roda bawah... Di mana aku dberi dan di uji dgn nikmat kesusahan.... Ada orang diuji dgn kemerosotan kesihatan... kesusahan hidup... kelemahan akal fikiran dalam membuat keputusan....namun aku melihat mereka kuat menempuh ujian itu...Tapi aku seakan lemah...rasa rendah diri....rasa tak berguna... rasa susah dgn ujian yang Tuhan berikan pada aku.... sedihnya....

Dulu, masa aku diberikan nikmat kesenangan... aku seakan lupa bahawa aku juga akan diuji dengan nikmat kesusahan... aku lupa bahawa hidup ini seperti roda... kadang diatas..kadang di bawah.... Kini aku sedang diuji.... Namun aku tetap bersyukur... keputusan yang menyebabkan aku jadi begini....memberi aku bahagian lain yang lebih positif... lebih ceria..lebih hebat...! cuma kesusahan yang ini telah menutup kecerian yang lain...

Kalaula aku tak diuji...mungkin aku akan terus hanyut...mungkin aku cenderung ke arah yang -ve.... Alhamdulillah... semasa aku menaip bait2 ayat ini.... kerunsingan aku makin hilang....

Alhamdulillah....aku dikurniakan seorang suami yang kuat... menyokong aku sepenuh hati... kalau dulu ...mungkin belum terasa sokongan dan kasih sayangnya sepenuh hati...tapi kini... aku telah merasainya....

Kalaula aku masih belum diuji seperti kini.... mungkin hidupku biasa2 sahaja... tanggungjawabku juga pada Allah, Ibu, Suami dan anak2 serta keluarga juga adalah biasa2 shaja... namun kini aku sedar... bahawa pengorbanan mereka (Suami, Ibu dan anak2 serta keluarag) adalah permata yang tidak ternilai.... Dan Allah sesungguhnya masih sayang padaku... Keputusan aku telah mebawa perubahan dalam amalan wajib ku dan sesungguhnya aku amat bersyukur....

Namun, kadangkala aku rasa sungguh rendah diri melihat mereka yang jauh lebih berjaya dan hebat... Ada kalanya sampai aku rasa aku tak layak berkawan dgn mereka dan menyebabkan aku menjauhkan diri... Di saat2 ini....aku amat memerlukan sokongan... aku hampir jatuh terduduk....namun aku sentiasa beringat bahawa aku perlu kuat untuk ibu dan suami serta anak2ku.... Ya Allah..berikanlah kekuatan....

Thursday, August 19, 2010

Buang sana sini

Sedih...pilu...menyayat hati...geram...marah ...macam2 rasa kalau baca berita kat surat khabar.... Isu buang anak ..buang ibu bapa.... Macam mana yer perasaan manusia yang sanggup buang anak ..buang saudara....yang lagi malang ...buang ayah..buang ibu sampai merajuk ibu ...sampai ayah x mengaku anak..... Tidakkah ada rasa biar sebesar zarah pun masa nak buang2 tue...

Buang anak..?? Takkan dalam hati takde rasa tersayu hati seorang ibu saat nak membuang anak yang dia lahirkan yang sakitnya seperti nyawa dihujung tanduk tue..tak sayu ker bila dengar baby menagis.. yang pastinya mengharap satu kehidupan yang indah kat dunia nie.. Teringat aku... satu kisah remaja yang buang anak melalui tingkap tandas...ada pula yang menyambut dr luar tingkap utk dibuang dalam tong sampah...TONG SAMPAH!!!!! masa nila segala maki hamun nak ku berikan... tak rasa berdosa ke korang dgn cara macam tue...  Cuba cari jalan yang terbaik kalau dah terlanjur.... Sudahlah dengan dosa berzina...nak ditambah lagi dosa membunuh...Ya Allah... !! Sayu hati aku melihat baby yang dibuang ... mereka tidak berdosa..tidak bersalah.... Kalau aku ada daya upaya nak besarkan dorang....korang dipersilakan hantar kat rumah aku utk aku besarkan... untung2 bila besar atau bila aku dah mati dorang boleh juga jaga dan doakan aku...disamping anak2 sendiri yang aku sayangi...

Buang Ibu..Buang ayah.... yang ini aku rujuk kepada 1 pantun...
Nasi Lemak Buah Bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan,
Buang emak buang saudara,
Sebab kasih hamba turutkan.

Tahukah kita...apabila Ibu kita pergi meninggalkan dunia nie.., 1 keberkatan dunia telah hilang dalam hidup kita.... berapa banyak Ibu yang maafkan anak sbb kesalahan anak dan berapa ramaikan anak yang sanggup memaafkan ibu sbb kesalahan ibu.... Tidak terkira kasih dan sayang seorang Ibu dan tidak terbatas kasihnya ayah pada seorang anak... Cuba kita kira berapa banyak air mata seorang Ibu yang tumpah kerana anaknya berbanding pengorbanan anak pada ibunya... Kita sering berhadapan dengan kesibukkan dunia....tapi cuba kita renung ke dalam mata seorang ibu...tiada apa yang diperlukan ...bukan harta melimpah ruah...bukan emas berguni....tapi yang dirindui...belaian seorang anak...kasih dan sayang seorang anak.... Ini adalah pengingtan utk diriku jua...kerana apa... kerana aku hanya ada Ibu yang sanggup bersengkang mata menjaga aku masa kecil...menyuap makanan sampai aku dah sekolah menengah..yang membanting tulang 4 kerat setelah ayah pergi meninggalkan kami selama2nya.... itu pun aku rasa belum ada pengorbanan aku untuk ibu.... Ibu jua yang hingga kini menjaga anak2 ku....yang masih mengejutkan aku solat subuh....yang masih mengingatkan aku tentang tgjwb seorang isteri dan anak (terutama kepada ayah yang telah tiada...) ..tidak pernah Ibu meminta dibelikan emas berlian... dibelikan itu dan ini....

Tapi kenapa ada anak yang masih tak merasai kasih sayang Ibu dan Ayah...malah sanggup membuang mereka... mencederakan mereka... mencaci....malah ada yang sanggup hantar ke Rumah Orang2 Tua... Tak terdetik ke dalam hati...tak sedih ke hati...tak sayu ke mata memandang tubuh mereka yang tidak bermaya lagi tue.... setua mana pun mereka... selemah mana pun mereka.... sehodoh mana pun mereka... mereka tetap Ibu dan Ayah kita... yang telah menabur kasih sayang...bakti...sepenuh hati dan perasaan....

Padi muda jangan dilurut,
Kalau dilurut pecah batangnya;
Hati muda jangan diturut,
Kalau diturut salah datangnya.
 
Anak dara menumbuk pandan,
Membuat kuih hidangan kenduri;
Ilmu yang baik jadikan teladan,
Segala yang buruk letak ke tepi.

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Tuesday, August 10, 2010

Monday, August 9, 2010

nak puasa dah....

kurang 2 hari lagi kita dah mula berpuasa... Ramadhan menjenguk kita lagi... Semoga Ramadhan boleh menjadikan kita lebih baik dr Ramadhan tahun lepas...

Selalu kita tgk persiapan raya lebih dr persiapan puasa kan....perkara yang sama juga terjadi pada aku... hehehehe..... tapi tahun nie...aku berazam (cewahhhhhh) untuk menyederhanakan persiapan raya dan memeriahkan persiapan berpuasa.... boleh ker yer... InsyaAllah boleh... kata kawan aku... semua anggota bdn kita ada memori... nak buang sekali gus mmg susah...tapi ubah sikit2 ke arah yang lebih baik dan betul....

Perkara pertama : Aku mohon ampun dan maaf kepada semua atas apa juga kesalahan, kesilapan, keculaparan dan ketidaksenangan hati atas perbuatan dan kata2 yang telah aku lemparkan..... semoga Ramadhan kali ini membawa sejuta rahmat utk kita semua.... 

~Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada smua~

Assalamualaikum....

love ~norazita ab aziz~

Thursday, July 29, 2010

Pagi2 aku dah dapat 'bodoh!!!'  siap dgn tangan2 lagi.... ceritanya.. Hmmm aku keluar simpang, tengok kiri kanan n blkg clear..apa lagi jlnla... ada pulak baik punya kereta laju jer dr belakang.... nasib baik dah bagi signal... alah kalau mmg dah dekat aku cilok confirm langgar aku... ni bunyi brek emengency pun xde... berkali2 dia hon aku...dan berkali2 juga aku angkat tangan minta maaf.... Aku dah minta maaf pu dia ikut juga blkang aku n hon2 aku... Aisehmen...saya dah minta maaf..lgpun sy bukan sengaja...mmg x nampak kete myvi akk tue... Kalau ikutkan nak je aku berenti belakang dia time traffic light merah tadi..keluar n hulur tangan minta maaf.... tapi dia laju pulak bila aku follow belakang.....

Sejarah aku memandu ni....aku x pernah lagi buat mcm mana kakak tu buat kat aku... kalau berlaku kat aku pun ...aku pk keselamatan aku n kereta aku...sbb tu terciptanya brek dan signal....aku x sampai hati nak buat camtu sbb aku tahu dalam memandu ada 'blind spot'nyer... hmmm ... kakak tu x pk ke hati aku yang dah tergores nie...:( aku dah minta maaf bukannya buat selamba n terus blah....

Member aku pernah kat cakap.....kemalangan kat Malaysia paling teruk berbanding di US... di US, driver akan menjangka kan setiap kemalangan...dalam kes aku tue... aku dah confirm xde kereta.... kakak tu mungkin laju sbb kejar lampu kuning tukar merah.... kakak tu pun x menjangka kemalangan....ialah tengah nak lajukan....mana nak tgk traffic light ..mana nak tgk kete depan....

Kalau dia block kete aku tadi, mmg aku keluar minta maaf jer... hulur tangan..walaupun dia nak maki2 aku... Hari ni akk nak maki sy, saya x kisah....sbb hari nie mood saya not in good mood utk marah2.... Kalau akak maki sy hari nie....confirm sy dgr dgn penuh khusyuk dan terus minta maaf....mungkin juga salah saya ....dan tak mungkin juga bukan salah akk kan.....

Aku x boleh lupa muka dia maki aku...dgn tangan2 siap angkat...dgn hon2 yang masih berdengung2 dlm telinga aku nie.... Muka akak sy simpan dalam memori....hahahha...no plat kereta akk...sy ingat setakat masa sy duk belakang akk tadi jer...lepas tu sy lupa dah... sbb saya malas nak cari gaduh hari nie....

Teringat cerita Laila Asyikin mlm tadi....sungguh jitu dan waja semangat laila dlm mengharungi hidup.....
Terima kasih kakak pagi tadi sbb dah bagi 1 lagi pengalaman memandu kat saya.... tapi salah ke maafkan saya selepas sy minta maaf.... Mesti sampai office siap cerita..."ada driver bodoh pagi tadi....aku maki dah...dia diam jer...bla..bla..bla...." HAhahahhaa...imiginasi aku sampai camtu sekali seh....

Wednesday, July 28, 2010

Kemalasan bekerja melanda

Minggu ni aku rasa....tersangatla malas untuk bekerja.... wahhhhh apa dah berlaku pada aku nie... syoh...syoh...penyakit malas nie.... Malas + bosan...haaaaaa.....cuba bayangkan betapa x seronoknya hidup aku... tapi....bila balik rumah...malas kerja masih ada...tapi rajin layan liyana n muazzam main makin menjadi2...

Apa yang aku perasan aku makin rajin ialah :-
  •  Layan Liyana n Muazzam main kejar2
  • Ba..ba cak Muazzam...
  • Makan... (waaaa...naik sekilo tu minggu nie....nak turun sketla punya susah....)
  • Rajin update Blog walaupun xde citer menarik....kadang2 siap pk apa nak tulis kat blog hari nie semasa drive...(jgn tiru perangai nie...sbb bahaya....)
  • Tengok blog orang lain esp...jual tudung, kain, baju, beg, purse , barang baby dan seangkatan denganya..salah ada produk... (beli x gak...)
  • Baca blog kawan2...mal..ko dah rajin update blog...teruskan2...sbb aku suka bab JJCM tue...heheheh... 
  • Tengok fb aliya (jamu mata dgn kek, biskut dan makanan2 yang aliya jual....) paling suka nie..
  • Menghitung hari.....------->>>>>> hari gaji da.....

Nasib baikla sekrang tengah musim tak ramai calon....so masa ku banyak terbuang begitu sahaja.... rugi2...
Pasni aku dah tekad hangat2 taik ayam utk merajinkan diri,....target bulan 8... hahahhaha....ada juga masa utk lebih bermalas2an.....

Tuesday, July 27, 2010

citer lama

Ini adalah cerita lama... Suatu pagi yang ceria tatkala (cewahhh) aku nak pergi office, kereta ku terlibat dgn kemalangan kecil. Alahai puitis sgt...susah aku nak karang ayat...hahahaha....

Layan jela gambar2 nie...nati aku ada mood best aku citer... Tapi kes ni telah memberi aku pengalaman berharga..mcm mana aku nak berurusan dgn polis...dgn insuran...dgn bengkel... isk... mcm2 dugaan....

cam gitula rupanya kereta ku...

4 The Rest Of My Life♥¸.•*۰۪۪۫۫♥۰*•.¸♥Maher Zain



Untuk Suamiku yang sangat disayangi dan dicintai, anak2 yang Ibu sayangi dan juga untuk sahabat2 yang sentiasa dalam ingatan...I love u all.... nice song for you....@-->

Lagu ni act utk isteri2... tapi aku suka sbb nice...soft and ayat dia ..perhhh....longlai aku dgr... so kalau untuk kawan2 yang disayangi ---> tukar la wife kepada friend... hehehehe...tapi x best pulak kalau disebut friend 2x kan... bayangkan je dah cukup kot... :)

Maher Zain - For the rest of my life


I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say
Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever II`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together in Janna
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

Repeat Chorus
I know that deep in my heart..

Monday, July 19, 2010

Khamis~ Liyana muntah 2 x... sakit perut sampai nangis2.. aku bawa dia g klinik...doktor kata mungkin sbb maknan... yang lain sihat...

Jumaat malam sabtu ~ hmmm....giliran aku pula...muntah 2 x juga dan cirit birit...dlm masa yang sama muazzam demam... Sampai ke pagi aku keluar masuk toilet.. hmmm makan apa yer... tak taula... seingat aku khamis buka puasa makan ayam percik...liyana makan sate...aku x makan sate...

Sabtu ~ pergi tu gak kerja...ada kedegilan juga aku nie...tapi sampai office melepek jer...liyana tolong tgkkan office sambil tgk tom n jerry... last2 kul 2 balik..x tahan...pinggang mcm nak tercabut...sakitnya mcm nak beranak jer... :). Balik..melepek lagi..muazzam still demam... nasib baik mak ada...dia yang tolong uruskan anak2..Tima kasih mak...  Syam pula dah start loya2... Alamak...suspen jer.. ke aku pregnant.... isk...takkan kot.. ubat jarang missed... Dia pun balik awal...balik terus tido..kejap2 uweekkk..uwekk..tapi x muntah.... Petang kami berdua g klinik... hehehe...sampai2 je nurse tu boleh tanya...akk pula ker... aku jawab..."aah akak plus ayah dia..." adoihai... dia kenal aku dtg semlam.... masuk check...alamak doktor yang sama.....abih dikhutbah aku pasal kebersihahn... hehhee...maklumla..ibu adalah penyedia makanan dirumah... ~buat medical check-up ~ ibu : tekanan darah menurun.. perut kembung... ada gastrik sket... tapi ada satu soalan yang aku cam konfius...tarikh period bila..? ha...jeng jeng....pregnant ke aku...? konfius2..
~ayah: demam...angin...loya...
dah ambil ubat...aku cerita dgn syam...hahhaha... dan dan tu juga dia suh aku check.... hmmm...-ve..selamat....bukan menolak..tapi nanti dulula.... yang 2 ni pun rasa cam nak tercabut anak tekak...

Ahad ~ kami rehat je kat rumah... serius badan lemah giler... tghari nak kena g jemputan kenduri... hujann2 tu kami redah juga... sampai sana...sedapnya hidangan ..~kerabu, sambal, ikan masin, labu pucuk manis~ ambil makana pun mcm org sihat... sesuap masuk mulut... bluppp...nak keluar balik pulak... alahai...spoil pulak... paksa juga abiskan... pastu cepat2 salam2 n balik... sampai rumah...terus makan ubat....nasib baik x muntah....

Isnin ~ Alhamdulillah....dah sihat sket... tapi perut still berangin... pening still ada... La ni tgh buat kerja...pastu rasa mcm nak kogsi dlm blog.... okla nak sambung kerja smula...

jaga kebersihan diri .... Doktor pesan...kurang2kan makan luar...dan kebetulan khamis tu la kami makan luar setelah berbulan x makan luar... nak kena kan....tak boleh cakap apa.... hehhehe.... itu pun sbb ada jumpa org n tak sempat masak utk berbuka...

Friday, July 16, 2010

nak komplen....

Hahahahha....nak komplen..silala en oi... saya tak kisah...

en yang pakai serban...jalan tersusun... tak tentu betul.... anak sendiri yang pun susah nak ajar...minta aku dijauhkan la dr perangai mcm tue... ada ke patut kata aku menipu...?? WTH..bila masa aku menipu...bila aku tanya.."bila masa sya tipu en tut!!..." isk pandai pulak jawab... "eh silap bukan tipu ..tapi kelentong.." tipu dengn kelentong bukan sama maksud ker... cikgu sy ajar sama maksud... cikgu en tentu salah ajar..sbb tu en jalan ketepi ke tengah....

Tahula anak en masuk U....abih sy tak pernah masuk U ker... tah apa2 tah...mentang2 saya kerja kerani...en ingat sy tak berpendidikan ker.... apa da.... Dont judge the book by its cover ok...!!! saya pandaila buat kerja saya...bukan sekejap dlm area nie... 8 tahun tau...semua dihujung jari.... en ni cakap mcm saya BODOH sgt...

Kenapa yer ada org mcm tue... mcm s**l je bila bercakap....tengok pakai serban..anak tudung cecah lutut....tapi bila bercakap....nak sakitkan hati aku jer... eeeee....aaaa....apa la awak nie.... itu dah kira ejek...hinaa...dan mengata aku tue.... lidah itu lebih bahaya dr segala en oii.... nak aku sekolahkan...sekolah dah tinggi.... hmmm...mungkin masa pendidikan moral en ni ponteng kelas kot... sbb tu bahasa agak kurang elok....

Bahasa menunjukkan bangsa.....

Thursday, July 15, 2010

 
Atas Puncak Cabel Car... Time ni muka dah berpeluh2 sbb cuak naik Cabel Car n penat kejar Liyana... At last...dapat juga gambar berdua...
 

Ni gambar baru sampai Langkawi..jakun giler sbb dah lama x jejak bumi langkawi...Tengok liyana...cubaaan melepaskan diri... tension sungguh aku.... Alahai...alatan makcik pencuci ni ada pulak dalam gambar...
 
Atas puncak cabel Car lagi...masa ni liyana dah penat.... hahahha.... tengok perut aku... bilala nak kempis nie...ada org suspek aku pregnant lagi....Uishhh....xde maknanye... Lain tahun k...kalau ada rezeki..... tak larat mak nak jaga buat masa ni...bikin terbiar shj nati..
 
Dapat juga bergambar dgn mak.....susah betul nak tangkap gambar dgn mak...Muazzam bantai tido dlm Langkawi UnderWater World tu... rasa mcm nak bengkak tangan Ibu menganggung keberatan muazzam... Liyana...??? Hmmm no komen...!!!
 
 
Yang banyaknya gambar Ibu dan Muazzam jer... sebab Kami jer yang reti duk diam...nampak adik aku tue... tengah kejar Liyana yang dah lari masuk .....sian adik ku.. Sabarla yer... anak buah mu itu..mmg mcm tue...
 
Dalam Feri otw nak g Langkawi... penat sungguh duduk dalam kereta selama 8 jam....Adohai...rasa nak patah pinggang.... Tapi sian ayahla yer... dia yang drive pergi dan balik..Ibu..Muazzam..Liyana..Nenek...xde kerja lain...Tido..bangun...makan...tido lagi...celik2 dah sampai jeti Kuala Perlis....


Salam....

Muazzam dah pandai jalan..wahh best betul tengok dia jalan jatuh..jalan jatuh... genap usia 1 tahun hari tu, muazzam dah mula berani melangkah....sekarang dah laju jugala... kepeningan kepala akan timbul bila bawa 2-2 g beli barang.... sorang dah tentu2 aktif...sorang baru nak kenal pasar raya.... jawapanya...ayah kejar kakak..ibu kejar muazzam.... Hahahahha.... very nice moment...

Sekarang pun niat nak g jalan2 sambil beli barang n belah  poket harus dikurang2kan... sebab... 1~ anak2 kesayanganku mmg ditakdirkan Allah utk jadi bdk yang aktif dan yang ke-2 sbb ayah dah ada planning nak buka bisnes.... minta2  jadila, sbb ibu teringin nak jaga 2-2 sendiri n tengok dorang membesar depan mata...

Liyana mmg bdk yang aktif....kalau masuk pasar raya mmg tak reti duduk diam....sbb itu ibu mengelak2 kalau kawan2 ajak lepak2 kat shopping complex..bukan nak menyombong...tapi dengan keadaan anak2 ibu nie...baik x payah kan... karang x jadi cerita....duk mengejar liyana...baik kita borak2 kat rumah kita atau rumah mereka.... Pernah satu ketika ibu dikata org sbb tak nak hangging dgn dorang sambil main bowling ker... borak2 ker.... hahahha...pedih sungguh hati ini.... tapi dalam hati ibu berkata..."takper...kau belum ada anak...kau tak tahu betapa susahnya jaga anak yang aktif mcm liyana...." yang menjadi kesedihan hati ibu nie.. budak nie tak abis2 nak cari gaduh.... dia jeles kot ibu kawin dengan ayah... hahhahaha.... ayah menang....dia kalah.... ** Ibu syok sendiri jap yer...mcmla ibu rebutan sekolah...**

Tapi xper... Ibu bersyukur dapat Liyana n Muazzam sbg penyeri rumah Ayah & Ibu...  kami saya korang berdua.....

Thursday, July 1, 2010

Langkawi 2010

Salam semua...

Agak lama jugala kaki ni tak menjejak Pulau Langenda, Pulau Langkawi... akhirnya pada 27-29hb Jun ari tu dapat juga kami sekeluarga menjejak kaki kesana... Ini kali ke -2 buat saya...kali pertama buat anak2..dan kali tah yang ke berapa buat suami, adik n her family dan mak jejak kaki di Pulau Langkawi...

Langkawi dah byk berubah berbanding tahun 1996 (my 1st time) dah byk tempat2 menarik n berinformasi utk dilawati... disebabkan saya pergi pun on budget so tak banyak tempat yang kami pergi... antara tempat yang kami pergi ..cabel car, dataran helang, kuah, underwater world langkawi, makam mahsuri dan juga beras terbakar... banyak lagi tak dapat pergi sbb cuaca agak tidak mengizinkan... kami datang disambut hujan..hari pertama hujan pagi...balik pun hujan...hujan sokmo... untuk honeymoon sesuaila nie.. hehhehe... Hajat hati nak pergi langkawi agro park, wildlife park, langkawi dragon fruit farm tapi sebab semua tukawasan terbuka so agak tak sesuai untuk kami yang beranak2 kecil nie pergi....

Liyana bukan nama liyana kalau tak hilang sekali sepanjang kat langkawi... hilang dlm underwater world langkawi, hmmm...orang semua dah ke depan dia boleh patah balik belakang.... kat cabel car duk nagis jer nak naik gondola tu... kalau bleh dia nak duk je dalam gondola tue... isk... saya yang cuak2 naik cabel car tu..dia boleh nak melompat2 dlm gondola tue... mengucap byk2 dlm gondola tue... muazzam gak yang best..naik tidur..balik pun tidur... hehhehe... mak..tak nak naik...dia kata kalau jatuh sia2 jer... hehehhe... sebab dah ada pengalaman terpisah dr group masa d genting.... tu yang member cuak nak naik tue...

Tapi best jugala dapat pergi langkawi kali ni... sbb ini percutian kami yang pertama setelah 5 tahun kawin.... dulu susah cuti sbb kerja time public holiday... Alhamdulillah kali ni dapat juga bercuti... husband saya siap kata..kalau nak dtg lagi kena ambil cuti seminggu baru puas duk keliling lankawi... (dlm hati, ku iyakan juga...ada can nie datang lagi...)

gambar nanti upload.... :)

Monday, June 21, 2010

Muazzam dah setahun...:)

Muhammmad Muazzam dah setahun 18/06/2010 (jumaat) ari tu....
Dah besar anak lelaki ibu nie... makin montel....
Perkembangan Muazzam setakat ni... dah boleh bertatih 5 tapak... yang paling ibu kagum dia x jalan pelan2 dia terus lari.... hahahhahaha.... geram juga tgk Muazzam... sbb bdn agak bam-bam...maka lambatla nak berjalan ...tak seperti kakak liyana... 11 bulan dah bertatih...cukup setahun..dah boleh jalan sendiri.... Tapi Ibu x kecewa sbb setiap anak itu lain perkembangan...perangai...

Paling Ibu kagum....kalau Muazzam tgk channel 106 time jam 7-7.30 & 8-8.30pm... masa siaran zikir... hmm...tekun  betul Muazzam tgk & dengar....Moga2 terusla mcm tue yer... InsyaAllah jadi insan yang sentiasa ingatkan Allah.... Kadang2 kalau kakak ambil remote Astro..Muazzam boleh berebut dgn dia... hhmm..anak2 ibu....Kakak boleh kalah.... wawawa...!!!

Kakak pulak...x abis2 dgn 616 & 613.... sampai Ibu dah naik hafal citer tom & Jerry tu...Batman... Ironman.. Pink Panther...Word wolrd... Tapi Kakak lagi bagus bertutur bahasa ingeris dr melayu.. sbb apa Ibu cakap mcm tue...sbb sekali kakak kata nak layang-layang mcm nie... "Ibu nak dayang-dayang..." hahahahha...kalau kakak x tunjuk ibu pun ingat dayang je.... Tapi kadang2 kata2 org buat Ibu berkecil hati sket...salah ke kakak ckp english.... xperla kakak..Ibu sokong kakak sepenuhnya....

Liyana & Muazzam tetap buah hati pengarang Ayah & Ibu.... semoga kalian terus berusaha menjadi anak yang soleh n solehah...berjaya di dunia n akhirat....

We love u sayang.....

Monday, May 31, 2010

www.tamanabadi.com

www.tamanabadi.com... tajuk halaqah malam semalam.... banyak yang aku pelajari semalam.... walaupun selama nie mmg aku dah tahu hakkat sbnr...tapi malam tadi aku mcm baru disedarkan....
"mati itu mengejut" statement yang mengejutkan aku dr lamunan yang panjang.... hampir 30 tahun aku mengelamun rupanya.... mati itu pasti...dan mati itu dekat sgt dgn kita,....yang kita tak tahu..bila..mcm mana di mana dan selamat @ tidak.....
mlm tadi juga aku disedarkan bahawa beratnya sakaratul maut itu.... kata penceramah..umpama sekujur jasad yang masih hidup dicampakkan ke dalam belanga yang menggelegak isinyer... Subahanallah... takut sungguh aku saat2 sakaratul maut itu.... Astaqfirullah halazimmm... byk sungguh dosa2 yang telah aku lakukan....umpama terbayang2 dalam kotak fikiran aku nie... dosa aurat...dosa pada manusia...dosa menipu... "Ya Allah ampunkanla dosa2ku ini..ya Allah...."
kehidupan abadi ku ...aku tak tahu mcm mana.... dulu aku ambil mudah pekara2 seperti ini.... kehidupan di dalam kubur..menjawab soalan mungkar n nangkir... adakah aku dapat menjawab soalan mereka dengan lancar atau tersekat2.... Subhaballah... betapa hancur peritnya siksaan....
aku tersedar...betapa mudah untuk mendapatkan kehidupan abadi yang indah.tanpa perlu wang ringgit yang banyak...mendapatkan kehidupan dunia lagi mahal...perlu bekerja seharian ...sampaikan kadang kala lupa untuk mengabadikan diri pada yang Esa....
kadang2 aku lupa pada kekashihku semasa solatku... aku ingat ..lepas ni nak buat apa...?? siap kadang ingat benda2 yang aku dah lupa ...hingga aku lalai dgn fokus ku pada Yang Esa ketika itu..... aku pernah merasakan kemanisan solat 2 kali... betapa indahnya.... hmmm...sepanmjang 30 thn hidup nie...hanya 2x... Ya Allah ampunkan aku....
semoga selepas ni aku menjadi hambanya yang makin solehah.... tiba2 aku teringat... hanya 3 perkara yang boleh menolongku kelak.. 1. amalanku... 2. ilmu yang dimanfaat dan 3. anak2 yang soleh n solehah....
dah lama aku x baca yasiin dan sedekahkan pada aruah ayahku...maafkan nor ayah kerana lupa menyedekahkan ayatul quran...meringan kan beban ayah di alam barkzah.... aku cuba mencari masa n ketika utk melakukan semua ini.. InsyaAllah./...

Monday, April 26, 2010

kampung aku....


Jenderam

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Jenderam terletak pada kedudukan 2.8' Utara, 101.7' Timur, terletak di daerah SepangDengkilSelangor Darul Ehsan. Bersebelahan dengan Sungai Langat, kira-kira 30 km dari Kuala Sungai Langat yang menjadi laluan utama pedagang-pedagang dan penghijrah terutama Sumatera,Jawa dan China ke KajangSemenyihReko dan sebagainya.
Sebahagian mukabuminya antara 10-50 meter dari aras laut dan begitu sesuai ditanam dengan padi sawah satu ketika dahulu.

Isi kandungan

 [tunjuk]

[sunting]Pelabuhan Jenderam

Bot Jenderam
  • Pada tahun 1977 pula pelombong bijih timah Syarikat Tit Nam Hoong di Jenderam Hilir menjumpai pelbagai artifak. Objek terdiri daripada objek-objek tembikar asing seperti mangkuk dan sebuah tempayan kecil China dan dua buah kendi, objek-objek logam seperti beberapa jongkong timah, bekas-bekas gangsa, dan objek-objek kayu seperti sebuah pengayuh kayu dan batu tumbuk. Semua artifak 'Bot Jenderam' ini dipamerkan di Muzium Shah AlamSelangor.

[sunting]Zaman Mesolitik

  • Terdapat lebih daripada 70 buah petempatan. Di antaranya ialah Guar Kepah di Kedah,Jenderam Hilir,Kota TongkatKota GelanggiGua Kecil dan Bukit Cintamanis diPahang.
  • Terdapat juga bukti-bukti kewujudan petempatan di Gua ChaKelantan dan Gua Niah,Sarawak (Abdul Rahman Haji Abdullah,1989:7)
  • Kajian di Gua Niah dilakukan oleh Tom Harrison sejak tahun 1954. Beliau telah menemui tengkorak budak lelaki berusia 15 tahun yang dianggarkan berusia 40,000 tahun dahulu. Tengkorak manusia ini termasuk jenis homo sapiens (Harrison,1972:3)
  • Kajian terhadap lapisan tanah juga menunjukkan terdapatnya penduduk yang bersilih ganti dari zaman awal homo sehingga zaman moden. Tradisi kebudayaan pada Zaman Mesolitik di Asia Tenggara lebih dikenali sebagai kebudayaan Hoabinhian.
  • Antara aspek-aspek utama kebudayaan Hoabinhian ialah pembuatan alat tulang, tembikar dan tradisi bercucuk tanam.Industri ini juga ditemui di beberapa tempat di Vietnam Utara,ThailandSemenanjung Tanah Melayu dan di timur laut Sumatera.
  • Industri batu Hoabinhian dicirikan dengan alat teras seperti edge ground axes tarahan dan batu asah (G. de G. Sieveking,1990:14).
  • Di antara tapak- tapak Mesolitik yang terkenal ialah Gua Jiwa,Thailand, Da Phuc, Sai Yuk dan Bac Bo di Thailand.

[sunting]Komunis Melayu

  • Pada zaman daurat tahun 1948 hingga 1960, ramai penduduk kampung Melayu di sini menyokong dan menjadi pengikut Parti Komunis Malaya. Ini kerana pemimpin-pemimpin komunis Indonesia seperti Tan Malaka dari Indonesia dipercayai pernah datang ke sini kerana di sini ramai keturunan Minangkabau.
  • Seorang pemimpin komunis Melayu bernama Abdul Manan telah menjemput beberapa penduduk dari Kampung Sungai Kembung,Semenyih ke Jenderam untuk membincangkan perjuangan komunis menentang penjajahan British dan memerdekakan tanah air serta aktiviti lanjutan.
  • Seorang guru bernama Cikgu Karim telah dipanggil oleh beberapa pemuda komunis dan dibunuh berhampiran rumahnya di Jenderamkerana disyakki bekerjasama dengan tentera Jepun semasa pemerintahan Jepun. Karim menjadi guru semasa Zaman Jepun dan berkebolehan bercakap bahasa Jepun.
  • Berikutan itu dan beberapa insiden lain, rumah-rumah penduduk Jenderam telah dibakar dan 1500 penduduk Melayu dipindahkan keKeluangJohor.

[sunting]Pendidikan

Tuan Guru Haji Kamaluddin Md Zin. No 1 lorong Bahagia Jenderam Hulu 43800 dengkil. selangor/

[sunting]Kampung Jenderam Hulu

[sunting]Kampung Jenderam Hilir


[sunting]Ekonomi

Pada tahun 1996, Mohd. Isham Ibrahim dari Universiti Malaya membuat kajian tentang "Pengeluaran dan pemasaran industri belimbing" satu kajian kes di Kampung Jenderam HuluDengkil. Beliau ialah pelajar Jabatan Antropologi and Sosiologi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.

[sunting]Yayasan Al-Jenderami

Yayasan ini ditubuhkan pada 23 Jun 2003 di bawah Akta Syarikat 1965, Company Limited Guarantee and Not Having A Share Capital. “Dikecualikan daripada cukai pendapatan di bawah seksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan 1976. Ruj : LHDN.01/35/42/51/179.6-5583”
YAYASAN AL-JENDERAMI sebuah yayasan bantuan kemanusiaan yang berfungsi sebagai badan bukan kerajaan (NGO) yang membantu serta menolong umat islam tidak kira dalam mahupun luar negeri seperti Indonesia, Kampuchea serta yang lain. Ianya terletak dan beroperasi di Kampung Baru Jenderam Hilir, Dengkil di dalam daerah Sepang.
Yayasan ini telah menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan lebih daripada 15 tahun, yang mana sebelum ini hanya bergerak di bawah sebuah kampung yang diasaskan dan didiami oleh bekas-bekas kakitangan UDA (Perbadanan Pembangunan Bandar). Tujuan yayasan ini ditubuhkan adalah untuk turut serta dan sama-sama membantu merealisasikan wawasan kerajaan di dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat Malaysia.
Yayasan ini diasaskan oleh As-Syeikh Hj. Mohd. Hafidz b Selamat dan diterajui oleh Hj. Abu Bakar b Abd. Aziz sebagai Pengerusi dan dibantu oleh Ahli Lembaga Pengarah dan barisan Ahli Pengurusan.Alamatnya ialah Kompleks Yayasan Al-Jenderami, Lot 4029, Lorong Aman,Kampung Baru Jenderam Hilir, 43800 Dengkil.
Pada bulan Mei 2005, Ijtima' Ulama Sekolah Pondok Senusantara dianjurkan di sini. Yayasan ini telah mengadakan sekolah pondok di sini.