Wednesday, December 30, 2009

dah lama rasanya....

Dah lama rasanya tak menulis kat blog nie....

Rasa mcm sibuk sikit kot...nak sesuaikan diri kat tempat baru....Alhamdulillah dah sebulan lebih kat sini, selok belok kerja pun dah faham sikit2....

Pengalaman berurusan dengan end customer nie...boleh tahan juga... tak mcm dulu..... berurusan dengan orang2 yang kita kenal...kat sini aku belajar cara untuk lebih mengutamakan customer...berurusan dengan institut....baru sekarang aku tahu peritnya...hahahha.... bukan perit apa pun....tapi bila institut tak dapat buat apa yang kita amat-amat perlu...sedih gakla hati...

Berurusan dengan customer yang kita tak tahu latar belakang....perangai...kerenah dan pangkat... Dulu...masa kerja kat institut..kalau dah tak boleh buat...lantak kan jer...pandai2 la sekolah memandu jawb dgn customer dorang.... tapi bila aku sendiri berada di situasi ini....baru la aku tahu mcm mana rasanya.... Susah nak puaskan hati setiap customer.... Nak2 lagi yang songeh2..hahha....

Mcm mana pun aku puas hati dengan kerja sekarang....setidak2nya aku bangga bila calon dpt menyelesaikan urusan mereka dengan lancar,....tapi kalau tersekat2....alahai nasibla badan....

Ada sorang customer kat sini.....mula2 dtg ingat orang biasa2 jer...peramah....rendah diri... aku pun dok panggil dia en..en...en....wife dia aku panggil kakak....duk borak2...dah lama gakla..baru aku tahu dia ada pangkat..Dato' n Datin...

Lain pula cerita dgn customer lain.... sekali dtg tanya mcm2....komplen sana ...komplen sini... mahalla..service tak bagus la... lagak mcm datuk2...sekali bila tanya kerja mana...alahai...pegawai ciputjer... harga nak murah....tapi service nak baik....komplen dah la tak membina...sampai baju aku pakai pun nak dikomplennye....tah apa2 tah...

Yang paling aku suka....kak ana nama dia...tanya jer..bgtau harga terus bayar.... tak banyak komplen ...tak banyak tanya.... kita kerja pun selesa...kak ana ni bagus..kalau korang nak beli Zhulian g kat dia...aku rekemen baik punya.... nama sebenar dia Tengku Raihana...kalau bercerita takde double standard

Itu adalah diantara ragam customer kat sini....

Friday, December 4, 2009

Anniversary....

Ulangtahun perkahwinanku yang ke-4

02/12/2005-01/12/2009.....

Semoga kami dirahmati dan di kasihi-Nya

Semoga cinta antara kami terus mekar dan subur selamanya....

Untukmu sayang.... Terima kasih atas segala kasih dan sayang serta pengorbanan yang telah dicurahkan kepada ku....

layannnn.......


http://www.youtube.com/watch?v=s_HM_WgM1TI

Monday, November 9, 2009

2002-2009 - 7 tahun ku disini....

Diam tak diam...sedar tak sedar.... dah 7 tahun aku kerja di PLMC, bangi....dan tak lama lagi...aku

Thursday, November 5, 2009

Cantik di Hati

Utk ingatan ku, Norazita Ab Aziz....

Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, bersihkan wajahmu minimum 5 kali sehari dengan air wuduk. jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambil sejadah, solat, berzikir dan berdoa.....

Bagi menghilangkan stress,banyakkan 'olah raga', cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu bermunajatlah pada Allah S.W.T dengan zikir dan doa...

Agar awet muda, gunakanlah senyuman, tidak hanya dibibir tapi dihati. Jangan lupa bisikkan kata kunci "Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindahkan kejadianku, maka perindahkan pula akhlakku"(HR Ahmad)-Doa ketika melihat cermin.....

Untuk bibir yang cantik, bisikkan kalimat2 Allah, tidak borbohong @ menyakiti hati org lain, tidak menyombong diri @ takbur...

Agar tubuh langsing, diet yang teratur adalah dengn berpuasa 2x seminggu iaitu setiap isnin dan khamis. makanlah makanan halal, perbanyakkan sayur, buah2an dan air putih....

Indahnya Islam....

Sunday, October 25, 2009

Garis Panduan Bedah Siasat Mayat Menurut Perspektif Islam

Garis Panduan Bedah Siasat Mayat Menurut Perspektif Islam

DAFTAR ISTILAH

a . Dharuriyyat - Suatu keadaan yang mana tiada cara atau jalan lain untuk menyelesaikan perkara tersebut melainkan terpaksa melakukan perkara tersebut .

b . Hajiyat - Keperluan bagi tujuan memudahkan
hal-hal daruryyt.

c . Rukhsah- (Kemudahan) - Rukhsah bermaksud
hukum-hukum yang telah disyariatkan oleh Allah S . W. T. berdasarkan kepada keuzuran seseorang hamba kerana menjaga hajat mereka serta berkekalan sebab yang mewajibkan hukum asal.

d. Etika - Etika bermaksud ilmu berkenaan prinsip-prinsip akhlak atau moral yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan .

e . Interpretasi - Tafsiran, penjelasan (tentang makna, tujuan, implikasi )

f . Subklavikular - bawah tulang selangka

GARIS PANDUAN BEDAH SIASAT MAYAT MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

1. TUJUAN
Garis panduan ini disediakan untuk dijadikan panduan kepada pengendali bedah siasat, pengamal undang-undang, polis dan mereka yang berkenaan dalam pengendalian bedah siasat mayat.

2. PENGENALAN
Sejarah perubatan telah mencatatkan bahawa bedah siasat atau post mortem ke atas mayat, atau dengan lain perkataan ilmu perubatan forensik mula diperkenalkan dari Negara Arab, kemudian berkembang ke Greek dan negara-negara barat seterusnya ke seluruh dunia. Perkembangan kemajuan sains perubatan dalam ilmu pembedahan adalah berasaskan kepada keilmuan yang dibawa oleh Ibnu Sina. Perkembangan dari semasa ke semasa melalui kajian dan pengajian ahli sains perubatan telah menghasilkan teknologi moden dalam ilmu bedah siasat mayat dengan cara lebih saintifik bagi mencari keadilan yang dikehendaki.

Pada abad ke 21 ini, bedah siasat mayat merupakan satu perkara yang tidak dapat dielakkan dan bukan asing di kalangan umat Islam. Ini kerana ia adalah tindakan yang perlu diambil dan dilakukan untuk kepentingan masyarakat seperti untuk menyelesaikan kes-kes jenayah atau bukan kes jenayah serta kajian dalam bidang perubatan. Walau bagaimana pun dalam urusan bedah siasat mayat, Islam telah menetapkan beberapa garis panduan yang perlu diikuti supaya tidak timbul percanggahan antara tuntutan syarak dengan amalan yang dilakukan dalam bidang perubatan.


3. KEPUTUSAN F ATWA
3.1 Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-25 yang bersidang pada 13 Disember 1989 telah memutuskan;
“Pembedahan mayat orang Islam hanya boleh dilakukan jika keadaan benar-benar memerlukan (dharurat) sahaja seperti terlibat di dalam kes-kes jenayah yang sangat memerlukan post mortem atau si mati tertelan benda yang berharga atau si mati yang sedang mengandung sedangkan kandungannya masih hidup.”

3.2 Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-61 yang bersidang pada 27 Januari 2004 dalam membincangkan mengenai hukum bedah siasat mayat yang kematian bukan dikategorikan kes jenayah telah memutuskan;
“Hukum asal pembedahan mayat adalah haramtetapi dibolehkan sekiranya dalam keadaan dharurat dan terdapat keperluan yang mendesak seperti membuat kajian terhadap penyakit, mengenalpasti punca kematian dan penyelidikan serta pendidikan khususnya dalam bidang perubatan . ”

4. AMALAN BEDAH SIASAT MA YAT
4.1 Definisi Bedah Siasat Mayat
Bedah siasat atau dalam istilah bahasa Inggeris disebut post-mortem bermaksud suatu pemeriksaan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan ke atas mayat. Ianya melibatkan pemeriksaan luaran dan dalaman untuk mengenalpasti punca kematian dan ciri atau setakat mana perubahan dihasilkan oleh sesuatu penyakit, kimia, radiasi, kemalangan, kecederaan dan lain-lain.

4.2 Objektif Bedah Siasat Mayat
Pembedahan yang dilakukan ke atas mayat mempunyai objektif-objektif tertentu di antaranya:

i. Untuk mengesahkan identiti si mati.
ii. Untuk mengenalpasti sebab kematian.
iii. Untuk mengetahui punca, cara dan masa kematian.
iv. Untuk menghilangkan keraguan mengenai sebab kematian.
v. Untuk menunjukkan penyakit dan kecacatan.
v i . Untuk mengesan, menggambar dan mendokumenkan penyakit dan kecederaan luar serta dalam.
viii. Mendapatkan sampel untuk dikaji seperti kajian kuman, tisu abnormal dan lain-lain.
viii. Untuk mengambil gambar dan rakaman video bagi tujuan bukti/barang kes.
ix. Untuk menyediakan laporan bertulis yang lengkap tentang penemuan dalam pemeriksaan mayat.
x. Untuk memberi perkhidmatan pakar tentang interpretasi penemuan semasa pemeriksaan mayat.
xi. Untuk memulih semula keadaan mayat yang cedera teruk sebaik mungkin sebelum diserahkan kepada waris.
xii. Untuk pengajian akademik, menjalankan kajian dan penyelidikan dalam bidang perubatan.
Xiii .Untuk meningkatkan kepakaran.
xiv. Untuk membuat kajian rawatan sesuatu penyakit.
xv. Untuk keperluan undang-undang.


4.3 Jenis-jenis Bedah Siasat Mayat

i. Bedah siasat clinical
Bedah siasat mayat dijalankan bagi mengesahkan punca kematian, kesan sesuatu penyakit atau kecederaan serta bagi tujuan pembelajaran dan penyelidikan. Kes-kes kematian ini tidak berkait dengan kes Polis seperti kes penyakit mudah berjangkit atau kematian di wad. Pegawai Perubatan Kerajaan perlu mendapat keizinan dari waris sebelum membuat bedah siasat. Dalam kes-kes yang melibatkan kepentingan umum seperti kes di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), bedah siasat mayat dibolehkan tanpa perlu merujuk atau mendapat keizinan waris.

ii. Bedah siasat medicolegal
Bedah siasat ke atas mayat yang dikaitkan dengan kes Polis
seperti kemalangan, mati lemas, kebakaran, pembunuhan dan kematian yang disyaki/tidak pasti sebabnya. Majistret atau Polis akan mengeluarkan arahan (Borang Pol. 61) kepada Pegawai Perubatan Kerajaan untuk menjalankan bedah siasat mayat tanpa perlu merujuk atau mendapat keizinan waris

. 4.4 Keperluan Bedah Siasat Mayat

i. Bedah siasat mayat dilakukan kerana ia keperluan undang-undang untuk membuktikan kebenaran dan menegakkan keadilan bagi si mati dan waris.

ii. Bedah siasat mayat dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini yang timbul di masa hadapan setelah mayat dikebumikan.

iii. Hasil bedah siasat mayat dapat digunakan bagi menyelamatkan dan melindungi orang ramai daripada penyakit berjangkit yang berbahaya pada masa akan datang

iv. Bedah siasat mayat dapat menambah ilmu dan ke-pakaran dalam m bidang perubatan.

v. Kajian daripada hasil bedah siasat mayat dapat meningkatkan tahap kesihatan dan keharmonian hidup masyarakat.


4.5 Kematian yang perlu bedah siasat

Selain bedah siasat mayat yang dibenarkan mengikut keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, terdapat juga kematian yang perlu kepada bedah siasat mengikut peruntukan undang-undang dan arahan Kementerian Kesihatan Malaysia yang selaras dengan kehendak syarak (dharuriyyat dan hajiyat) iaitu:

i. Kes kematian medicolegal
a. Semua kematian yang mendadak luar biasa, disyaki bukan kes- kes biasa, akibat perlakuan ganas seperti bunuh.
b. Kematian mendadak biasa tetapi tidak diketahui sebab kematian dari segi perubatan.
c. Kematian akibat kemalangan menggunakan kenderaan.
d. Kematian di tempat kerja; kemalangan, penyakit dan keracunan di tempat kerja.
e. Kematian akibat keracunan. (e.g. alcohol intoxication, coal gas, insecticides, barbiturates etc).
f. Kematian akibat bunuh diri.
g. Kematian akibat penggunaan gas-gas perubatan semasa pembedahan, prosedur penyiasatan perubatan, peralatan dan teknologi yang digunakan oleh hospital/klinik dan sebagainya.
h. Kematian akibat kemalangan di rumahhospital/ institusi/tempat umum.
i. Kematian akibat kecuaian pegawai dan kakitangan hospital/klinik seperti kecuaian menggunakan prosedur perubatan, peralatan,ubat, rawatan dan sebagainya.
j. Kematian tahanan polis, tahanan re m a n, banduan di kem-kem tahanan.
k. Kematian di Institusi Mental, rumah sakit jiwa dan lain-lain.
l. Kematian bayi baru lahir yang dijumpai.
m. Kematian kanak-kanak akibatan kelemasan (suffocation) nafas.
n. Kematian berkaitan anak-anak angkat.
o. Sebarang kematian akibat kebakaran dan letupan.
p. Mati lemas.
q. Sebarang kematian di luar kawasan kediaman seperti di tepi jalan, dalam sungai, perairan dan sebagainya, di mana kediaman si mati tidak diketahui.
r. Kematian akibat dari bahan-bahan kimia dan radiasi perindustrian seperti toksid, asid, radioaktif dan sebagainya.

ii. Kes Kematian Clinical
a. Kematian akibat penyakit berjangkit seperti Sindrom Pernafasan Akut Yang Teruk (SARS), AiDS, Anthraks, Japanese Encephalitis (JE) dan seumpamanya.
b. Kematian di wad yang diketahui sebabnya tetapi memerlukan maklumat lebih lanjut mengenai sebab kematian.
c. Kematian ibu semasa mengandung (maternal death).

4.6 Prosedur Bedah Siasat Mayat
i. Kebenaran bagi menjalankan bedah siasat mayat
tertakluk kepada:
a. Arahan Majistret atau Polis bagi kes-kes
kematian medicolegal.
b. Arahan Ketua Pengarah Kesihatan bagi keskes
tertentu seperti penyakit berjangkit atas kepentingan umum.
c. Mendapatkan kebenaran dan keizinan bertulis dari waris bagi kes-kes bedah siasat clinical.
i. Bedah siasat ke atas mayat hanya boleh dijalankan di hospital-hospital Kerajaan atau
tempat lain yang sesuai (Seksyen 330 Kanun Acara Jenayah).
ii. Bedah siasat mayat hanya boleh dijalankan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan sahaja.

4.7 Proses Bedah Siasat Mayat
i. Pemeriksaan luaran Menjalankan pemeriksaan luaran untuk mendokumentasi kecederaan mayat. Pegawai Perubatan Kerajaan akan membuat pemeriksaan terperinci ke atas mayat antaranya pakaian simati, keadaan mayat secara keseluru h a n ,perubahan - p erubahan luaran yang berkaitan dengan kematian dan penyakit serta tanda-tanda kecederaan. Sekiranya sebab kematian dapat dikenalpasti, maka pembedahan mayat tidak lagi perlu dilaksanakan.

ii. Pemeriksaan dalaman Sekiranya pemeriksaan luaran masih tidak dapat mengenalpasti punca kematian, maka pemeriksaan dalaman perlu dijalankan.Ini termasuklah membuka tempurung kepala, rongga dada, abdomen, pelvis dan lain-lain bila mana perlu.


iii. Pengambilan spesimen iaitu mengambil cecair badan untuk analisi toksikologi dan lain-lain ujian seperti pemeriksaan radiologi, kaji kuman, kajian tisu dan fotografi Forensik.

5 . ETIKA BEDAH SIASAT MAYAT MENURUT ISLAM
Kaedah melakukan bedah siasat mayat bukanlah sesuatu yang mutlak. Individu atau kumpulan yang terlibat dalam urusan bedah siasat mayat perlu memenuhi etika yang digariskan oleh syarak antaranya;

5.1 Menghormati, menjaga hak dan kemuliaan mayat sebagai manusia
Semua Pegawai dan Petugas Perubatan Kerajaan yang terlibat dalam proses bedah siasat hendaklah menghormati mayat seperti manusia yang masih hidup.Islam menyuruh orang yang masih hidup supaya menjaga kemuliaan, hak-hak dan kehormatan orang yang telah mati sepertimana orang hidup tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan. Islam melarang seseorang menganiayai seseorang yang lain sama ada pada diri, maruah dan harta mereka. Firman Allah S.W.T. dalam Surah al-Israa‘ ayat 70 yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.”

5.2 Menyegerakan urusan bedah siasat mayat
Urusan bedah siasat mayat hendaklah dijalankan dengan segera supaya selaras mengikut kehendak syarak yang mewajibkan mayat diuruskan dengan segera, sebagaimana hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda
yang bermaksud:“Segeralah penyelesaian pengurusan jenazah kerana kalau ia jenazah orang soleh maka bererti kamu menyegerakan kepada kebaikan dan apabila sebaliknya (mayat yang tidak soleh) maka bererti kamu telah melepaskan kejahatan dari bahumu”.(Riwayat Muslim)

5.3 Kebenaran Waris
i. Bagi kes-kes bedah siasat c l i n i c a l, Pegawai
Perubatan Kerajaan perlu mendapat kebenaran
daripada waris untuk melakukan bedah siasat.
ii. Bagi kes-kes bedah siasat medicolegal kebenaran
dari waris tidak diperlukan untuk melakukan bedah sisat.

5.4 Melakukan bedah siasat dengan cermat (tidak kasar)
Pembedahan hendaklah dilakukan dengan cara cermat supaya tidak merosakkan kehormatan dan kemuliaan mayat. Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;
Dari Aisyah r.a. Raslululllah s.a.w. bersabda; “Memecahkan/
mematahkan tulang mayat sama seperti memecahkannya
/mematahkannya sewaktu hidupnya”. (Riwayat Abu Daud)

5.5 Melakukan bedah siasat mayat setakat yang diperlukan sahaja
Bedah siasat mayat yang dilakukan tidak boleh melampaui batas atau had rukhsah yang dibenarkan kerana mengambil kira hukum asal menyakiti mayat adalah haram. Oleh itu, bedah siasat mayat boleh dilakukan ke atas mana-mana anggota mayat yang diyakini boleh membantu mencapai matlamat pembedahan
dan mengenalpasti sebab-sebab kematian.Ini bersesuaian dengan kaedah fiqhiyyah iaitu ‘perkara dharurat adalah dikira mengikut kadarnya’.


5.6 Menjaga aurat mayat
Orang yang melakukan bedah siasat mayat hendaklah tidak boleh dengan sengaja melihat aurat mayat kecuali pada kadar yang diperlukan sahaja. Diriwayatkan dari Saidina Ali k.m.j., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu nyatakan (perlihatkan) pahamu,dan janganlah kamu memandang kepada paha orang hidup dan orang mati”.
(Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah) Mayat seboleh-bolehnya diuruskan oleh petugas dari jantina yang sama. Kaedah ini merujuk kepada keputusan Persidangan Majma‘ al-Fiqh al-Islami (IslamicFiqh Academic) di Brunei Darussalam pada 21-27 Jun 1993 mengenai wanita yang ingin mendapatkan rawatan perlu mengikut keutamaan berikut;

a. Doktor perempuan muslim pakar
b. Doktor perempuan bukan muslim pakar
c. Doktor lelaki muslim pakar
d. Doktor lelaki bukan muslim pakar Islam mengharuskan rawatan lelaki terhadap perempuan dan sebaliknya dengan syarat-syarat seperti
berikut;

a. Tidak bersendirian
b. Menahan pandangan mata
c. Menyentuh di tempat yang berkaitan
d. Menyediakan doktor pakar mengikut jantina

5.7 Menjaga rahsia mayat
Pegawai dan Petugas Perubatan Kerajaan yang terlibat dalam bedah siasat mayat hendaklah menyimpan rahsia mayat, iaitu tidak mengaibkan dan tidak mendedahkan keadaan mayat kepada pihak yang tidak berkenaan.


5.8 Tidak menghina, mencemuh dan memaki mayat
Pegawai dan Petugas Perubatan kerajaan yang terlibat dalam pengendalian mayat tidak boleh menghina,mencemuh atau memaki mayat. Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Dari Ibnu Umar telah berkata: Sabda Rasululllah s.a.w.: Sebutlah kebaikan orang yang telah mati dan berhentilah dari menyebut keburukan mereka”. (Riwayat at-Tirmizi)

5.9 Mengambil langkah-langkah keselamatan
Pegawai dan Petugas perubatan kerajaan yang menjalankan bedah siasat mayat hendaklah mengambil kira langkah-langkah keselamatan terutamanya dalam pengendalian mayat yang berisiko terutamanya bagi kes penyakit berjangkit.

5 .1 0 M e n g u r uskan mayat dan sampel kajian (organ atau tisu) selepas bedah siasat dengan sebaik-baiknya
i. Anggota mayat yang dibedah hendaklah dijahit semula dengan kemas.

ii. Semua organ atau tisu yang diambil untuk kajian hendaklah dikembalikan kepada mayat sebelum mayat disempurna dan dikebumikan.


iii. Bagi kes yang memerlukan kajian dan penyelidikan ke atas sampel dari mana-mana anggota mayat yang memakan masa lama (disimpan bertahun-tahun dalam makmal) kerana kekurangan pakar, penyakit masih tidak dapat dikenalpasti, kekurangan alat dan sebagainya, maka jenazah hendaklah disempurna dan dikebumikan dahulu. Manakala organ atau tisu yang diambil untuk kajian hendaklah ditanam atau diserah kepada waris atau pihak bertanggungjawab.

iv. Kajian dan siasatan ke atas sampel yang diambil hendaklah dijalankan dengan segera.


5.11 Tidak mengambil tisu atau organ mayat
Pegawai dan Petugas Perubatan Kerajaan tidak dibenarkan mengambil mana-mana tisu atau organ daripada mayat yang dibedah siasat melainkan dengan kebenaran undang-undang. (Akta Tisu Manusia 174 - Akta 130).

5.12 Orang yang dibenarkan hadir semasa bedah siasat mayat
Hanya petugas bedah siasat mayat dan pihak berkuasa yang berkaitan sahaja dibenarkan berada di dalam bilik bedah siasat semasa bedah siasat dijalankan.

6. PERANAN JABATAN / AGENSI
Jabatan / Agensi yang terlibat dalam urusan bedah siasat mayat hendaklah memastikan garis panduan ini dipatuhi. Agensi tersebut ialah Kementerian Kesihatan Malaysia, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan
Kehakiman, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Kimia, Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan Agama. Bagi memastikan prosedur bedah siasat ini dilaksanakan dengan segera dan menepati kehendak syarak,
perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:

i. Pegawai dan Petugas Perubatan Kerajaan yang terlibat dalam urusan bedah siasat mayat hendaklah memberi perhatian kepada peruntukan Seksyen 330 Kanun Acara Jenayah.

ii. Pihak Kementerian Kesihatan atau pihak pentadbir hospital mestilah memberi keutamaan dalam urusan bedah siasat mayat supaya urusan pengendalian jenazah tersebut dapat disempurnakan.

iii. Ketua-ketua Jabatan/Agensi yang terlibat dengan bedah siasat mayat hendaklah mengawasi pelaksanaan garis panduan ini supaya dipatuhi.

7. PENUTUP
Penyediaan garis panduan ini merangkumi semua mayat tanpa mengira bangsa, keturunan dan agama. Mematuhi tuntutan syarak terhadap perkara-perkara yang berbangkit dari bedah siasat adalah suatu
amanah yang wajib ditunaikan terutama bedah siasat yang melibatkan mayat orang Islam. Aspek perlaksanaan bedah siasat mayat yang lebih
d i p e n g a ruhi faktor perundangan melebihi aspek klinikal perlu diberi perhatian serius bukan sahaja oleh pengamal perubatan bahkan oleh penggubal polisi. Garis panduan ini memberi makna dan implikasi yang mendalam dan boleh membantu menyelesaikan banyak masalah dalam isu bedah siasat mayat pada masa ini dan akan datang.



Tarikh : 14 October 2005
[Maznah bt Tahir]
Editor : PRO JAKIM [Najibah binti Abdul Mutalib]
Hits : 35177

sumber : www.islam.gov.my

Thursday, October 22, 2009

Liyana dah 3 tahun....

20/10/2009...genap usia liyana 3 tahun....
Liyana dah petah bercakap...
bertanya itu dan ini.....
Berani mencuba....
tapi hai...la Liyana....bilala nak berenti hisap puting tiruan tue....

"Happy Birthday Sayang...."
"Ibu sayang Liyana...."

Friday, October 16, 2009

Hijrah ...

InsyaAllah...aku akan membuat penghijrahan paling besar dlm kerjaya aku selama ini. Kali ini aku amat yakin dengan keputusanku dan aku tak pernah seyakin ini...sekalipun semasa aku memutuskan untuk meninggalkan alam solo untuk berkahwin dengan insan yang amat aku sayangi, Norhisam dan juga semasa aku memutuskan untuk memilih dia sebagai teman hidupku hingga ke akhir nafas ku....Semoga dia tetap menjadi suamiku dunia dan akhirat.... Yang pahit akan ku telan perlahan dan yang indah ku jadikan inspirasi utk terus bersamanya....InsyaAllah

Tapi, keyakinanku kadang kala diusik oleh mereka yang menjadi teman berbual ku selama ini.....
Namun aku tekad dengan keputusan.... Semoga Allah memudahkan perjalanan ku kali ini....dan semoga penghijrahan ini menjadi titik tolak bagi satu lagi nikmat dan kebahagiaan aku....InsyaAllah

Wahai sahabatku....aku mohon doa kalian bagi memudahan penghijrahan aku...dan semoga aku menjadi hamba Allah yang solehah....Amin

Wednesday, October 14, 2009

Ya Allah...

"Maka tersenyumla Nabi Sulaiman mendengar kata2 semut itu dan berdoa dengan berkata, Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang engkau redhai dan masukkanlah dengan limpah rahmatmu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh"

(Surah an-Naml, ayat 19)
Allah Subhanahu wa Taala turun ke langir dunia, ketika sepertiga malam masih tersisa, Allah menyeru, Adakah antara hambaku yang berdoa kepadaku, supaya aku mengabulkan permintaannya?Adakah antara hambaku yang meminta ampun kepadaKu, supaya aku mengampuninya? Adakah antara hambaKu yang meminta kepadaKu, supaya aku memenuhinya.
(Direkod oleh Bukhari dan Muslim)

Thursday, September 17, 2009

H1N1...Wabak ini semakin rakus! Sudahkah kita bersedia?

H1N1....
Salam hormat dan salam sejahtera,
Aku harap korang semua dapat membaca informasi dibawah.Ianya mungkin berguna dan bermanfaat buat anda. Click pada link bawah ni k... pastu korang masukkan nama dan alamat email utk dapatkan laporan percuma tentang H1N1...

http://www.tipsihat.com/index.php?ref=azita_aziz

Penularan wabak H1N1 yang melanda seluruh dunia dan negara kita, Malaysia secara khususnya telah menyebabkan satu suasana yang amat membimbangkan seluruh rakyat pada waktu ini. Ternyata virus kejam ini tidak mengenal mangsa, samada tua atau muda, malah tidak tahu yang kaya atau miskin seseorang itu. Sesungguhnya ini adalah satu ujian kepada kita. Dalam hal ini, kami ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga yang telah kehilangan anggota keluarga mereka dalam siri serangan virus ini. Semoga mereka akan terus memperkuatkan semangat dalam berhadapan dengan suasana yang menekan ini. Kami amat bersimpati dan tidak dapat dibayangkan jika ianyaberlaku kepada ahli keluarga kita sendiri.
Oleh itu, kami juga telah mengambil langkah pencegahan yang sepatutnya. Kami tahu, pada masa ini ramai yang ingin menghulurkan bantuan.Tetapi, masalahnya vaksin bagi virus masih belum ditemui. Dan ianya dijangka pada penghujung Oktober ini. Kami harap ramai yang masih mampu bertahan pada masa ini. Disini juga kami ingin memberikan sebuah laporanpercuma berkaitan informasi virus H1N1 ini kepada anda semua.Semoga ramai mendapat manfaat dari laporan percuma ini. Inilah yang mampukami bantu buat masa ini dengan menyediakan informasi yang diperlukan orang ramai.

(hanya perlu masukkan nama dan email, laporan ini akan dihantar terus ke email anda) Jika anda juga merasakan informasi ini berguna, sila edarkan kepada rakan-rakan. Cara mengedarkannya ada disertakan dalam email yang akan diterima nanti. Semoga bermanfaat...!
Bersama kita mencegah H1N1 ini

Selamat Hari Raya Aidilfitri...


Salam Lebaran kepada semua...



Kami sekeluarga ingin mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog aku nie... Kalau ada salah dan silap... Kata-kata yang menguris hati dan perasaan semasa membaca blog aku nie... Ampun dan maaf ku pinta dari hujung rambut sampai hujung kuku ibu jari kaki...



Kepada sahabat handai yang mengenali diri ini...jemput datang rumah di raya nanti...



Salam Lebaran dari kami...

Wednesday, September 2, 2009

"Potty Training"

Terbaca coretan cik mal on alisyia's story pasal potty training...aku pun nak berkongsi pengalaman tranning liyana.... Masa dalam pantang azam...aku mmg ingat nak latih liyana supaya tak pakai diapers lagi dah... Tup-tup kena operate... so mcm nak tertangguhla niat aku tu...

Then..satu hari tu...aku baru lepas mandikan liyana.. Lepas mandi jer dia tak nak pakai baju... Aku pula dlm pantang..malas nak kejar...Tiba-tiba dia datang kata "Ibu..nak kencing aaa...." Aku ingat dia main2... tapi kelam kabut juga la bawa g toilet... Sampai kat toilet....dia betul2 kencing... Aku ingat dia memainkan aku jer... Sampaila skrg..liyana dah tak pakai diapers lagi.... kecuali..nak buang air besar jer... Susah pula nak ajar dia buang air besar kat toilet... so skrg setiap kali nak buang air besar..liyana akan cakap..."Ibu nak pampers..."

Bangga juga sbb aku tak yah nak ajar anak aku g toilet kencing....dia tahu sendiri.... Agaknya sbb tgk sepupu dia si aiman duk ulang alik g toilet kencing kot... Sejak dari akhir bulan enam sampaila skrg....liyana baru 2 kali terlepas dalam seluar...itu pun sbb sibuk main...sampai lupa nak bgtau dah kencing....

1st dia kencing dalam seluar...dia tgh main2 lepas buka puasa yang ke-5 rasanya... masa buka byk minum air nescafe aku... lepas tu dia main2...last2 dia dtg kat aku dlm keadaan kaki terkepit-kepit...cakap.."Ibu...kakak kencing aa...." tapi aku tgk dah keluar sket dah... nak dukung bawa g toilet mcm tak sempat jer..aku pun cakap.." Takpe....dah kencingkan..." tapi dr raut muka dia menahan air kencing tue...berkerut2...kelakar pun ada..kesian pun ada...takut kena marah dgn akula tue...

2nd dia kencing ahad lepas...kat rumah mak mertua aku.... agaknya..makcik2 sibuk duk menyakat2...ketawa tak henti2... kena pula lum kencing lagi dr naik keta sampai la rumah mak mertua aku tu (2 hour gak la naik keta)...apalagi...atukla jadi mangsa... kesian atuk eks...

Itula cerita aku pasal potty training liyana...training ker..?? :).. Nati azam tak tau la pulak mcm mana...

Friday, August 21, 2009

Kelahiran...

Alhamdulillah... Kali nie Tuhan bagi aku nikmat bersalin secara pembedahan pula... Muhammad Muazzam dilahirkan tepat jam 12.25 tengahari pada 18 Jun 2009 bersamaan 24 Jamadilakhir 1430 tahun hijrah, awal 2 minggu daripada tarikh due...01/07/2009.. Kelahiran yang amat senang tanpa ada rasa sakit kontraksi pun... Alhamdulillah...

Kenapa lahir secara pembedahan..?? Waktu scan terakhir di Klinik Kesihatan (38 week), doktor mendapati azam duduk songsang dan tali pusat berada di jalan keluar...dan juga berat semasa adalah 3.8-3.9 +/- 500gm... wah...masa tu terkejut aku...semangat juga...mcm mana nak teran kalau mcm tue... Isk...mmg anak aku nie suka duduk kat jantung aku...dengar je denyutan jantung ibu yer....

Sebenarnya sejak kandungan aku 7 bulan aku dah rasa..kepala dia duduk kat atas...tapi bila pergi check-up, nurse cakap.."taklah...itu punggung dia.." tapi...rupanya...firasat ibu lagi kuat daripada telahan nurse..hehehe...

Pengalaman bersalin kali ini ... Isnin 15/06/2009 aku buat check-up kat Hospital Serdang... Selasa..doc suruh aku admit wad... Rabu..buat operation... Isk..masa dengar tu..menggeletar jugala... kaki nie..takut..kena bedah... Tapi buat muka selamba jer...tapi dalam hati...dup..dap..dup..dap.. Aku gemggam erat tangan suami aku... dia pun aku tengok tenang jer...tapi masa aku pegang tangan dia...berpeluh juga...

Selasa...aku pun masuk wad... Duduk wad mcm biasala...dalam keadaan yang tak sakit... sampai masa makan aku makan... takde kerja aku tidur... Tapi dalam wad tu..adalah 2 ibu yang dah bersalin secara operation... kalau aku tgk n dengar cerita dorang ...aku jadi takut... tapi aku tabahkan hati....demi anak dalam kandungan aku ni... Hari yang dinanti pun tiba... malam selasa aku dah berpuasa bermula jam 12 t/malam... jam 5 pagi, nurse bangun..suruh mandi...tukar baju... drip air.. n pasang salur kencing... Tungu..punya tunggu... pada hari rabu...dari jam 5 pagi sampai petang aku masih belum disorong ke bilik bedah.... Last2 jam 4.30 ptg doc datang bagitau aku tak jadi dibedah hari itu kerana terlalu banyak kes kecemasan yang lain... ( Hospital perlu dahulukan ibu-ibu yang mempunyai masalah ketika bersalin).. Kesimpulannya.. postpone la...

Rabu malam puasa lagi... dan seperti dijanjikan doktor...11 pagi aku disorong ke bilik bedah... wah...masa tue...jantung rasa nak pecah berdenyut... darah berjalan laju... tapi still boleh maintain muka...hahaha... Sampai sana...aku dibius oleh doktor bius... dan selepas tue...apa lagi...di operate la...dalam keadaan separuh sedar... tak sampai 15minit..aku selamat melahirkan azam... SubbahanaAllah...Alhamdulillah...

Ubat bius tahan selama 6 jam...tapi biasala keberkesanan ubat akan hilang beransur2... dalam 4 jam tu aku dah rasa sakit... Tapi Alhamdulillah...kesakitan yang aku alami tak seperti yang aku dengar...aku masih boleh bertahan sampai 8 jam... Selepas itu, baru aku disuntik ubat tahan sakit...itu pun selepas nurse perasan yang aku masih tak minta ubat tahan sakit selepas 6 jam dibius... Semasa sakit datang...Aku amalkan sepotong ayat ...ayat semasa Nabi Yunus di dalam perut ikan...

"La IllahhaIllah anta Subbahanakainikuntuminazholimin"

Alhamdulillah...sakit yang aku alami berkurangan selepas aku baca ayat tersebut berulang kali...

Namun, kali nie aku terpisah dari azam kerana...oleh kerana azam dilahirkan dengan berat 4.14kg...dia terpaksa dipantau dan dimasukkan ke wad kanak2.. takut kurang gula dalam darah.... Hari kedua selepas bersalin aku ke wad kanak2 untuk susukan azam... Masa aku sampai...nurse kat situ cakap..." ooo...ini ibu si montel yer..." Nurse kat situ gelarkan anak aku si montel... sbbnya anak aku yang paling semangat beratnya untuk 2 hari tue... Lepas 1/2 jam kat situ, rekod anak aku dipecahkan oleh baby yang lain...yang itu lagi power..4.3 kg...

3 hari berada di wad...aku dibenarkan balik.... Hm...lega rasanya dapat balik...

Muhammad Muazzam..Alhamdulillah..senang dijaga... tak banyak ragam.... Sehingga kini...anak aku dah 6.3kg... Pecah rekod untuk kuning paling lama di antara cucu2 mak aku... sehingga 1 bulan 1/2 kuning... mcm2 ubat n petua dah cuba... Alhamdulillah sekrang dah hilang....menurut doktor..kuning kali nie disebabkan oleh susu ibu...tapi tak berbahaya....


Inilah permata hatiku...Nur Liyana Syafiqah & Muhammad Muazzam

Monday, August 17, 2009

Alhamdulillah...




Alhamdulillah.... Segala puji hanya bagi Allah....




My Muhammad Muazzam Bin Norhisam
D.O.B : 18 Jun 2009
P.O.B : Hospital Serdang

Semoga azam menjadi anak yang soleh dan bertanggungjawab kelak....Amin...



Thursday, April 23, 2009

Tersentuh hatiku....

Malam tadi lepas habis tengok berita TV3...aku dikejutkan dengan video klip seorang maid yang kejam.... amat kejam bagi aku.... korang tengokla....

Sedih sungguh aku tengok budak tu yang lebih kurang 5-6 tahun la...kena terajang...pijak dan di sepak... tak berhati perut betul.... Macam mana kita nak hukum maid yang mcm nie... kepercayaan utk menjaga anak diberikan kepada mereka utk menjaga anak ...ini balasan dia pada tuan rumah...

Bayangkan kalau budak tue patah pinggang....trauma yang teramat.... dapat sakit yang berlanjutan... Isk..geram betul aku tgk... sedih melihat nasib budak tu....

"Berfikir dan bertindakla dengan akal dan iman....."

Wednesday, April 8, 2009

Lampin kain....

Surf2 internet....aku terjumpa cerita pasal lampin kain @ cloth dipaer (CD). Rupa2 nya sekarang dah ada lampin kain yang cantik dan selamat untuk digunakan oleh anak2 kita...tapi harganya agak mahal jugala....



Gambar diambil daripada blog :Dr Nur Izzah







Setelah aku surf2 lagi artikel pasal CD ni aku dapati penggunaan CD lebih baik kepada anak2 kita berbanding penggunaan Disposable Diaper (DD). Bukan apa..kita pun sedia maklum bahawa penggunaan DD lambat laun akan menyebabkan pelbagai masalah kepada anak kita untuk jangka masa panjang kan.... Aku pun ada dengar mcm2 hal negatif pada DD untuk jangka masa panjang...namun untuk aku menggunakan cara lama mcm mak2 kita gunakan dulu....aku rasa pengasuh dan mak aku mesti tak sanggupkan.... Banyak kerja dan masa yang diperlukan....
Melihatkan kepada harganya agak mahal di awal penggunaan, berbanding DD aku rasa ramai yang memilih utk menggunakan DD berbanding CD... Tapi sebenarnya untuk jangka masa panjang ia amat menjimatkan.... So aku pun plan nak gunala CD ni utk baby baru nati... Harap2 diberikan ketabahan dan kesabaran yang tinggi untuk menggunakannya.... (dengan keadaan washing machine aku yang dah rosak nie...). InsyaAllah...akan diusahakan...
Melalui pembacaan aku... penggunaan CD nie lebih jimat, selamat, dan mempercepatkan toilet training utk anak kita.... tu yang aku terpikat dengan penggunaan CD nie....
Doa2kan usaha aku berjaya....



























Anak...

Anak...
adalah anugerah Allah yang sememangnya amat diimpikan oleh semua pasangan yang baru berkahwin.... Persoalan anak sering menjadi TAJUK UTAMA kepada setiap pasangan yang baru mendirikan rumah tangga...baik yang kawin teruna dan dara mahupun janda dan duda (sorry kalau bahasa ni kasar sket)..

Persoalan ini selalu bermain dibibir insan lain juga ketika aku baru kawin dulu... "dah ada ker..??" kalau nak dikira..persoalan ini akan bermain dengan hebat pada awal2 bulan perkahwinan...danAlhamdulillah,kami dikurniakan rezeki anak dengan cepat...dan tak lama lagi..InsyaAllah...kakak akan mendapat adik baru

Tapi mcm mana dengan pasangan yang Allah nak uji ketabahan dan keimanan diri... yang lambat mendapat cahaya mata hidupbersama insan tersayang... sebulan dua mungkin persoalan inibiasa tanpa mengguris hati dan perasaannya...tapibila dah berbulan2 asyiktanya soalan yang sama .... mungkin ada juga perasaan yang terluka... Agaknya mcm mana perasaan mereka ketika itu...?

Aku juga sering termasuk dalam golongan insan yang sukabertanya kepada pasangan baru tentang anak... Namun satu hari aku tersedar... mungkin ada yang terluka dengan pertanyaan dari aku ttg anak...

Oleh itu, dikesempatan ini, aku memohon ampun dan maaf kepada semua sekiranya ada persoalan aku yang mengguris hati dan perasaan kalian...

Thursday, April 2, 2009

Gaya Liyana Bersolek....

Liyana sekarang dah pandai nak tiru gaya aku bersolek.... Ibu pakai anak tudung...dia pun nak gak...Ibu pakai tudung...dia pun nak pakai gak... Agaknya mcm niela anak perempuan eks... Yang paling tak tahan bila Ibu pakai Lipstick....wah...cara dia nak juga pakai tu..siap kemam2 bibir lagi ....siap dengan bunyi..'pump..pump...'











Hasilnya....


Wednesday, March 11, 2009

Maulid: Antara Sejarah Dan Amalan

Disiarkan pada Mar 08, 2009 dalam kategori Dakwah

Para sarjana sejarahwan Islam berbeza pendapat tentang tarikh sebenar kelahiran Nabi s.a.w. Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim hanya menyebut bahawa baginda lahir pada hari Isnin tanpa menyebut haribulannya. Sesiapa yang membaca karya-karya sejarah Islam yang besar seperti al-Bidayah wa al-Nihayah oleh al-Imam Ibn Kathir (meninggal 774H) akan melihat berbagai pendapat tentang haribulan dan bulan kelahiran baginda s.a.w.

Bagi yang berpendapat baginda lahir pada Bulan Rabi’ul Awwal, mereka berbeza pendapat pula dalam menentukan haribulannya. Ada yang menentukan pada 8 haribulan, ada yang pada 9 haribulan, ada pula pada 12 haribulan seperti yang menjadi anggapan ramai, ada juga pada 17 haribulan dan seumpamanya. Di samping di sana ada pula sarjana Islam yang menyatakan baginda lahir pada Bulan Ramadan dengan hujah-hujah mereka yang tersendiri.

Apa pun yang penting, sejarahwan Timur atau Barat, Utara atau Selatan tidak pernah berbelah pendapat tentang lahirnya seorang insan bernama Muhammad bin ‘Abdillah yang diikrarkan oleh umat Islam sebagai rasul terakhir yang diutuskan Allah. Hal ini berbeza dengan Jesus yang berada dalam gambaran Barat. Setengah ahli kajian mereka mempertikaikan tentang kelahiran Jesus itu sendiri.

Kelahiran Nabi s.a.w adalah peristiwa yang amat penting kerana ia peristiwa yang memulakan episod baru bagi kehidupan manusia sejagat. Penentuan haribulan atau bulan secara tepat bukanlah faktor utama. Tidak dapat menentukan tarikh lahir yang pasti, bukan bererti seseorang itu tidak wujud. Entah berapa ramai para nabi, tokoh, individu yang gagal dikesan tarikh kelahiran mereka, tetapi mereka wujud dan telah mewarnai sejarah.
Kegagalan sarjana untuk mengetahui hari dan bulan sebenar kelahiran Nabi s.a.w antaranya berpunca daripada tindakan para sahabah Nabi s.a.w yang tidak merayakan tarikh tersebut.

Walaupun dalam sejarah Islam, merekalah generasi yang paling mencintai Nabi s.a.w namun mereka tidak membuat perayaan khas hari kelahiran baginda disebabkan kerana mereka tidak melihat baginda melakukan hal yang demikian.

Bahkan Ibn Kathir menceritakan bagaimana Saidina ‘Umar apabila dicadangkan permulaan tahun Islam dikira pada tahun kelahiran Nabi s.a.w, beliau menolaknya. Sebaliknya khalifah agung itu memilih tahun hijrah baginda sebagai permulaan kiraan. Bukan kelahiran tidak penting, tetapi hijrah adalah permulaan kejayaan dan sejarah perjuangan. Perkara yang paling utama buat seorang rasul ialah baginda diikuti, bukan sekadar dirayakan. Saban tahun orang Kristian Barat merayakan kelahiran Jesus, namun apakah kehidupan mereka sama seperti yang diajar oleh Jesus?

Hari berganti dan bertukar. Dunia Islam beralun dengan berbagai krisis politik yang akhirnya mencetuskan mazhab. Antaranya Mazhab Syiah yang asalnya merupakan mazhab politik, bertukar menjadi mazhab agama dengan segala macam aliran di dalamnya. Islam sepatutnya mencorakkan politik telah bertukar menjadi ‘politik mencorakkan Islam’. Lalu kefahaman agama dibina di atas blok-blok politik, bukan reka fikir politik itu diwarnakan oleh Islam. Maka perebutan kuasa berlaku atas agenda politik yang dimasukkan unsur Islam ke dalamnya. Maka berselerakanlah umat Islam akibat agenda politik berbagai aliran.

Di Mesir, Syiah Fatimiyyah pernah menguasai tampok kuasa. Berbagai agenda agama dilaksanakan dalam kerangka pemikiran mazhab politik yang bertukar menjadi agama. Berbagai perayaan agama dibuat dengan tujuan untuk mencapai matlamat politik yang tersendiri.
Dalam Fatawa al-Azhar diakui bahawa ahli sejarahwan Islam tidak mengetahui sesiapa pun yang memulakan perayaan Maulid Nabi s.a.w melainkan Kerajaan Syi’ah Fatimiyyah di Mesir yang mengadakannya secara besar-besaran. Mereka turut meraikan hari kelahiran tokoh-tokoh Ahlil Bait dan kelahiran Nabi Isa a.s. Kemudian pada tahun 488H dihentikan oleh Khalifah mereka al-Musta’la billah. Kemudian dihidupkan kembali oleh sesetengah kerajaan dan negeri. Demikianlah sejarahnya.

Mengenangkan sejarah kelahiran Nabi s.a.w dengan semangat untuk mengikuti baginda adalah wajar. Di samping kita perlu sedar fakta-fakta yang disebutkan tadi. Jika Bulan Rabi’ul Awwal ini dikatakan bulan kelahiran Nabi s.a.w, maka tidak salah untuk kita berceramah menceritakan sejarah perjuangan dan prinsip-prinsip Islam yang dibawa oleh baginda. Sama ada pada bulan ini atau selain. Sama seperti apabila kita melintas suatu tempat bersejarah, kita mengenang sejarah tersebut. Cuma janganlah kita ini menjadi manusia bermusim yang hanya mengenang rasul dan ajaran baginda pada hari-hari tertentu, tetapi kita seakan sudah tidak mengingati baginda selepas itu.

Di samping itu, hendaklah kita sedar, jika kita mengikuti Nabi s.a.w, maka pastikan kita tidak menokok tambah ajaran baginda apa yang baginda tidak izinkan. Baginda bersabda:
“Sesiapa yang membuat perkara baru dalam urusan kami ini (Islam) apa yang bukan daripadanya maka ia tertolak” (Riwayat Muslim).
Oleh kerana baginda tidak pernah menunjukkan kita ibadah khas sempena kelahiran baginda samada solat khas, atau puasa khas atau bacaan khas, maka kita tidak boleh mengadakannya. Jalan yang patut diikuti dalam masalah ini adalah jalan para sahabah baginda s.a.w. Sabda baginda s.a.w:
“..Sesungguhnya Bani Israil berpecah kepada 72 puak, dan umatku akan berpecah kepada 73 puak. Kesemua mereka dalam neraka kecuali satu puak”. Mereka bertanya: “Apakah puak itu wahai RasululLah?”
Jawab baginda:
“Apa yang aku dan para sahabahku berada di atasnya”. (Riwayat al-Tirmizi dinilai sahih oleh al-Diya al-Maqdisi).

Perlu diingat, antara keistimewanya sejarah Nabi s.a.w kerana ia dapat dikenal pasti antara yang tulen dan tokok tambah. Ini berbeza dengan sejarah pengasas-pengasas agama dalam dunia ini yang hampir keseluruhan sejarah mereka dibina atas sangkaan atau perkhabaran yang tidak pasti. Ilmu hadis yang menapis sanad dan matan telah memelihara fakta sejarah nabi kita Muhammad s.a.w. Hanya sejarah yang pasti sahaja yang menjadi ikutan kita, bukan yang direka.
Kata al-Sayyid Sulaiman al-Nadwi:
“Sesungguhnya sirah yang berhak diikuti oleh manusia sebagai contoh yang baik dan teladan yang tinggi disyaratkan terlebih dahulu mestilah bersifat tarikhiyyah (sejarah). Adapun sirah yang tertegak diatas dongengan dan cerita-cerita khurafat yang tidak disokong oleh riwayat-riwayat yang dipercayai kesahihannya, adalah menjadi tabiat insan tidak akan terpengaruh dengan apa yag diceritakan kepadanya tentang sirah peribadi yang direka sedangkan sejarah tidak pernah mengenalinya” (Sulaiman al-Nadwi, al-Risalah al-Muhammadiyyah, m.s. 41, Saudi: al-Dar al-Sa`udiyyah).

Buku Maulid al-Barzanji yang banyak dibaca dalam masyarakat kita ketika majlis kenduri-kendara atau selainnya mempunyai sumbangan yang tersendiri. Banyak sirah yang sahih dicatatkan oleh penulis karya tersebut iaitu Ja’far bin Hasan bin `Abd al-Karim al-Barzanji (meninggal 1187H). Namun satu hakikat yang diboleh dinafikan dari segi ilmu hadis bahawa terdapat fakta-fakta yang tidak sahih dalam buku al-Barzanji tersebut. Antaranya, beliau menyebut:
“Telah hadirlah pada malam kelahiran baginda (Nabi s.a.w.) Asiah (isteri Fir`aun yang beriman) dan Maryam (ibu Nabi Isa a.s.) dalam kumpulan wanita dari syurga)”.

Tiada satu riwayat yang sahih daripada Nabi s.a.w yang mengakui peristiwa seperti ini. Sehingga seorang pengkaji sejarah Muhammad Muhammad Hasan Syurrab menyebut:
Wajib kita berhati-hati ketika memetik dari buku-buku sirah terutamanya buku-buku sirah yang terkemudian. Para rawinya (periwayat) banyak menokok tambah cerita dan sirah Rasulullah. Mereka mengaitkan kepada baginda mu’jizat dan perkara-perkara luar biasa sejak kelahiran sehingga kepada kewafatan baginda dengan perkara yang tidak ada sanad yang boleh dipegang. Seakan-akan para rawi ini melihat tujuan penambahan perkara-perkara luar biasa ini untuk memberikan kepada Rasul a.s. mu’jizat-mu’jizat yang tidak ada pada para nabi sebelum baginda (Muhammad Muhammad Hasan Syurrab, Fi Usul Tarikh al-`Arab al-Islami, m.s. 84, Damsyik, Dar al-Qalam).

Kita semua bersyukur dan bergembira dengan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Namun kita wajib pastikan cara kita ikut dan faham mengenai baginda. Saban tahun banyak pihak yang meraikan maulid, apakah umat Islam bertambah dekat dengan baginda?????

Dipetik dari web Minda Tajdid – Mengemudi Bahtera Perubahan Minda ----à http://drmaza.com/home/?p=567

Sunday, February 22, 2009

APA YANG ANDA PERLU BUAT UNTUK MENJADI JUTAWAN?

========================================================
ARTIKEL: APA YANG ANDA PERLU BUAT UNTUK MENJADI JUTAWAN?========================================================
Oleh: Irfan Khairi

Pastinya anda ingat rancangan game show yang sangat popular satumasa dahulu. So, Who Wants To Be A Millionaire? Anda ingin menjadijutawan? Sekiranya YA, maka, berikut ada beberapa checklist untukmelihat sama ada anda layak untuk jadi Jutawan!

**Jutawan kerja > 70 seminggu. Dan bila sebut kerja, ianyabetul-betul maksud kerja. Tidak membuang masa bersembang danmelakukan aktiviti-aktiviti yang membuang masa. Sering kali, merekalah yang awal sampai pejabat, dan paling lewat tinggalkan pejabat.Minda dan jiwa fokus pada kerja yang perlu dilakukan. Sekiranyaanda bekerja <40>

**Jutawan tahu secara jelas dan terperinci apa yang diinginkan.Matlamat mereka adalah jelas dan jitu. Matlamat mereka adalah besardan sukar untuk dicapai- tetapi, tidak mustahil. Mereka yakinbahawa tidak kira besar mana pun matlamat yang di letakkan,pastinya ia akan tercapai. Keyakinan dan kejituan diri sendirimengejar matlamat inilah mendahulukan mereka berbanding orang-oranglain. Sekiranya anda tidak mempunyai matlamat yang jelas danterperinci, jangan teruskan bacaan anda. Berhenti dan tetapkanmatlamat terlebih dahulu!

**Jutawan tahu untuk berjaya, mereka perlu bantuan orang lain.Bantuan dari segi ilmu, bantuan dari segi kewangan, bantuan darisegi sokongan, bantuan dari segi tenaga, bantuan dari segi idea dansebagainya. 84% kejayaan seseorang bergantung kepada mereka yangdikelilingnya. Untuk berjaya, perlu sering bersama orang-orang yangberjaya. Sekiranya anda fikirkan anda "one man show" dan tidakmempunyai kenalan-kenalan yang berjaya, maka, GET OUT THERE! Kenalimereka mereka yang berjaya dan pelajari daripada mereka.

**Jutawan banyak membaca. Leaders are readers. Ilmu adalah senjatayang paling penting bagi jutawan. Sekiranya hilang satu jutaringgit, jutawan akan tahu cara untuk menjana dua huta ringgit lagikerana aset yang paling penting bagi seseorang jutawan adalah asetilmu di dada. Ilmu diperolehi daripada bacaan. Sekiranya anda tidaksuka membaca, ketahui bahawa anda akan ditinggalkan oleh merekayang banyak membaca.

**Tidak seperti sangkaan ramai, kebanyakan jutawan tidak sukaberbelanja sesuka hati. Mereka tahu betapa sukarnya untukmemperolehi harta dan mereka sayangkan harta. Wang ringgit tidakdigunakan secara membazir. Sering kali golongan jutawan menggunakanwang untuk membina lagi aset-aset seperti rumah, tanah danpelaburan. Sekiranya anda fikirkan jutawan adalah seperti yangsering dipaparkan di kaca TV,suka membazir, maka, perbetulkanperspektif anda dahulu. Golongan ini mungkin ada, tetapi, teramatkecil. Mulakan langkah anda dengan tidak membazir.

**Jutawan banyak memberi. Menurut buku Dr Thomas Stanley, "TheMillionaire's Mind" antara sikap-sikap jutawan adalah suka memberi.Hadis juga ada mengatakan bahawa sekiranya kita memberi satu denganikhlas, 10 akan kembali kepada kita. Jadi, sekiranya anda jeniskedekut dan tidak suka memberi, maka maaf, kelab jutawan bukanlahuntuk anda!

**Walaupun bukan satu kemestian, kebanyakan jutawan lahirnya dalambidang perniagaan. Malah, 74% Jutawan adalah hasil daripadaperniagaan. Jadi, di sini adalah klu paling besar bagaimana hendakmenjadi juatwan- mulakan perniagaan! Sekiranya anda tidak berminatdalam perniagaan dan anda lebih suka kerja di bawah orang, makaianya menjadi semakin suakr untuk mencapai jutawan. Tidak mustahil,tetapi, lebih sukar... dan mengambil masa yang lebih lama!

**Jutawan tahu bahawa ianya tiada jalan pintas untuk menjadi kaya.Ianya perlu ilmu dan usaha keras siang dan malam. Maaf, no shortcuts here! Sekiranya anda fikir bahawa ada caranya untuk buat duitbanyak dengan cepat, duduk rumah goyang kaki boleh dapat duitberjuta, dan tanpa usaha yang setimpal, wang akan jatuh ke ribaanda, maka anda silap, silap dan silap! Memikirkan bahawa terdapatcara mudah menjana wanglah terjadinya ramai "Mat jenin jutawan"terperangkap dengan penipuan-penipuan scam dan skim-skim cepat kaya.

Sekiranya anda setuju dengan checklist di atas, maka, selamatdatang ke kelab jutawan! Anda telah melalui langkah pertama danbesedia untuk "bertanding" dalam "Who Wants To Be A Millionaire"edisi realiti. Tetapi, perlu berpijak di bumi yang nyata. Membacasegalanya di atas dan memahaminya adalah satu perkara.

Mempraktikkan apa yang di baca dan mengaplikasikannya setiap haridan setiap masa, adalah perkara yang lain. Kata-kata berbunyi"Knowledge is power" sebenarnya salah. Ilmu bukanlah satu kekuatandan kehebatan. Ilmu yang DIAPLIKASIKAN adalah kekuatan yang sebenar

BESTNYA KALAU DAPAT JADI JUTAWAN EKS....!!!!!!!!!!

aku dan dia

salam...salam....salam...

apa kabar semua eks....harap2 sihatla yer...


aku..?? makin sihat dan semakin sihat bersamanya... tadi terbaca blog fatimah...tentang perkembangan baby dalam kandungan ibu. http://ratuhati.com/ Seronok eks.... pastu g lak layari laman web yang beliau bagi...isk banyak juga info... lagi satu lama web yang aku rasa banyak info yang boleh kita dapat http://www.babycenter.com.my/

Sekarang nie aku dah 23 minggu pregnant...perasaan seronok..takut...risau... gembira... mcm2 rasa ada.. :) Sebab kehamilan ku ni mmg kehamilan kedua yang aku amat nantikan... kira2 mcm kehamilan yang dirancang... Liyana pun makin manja dengan aku..agaknya betul juga kata org tua2 ..kalau nak dapat adik baru..kakak @ abang mengada2 lain mcm..penat juga aku melayan kerenah Liyana.... Nasib baik Syam memahami aku setiap masa....faham kerenah aku...hehhee...

Jantina anak...?? kalau diizinkan Tuhan, nak la baby boy pula lepas dapat baby girl (Nur Liyana Syafiqah)... tapi kalau dapat girl lagi pun xper....buat kawan untuk liyana... Liyana pun dah jadi mcm budak lelaki jer aku tgk perangainya.... apa tak nyer...duk kawan dgn sepupu2 lelaki dia..anak adik aku dua-dua hero..(aiman & muiz)

Baby pun dah bergerak2 since 4 bulan lagi....Subahanallah...tak tahu mcm mana nak digambarkan rasanya...AJAIB... Agak cepat jugala berbanding kandungan pertama... Yang seronoknya...aku tak mabuk langsung.... Selera jer tekak ni...makan tak memilih...asal sedap mata memandang...jalan aje.... tu pasal kena warning dengan doc... "Jaga makan"... Masalah pun kurang berbanding masa mengandungkan liyana...dengan kurang darah...berat bdn naik mendadak...sampai kena minum air gula... Mudah-mudahan anak aku kali nie angin nyer tak serupa Liyana la...mungkin lembut sket kot... Ialah Liyana anak sulung...kakak...agaknye sbb tu dia agak tegas... Kelincahan Liyana nie kekadang buat aku angkat bendera putih.... Malas pun ada gak...tapi anak kan....



Apa-apa pun..terima kasih kepada suamiku yang tercinta..Norhisam Ismail yang amat memahami dan menerima aku seadanya.... Pada Liyana...Ibu sayang liyana sgt.... Keletah mu yang kadang kala memenatkan...tapi bila diingat2 balik boleh buat Ibu tersenyum sendiri....



Fetal development - 22 weeks pregnant

Written for BabyCenter Malaysia

The baby now weighs almost one pound/ 430 grams, measures nearly 11 inches/ just over 27 centimeters long from crown to heel, and is proportioned like a newborn, albeit a thinner version since her baby fat hasn't yet developed. Although she's getting heavier every day, her skin still appears wrinkled because she needs to gain more weight. The lips are distinct and the eyes are formed, though the iris (the coloured part of the eye) still lacks pigment. The pancreas, essential in the production of hormones, is developing steadily. Even this early, the first signs of teeth appear in the form of tooth buds beneath the gum line. Before you know it, your baby will be born, and soon after, her first teeth will come through. You've probably gained between 12 and 15 pounds/ 5.4 and 6.8 kilograms. Starting now, you'll begin to put on weight more steadily, averaging about half a pound/ 225 grams per week. You may crave certain foods and you may notice an increased (but not bloody) vaginal discharge. Both are a normal part of being pregnant.

Wednesday, January 14, 2009

5 Tip perniagaan 2009 (ketika ekonomi down)

5 Tip perniagaan 2009 (ketika ekonomi down)

Apakah tip-tip panas (hot tip!) untuk perniagaan sempena tahun 2009 ni...

Here's 5 tips from me:

* Target "baby boomers" mereka yang ramainya tidak effected dengan economy meltdown. Mereka adalah dalam lingkungan umur 50+

* Target produk "affordable" dan bukan "luxury". Sesuatu yang mampu dibeli dan bukan sesuatu yang untuk kemewahan.* Mulakan perniagaan yang berkos rendah - kos permulaan dan overhead rendah. The best is Soho (small offcie, home office) seperti perniagaan Internet atau pun perniagaan perkhidmatan.

* Produk kesihatan (health & wellness) akan berada dalam permintaan tak kira ekonomi jatuh/naik

* Produk-produk organik juga antara trend baru perniagaan yang akan boom :)

Yang penting, dalam perniagaan, usahawan perlu kreatif supaya dapatmengubah approach perniagaan supaya dapat sustain tak kira ekonomiturun/naik.
Ubahkan pendekatan dengan cara menambahkan produk untuk targetmarket baru, ubah cara promosi untuk mencapai pelanggan baru, ubahmesej perniagaan untuk mencapai pasaran yang baru.All the best dalam perniagaan 2009!

petikan : www.irfankhairi.com.my.

Monday, January 5, 2009

Selamat Tahun Baru....

Rasanya aku masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2009 dan Maal Hijrah 1430 pada semuakan.... Hehehe...sibuknya aku bekerja sampaikan dah sebulan tak update blog nie... Maklumla...cuti2 sekolah niekan...dengan budak SPM abis belajarnya...maka beginila aku hari2...bz..bz..bz..n always bz...

Walau mcm mana bz pun aku....badan aku tetap comel..cute...n makin berisi...hahha...bak kata en norhisam...dah macam bentuk botol air dah aku nie...korang bayangkan la...street jer... tapi nak buat mcm mana....hehehhe..perubahan hormon makan kot...makin selera...

Hari nie..sekolah dah mula...maka masa aku ke opis perlu diperawalkan.... hmmm...sbb semua lepas anta anak nak g kerja...tu pun pagi tadi lambat juga aku dtg opis.... nasib baik punch card..ngam2 kul 8.... kalaula bos aku tgk puch card aku....cantik...belah masuk...merah jer...jarang2 hitam...tapi kalau belah keluar...ngam2 kul 5pm... hehehe... Nampaknya chan aku nak naik gaji lambat lagi la.... isk..isk...isk....

Opismate pun ramai cuti hari nie... main reason anta anak 1st sekolah.... tapi dalam banyak2 tu ada satu je alasan yang aku kurang berkenan...anta husband pergi check up... Hmm...kalau anak aku sakit tak boleh mc @ cuti....agaknya kalau husband sakit boleh la yer.... hahahha....

Azam tahun baru...??? Baiki apa yang lompang...tutup apa yang berlubang..... Ingat salah satu nak jadi isteri n ibu yang lebih lemah lembutla...(tapi tak taula boleh ker tak nie....sbb aku ni garang.... iya ke garang...???) Mcm mana pun tahun nie aku berazam nak mempertingkatkan tahap keyakinan n kendiri diri sblm melangkah jauh ke hadapan....

Korang...mcm mana...??

Tapi aku pasti korang ada azam yang lebih gempak n lebih baik kan....aku doakan semoga selamat semuanya....

Miss u all la my frez.....

Salam Maal Hijarah.... Hijarah untuk kebaikan masa hadapan.....