Thursday, October 30, 2008

serasi @ melengkapi...??

Hidup berumahtangga merupakan suatu ikatan yang amat indah jika disulam dengan keikhlasan dan kejujuran dalam melayari bahtera perkahwinan....

ALLAH s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki ) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya. Dan menjadikan antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan…” (Ar-Rum: 21)

Perkahwinan juga menjanjikan ketenteraman dan kedamaian jiwa serta perasaan. Hidup sebagai suami isteri dalam sebuah rumah tangga yang aman bahagia dapat memberi kedamaian pada jiwa kerana sentiasa mendapat berkat daripada Allah s.w.t.

Lagi Firman Allah maksudnya:

" Dihiaskan bagi manusia itu kecintaan tentang apa-apa yang dapat menyenangkan iaitu daripada wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari emas dan perak, kuda-kuda pilihan, haiwan ternakan dan tanaman..."( Surah Ali Imran : 14 )

Namun dalam kita mengharungi setiap hari berdua...24 jam sehari 7 hari seminggu 365 setahun...pasti ada hati yang tersinggung...kata dan perlakuan yang terkasar serta badai yang melanda.... Susah untuk ditelan...bak kata pepatah...ditelan mati mak, diluah mati bapak.... Betul ker susah untuk kita harungi...?? Susah jika kita tak sehati sejiwa, setulus semulus dalam ikatan.... Ikatan yang suci sepatutnya tidak dicemari.... tidak dikhianati...tidak disakiti.... Ia sepatutnya di jaga dan dibajai dengan kasih dan sayang...tolak ansur dilengkapi dengan kesabaran dan keikhlasan yang tinggi daripada kedua2 pihak..... Ini kerana kita adalah saling melengkapi.... yang buruk kita buang....yang berlubang kita tutup.... Tetapi dalam kita melengkapi ....kita harus serasi.....

Salah satu sifat yang perlu ada bagi setiap suami dan isteri ialah sifat pemaaf. Sifat ini penting sekali untuk mengharungi kehidupan rumahtangga dengan baik serta memberi kebahagian kepada suami dan isteri. Sifat pemaaf dan berlapang dada perlu ada pada setiap suami kerana terkadang suami membenci isterinya disebabkan oleh hal-hal yang tidak jelas baginya sehingga keadaan itu membawa keburukan kepada suami isteri berkenaan begitu juga sebaliknya....

Renungila alam perkahwinan yang indah dan bahagia....

Wednesday, October 29, 2008

pengorbanan ....

salam....

Besar pengorbanan seorang ibu...mengandung...melahirkan...menjaga dan mendidik anak supaya menjadi insan yang soleh dan solehah serta berjaya dunia dan akhirat. Kekadang aku terpikir... mcm mana suami yang sanggup memukul isteri...mengherdik tak tentu pasal....dan sanggup meninggikan suara kepada isteri yang selalu berkorban.... Berkorban untuk menjaga anak sehinggakan kadang2 terlupa keperluan sendiri..... tahukan para suami sekalian bahawa perit jerihnya seorang isteri untuk mendapat tempat disyurga kelak...bermasam muka membawa padah pada diri sendiri.... kekadang aku terbaca kisah yang mana isteri sanggup berkorban hati dan perasaan sendiri untuk menjaga hati dan perasaan ramai pihak....bukan sahaja menjaga hati suami...malahan mak mertua..ipar duai dan kawan2 si suami nie....

Pernah terjadi didepan mata ku sendiri,....si suami memarahi anak sendiri...sbb anak sendiri tertolak anak saudara..alah budak bergurau (kalau dorang ada akal mcm kita dorang tak buat mcm tu..betul tak..)....marah ok lagi...ni sampai tahap memukul.... ketika itu, segera aku teringat kata2 sorang pakar motivasi dalam majalah mingguan wanita...anak yang berumur 7 tahun ke bawah...cara untuk mendidik ialah memberitahu dengan mulut....bukan dengan tangan ataupun kaki.... tak terpikir ker perasaan ibu kanak2 itu ketika itu, mempertahan kan anak saudara dengan memukul anak sendiri....bagi aku bukan sesuatu yang bijak.... hanya mereka yang berfikiran singkat sangat.... ataupun belum cukup ilmu tentang manusia yang dipanggil ANAK. ketika itu juga perasaan aku pun terguris sbb aku seorang ibu juga.... Apa yang aku lihat ketika itu, si ibu mempertahankan anak nya sendiri daripada dipukul lagi oleh si suami.... ikut rasa hatiku, aku nak tempeleng jer suami tue.... tapi...kata pepatah ikut hati mati..ikut rasa binasa... jadi biarla mereka selesaikan dengan baik....

Cuba la si suami ketika itu, mengimbau kembali kenangan sewaktu si isteri sakit mengandung atapah lagi semasa melahirkan....bayangkan penat lelah menjaga anak di waktu malam walaupun bekerja di siang hari.... Si suami mudah lupa...sama macam kata bekas PM kita..."melayu mudah lupa.." Agaknya...kalau mereka di tempat seorang isteri mcm mana la yer....

Pakar kata....orang panas baran cepat mati.... Betul ker.... Tapi aku setuju jer...sbb bila dah panas baran pastu tak reti2 nak sejukkan hati.... mmg betullan tue.... setan pun suka....apatah lagi kalau rukun yang 5 tu lompang2 kan..... Hati kita nie hanya Tuhan yang tahu.....

Kata si suami....ayah kena tegas.... tapi kalau mcm tu punya tegas baik tak payah.... Ketegasan ayah ada garis panduan nyer.... bukan sesuka hati mcm tue.... aku cukup tak setuju.... Aku kagum dengan ketabahan seorang isteri melayan kerenah suami yang mcm tue....dan juga pengorbanannya tanpa mengenal perit jerih.... Isteri yang sering makan hati berulam jantung orang kata... Bahagia ker mcm tue....

Setiap wanita yang berkahwin..nak2 dengan jejaka pilihan..mahukan kehidupan yang bahagia..aman...damai...dan ceria... Rasanya tak banyak yang mereka minta.... tapi berapa ramai yang benar2 bahagia... benar2 aman damai.... Kadang2 menyesal pun ada...tapi terlajak perahu boleh diundur..telajak kata dan perbuatan...tanggungla sendiri.... Perkahwinan satu pertaruhan kata opis mate aku.... Betul aku pun setuju.... tapi taruhan yang mcm mana yang kita pertaruhkan....??? taruhan bahagia atau sebaliknya.... Pilihan di tangan kita.... Tepuk dada tanya selera....

Dewasa ini, aku tak heran dengan kelambakan kes2 perceraian muda masa kini..... suami yang ego dan tiada sikap berbincang dalam kehidupan harian yang menjadikan fenomena ini satu fenomena yang biasa..... Kita hidup berdua....dua rumpun yang berbeza....2 didikan yang berbeza...pasti ada perbezaaan antara kita.... pasti ada ketidak sependapat antara kita...namun bila PERBINCANGAN AMAN yang kita amalkan ....InsyaAllah...


* artikel ini bukan untuk aku salahkan si suami.... tetapi dengan posisi aku sbg isteri dan ibu...pastinya aku dipihak isteri2....

Tuesday, October 28, 2008

Keinsafan seorang suami....

Hanya Lelaki - Pengakuan Duda

Kerana ego, aku hilang isteri dan anak

Hati sesekali terusik apabila melihat kemesraan pasangan suami isteri melayani kerenah anak kecil mereka. Kerana itu, aku tidak gemar berjalan mengambil angin di taman-taman permainan kerana mahu menjaga hati sendiri. Jauh di sudut hati, aku teringin untuk menikmati semula keindahan dan kebahagiaan rumah tangga. Hati aku teringin semula merasai suasana riuh dan meriahnya melayan ‘jaguh’ kesayangan di halaman rumah.

Namun, semua itu kupendamkan kerana cinta dan kasih sayang terhadap mereka masih mengikat hatiku untuk terus setiap mengingati mereka. Biarpun sudah hampir lapan tahun kejadian berlalu, namun ingatanku terhadap mereka tetap utuh. Tidak langsung luput ditelan waktu yang berlalu.Isteriku, Aida dan anak lelaki kesayanganku, Amsyar kedua-duanya kembali ke rahmatullah ketika dalam perjalanan pulang ke kampung. Bagaimana kejadian berlaku… Aku sendiri tidak dapat melelapkan mata walau sepicing pun mengenangkan rasa bersalah terhadap mereka. Cuai dalam menjaga keselamatan mereka. Bukan saja mereka, tetapi nyawa diri sendiri hampir terancam. Rasa bersalah yang pasti tak akan luput dari ingatan di sepanjang hayatku.

Aku masih ingat lagi. Hari terakhir bekerja sebelum bercuti panjang bersama isteri dan anak-anakku, aku diarahkan oleh ketua jabatan untuk menghadiri satu mesyuarat penting bagi menggantikannya yang terpaksa ke hospital menjenguk pengerusi syarikat, yang juga ayahnya di hospital.Walaupun berat hati, aku terpaksa juga melakukannya. Terkocoh-kocoh aku menyediakan bahan untuk dibentangkan petang itu.

Segala panggilan telefon dan pesanan sms daripada isteri yang cuba mengingatkan aku mengenai perancangan kami yang akan bertolak pada malam itu tidak aku endahkan. Seboleh-bolehnya aku mahu menumpukan sepenuh perhatian pada tugasku agar pembentangan kertas kerja pada petang itu nanti berjalan lancar.Syukur, pembentangan tersebut berjalan dengan baik, malah pihak pengurusan bersetuju untuk meluluskan cadangan yang dibentangkan tanpa sebarang masalah. Mungkin kerana ia dilakukan dengan tekun, bersungguh-sungguh serta menggabungkan beberapa cadangan bernas daripada setiap pekerja bawahan yang sama-sama membantu.

Dalam pada gembira kelegaan, di hati diserbu rasa bersalah kerana terpaksa mengabaikan isteri dan anak yang setia menanti kepulanganku. Kelam kabut aku bersiap apa yang patut dan terus memandu pulang ke rumah. Laju. Aku memandu kereta dengan laju kerana tidak mahu mereka menunggu lebih lama lagi. Juga, tidak mahu si kecil kesayanganku merajuk pula. Dalam perjalanan, sempat juga aku berhenti singgah membeli coklat dan sejambak bunga buat mereka agar sejuk rasa amarah mereka nanti. Fikirku, cara begitu adalah cara terbaik untuk menebus salahku. Tak mengapalah, biarlah aku mengalah asalkan kami boleh bertolak dengan perasaan yang gembira.

Namun, apa yang berlaku tidak seperti yang diharapkan. Tiba di rumah, isteriku sudah mula melancarkan perang dinginnya. Si anak pula, sudah duduk diam di kerusi tanpa sedikit memandang ayahnya ini. Tersenyum melihat telatah mereka. Sekali gus, aku cuba memujuk si anak dengan coklat kegemaran yang sempat dibeli.Kemudian, tiba pula giliran si ibu. Namun, kali ini bukanlah semudah itu untuk memujuknya. Entah mengapa, sukar benar mengambil hatinya. Aku faham, mungkin kerana semua panggilan telefon dan pesanan smsnya langsung tidak aku endahkan siang tadi.Aku masih bersabar dan menunggu barang-barang yang siap berkemas disimpan di dalam kereta.

Setelah siap mandi dan makan, kami sama-sama bertolak. Keadaan, masih tidak berubah. Isteriku masih lagi senyap, tanda masih marahkan aku. Puas sudah memujuk, puas sudah diajak berbual, namun hanya sepi. Tiba-tiba, aku pula yang berdarah panas. Membuak-buak rasa marah kerana setiap pertanyaan langsung tidak mendapat balasan sepatutnya. Entah angin apa yang masuk ke kepalaku sehingga menjejaskan pertimbangan warasku untuk terus bersabar.Habis kuketuk stering kereta dan menekan hon sepuas hati. Bingit telinga membuatkan isteriku bertambah marah.

Maka, terjadilah pergaduhan antara kami. Rasa marah mendahului rasa warasku. Semakin laju kereta kupandu bagi melepaskan kemarahan. Puas isteriku memanggil dan cuba menenangkanku, tetapi aku begitu ego. Kelajuan semakin meningkat hingga aku tidak sedar kereta semakin menghampiri selekoh tajam. Aku tidak sempat berbuat apa-apa dan tanpa sedar aku sudah melanggar pembahagi jalan. Sejurus kedengaran dentuman yang kuat diikuti jeritan nyaring isteri dan anakku.

Entah berapa lama aku tidak sedarkan diri, aku sendiri tidak pasti. Malah, hampir-hampir juga aku tidak mengingati kejadian pada malam itu. Namun, setelah beberapa lama termangu, baru aku dapat mengingati setiap detik yang berlaku hinggalah mataku tertutup tidak sedarkan diri.Keadaanku juga tidak mengizinkan aku bergerak kerana sebelah kakiku patah, dan luka di badan dan kedua-dua tangan. Namun, apa yang paling mengejutkan aku adalah mengenai berita tentang isteri dan anakku. Mereka didapati meninggal dunia di tempat kejadian. Isteriku dikatakan tersepit di antara remukan kereta dan penghadang jalan, manakala anakku pula tercampak dari tempat duduk belakang.

Betapa aku menyesal kini. Kerana itu, aku tidak mahu lagi cuba mendekati mana-mana wanita, biarpun ada beberapa wanita yang cuba ingin menghampiriku. Kasih sayangku terhadap mereka masih menebal sehingga aku rasakan aku akan mengecewa dan melupakan mereka sekiranya aku mencari pengganti yang lain.

Untuk pembaca, hargailah mereka yang ada di sekeliling kita. Jangan terlalu ikutkan rasa marah dan cubalah bawa bertenang walau apa juga tekanan yang dialami. Semua hanya dugaan sahaja. Insya-Allah, tiada perkara buruk berlaku.


petikan mingguan wanita... majalah kegemaran yang penuh info dan kisah tauladan...

mancing...mancing..mancing...


hehehe...ikan inilah yang tewas ditanganku.....

Hobi memancing nie bukan hobi aku...tapi hobi hubby aku la.... dia nie kalau dapat memancing..hmm sukanya mcm dapat bini baru....kekadang tension juga...sbb aku tak suka memancing.... mcm mana pun bagi jugala sokongan...

Hari ni baru je balik dari kelantan..memncing sakan...bertolak hari jumaat...balik pagi tadi... tengok muka dia pagi tadi..mak ai..berseri2 macam muka baru kawen dulu.... tanya juga..banyak ker dapat ikan...sotong...kot2 dapat udang galah ker.... heheheh.... tau tak apa jawapan dia.... nak gelak dulula.... "DIA MABUK LAUT SELAMA ATAS BOT..." macam mana nak memancing tue... kesian husband aku.... mcm mana pun dalam mabuk2 tu dapatla juga ikan.... orang lain dapat ikan besar2 dia dapatla juga....walaupun besar tapak tangan....




Tapi bagus juga trip nie...sbb apa... hasil yang banyak tue dorang bahagi sama rata....so dalam dapat sekor ikan itu...bawa balik banyak jugala sotong n ikan hasil tangkapan 1 group... Alhamdulillah....dapat juga merasa sotong and ikan fresh kan..... kalau tanya lagi kat husband ...mesti dia kata nak pergi lagi.... hmm....kalau dah minat memancing...tak boleh kata apala eks....





"cuba teka yang mana ikan yang ditangkap oleh husband aku...."

Sunday, October 26, 2008

Kenduri kawen...

2 hari lepas aku n husband g klinik....hmm...ada good new rupanya utk kami sekeluarga....Esp utk liyana la..... kira2 mcm bday prezent utk liyana n syam la.... dorang nie semua lahir bulan10..

minggu nie pun penuh undangan jemputan utk kami sekeluarga menghadari kenduri kawen n open house....depan rumah kenduri...hujung kampung pun kenduri.... rasa x cukup masa lak nak pegi....tapi akan kugagahkan jua.... dekat2 nak cuti sekolah nie....ramai pula yang nak mendirikan masjidyer....sempena pula di bulan Syawal n sempena cuti Deepavalli on mondaykan....

yang baru kawen....diucapkan selamat pengantin baru...yang baru dapat baby..diucapkan cograte..!!! -selamat menempuh alam baru.... yang raya depavalli...."hepi depavalli.."

Tuesday, October 21, 2008

Ibu dan anak...

Cerita pasal anak nie seronokkan....kat opis aku nie pun..kalau cerita pasal anak ..semua nak cerita pasal anak masing2kan... seronok tul nak cerita kan.... kekadang tue semua nak bercakap pasal anak masing2...kalau yang masih satu pun tak kering cerita pasal anak apatah lagi yang dah 2-3 orang anak kan....

Anak tue anugerah Tuhan yang amat bernilai.... perlu dijaga...dia umpama kain putih yang perlu dicorakkan....terpulang kepada kita nak corakkan dengan corak yang mcm mana.... tetapi harus kita ingat....kekadang corak yang cantik yang telah kita corakkan mungkin berubah menjadi corak yang lain.... Semoga anak2 kita terpelihara daripada gangguan syaitan dan iblis....Amin..

Bila aku melihat, membaca dan mendengar cerita2 anak gadis sekarang...mengurut dada aku dengan kerenah dan kenakalan serta keberanian mereka... melahirkan dan membuang anak bukan lagi satu cerita asing bagi kitakan... kita sering dengar berita nie kat TV dan radio dan aku pasti kita pernah membaca di dada2 akhbar... betul tak...? salah siapa semua nie...salah mak ayah ker? salah diri sendiri ker...salah boyfriend? @ salah memilih kawan.... aku tak berani nak komen salah siapa....tapi yang pasti takde ibu bapa yang nak anak dia jadi macam tue betul tak... merosakkan anak sendiri umpama merosakkan keturunan sendiri...bagi aku...(kecuali la mangsa2 sumbang mahram yer...)

Setiap ibu dan bapa mahu anak jadi insan yang berguna...cemerlang...gemilang..terbilang... apa yang mereka harapkan supaya apabila mereka tua kelak ada yang sudi menjaga dengan penuh keikhlasan... Cubala tanya mak ayah kita sekarang...apa yang dorang inginkan....apa agaknya jawapan mereka yer....agak2 ada ke dorang kata nak emas segunung...kereta mewah...rumah besar....duit setimbun....??? (kecuali ibu bapa yang amat mementingkan kekayaan dunia nie.....) Aku pasti jawapan mereka..."nak makan malam dengan anak2... nak anak balik beraya...nak berkmpul dengan anak2...." agaknyer la yer...

Itu, belum lagi ibu yang telah kematian suami yer... seperti aku nie...mak aku ibu tunggal lebih daripada 10 tahun.... Bagi dia...kami adik beradikla tempat dia mengadu penat..sakit...suka...gembira... Tapi kekadang kami sentiasa sibuk sampaikan mak pernah merajuk sbb dia dah lama tak jalan-jalan.... Apa kata dia..."kalau ada bas dah lama mak pergi beli barang sendiri...." LIHAT..kesibukkan kami sehingga lalai menjaga hati mak.... Cuba bayangkan kalau mak kita dah takde....(takziah kepada ibu-ibu yang telah pergi menyahut panggilan Illahi..)pada siapa lagi kita nak menumpang kasih...pada ibu mertua...pada mak angkat?? tak sama kasih mak sendiri dengan mak mertua...betul tak...?? tapi kalau jumpa yang sama..ALhamdulillah.

Besar betul kalau mengenangkan kasih dan pengorbanan seorang ibu.... Ibu yang menjaga dalam pantang..yang menyuapkan nasi kemulut masa kecil...yang berjaga malam kalau anak sakit...yang keluar mencari rezeki selapasa tanggungjawab ketua keluarga jatuh ke bahu nyer...ibu yang sentiasa menjadi peneman study waktu nak exam...yang sring menangis kerana kejayaan dan kenakalan kita...yang sering mengucapkan syukur...yang sering mendoakan...yang sering menjadi kawan....yang sering menjadi penawar dan segala2nya...yang tertaip rasanya pengorbanan seorang ibu...

Pada ibuku... Zainab Binti Salleh..kaula segalanya bagi kami....walau sering hatimu terluka kerana kami...tapi kami tetap sayang kat mak.... Makla segalanya bagi kami....Hanya Alllah yang dapat menbalas jasa mak... Kami berdoa agar Tuhan sentiasa memelihara mak di dunia mahupun di Akhirat kelak....Amin...

Monday, October 20, 2008

Happy Birthday My Girl...Nur Liyana Syafiqah...


Hari ini, genapla umur anak aku yang sulung 2 thn...Heppy bday sayang...!!!
dah 2 tahun anak aku nie.....dah banyak yang ibu lalui untuk liyana....macam2...
Tapi melihat dia membesar dengan keletahnye yang bijak tue....hilang rasanya penat aku nie... kadang2 rindu sgt dengan dia...


Add Video
Semalam masa buat open house (kecil2kecilan yang dikongsio bersama adik aku...) celebrate sekali birtday dia.... Hmmm...masa tue kek pun dah tak rupa kek... dah calar balar.... tak sempat ayah nak tangkap gambar dah serabut kek tue...takpela..janji semua hepi...

Masa tengah menaip nie..teringat dulu masa nak bersalin kan dia...masa2 nie tengah sakit... lama betul duk hospital..lebih 9 jam menahan sakit.... masuk jam 6.30 pagi.... liyana keluar 3.25 petang...isk..kalau ingatkan memang serik nak bersalin lagi...tapi..sekrang dah rindu dengan baby nangis....hehehe....bak kata orang tua2...hari ni kata tak nak bersalin...tup-tup dengar2 dah pregnangt lagi.... :) Bila dia keluar jer...Alhamdulillah...hilang segala sakit... rasa hepi sangat... terharu..nak nagis pun ada gak...

kepada anak2 yang lahir tahun 2006, auntie nor ucapkan happy birthday sayang.... Semoga menjadi anak yang soleh n solehah... amin...

Thursday, October 16, 2008

Hari Raya....

"selamat hari raya daripada kami sekeluarga"

Dalam banyak2 tahun aku rasa tahun nie paling best...sebb apa...selama nie aku jarang berzirah ke rumah semua saudara mara...setakat pakcik..makcik..belah mak n arwah ayah jerla... tapi tahun nie...rumah sepupu yang tak pernah aku jejak pn aku pergi.... wah..seronok betul..
Liyana pun seronok juga aku tgk....masa nila aku nak kenalkan dia pada saudara-marakan....jangan esok jumpa...selisih bahu jer....

Dulu....masa ayah baru meninggal kami susah betul nak beraya...Ialah mak aku orag susah... nak berjalan..tu dia..kena naik bas turun bas...kang bas abis dah menyusahkan orang lainpula... nak tido kat bus stop..mak aku mesti tak sanggup tgk anak dara dia tido atas bangku simen tue... Dulu nak makan rendang ketupat rasanya jauh sekalila....melainkan mak bawa beraya kat rumah mak tih aku kat selayang.... Ingat lagi kat arwah paktih aku.... Dia baik sgt...belikan baju... bagi makan.... dapatla juga rasa nak beraya mcm org lain....

Sekarang ..Alhamdulillah....setakat nak makan rendang tue....bolehla selalu makan.... Tak la mcm dulu susah..... Rumah skrg nie pun Alhmdulillah selesa la juga nak duduk....walaupun duk menumpang tanah nenek.... Ada juga peti ais besar....TV besar....meja makan.... dulu...nak tgk TV kena g rumah jiran...(kena jiran tgh bad mood....alamat tak dapatlan merasa nak tgk TV...) nak makan ikan & ayam segar susahla kot....dulu makan yang yang kering2 jer...ikan kering....ikan bilis... Hehehehe....kalau diingat yang dulu2 boleh mengalir air mata nie....

Tapi rasanya tak yah ingatla....itu semua masa lampau....sejarah silam... pepatah ada berkata...
" Jadikan hari ini lebih baik dari semalam...dan esok lebih baik dari hari ini..."
jadi...biarkan ia berlalu.... cuma kuatkan hati untuk menempuh hari mendatang.....

Wednesday, October 8, 2008

Perpaduan....Fikirkan..!!!

Petikan Akhbar Utusan Malaysia..(Ruangan Forum)

Usah gerhanakan kaum India

APAKAH dengan merekrut sekitar 200 ahli dan kemudian 'menyerbu' Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Kabinet beragama Islam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), maka perjuangan Hindraf sudah memenuhi fasa yang merangkumi hak demokrasi? Dan apakah pada masa yang sama sudah mampu membuktikan bahawa perjuangan mereka telah pun memancarkan unsur-unsur positivisme dalam perjuangan ke arah pembelaan hak asasi masyarakat India di negara ini?
Pemaparan beberapa gambar kejadian sewaktu majlis berkenaan dalam media massa turut mendedahkan satu lagi realiti yang amat mengaibkan dan memalukan.
Apakah rasional menjadikan kanak-kanak sebagai 'perisai' dalam memperjuangkan matlamat dan misi pertubuhan haram ini? Sedangkan hakikatnya saya pasti kelima-lima peguam yang juga pengasas Hindraf yang kini ditahan di bawah ISA, akan turut mengakui bahawa generasi muda seharusnya menjadi pemangkin dan penaung ke arah pemupukan bangsa Malaysia yang tersohor. Dan bukannya menggalakkan golongan kanak-kanak ini menjadi perintis kepada perpisahan antara kaum dan cubaan untuk mengekang usaha untuk mendekatkan setiap kaum.
Apa yang sukar untuk saya fahami ialah apakah rasional di sebalik tindakan golongan ini? Sedangkan hakikatnya 1 Syawal bukan sahaja hari yang mulia buat umat Islam tetapi juga medan pertemuan segenap lapisan masyarakat tanpa perbezaan agama, kaum dan bangsa untuk meraikan hari berkenaan.
Bayangkan, semasa menyambut kegembiraan ini dengan tiba-tiba muncul si Ravana seperti dalam hikayat Ramayana yang mencuba untuk memporak-perandakan kegembiraan itu. Tindakan Ravana ini bukan sahaja mendedahkan kepincangannya dalam memperjuangkan hak rakyat tetapi juga gagal menyakinkan rakyat bahawa inilah perjuangan ahimsa (perjuangan yang bersifat tidak ganas).
Saya beragama Hindu dan saya pasti masih ramai lagi masyarakat India di luar sana turut menanggung beban aib yang teramat sangat akibat perbuatan Hindraf ini yang boleh diibaratkan umpama telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua.
Andai kata Hindraf benar-benar ingin berdiri sebagai sebuah pertubuhan berasaskan perjuangan yang bersifat memperbaiki kehidupan masyarakat India semata-mata, maka buktikan terlebih dahulu kepada seluruh Malaysia.
Jika tidak silap saya, sewaktu sebelum perhimpunan haram Hindraf diadakan pada 25 November 2007, seluruh masyarakat India di Malaysia menyalurkan sumbangan berbentuk wang ringgit kepada pertubuhan ini. Ada dakwaan bahawa kutipan derma oleh Hindraf ini mencecah jutaan ringgit.
Bukanlah niat saya untuk mengungkit tetapi sebagai seorang rakyat Malaysia yang berpegang pada prinsip demokrasi dan atas rasional untuk mengetahui kebenaran yang nyata, maka saya hendakkan kepimpinan Hindraf tampil mendedahkan secara terperinci apa yang terjadi dengan wang sumbangan masyarakat India kepada pertubuhan tersebut.
Kepimpinan Hindraf perlu ingat bahawa membela masyarakat India bukannya dengan bertindak tanpa sebarang nilai manusiawi, sebaliknya apa yang penting ialah anjakan paradigma dari sudut pendidikan.
Andai kata remaja India terus terbiar dengan khayalan, gangsterisme dan pengaruh filem Tamil, maka andai kata muncul seribu pertubuhan seperti Hindraf sekalipun, belum tentu akan dapat memperbaiki martabat masyarakat India sendiri.
Tanggal 27 Oktober nanti masyarakat India akan meraikan Deepavali atau Pesta Cahaya dan terdapat pelbagai versi sambutan hari Deepavali. Namun yang paling masyhur ialah kepercayaan bahawa Deepavali disambut kerana Dewa Krishna berjaya membunuh kuasa maha jahat iaitu Narakasura dan kejayaan Dewa Krishna ini diraikan dengan nyalaan cahaya lampu minyak.
Di Malaysia, biarlah Pesta Cahaya tahun ini turut membawa pengertian yang sama demi keharmonian dan perpaduan umat Malaysia.

EDWIN MICHAEL. M
Butterworth

******Happy Deepavali to all my Indian Friends....******

Tuesday, October 7, 2008

Suamiku yang tercinta....

Suamiku yang tercinta,
telah ku serahkan jiwa, raga dan sepenuh kasih sayangku
kepada mu...
namun jangan cuba kau khianati cintaku..
kerana apabila cinta ku telah kau khianati...
sukar untuk aku berpaling ke belakang...

suamiku yang tercinta...
telah kita berjanji sehidup semati..
susah senang bersama...
namun mengapa kini...
kau seolah-olah telah lupa pada janji...
telah lupa apa yang kau katakan padaku dulu...

suamiku yang tercinta...
terimala aku seadanya...
terimala keluarga ku seadanya....
kerana mereka adalah tunjang hidupku...

jangan kau pandang mereka dengan sebelah mata...
jangan kau hinakan mereka dengan pandangan jijikmu...
kerana sesungguhnya...aku amat menyanyangi mereka...

mereka umpama lilin bagiku...
menerangi diriku ketika aku berada dalam kegelapan...
dan ingatkah engkau...
mereka juga pernah sekali menerangi dirimu....

suamiku yang tercinta...
sesungguhnya aku amat menyintai dirimu...
namun terima aku dan keluarga ku...
sebagaimana aku menerima...
dirimu dan keluarga mu....

* aku pun tak pasti ini sajak ker ...nukilan hati... aku jumpa masa tengah surf2 artikel...
namun aku tersentuh dan yakin bahawa penulis ini sedang berada diersimpangan antara
keluarga dan suaminya...