Wednesday, September 24, 2008

SeLaMaT HaRi RaYa...!!!!

Suasana Di Hari Raya (feat. Ellina)

Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang

Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi

Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman

Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri

Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira


Lagu raya nyanyian Anuar Zain dan Ellina nie antara lagu raya yang aku paling suka...sbb ringkas..bermesej dan sedap didengar...(nak2 suara dorang ni masa kecilkan...) Setiap baris senikata mempunyai maksud yang senang kita fahami...

Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidulfitri" kepada semua sahabat handai.... Semoga Aidilfitri tahun ini membawa satu lagi kebahagiaan kepada kita semua... Raya jemput ke rumah yer....

Aku juga memohon ampun dan maaf atas segalanya.... Mana la tahu...ada yang terasa hati masa baca blog....masa baca mail-mail yang aku hantar ke sht2002@yahoogroups.com atau pun masa kita berborak melalui face to face @ ym @ sms @ tel. Kekadang aku ni terlalu banyak cakap sampai tak sedar apa yang aku ucapkan dan menyinggung hati n perasaan yang satu lagi.... Ampun dan maaf aku pinta k....

Yang balik beraya...hati2 k semasa memandu...Ialah jalan raya sesak dengan kenderaan....semua nak sampai kg cepat... hati tgh gembira nak raya...kena pulak jem...ha...kan dah banyak rasa...gembira + stress + geram + tak sabar...(ini punca yang menjadikan kemalangan jalan raya tinggi di waktu2 perayaan kat M'sia nie..). Aku ingat lagi kata pemandu bas awam kat tempat aku nie masa kitaorang dah lewat nak g sekolah...dia kata..."Biar lambat asal selamat..." (padahal dia tak tau...lepas tu kami kena denda berdiri kat depan dewan sbb lambat sampai..) tapi tu masa sekolah....kalau nak balik raya nie...pepatah melayu tu boleh digunapakai.... Pakai seat belt... pastikan kenderaan dah diselenggara dengan baik... kalau lum service kenderaan...g service dulu....(kang tak pasal2 menolak keta kat highway lak...)

Selamat Hari Raya dan Maaf atas segalanya
Ikhlas... norazita ab aziz

Monday, September 22, 2008

MAHA 2008...

MAHA 2008...



Hmm...hari tu aku berkesempatan g MAHA 2008....punyala ramai orang...baik di 'site' pameran mahupun di dewan.... Enjoy sbb boleh tgk mcm2...tapi yang paling best aku tengok ialah pameran kawasan tanaman sayur-sayuran... EEEE....geram betul aku tgk sayur-sayur yang ditanam kat sana....siap ada contoh landskap taman di rumah yang 98% dipenuhi dengan tanaman sayuran hijau n merah..... Kalaula setiap rumah ada taman sayuran mcm tue kan best....

Ini la contoh laman sayuran yang dicadangkan oleh pihak MARDI.... Cantikkan.... Liyana suka betul tgk laman sayuran nie....agaknya bagi 'hint' suruh ayah dia buat laman mcm nie...save budget n menggalakkan pemakanan sihat... Tanaman lain yang menarik ialah...tomato, salad, cili benggala, rock melon, strawberry pun ada tau..., cili merah, yang paling aku suka (masak lomak sodap nie...) kobis bulat....




Yang ni pula, tempat di mana haiwan-haiwan ternakan dipamerkan...anak aku teruja betul tgk bonggol lembu tue... Suka sgt dia tgk...(agaknya tak pernah tgk lembu mcm tuekan...) Kat sini juga aku jumpa dengan isteri PM, Datin Seri Jane Abdullah. Cantik dan comel jer orgnya...lebih cantik dari yang kita tgk kat dalam tv tue...(pada mata aku la...). Glamour betul lembu tu waktu niekan...semua orang nak tengok dia.... Tapi kekadang pandai juga lembu2 nie posing... Ada satu waktu tu aku tgk, kakak tu posing depan lembu, tah mcm mana, agaknya kakak tu tutup muka lembu tue..ialah dia pon nak gak tunjuk muka, ditanduknya kakak tu, dan kebetulan rupa2nya kakak tue kuat melatah la pulak.... apa lagi gamatla suasana kat situ.


Tempat ni anak aku paling suka....main dengan arnab.. wah syok betul aku tgk bdk (tak ketinggalan mak2 budak juga..) main dengan arnab kat situ.... Bayaran masuk RM 3 kot kalau tak silap la... siap dapat sebungkus makanan arnab.... Arnab tue pun aku tgk dah kenyang2 semuanya...mana taknya..puasla aku bagi makan....arnab2 tu buat dek jer.... Last2 aku masukkan jer dalam bekas makanan dia... dan perhatikan anak aku kejar jer arnab jerla... Ada antaranya...dah malas nak lari dah...serah diri jer... Comel... Tapi aku kesian dengan arnab nie...walaupun kaya dengan limpahan makanan hari tue...tapi dorang macam terseksa jer...Ialah dengan budak2 (termasukla anak aku..) asyik la kejar jer...pastu angkat.... Naik letih arnab2 tue aku tengok... Walau apapun... Aku happy tgk anak aku Happy... :)
Secara keseluruhannya...aku berpuas hati dengan MAHA kali nie.... walaupun tak dapat pergi semua tempat...tapi tempat2 yang pergi mmg best... Semoga MAHA akan terus diadakan untuk masa-masa akan datang....

Sunday, September 21, 2008

Cerita Teresa Kok kena tahan ISA

Salam kepada semua...

Jangan terpedaya dengan tajuk kat atas yer...aku bukan nak cerita pasal YB Teresa Kok yang kena tahan ISA tapi aku nak cerita pasal kisah kawan2 aku yang hangat membahaskan pasal Yb nie.... boleh tahan juga kawan2 aku nie pasal politik....Salute giler aku dengan korang semua.... Masing-masing dengan pro parti...ada juga yang bebas dalam memberikan pandangan... Korang nie kalau diberi peluang aku rasa boleh jadi ahli politik yang dihormati tau...(jangan terasa hati...aku cakap betul...) sbb apa aku cakap mcm tue... sbb mcm ber..penuh fakta disokong dengan bukti2 yang kukuh....dan yatt...hujah ko mmg best...boleh kelu lidah orang kalau dibawa berbahas... tak kurang juga dengan zul....

Tapi satu jer yang aku kurang berkenan.... Jangan sampai kita putus kawan sbb berlainan pegangan politik dah la... Semangat setia kawan kita perlu utuh walau apa pun parti yang kita sokong.... Jangan jadi seperti sesetangah orang..."hmm...mana boleh kawan org BN, dorang makan duit banyak" @ "hmm...malasla nak kawan dengan org PAS.." Jangan sampai jadi macam tue yer..... lagi satu...agak2 yang mengata2 ni ada bukti yang sahih ker...(macam cik ber kita buat nie...bukti kukuh beb...)

Zaman skrg nie pun...melayu dengan melayu pun boleh gaduh....mcm paper Utusan hari nie (21/9/2008) muka 13 Dalam Negeri...Seorang abang bunuh adik sendiri hanya kerana adik perempuan yang berumur 4 tahun tak silap aku makan asam boi kakak yang umur 14 tahun. HANYA KERANA ASAM BOI Logik2 korang la kalau adik makan asam boi...perlu ke bergaduh sampai berbunuh. Kita pikirla apa nak jadi dengan dunia sekarang.... Berita penuh

Berbalik kepada cerita asal.... Secara tulusnya aku rasa menyesal sbb forward kan e-mail tu pada korang sbb mcm ada satu percikan2 api yang mula menyala-nyala.....tapi on the other hand aku pun rasa bagus juga aku forwardkan mail tue...utk dibahaskan bersama...At least terbuka juga otaka kita nie utk berpikir..supaya tak jadi katak bawah tempurung... :)

Bak kata orang tua2... api kalau kecil menjadi kawan nan berguna...tapi kalau dah besar boleh jadi lawan yang berbahaya...tapi...aku sambung sket...api tetap ada kepentingan tapi jangan sampai kita salah guna api tersebut untuk menjadikan ia lebih marak lagi....

* Teringat lagu 1 2 3 4... Aris Ariwatan... Dengar lagu

Saturday, September 13, 2008

MENJALINKAN PERSAHABATAN. HANYA SETELAH BERSEDIA


Saya nak tanya satu soalan boleh tak?Pernahkah kamu memancing ikan?kalau tak pernah memancing ,pernahkah kamu melihat orang memancing?kalau tak pernah lihat pun,bolehkah kamu bayangkan seseorang sedang memancing?


Baiklah,katakan kamu menemani seseorang yang sedang asyik memancing. Tiba-tiba mata kailnya disentap oleh seekor ikan dan dia segera memutar pemutar tali pancing. Sekali-sekala dia menghenjut-henjutkan jorannya supaya mata kail semakin menyangkut mulut ikan.


Akhirnya, ikan itu dapat dinaikkan ke atas. Terkedik-kedik ia dihujung tali kail. Kamu lihat pemancing itu tersennyum lebar. Gembira benar hatinya. Kamu juga turut tersenyum kerana itu bermakna itu satu kemenangan.


Kamu turut ghairah melihat pemancing itu cuba membebaskan ikan daripada mata kailnya. Tiba-tiba, setelah dia melepaskan mata kail daripada mulut ikan, dia mencampakkan kembali ikan itu ke air. Eh, apa hal? Kamu memandang pemancing itu dengan seribu tanda tanya, tapi dia bersahaja seolah-olah tindakannya itu tidak menimbulkan persoalan.


Kamu rasa apakah yang akan dideritai oleh ikan itu? Bolehkah ia menyambung hidup dengan mulutnya yang terluka atau mungkin juga isi perutnya yang sudah robek? Sudah tentu ia akan mengalami kesakitan sebelum akhirnya mati. Dengan mulut yang koyak dan perut yang robek, dia tentu tidak dapat mencari makanan, untuk berenang pun mungkin dia tidak mampu. Dia mungkin disisihkan oleh kawan-kawan kerana tidak boleh aktif lagi.


Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah dia mula menyayangi kamu hendaklah kamu menjaga hatinya. Jangan sesekali terus meninggalkannya begitu sahaja sebab dia akan terluka oleh kenangan bersama kamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingati kamu.


Sebab itu apabila kamu merelakan hati kamu untuk bersahabat, seriuslah dalam tindakan dan keputusan kamu itu, sebab jika kamu hanya main-main, tentu ada pihak yang menangis. Tentu kamu dapat bayangkan betapa sakit dan menderitanya ikan menjalani hidupnya setelah dilemparkan kembali ke air. Begitulah, alangkah sakitnya hidup bersama hati yang robek kerana mengingati seseorang.


Kamu kena faham, persahabatan pertama kamu akan kekal bersama kamu sehingga akhir hayat kamu. Ia ibarat gambar foto yang kamu ambil dan kamu simpan dalam album. Ia kekal disitu meski pun ada banyak lagi gambar yang kamu ambil dan letakkan diatasnya. Persahabatan adalah salah satu fitrah manusia. TUHAN menjadikan persahabatan untuk memberikan keseronokkan kepada hamba-hambaNya menjalani hidup mereka, tapi tahukah kamu lebih ramai orang yang menderita kerana persahabatan daripada yang berbahagia kerana cinta.


Kenapa jadi begitu? Jika kamu sedang bersahabat, sekarang ini peliharalah hatinya dan rencahilah persahabatan kamu dengan kejujuran, kesucian, dan keikhlasan serta dasarkan persahabatan kamu itu kerana TUHAN. Hanya persahabatan begini akan kekal, selainnya pasti menempuh jalan berliku dan akhirnya menumpahkan air mata kesedihan. Maka itu, saya juga hendak menasihatkan kamu jika kamu belum bersedia untuk berlaku jujur janganlah mencari persahabatan. Jika kamu belum bersedia untuk setia janganlah cuba-cuba memberikan hati kepada orang lain. Sebab perbuatan yang begini akan hanya menghabis masa dan membazirkan air mata


Saya juga ingin mengatakan, jika kamu memancing, teruslah ambil ikan itu dan bawa pulang. Kerana itu lebih baik daripada kamu memasukkannya kembali ke dalam air kerana perbuatan kamu itu memulakan satu derita.


** cerita seorang sahabat kepada aku**

Monday, September 8, 2008

aiman...iklan petronas

(ini Aiman anak buah aku...)

Salam semua.....

Kali ni aku nak cerita pasal iklan petronas yang baru tue.... Aiman yang nak jala ikan...nak kereta kayu dan akhirnya dapat masuk universiti dan dapat belikan moto idaman abah dia....

Tengok cerita Aiman....
Mula-mula aku tgk iklan tu, aku geli hati sbb abah dia nak belikan kerata kebal... pastu bila tgk balik dan aku amati...betapa besar pengorbanan seorang ayah terhadap anaknya... pastu anak dia, si aiman tu..bijak geliga otak diakan....sampaikan dia berjaya jadi seorang pereka cipta... seperti geliganya abah dia....

Kenapa aku kata dia geliga....korang tgk mcm mana dia jawab setiap persoalan anak dia... dalam bersahaja dan berlawak dia melayan setiap permintaan anaknya.... Namun aku rasa aiman tetap kecewa sbb tak dapat apa yang diingini....tetapi dia tak putus asa kan....dia berusaha dengan cara dia.... dia mengasah otak dan mindanya bergerak ke arah yang positif....

Kita lihat anak2 kita sekarang...kalau apa yang diminta tak dapat diberi...dia akan merajuk...melawan....lari rumah....memberontak.... Tapi tak semuakan....ada juga yang baik...dan dapat menerima keputusan ibu dan ayah. Macam mana agaknya mendidik anak dengan baik agar menjadi anak yang soleh dan soleha...? Kadang-kadang ibu dan ayah dah mendidik dengan betul tapi bila anak-anak terdedah persekitaran luar..dia jadi lain... susah juga nak mendidik anak-anak zaman sekarang yer... Aku berdoa agar anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan soleha....amin.

Berbalik kepada cerita Aiman tadi...Kita belajar daripada kesungguhan aiman dan juga ketabahan abah aiman utk membentuk anaknya menjadi insan yang berguna..

sekian.

Sunday, September 7, 2008

Imunisasi

Assalamualaikum...

Kali ini, aku ingin bercerita tentang imunisasi. Sudahkah anak kita mendapatkan imunisasi yang sepatutnya diperolehi. Anak-anak kita..Liyana, Aqilah, Auni, Amir Danish, Alisyia, anak izan (sorry yer..lupala nama...), Aiman, Yasmin, Yusniza, Anak zira, anak ina (uum), Zulkarnain, Iskandar, Haziq, Irfan, Bisha dan semuala...(ini kalau nak list down abis page nanti.... :)).

Hmmm...apa dia imunisasi ini... Oklah menurut sumber-sumber, Imunisasi ialah pemberian vaksin kepada seseorang untuk melindunginya daripada beberapa penyakit tertentu seperti penyakit tuberculosis (TB), difteria, pertussis (batuk kokol), tetanus (kancing gigi), poliomyelitis, campak, rubella dan hepatitis B. Semua vaksin akan diberikan kepada bayi kita melalui suntikan kecuali vaksin polio yang diberikan melalui mulut. Kalau kita semua perasaan ada satu ketika nurse akan menitiskan vaksin ni ke dalam mulut anak kita. Kita perlu memastikan anak kita semua mendapatkan imunisasi yang lengkap bagi melindungi dirinya daripada penyakit dan juga melindungi dirinya daripada persekitaran kini.

Sila click (jadual imunisasi) untuk melihat jadual imunisasi anak-anak kita yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia..

Apa agaknya komplikasi imunisasi ini yer... Menurut DR. NEOH SIEW HONG daripada Persatuan Pediatrik Malaysia, Imunisasi adalah selamat namun kadangkala ia memberi beberapa komplikasi seperti bengkak, inflamasi, bisul atau ulser di tempat suntikan perlu dirujuk kepada doktor sekiranya serius. Kadang kala anak kita akan mengalami demam selepas disuntik, namun ia boleh dirawat dengan memberikan parasetamol tetapi jika anak mengalami demam yang tinggi, menangis tak berhenti-henti lebih daripada dua jam atau sebarang gejala-gejala neurological, kita harus merujuk anak kita ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Itulah serba sedikit mengenai imunisasi anak kita.


Info ini pun aku baca secara tak sengaja dan aku rasa ada baiknya aku kongsi bersama kan... Sekiranya ada kesalahan dalam info aku nie, aku mengalu-alukan pembetulan.