Tuesday, December 2, 2008

Selamat..selamat...Tahniah..tahniah..

Assalamualaikum..
Salam sejahtera...
Kabare...
Tahniah....
Alhamdulillah...

Semoga hari ini hari yang ceria...hari yang gembira...buat kita semua...
Doakan tahun depan kita beroleh hari2 yang ceria dan aman sejahtera...

Aku...? masih sihat menjalani hidup....masih ceria menjalani hidup bersama si dia yang kucinta...
hari nie..genap 3 tahun aku melayari bahtera bersama nya... 02/12/2005..tarikh keramat tue...
pada yang sambung ulang tahun perkahwinan hari nie...doa aku sama seperti yang aku doakan untuk kami jua...semoga bahagia dan terus bahagia....

Kenangan yang indah sentiasa dalam ingatan dan yang pahit maung telah jauh ku buang.... Kini kami terus bahagia bersama Liyana dan baby yang bakal lahir nie... Semoga anak2 ku membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah dan soleh...InsyaAllah....

Celebrate...?? perlu ker... Rasa mcm best kalau dapat g honey moon lagikan... tengokla macam mana....kan...dengan keadaan yang ceng gini...rasa tak sesuai kot...takpe...yang penting...i love u..n u love me... together we build the honeymoon feeling at home la eks...

::::Selamat UlangTahun Perkahwinan ku yang ke-3:::::

Wednesday, November 26, 2008

16 Sebab Kegagalan Perniagaan

16 Sebab Kegagalan Perniagaan
Oleh: Irfan Khairi


Kegagalan perniagaan tetap terjadi. Ianya dikatakan lebih daripada 90% perniagaan yang dimulakan mengalami kegagalan.

Berikut adalah sebab-sebab kegagalan perniagaan. Pastikan andamenjauhinya!

1: Tiada matlamat
Tiada matlamat yang jelas apa yang ingin dicapai oleh perniagaanyang dibina. Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa 1 tahundari sekarang? Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa 3 tahundari sekarang? Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa 5 tahundari sekarang? Apakah matlamat perniagaan anda 10 tahun darisekarang? Matlamat akan menentukan arah tuju sesuatu perniagaan.Tanpa matlamat yang jelas, perniagaan tidak mempunyai daya danmotivasi untuk berkembang.

2: Tidak mengutamakan pelanggan
Pelanggan merupakan aset utama apa sahaja perniagaan. Utamakanpelanggan oleh kerana apa sahaja perniagaan berfungsi untukmemenuhi keperluan pelanggan. Ianya sering dikatakan dalambuku-buku perniagaan bahawa pelanggan adalah raja!

3: Tidak usahakan jualan
Keuntungan perniagaan datangnya dari jualan. Amat jarang sekalisesuatu jualan akan datang dengan sendiri. Usahawan perlumengusahakan untuk mendapatkan jualan. Pastikan momentum diteruskanuntuk mendapat jualan demi jualan oleh kerana tanpa jualan, tiadakeuntungan!

4: Tidak sabar
Naluri ramai usahawan adalah untuk menjadi kaya dengan segera.Perniagaan perlu dilihat untuk mendapat keuntungan jangka waktupanjang dan bukan meraih keuntungan maksima pada jangka waktusingkat.

5: Gagal meletakkan prioriti
Ianya dikatakan, 20% daripada usaha akan menghasilkan 80% daripadapulangan. Kesilapan ketara bagi mereka yang tidak bijak meletakkanprioriti adalah memberi fokus kepad 80% usaha perniagaan yang hanyamemberi 20% daripada pulangan. Agihkan kerja-kerja perniagaan yangtidak memerlukan masa dan tenaga anda kepada orang lain supayatenaga dan masa anda dapat ditumpukan pada aktiviti 20% yangmemberi keuntungan 80%.

6: Melakukan sesuatu di luar bidang
Sebaiknya, jalankan perniagaan di mana letaknya kekuatan anda.Memulakan perniagaan yang bukan dalam kekuatan anda hanya akanmengurangkan motivasi anda.

7: Tidak mempunyai daya saingan pada produk atau perkhidmatan
Persaingan semakin sengit dalam arena perniagaan. Sesuatuperniagaan perlu mempunyai daya saingan yang hebat berbandingdengan pesaing dari segi lebih baik, atau lebih murah, atau lebihpantas dari pesaing. Tanpa daya saingan untuk membezakan andadengan pesaing, ianya hanya akan menenggelamkan perniagaan anda.

8: Produk tidak memenuhi keperluan pelanggan
Mempunyai produk untuk dijual adalah langkah utama memulakanperniagaan. Namun, dengan mempunyai produk sahaja, tidak mencukupi.Produk yang dijual perlu dapat memenuhi keperluan pelanggan.Mungkin anda ingin jual bahan kosmetik untuk memutihkan kulit,tetapi produk anda bukan sahaja memutihkan wajah pengguna, ianya menyebabkan kulit berminyak di wajah pengguna pula. Maka, produktersebut tidak dapat memenuhi keperluan pengguna.

9: Produk dan perkhidmatan pelanggan yang tidak berkualiti
Zaman ini, pelanggan mementingkan kualiti produk dan perkhidmatanpelanggan. Oleh kerana persaingan semakin tinggi, terdapatberbagai-bagai pilihan yang boleh dibuat oleh pelanggan. Produk danperkhidmatan yang berkualiti akan menjadi pilihan utama.

10: Gagal mengenalpasti pelanggan
Siapakah bakal pelanggan anda? Dimana komuniti bakal pelanggananda? Apakah kemampuan kewangan bakal pelanggan anda? Bagaimanacaranya anda boleh mencapai bakal pelanggan anda? Strategiperniagaan adalah menetapkan tumpuan pasaran anda (niche market).Dengan menetapkan tumpuan pasaran anda, ianya adalah lebih mudahmengenalpasti pelanggan anda untuk melakukan sebarang jualan.

11: Lemah dalam urusan kewangan
Fahami angka kewangan perniagaan anda. Pastikan setiap transaksiperniagaan diambil kira dan walaupun bunyinya mudah, namun, terlalubanyak perniagaan membelanja lebih daripada apa yang diterima.Bijak dalam berbelanja untuk perniagaan, walaupun usahawan perlumengambil risiko kewangan, namun risiko yang terbaik adalah risikoyang telah diselidik.

12. Gagal mengikut trend semasa dan pasaran
Trend dan pasaran berubah mengikut masa. Satu ketika dulu, walkmanmenjadi pilihan utama muda mudi berhibur, kini trend sudah berubahmenjadi pemain MP3! Usahawan perlu peka kepada trend semasa danpasaran supaya perniagaan sering dikemaskini mengikut arus zaman.

13: Perbelanjaan overhed yang tinggi
Seringkali kos overhed memakan segala keuntungan perniagaan.Pastikan kos overhed adalah pada minimum. Kos overhed termasuk koselektrik, kos pekerja, kos premis, kos air, kos Internet dansebagainya. Kos overhed akan sentiasa dikenakan setiap bulan.Sekiranya kos overhed mencecah RM20,000 setiap bulan, maka,keuntungan perniagaan perlu melebihi RM20,000 hanya untuk mendapatkeuntungan.

14: Tiada perancangan perniagaan
Tidak melakukan perancangan adalah merancang untuk gagal. Sediakanpelan dan langkah-langkah untuk mengembangkan perniagaan anda.Aturkan strategi pemasaran dalam mendapat pelanggan yang ramai.Perniagaan menjadi cemerlang bukan kerana nasib, tetapi keranaperancangan perniagaan yang lengkap.

15: Perancangan tanpa tindakan
Perancangan hanyalah langkah pertama. Perancangan tanpa tindakansusulan tidak akan membuahkan hasil! Pastikan apa yang dirancang,diimplementasikan. Apa akan terjadi sekiranya apa yang dilaksanakantidak menjadi dan gagal? Tidak mengapa, kegagalan akan mengajaranda untuk mengubah perancangan. Kegagalan adalah guru yang palingbaik dalam perniagaan sekiranya anda membenarkan diri andamempelajari dari kesilapan.

16. Gagal berhubung dengan pekerja
Sememangnya agak sukar menjalankan perniagaan dengan sendiri tanpamengagihkan kerja kepada pihak lain. Fahami kehendak dan keperluanpekerja oleh kerana pekerja akan membantu memajukan perniagaananda. Hubungan yang baik dengan pekerja akan memberi motivasikepada pekerja untuk berusaha dengan lebih tinggi dalam memajukanperniagaan anda.

Dengan mengetahui dan memahami sebab-sebab kegagalan perniagaan,ianya dapat membantu anda menghindari dari kegagalan perniagaan.Namun begitu, perlu diingat juga bahawa, sekiranya sekiranya rezekiperniagaan tidak menyebelahi anda dan anda menghadapi kegagalan,gagal sekali, bukan bermaksud gagal selamanya. Teruskan usaha olehkerana kejayaan sering dijumpa disebalik kegagalan!

*ilmu berguna daripada : http://www.irfankhairi.com

kawan....

Bila baca tulisan cik ber ttg kawan2 dia..teringat kawan2 aku masa beljar kat sekolah rendah dan menengah.... Banyak kenangan manis dan pahit yang telah aku lalui bersama mereka.... yang suka...yang duka...yang manis...yang pahit... dalam banyak2 u aku teringat seorang kawan aku nie... kawan sekolah menengah....
kisah ni berlaku sms aku di tahun kedua di alam pekerjaan... aku pun tak tahula masa tu...mungkin aku sbnrnya tak nak mengalas tugas yang diberikan oleh pihak majikan masa tue.. kerja tue merumitkan aku sbb aku bekerja dengan mereka yang telah lama bekhidmat dan juga kawan sekolah aku yang aku rekemen kan masuk kerja di sini...
Sikap kerja mereka mmg tak berkenan kat ati aku.,padahal pada management ok jer... mungkin aku nie jenis workerholic so..sikap buat kerja sambil lewa pada pandangan aku membuat kan aku rasa nak marah je... sampaikan aku pernah mengambil keputusan untuk resign daripada tgjwab besar yang aku pikul masa tue... kami pernah bergaduh dan tidak bertegur sapa selama hampir 6 bulan.... kenapala aku bersikap demikian... ? sekarang aku menyesal atas kelakuan ku itu... tapi Alhamdulillah skrg kami dah ok... lega rasa hati...kalau jumpa pun takla sampai bermasam muka...boleh lagi bertegur sapa seperti waktu sekolah2 dulu....
Itula nilai kawan...sentiasa memaafkan antara sau sama lain...pada kawan aku tu...aku ucapkan terima kasih kerana tidak berdendam pada aku lagi...
**sekrang aku makin sensitif pada perasaan ku sendiri.....**

Tuesday, November 25, 2008

hatiku terguris....

hari nie hati betul2 terguris.. sampai hati menuduh aku yang bukan2...
hish...rasa nak nagis pun ada...kita yang beria2 membela...last2 kita juga yang disalahkan...
yang aku pelik tue...bukan sbb yang 'a' tapi sbb yang tiada kena mengena...
mcm mana pun aku maafkan... mungkin dia silap dalam membuat pertimbangan dan perhitungan....

dalam pada itu, hatiku terselit juga rasa sedih dan terguris....
perlu ker aku meminta maaf....atau membiarkan semua berlalu dgn sendiri....

Tuesday, November 18, 2008

sehati berdansa....


PASANGAN JAMAL & FARIDAH
salam....
Kawan2 kenal x...faridah nie....dia dulu student UTM ....dulu dia duk sekolej (KTHO) dengan aku....budak sc kalau x silap....
dah glamer dia eks....

Friday, November 7, 2008

liyana..liyana...






hai...ba..ba..cak...cantik tak liyana pakai serkup kepala nenek nie.... tolong nenek sempahkan rumah...sian nenek....hehehehe...


helloo...nak cakap dengn ayah ker ibu....???

aku xde kerja nie....hehehhe....





bosan wei....

isk bosan tulla hari nie..kena kerja di Hari Jumaat....(yang sepatutnya..public holiday ku....)
Tak semangat nak kerja sbb hanya aku melayu perempuan terakhir dalam opis nie...disamping dua lagi staff (kakak2)... Hmm..nasib badan la... kerja..jgn tak kerja..... manala semangat aku nie.... ?? meh come meh....

Thursday, November 6, 2008

Wanita....harga air mata...

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia;
namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

Madagascar 2


Following the success of the first "Madagascar" film, DreamWorks brings us another fun-filled sequel: "Madagascar: Escape 2 Africa." Compared to the first film, the sequel is better made, with livelier scenes and more impressive viewing angles this time to showcase Africa's vast plains, which seems almost real as the story's backdrop.From the storyline point of view, "Madagascar 2" adopts a more personal approach. If friendship was highly valuable in the first film, this time family and love are the focus.
In short, "Madagascar 2" is more than just talking animals and the wild.What's really fun about watching the franchise is that adults are able to put their logical thinking aside and just be carried away with the good humour and catchy phrases. It really is - without fail - entertaining to watch the penguins dressed up ala Special Agent 007 to build and fly a plane.
Watching these little guys in neat tuxedos going about it is just incredible.During the first half of the movie it was a rather annoying and frustrating experience. The subtitles accompanying the movie failed to do its job in translating what's onscreen but rather spoiled the fun when it moved ahead of time and gave away the surprise in the subsequent scenes.Okay, I know what's on everyone's mind: is the "Move It" song still part of "Madagascar 2"?
The good news is yes; and even better is that it's a remix. "Madagascar" would not be fun to watch if "Move It" is missing from the playlist! Well, what can you expect from songwriter Will I AM of Black Eyed Peas fame, right?"Madagascar: Escape 2 Africa" is really worth the wait. Go and catch this movie when it's out.
As all Madagascar-ians say "You got to move it, move it!"
resource : Yahoo movie...
kartun Madagascar nie antara kartun favourite Liyana n Syam.... Bak kata mak aku..family giler katun....apa2la mak....janji hepi....

Tuesday, November 4, 2008

sempat lagi cik ber yer....

Sempat lagi sahabat baik aku nie mencelah yer.... Ialah Cik Ber....nama 3N tu sebab ada liyana... hehehe....Nak kejar yer...boleh.... Kita tgk sapa yang menang...hahahha....gurau jer tue... Aku setuju dgn cik ber nie...orang sekarang nak bagi nama anak...suka panjang2..termasuklah aku...tapi dulu aku nak letak nama liyana..Liyana Syafiqah jer asalnye...nenek dia yang suruh letak Nur tue...Aku pun letakla....kot2 berkat mak kan... tapi betul...letak nama anak biar yang baik2..panggil pun biar panggilan yang baik2.... jgn panggil dengan maksud yang buruk...walaupunn sedap di bibir...tak tentu sedap dipanggil kan....

Cik ber bila lagi nak tambah lagi N tue.... coming soon yer...bunyi mcm dah dekat jer.... Hmm...berita baik jgn sorok2....berita gumbira orang kata..... Aku..? maybe tak lama lagi....tak tau lagi dapat kekalkan N tu ke tak....

Lupa pula....semua kenal cik ber nie... Dia nie baik...aku suka kawan dengan dia...sbb apa..?? Sbb idea dia best... move forward....jarang ke belakang.... semua depan.... nie bukan puji melangit..tapi hakikat yang telah ku lalui.... sapa lagi yerk...ha...ramai sebenarnya kwan2 yang best nie... mcm..Yatt, izan, cik mal, nana...tu belum kawan masa sekolah...zira, mas, kopi...dll la...kalau nak sebut nie x cukup ruangan nie... yang suka bagi nasihat...yang suka mendengar cerita...yang suka komen...yang suka tolong aku....yang suka senyum kat aku...yang bagi dorongan...bagi galakan...bagi tunjuk ajar..yang berkongsi suka duka...yang segala2nye la....itula sahabat2 ku sekalian....

Aku dah mula rindu nak jumpa kawan2 lama...kenangan lama..satu2 bermain kat minda aku sekarang nie....korang kalau lalu rumah aku...kat dengkil nie..calling2 la...boleh jumpa... anak kimie pun x tgk lagi nie.... mesti comel macam mak dia.... Aku pun teringin sgt nak jalan2 rumah kawan tapi takut tak berkesempatan....

mcm mana pun...still love n miss u all.... good luck my fren.....

Saturday, November 1, 2008

raya dah abis....

Selamat tinggal Syawal dan selamat datang... Zulkaedah.... Hidup aku...still mcm ni...pagi pergi kerja...ptg balik..masak..kemas2 sket..main dengan liyana.... Mcm tula hidup aku seharian.... Hari silih berganti....bulan datang dan pergi.... namun aku masih begini dan begini.... menghitung hutang...menghitung nasib diri....

Kenapa kita selalu melihat keindahan perjalanan hidup orang lain dengan pandangan yang amat indah....tetapi tidak kita...?? Aku selalu mcm tue... korang mungkin tidak... Sbb apa nyer agaknya... kurang motivasi diri....? terlalu merendah diri...? atau mmg nasib aku mcm tue..??
Hajat hati nak sambung belajar...sampai master pun jadila... tapi takut....takut....takut.... takut apa..?? takut takde masa untuk anak...takut tak cukup duit...takut tak termampu.... mesti korang cakap itu alasan kan.... Itula sapa suruh kawin awal....hahahha.... masa tu gatal sgt nak kawen.... padahal dalam hati mmg berkata2...mak lum anta gi umrah at least....kete lum abih bayar... rumah lum ada... master lum ada.... tah mcm mana....kawen juga yang jadi tangga utama ketika itu....

Sekarang bila tgk kawan2 berjaya...dgn master...dgn Phd... jeles pula rasanya.... Sekarang kerja utk bayar hutang jer.... member suruh apply KPLI ....apply jugala...tapi hati separuh2...sbb tu x dapat agaknya.... MINAT...?? boleh pupuk la....tapi hati yang degil mcm aku....mmg susah.... nak buka bisnes dgn husband....??? hmmm....angin2 pun lum rasa lagi.... Akhirnya kerjala kat cemerlang nie dah nak masuk 6 tahun..... Nak kata xde pengalaman rasa dah ok dah....6 thn beb...buukan kejap.... dah lama....tue...!!!

Otak dah jemla nak pk.... nak buat apa bagi memajukan diri.... nak gak rasa pakai toyota Altis (cewah...berangan nie..) nak gak ada rumah sendiri....sekarang duk rumah mak....esok lusa kita tak tahu... Ialah memula nampak semua cantik... sekarang dah terbuka cacat cela....ada aje yang tak kena.... ialah anak sendiri x sama dengan anak orang....

Kerja dah makin bosan.... tanggungjawab dah bertambah....tapi aku tetap mcm gini.... tak gitu pun... susah betul nak motivasikan diri sendirikan.... akula... kalau bercakap mcm senang....sekali nak buat...Ya Allah...baru aku tahu betapa payahnya.... kengkangan masa dan kewangan....

Walau apapun..terima kasihla kawan2.... kerana sudi baca lagi.... nak komen...silaka...bagi otak aku jalan2 yang bernas untuk memajukan diri.... orang kata esok biar lebih baik dari hari nie dan hari nie biar lebih baik dari semalam....tapi bagi aku...ungkapan tue...susah utk aku carry out....kenapa..?? sbb hari2 yang aku lalui still the same.... no changes.... bosan betul....

Thursday, October 30, 2008

serasi @ melengkapi...??

Hidup berumahtangga merupakan suatu ikatan yang amat indah jika disulam dengan keikhlasan dan kejujuran dalam melayari bahtera perkahwinan....

ALLAH s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki ) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya. Dan menjadikan antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan…” (Ar-Rum: 21)

Perkahwinan juga menjanjikan ketenteraman dan kedamaian jiwa serta perasaan. Hidup sebagai suami isteri dalam sebuah rumah tangga yang aman bahagia dapat memberi kedamaian pada jiwa kerana sentiasa mendapat berkat daripada Allah s.w.t.

Lagi Firman Allah maksudnya:

" Dihiaskan bagi manusia itu kecintaan tentang apa-apa yang dapat menyenangkan iaitu daripada wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari emas dan perak, kuda-kuda pilihan, haiwan ternakan dan tanaman..."( Surah Ali Imran : 14 )

Namun dalam kita mengharungi setiap hari berdua...24 jam sehari 7 hari seminggu 365 setahun...pasti ada hati yang tersinggung...kata dan perlakuan yang terkasar serta badai yang melanda.... Susah untuk ditelan...bak kata pepatah...ditelan mati mak, diluah mati bapak.... Betul ker susah untuk kita harungi...?? Susah jika kita tak sehati sejiwa, setulus semulus dalam ikatan.... Ikatan yang suci sepatutnya tidak dicemari.... tidak dikhianati...tidak disakiti.... Ia sepatutnya di jaga dan dibajai dengan kasih dan sayang...tolak ansur dilengkapi dengan kesabaran dan keikhlasan yang tinggi daripada kedua2 pihak..... Ini kerana kita adalah saling melengkapi.... yang buruk kita buang....yang berlubang kita tutup.... Tetapi dalam kita melengkapi ....kita harus serasi.....

Salah satu sifat yang perlu ada bagi setiap suami dan isteri ialah sifat pemaaf. Sifat ini penting sekali untuk mengharungi kehidupan rumahtangga dengan baik serta memberi kebahagian kepada suami dan isteri. Sifat pemaaf dan berlapang dada perlu ada pada setiap suami kerana terkadang suami membenci isterinya disebabkan oleh hal-hal yang tidak jelas baginya sehingga keadaan itu membawa keburukan kepada suami isteri berkenaan begitu juga sebaliknya....

Renungila alam perkahwinan yang indah dan bahagia....

Wednesday, October 29, 2008

pengorbanan ....

salam....

Besar pengorbanan seorang ibu...mengandung...melahirkan...menjaga dan mendidik anak supaya menjadi insan yang soleh dan solehah serta berjaya dunia dan akhirat. Kekadang aku terpikir... mcm mana suami yang sanggup memukul isteri...mengherdik tak tentu pasal....dan sanggup meninggikan suara kepada isteri yang selalu berkorban.... Berkorban untuk menjaga anak sehinggakan kadang2 terlupa keperluan sendiri..... tahukan para suami sekalian bahawa perit jerihnya seorang isteri untuk mendapat tempat disyurga kelak...bermasam muka membawa padah pada diri sendiri.... kekadang aku terbaca kisah yang mana isteri sanggup berkorban hati dan perasaan sendiri untuk menjaga hati dan perasaan ramai pihak....bukan sahaja menjaga hati suami...malahan mak mertua..ipar duai dan kawan2 si suami nie....

Pernah terjadi didepan mata ku sendiri,....si suami memarahi anak sendiri...sbb anak sendiri tertolak anak saudara..alah budak bergurau (kalau dorang ada akal mcm kita dorang tak buat mcm tu..betul tak..)....marah ok lagi...ni sampai tahap memukul.... ketika itu, segera aku teringat kata2 sorang pakar motivasi dalam majalah mingguan wanita...anak yang berumur 7 tahun ke bawah...cara untuk mendidik ialah memberitahu dengan mulut....bukan dengan tangan ataupun kaki.... tak terpikir ker perasaan ibu kanak2 itu ketika itu, mempertahan kan anak saudara dengan memukul anak sendiri....bagi aku bukan sesuatu yang bijak.... hanya mereka yang berfikiran singkat sangat.... ataupun belum cukup ilmu tentang manusia yang dipanggil ANAK. ketika itu juga perasaan aku pun terguris sbb aku seorang ibu juga.... Apa yang aku lihat ketika itu, si ibu mempertahankan anak nya sendiri daripada dipukul lagi oleh si suami.... ikut rasa hatiku, aku nak tempeleng jer suami tue.... tapi...kata pepatah ikut hati mati..ikut rasa binasa... jadi biarla mereka selesaikan dengan baik....

Cuba la si suami ketika itu, mengimbau kembali kenangan sewaktu si isteri sakit mengandung atapah lagi semasa melahirkan....bayangkan penat lelah menjaga anak di waktu malam walaupun bekerja di siang hari.... Si suami mudah lupa...sama macam kata bekas PM kita..."melayu mudah lupa.." Agaknya...kalau mereka di tempat seorang isteri mcm mana la yer....

Pakar kata....orang panas baran cepat mati.... Betul ker.... Tapi aku setuju jer...sbb bila dah panas baran pastu tak reti2 nak sejukkan hati.... mmg betullan tue.... setan pun suka....apatah lagi kalau rukun yang 5 tu lompang2 kan..... Hati kita nie hanya Tuhan yang tahu.....

Kata si suami....ayah kena tegas.... tapi kalau mcm tu punya tegas baik tak payah.... Ketegasan ayah ada garis panduan nyer.... bukan sesuka hati mcm tue.... aku cukup tak setuju.... Aku kagum dengan ketabahan seorang isteri melayan kerenah suami yang mcm tue....dan juga pengorbanannya tanpa mengenal perit jerih.... Isteri yang sering makan hati berulam jantung orang kata... Bahagia ker mcm tue....

Setiap wanita yang berkahwin..nak2 dengan jejaka pilihan..mahukan kehidupan yang bahagia..aman...damai...dan ceria... Rasanya tak banyak yang mereka minta.... tapi berapa ramai yang benar2 bahagia... benar2 aman damai.... Kadang2 menyesal pun ada...tapi terlajak perahu boleh diundur..telajak kata dan perbuatan...tanggungla sendiri.... Perkahwinan satu pertaruhan kata opis mate aku.... Betul aku pun setuju.... tapi taruhan yang mcm mana yang kita pertaruhkan....??? taruhan bahagia atau sebaliknya.... Pilihan di tangan kita.... Tepuk dada tanya selera....

Dewasa ini, aku tak heran dengan kelambakan kes2 perceraian muda masa kini..... suami yang ego dan tiada sikap berbincang dalam kehidupan harian yang menjadikan fenomena ini satu fenomena yang biasa..... Kita hidup berdua....dua rumpun yang berbeza....2 didikan yang berbeza...pasti ada perbezaaan antara kita.... pasti ada ketidak sependapat antara kita...namun bila PERBINCANGAN AMAN yang kita amalkan ....InsyaAllah...


* artikel ini bukan untuk aku salahkan si suami.... tetapi dengan posisi aku sbg isteri dan ibu...pastinya aku dipihak isteri2....

Tuesday, October 28, 2008

Keinsafan seorang suami....

Hanya Lelaki - Pengakuan Duda

Kerana ego, aku hilang isteri dan anak

Hati sesekali terusik apabila melihat kemesraan pasangan suami isteri melayani kerenah anak kecil mereka. Kerana itu, aku tidak gemar berjalan mengambil angin di taman-taman permainan kerana mahu menjaga hati sendiri. Jauh di sudut hati, aku teringin untuk menikmati semula keindahan dan kebahagiaan rumah tangga. Hati aku teringin semula merasai suasana riuh dan meriahnya melayan ‘jaguh’ kesayangan di halaman rumah.

Namun, semua itu kupendamkan kerana cinta dan kasih sayang terhadap mereka masih mengikat hatiku untuk terus setiap mengingati mereka. Biarpun sudah hampir lapan tahun kejadian berlalu, namun ingatanku terhadap mereka tetap utuh. Tidak langsung luput ditelan waktu yang berlalu.Isteriku, Aida dan anak lelaki kesayanganku, Amsyar kedua-duanya kembali ke rahmatullah ketika dalam perjalanan pulang ke kampung. Bagaimana kejadian berlaku… Aku sendiri tidak dapat melelapkan mata walau sepicing pun mengenangkan rasa bersalah terhadap mereka. Cuai dalam menjaga keselamatan mereka. Bukan saja mereka, tetapi nyawa diri sendiri hampir terancam. Rasa bersalah yang pasti tak akan luput dari ingatan di sepanjang hayatku.

Aku masih ingat lagi. Hari terakhir bekerja sebelum bercuti panjang bersama isteri dan anak-anakku, aku diarahkan oleh ketua jabatan untuk menghadiri satu mesyuarat penting bagi menggantikannya yang terpaksa ke hospital menjenguk pengerusi syarikat, yang juga ayahnya di hospital.Walaupun berat hati, aku terpaksa juga melakukannya. Terkocoh-kocoh aku menyediakan bahan untuk dibentangkan petang itu.

Segala panggilan telefon dan pesanan sms daripada isteri yang cuba mengingatkan aku mengenai perancangan kami yang akan bertolak pada malam itu tidak aku endahkan. Seboleh-bolehnya aku mahu menumpukan sepenuh perhatian pada tugasku agar pembentangan kertas kerja pada petang itu nanti berjalan lancar.Syukur, pembentangan tersebut berjalan dengan baik, malah pihak pengurusan bersetuju untuk meluluskan cadangan yang dibentangkan tanpa sebarang masalah. Mungkin kerana ia dilakukan dengan tekun, bersungguh-sungguh serta menggabungkan beberapa cadangan bernas daripada setiap pekerja bawahan yang sama-sama membantu.

Dalam pada gembira kelegaan, di hati diserbu rasa bersalah kerana terpaksa mengabaikan isteri dan anak yang setia menanti kepulanganku. Kelam kabut aku bersiap apa yang patut dan terus memandu pulang ke rumah. Laju. Aku memandu kereta dengan laju kerana tidak mahu mereka menunggu lebih lama lagi. Juga, tidak mahu si kecil kesayanganku merajuk pula. Dalam perjalanan, sempat juga aku berhenti singgah membeli coklat dan sejambak bunga buat mereka agar sejuk rasa amarah mereka nanti. Fikirku, cara begitu adalah cara terbaik untuk menebus salahku. Tak mengapalah, biarlah aku mengalah asalkan kami boleh bertolak dengan perasaan yang gembira.

Namun, apa yang berlaku tidak seperti yang diharapkan. Tiba di rumah, isteriku sudah mula melancarkan perang dinginnya. Si anak pula, sudah duduk diam di kerusi tanpa sedikit memandang ayahnya ini. Tersenyum melihat telatah mereka. Sekali gus, aku cuba memujuk si anak dengan coklat kegemaran yang sempat dibeli.Kemudian, tiba pula giliran si ibu. Namun, kali ini bukanlah semudah itu untuk memujuknya. Entah mengapa, sukar benar mengambil hatinya. Aku faham, mungkin kerana semua panggilan telefon dan pesanan smsnya langsung tidak aku endahkan siang tadi.Aku masih bersabar dan menunggu barang-barang yang siap berkemas disimpan di dalam kereta.

Setelah siap mandi dan makan, kami sama-sama bertolak. Keadaan, masih tidak berubah. Isteriku masih lagi senyap, tanda masih marahkan aku. Puas sudah memujuk, puas sudah diajak berbual, namun hanya sepi. Tiba-tiba, aku pula yang berdarah panas. Membuak-buak rasa marah kerana setiap pertanyaan langsung tidak mendapat balasan sepatutnya. Entah angin apa yang masuk ke kepalaku sehingga menjejaskan pertimbangan warasku untuk terus bersabar.Habis kuketuk stering kereta dan menekan hon sepuas hati. Bingit telinga membuatkan isteriku bertambah marah.

Maka, terjadilah pergaduhan antara kami. Rasa marah mendahului rasa warasku. Semakin laju kereta kupandu bagi melepaskan kemarahan. Puas isteriku memanggil dan cuba menenangkanku, tetapi aku begitu ego. Kelajuan semakin meningkat hingga aku tidak sedar kereta semakin menghampiri selekoh tajam. Aku tidak sempat berbuat apa-apa dan tanpa sedar aku sudah melanggar pembahagi jalan. Sejurus kedengaran dentuman yang kuat diikuti jeritan nyaring isteri dan anakku.

Entah berapa lama aku tidak sedarkan diri, aku sendiri tidak pasti. Malah, hampir-hampir juga aku tidak mengingati kejadian pada malam itu. Namun, setelah beberapa lama termangu, baru aku dapat mengingati setiap detik yang berlaku hinggalah mataku tertutup tidak sedarkan diri.Keadaanku juga tidak mengizinkan aku bergerak kerana sebelah kakiku patah, dan luka di badan dan kedua-dua tangan. Namun, apa yang paling mengejutkan aku adalah mengenai berita tentang isteri dan anakku. Mereka didapati meninggal dunia di tempat kejadian. Isteriku dikatakan tersepit di antara remukan kereta dan penghadang jalan, manakala anakku pula tercampak dari tempat duduk belakang.

Betapa aku menyesal kini. Kerana itu, aku tidak mahu lagi cuba mendekati mana-mana wanita, biarpun ada beberapa wanita yang cuba ingin menghampiriku. Kasih sayangku terhadap mereka masih menebal sehingga aku rasakan aku akan mengecewa dan melupakan mereka sekiranya aku mencari pengganti yang lain.

Untuk pembaca, hargailah mereka yang ada di sekeliling kita. Jangan terlalu ikutkan rasa marah dan cubalah bawa bertenang walau apa juga tekanan yang dialami. Semua hanya dugaan sahaja. Insya-Allah, tiada perkara buruk berlaku.


petikan mingguan wanita... majalah kegemaran yang penuh info dan kisah tauladan...

mancing...mancing..mancing...


hehehe...ikan inilah yang tewas ditanganku.....

Hobi memancing nie bukan hobi aku...tapi hobi hubby aku la.... dia nie kalau dapat memancing..hmm sukanya mcm dapat bini baru....kekadang tension juga...sbb aku tak suka memancing.... mcm mana pun bagi jugala sokongan...

Hari ni baru je balik dari kelantan..memncing sakan...bertolak hari jumaat...balik pagi tadi... tengok muka dia pagi tadi..mak ai..berseri2 macam muka baru kawen dulu.... tanya juga..banyak ker dapat ikan...sotong...kot2 dapat udang galah ker.... heheheh.... tau tak apa jawapan dia.... nak gelak dulula.... "DIA MABUK LAUT SELAMA ATAS BOT..." macam mana nak memancing tue... kesian husband aku.... mcm mana pun dalam mabuk2 tu dapatla juga ikan.... orang lain dapat ikan besar2 dia dapatla juga....walaupun besar tapak tangan....




Tapi bagus juga trip nie...sbb apa... hasil yang banyak tue dorang bahagi sama rata....so dalam dapat sekor ikan itu...bawa balik banyak jugala sotong n ikan hasil tangkapan 1 group... Alhamdulillah....dapat juga merasa sotong and ikan fresh kan..... kalau tanya lagi kat husband ...mesti dia kata nak pergi lagi.... hmm....kalau dah minat memancing...tak boleh kata apala eks....





"cuba teka yang mana ikan yang ditangkap oleh husband aku...."

Sunday, October 26, 2008

Kenduri kawen...

2 hari lepas aku n husband g klinik....hmm...ada good new rupanya utk kami sekeluarga....Esp utk liyana la..... kira2 mcm bday prezent utk liyana n syam la.... dorang nie semua lahir bulan10..

minggu nie pun penuh undangan jemputan utk kami sekeluarga menghadari kenduri kawen n open house....depan rumah kenduri...hujung kampung pun kenduri.... rasa x cukup masa lak nak pegi....tapi akan kugagahkan jua.... dekat2 nak cuti sekolah nie....ramai pula yang nak mendirikan masjidyer....sempena pula di bulan Syawal n sempena cuti Deepavalli on mondaykan....

yang baru kawen....diucapkan selamat pengantin baru...yang baru dapat baby..diucapkan cograte..!!! -selamat menempuh alam baru.... yang raya depavalli...."hepi depavalli.."

Tuesday, October 21, 2008

Ibu dan anak...

Cerita pasal anak nie seronokkan....kat opis aku nie pun..kalau cerita pasal anak ..semua nak cerita pasal anak masing2kan... seronok tul nak cerita kan.... kekadang tue semua nak bercakap pasal anak masing2...kalau yang masih satu pun tak kering cerita pasal anak apatah lagi yang dah 2-3 orang anak kan....

Anak tue anugerah Tuhan yang amat bernilai.... perlu dijaga...dia umpama kain putih yang perlu dicorakkan....terpulang kepada kita nak corakkan dengan corak yang mcm mana.... tetapi harus kita ingat....kekadang corak yang cantik yang telah kita corakkan mungkin berubah menjadi corak yang lain.... Semoga anak2 kita terpelihara daripada gangguan syaitan dan iblis....Amin..

Bila aku melihat, membaca dan mendengar cerita2 anak gadis sekarang...mengurut dada aku dengan kerenah dan kenakalan serta keberanian mereka... melahirkan dan membuang anak bukan lagi satu cerita asing bagi kitakan... kita sering dengar berita nie kat TV dan radio dan aku pasti kita pernah membaca di dada2 akhbar... betul tak...? salah siapa semua nie...salah mak ayah ker? salah diri sendiri ker...salah boyfriend? @ salah memilih kawan.... aku tak berani nak komen salah siapa....tapi yang pasti takde ibu bapa yang nak anak dia jadi macam tue betul tak... merosakkan anak sendiri umpama merosakkan keturunan sendiri...bagi aku...(kecuali la mangsa2 sumbang mahram yer...)

Setiap ibu dan bapa mahu anak jadi insan yang berguna...cemerlang...gemilang..terbilang... apa yang mereka harapkan supaya apabila mereka tua kelak ada yang sudi menjaga dengan penuh keikhlasan... Cubala tanya mak ayah kita sekarang...apa yang dorang inginkan....apa agaknya jawapan mereka yer....agak2 ada ke dorang kata nak emas segunung...kereta mewah...rumah besar....duit setimbun....??? (kecuali ibu bapa yang amat mementingkan kekayaan dunia nie.....) Aku pasti jawapan mereka..."nak makan malam dengan anak2... nak anak balik beraya...nak berkmpul dengan anak2...." agaknyer la yer...

Itu, belum lagi ibu yang telah kematian suami yer... seperti aku nie...mak aku ibu tunggal lebih daripada 10 tahun.... Bagi dia...kami adik beradikla tempat dia mengadu penat..sakit...suka...gembira... Tapi kekadang kami sentiasa sibuk sampaikan mak pernah merajuk sbb dia dah lama tak jalan-jalan.... Apa kata dia..."kalau ada bas dah lama mak pergi beli barang sendiri...." LIHAT..kesibukkan kami sehingga lalai menjaga hati mak.... Cuba bayangkan kalau mak kita dah takde....(takziah kepada ibu-ibu yang telah pergi menyahut panggilan Illahi..)pada siapa lagi kita nak menumpang kasih...pada ibu mertua...pada mak angkat?? tak sama kasih mak sendiri dengan mak mertua...betul tak...?? tapi kalau jumpa yang sama..ALhamdulillah.

Besar betul kalau mengenangkan kasih dan pengorbanan seorang ibu.... Ibu yang menjaga dalam pantang..yang menyuapkan nasi kemulut masa kecil...yang berjaga malam kalau anak sakit...yang keluar mencari rezeki selapasa tanggungjawab ketua keluarga jatuh ke bahu nyer...ibu yang sentiasa menjadi peneman study waktu nak exam...yang sring menangis kerana kejayaan dan kenakalan kita...yang sering mengucapkan syukur...yang sering mendoakan...yang sering menjadi kawan....yang sering menjadi penawar dan segala2nya...yang tertaip rasanya pengorbanan seorang ibu...

Pada ibuku... Zainab Binti Salleh..kaula segalanya bagi kami....walau sering hatimu terluka kerana kami...tapi kami tetap sayang kat mak.... Makla segalanya bagi kami....Hanya Alllah yang dapat menbalas jasa mak... Kami berdoa agar Tuhan sentiasa memelihara mak di dunia mahupun di Akhirat kelak....Amin...

Monday, October 20, 2008

Happy Birthday My Girl...Nur Liyana Syafiqah...


Hari ini, genapla umur anak aku yang sulung 2 thn...Heppy bday sayang...!!!
dah 2 tahun anak aku nie.....dah banyak yang ibu lalui untuk liyana....macam2...
Tapi melihat dia membesar dengan keletahnye yang bijak tue....hilang rasanya penat aku nie... kadang2 rindu sgt dengan dia...


Add Video
Semalam masa buat open house (kecil2kecilan yang dikongsio bersama adik aku...) celebrate sekali birtday dia.... Hmmm...masa tue kek pun dah tak rupa kek... dah calar balar.... tak sempat ayah nak tangkap gambar dah serabut kek tue...takpela..janji semua hepi...

Masa tengah menaip nie..teringat dulu masa nak bersalin kan dia...masa2 nie tengah sakit... lama betul duk hospital..lebih 9 jam menahan sakit.... masuk jam 6.30 pagi.... liyana keluar 3.25 petang...isk..kalau ingatkan memang serik nak bersalin lagi...tapi..sekrang dah rindu dengan baby nangis....hehehe....bak kata orang tua2...hari ni kata tak nak bersalin...tup-tup dengar2 dah pregnangt lagi.... :) Bila dia keluar jer...Alhamdulillah...hilang segala sakit... rasa hepi sangat... terharu..nak nagis pun ada gak...

kepada anak2 yang lahir tahun 2006, auntie nor ucapkan happy birthday sayang.... Semoga menjadi anak yang soleh n solehah... amin...

Thursday, October 16, 2008

Hari Raya....

"selamat hari raya daripada kami sekeluarga"

Dalam banyak2 tahun aku rasa tahun nie paling best...sebb apa...selama nie aku jarang berzirah ke rumah semua saudara mara...setakat pakcik..makcik..belah mak n arwah ayah jerla... tapi tahun nie...rumah sepupu yang tak pernah aku jejak pn aku pergi.... wah..seronok betul..
Liyana pun seronok juga aku tgk....masa nila aku nak kenalkan dia pada saudara-marakan....jangan esok jumpa...selisih bahu jer....

Dulu....masa ayah baru meninggal kami susah betul nak beraya...Ialah mak aku orag susah... nak berjalan..tu dia..kena naik bas turun bas...kang bas abis dah menyusahkan orang lainpula... nak tido kat bus stop..mak aku mesti tak sanggup tgk anak dara dia tido atas bangku simen tue... Dulu nak makan rendang ketupat rasanya jauh sekalila....melainkan mak bawa beraya kat rumah mak tih aku kat selayang.... Ingat lagi kat arwah paktih aku.... Dia baik sgt...belikan baju... bagi makan.... dapatla juga rasa nak beraya mcm org lain....

Sekarang ..Alhamdulillah....setakat nak makan rendang tue....bolehla selalu makan.... Tak la mcm dulu susah..... Rumah skrg nie pun Alhmdulillah selesa la juga nak duduk....walaupun duk menumpang tanah nenek.... Ada juga peti ais besar....TV besar....meja makan.... dulu...nak tgk TV kena g rumah jiran...(kena jiran tgh bad mood....alamat tak dapatlan merasa nak tgk TV...) nak makan ikan & ayam segar susahla kot....dulu makan yang yang kering2 jer...ikan kering....ikan bilis... Hehehehe....kalau diingat yang dulu2 boleh mengalir air mata nie....

Tapi rasanya tak yah ingatla....itu semua masa lampau....sejarah silam... pepatah ada berkata...
" Jadikan hari ini lebih baik dari semalam...dan esok lebih baik dari hari ini..."
jadi...biarkan ia berlalu.... cuma kuatkan hati untuk menempuh hari mendatang.....

Wednesday, October 8, 2008

Perpaduan....Fikirkan..!!!

Petikan Akhbar Utusan Malaysia..(Ruangan Forum)

Usah gerhanakan kaum India

APAKAH dengan merekrut sekitar 200 ahli dan kemudian 'menyerbu' Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Kabinet beragama Islam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), maka perjuangan Hindraf sudah memenuhi fasa yang merangkumi hak demokrasi? Dan apakah pada masa yang sama sudah mampu membuktikan bahawa perjuangan mereka telah pun memancarkan unsur-unsur positivisme dalam perjuangan ke arah pembelaan hak asasi masyarakat India di negara ini?
Pemaparan beberapa gambar kejadian sewaktu majlis berkenaan dalam media massa turut mendedahkan satu lagi realiti yang amat mengaibkan dan memalukan.
Apakah rasional menjadikan kanak-kanak sebagai 'perisai' dalam memperjuangkan matlamat dan misi pertubuhan haram ini? Sedangkan hakikatnya saya pasti kelima-lima peguam yang juga pengasas Hindraf yang kini ditahan di bawah ISA, akan turut mengakui bahawa generasi muda seharusnya menjadi pemangkin dan penaung ke arah pemupukan bangsa Malaysia yang tersohor. Dan bukannya menggalakkan golongan kanak-kanak ini menjadi perintis kepada perpisahan antara kaum dan cubaan untuk mengekang usaha untuk mendekatkan setiap kaum.
Apa yang sukar untuk saya fahami ialah apakah rasional di sebalik tindakan golongan ini? Sedangkan hakikatnya 1 Syawal bukan sahaja hari yang mulia buat umat Islam tetapi juga medan pertemuan segenap lapisan masyarakat tanpa perbezaan agama, kaum dan bangsa untuk meraikan hari berkenaan.
Bayangkan, semasa menyambut kegembiraan ini dengan tiba-tiba muncul si Ravana seperti dalam hikayat Ramayana yang mencuba untuk memporak-perandakan kegembiraan itu. Tindakan Ravana ini bukan sahaja mendedahkan kepincangannya dalam memperjuangkan hak rakyat tetapi juga gagal menyakinkan rakyat bahawa inilah perjuangan ahimsa (perjuangan yang bersifat tidak ganas).
Saya beragama Hindu dan saya pasti masih ramai lagi masyarakat India di luar sana turut menanggung beban aib yang teramat sangat akibat perbuatan Hindraf ini yang boleh diibaratkan umpama telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua.
Andai kata Hindraf benar-benar ingin berdiri sebagai sebuah pertubuhan berasaskan perjuangan yang bersifat memperbaiki kehidupan masyarakat India semata-mata, maka buktikan terlebih dahulu kepada seluruh Malaysia.
Jika tidak silap saya, sewaktu sebelum perhimpunan haram Hindraf diadakan pada 25 November 2007, seluruh masyarakat India di Malaysia menyalurkan sumbangan berbentuk wang ringgit kepada pertubuhan ini. Ada dakwaan bahawa kutipan derma oleh Hindraf ini mencecah jutaan ringgit.
Bukanlah niat saya untuk mengungkit tetapi sebagai seorang rakyat Malaysia yang berpegang pada prinsip demokrasi dan atas rasional untuk mengetahui kebenaran yang nyata, maka saya hendakkan kepimpinan Hindraf tampil mendedahkan secara terperinci apa yang terjadi dengan wang sumbangan masyarakat India kepada pertubuhan tersebut.
Kepimpinan Hindraf perlu ingat bahawa membela masyarakat India bukannya dengan bertindak tanpa sebarang nilai manusiawi, sebaliknya apa yang penting ialah anjakan paradigma dari sudut pendidikan.
Andai kata remaja India terus terbiar dengan khayalan, gangsterisme dan pengaruh filem Tamil, maka andai kata muncul seribu pertubuhan seperti Hindraf sekalipun, belum tentu akan dapat memperbaiki martabat masyarakat India sendiri.
Tanggal 27 Oktober nanti masyarakat India akan meraikan Deepavali atau Pesta Cahaya dan terdapat pelbagai versi sambutan hari Deepavali. Namun yang paling masyhur ialah kepercayaan bahawa Deepavali disambut kerana Dewa Krishna berjaya membunuh kuasa maha jahat iaitu Narakasura dan kejayaan Dewa Krishna ini diraikan dengan nyalaan cahaya lampu minyak.
Di Malaysia, biarlah Pesta Cahaya tahun ini turut membawa pengertian yang sama demi keharmonian dan perpaduan umat Malaysia.

EDWIN MICHAEL. M
Butterworth

******Happy Deepavali to all my Indian Friends....******

Tuesday, October 7, 2008

Suamiku yang tercinta....

Suamiku yang tercinta,
telah ku serahkan jiwa, raga dan sepenuh kasih sayangku
kepada mu...
namun jangan cuba kau khianati cintaku..
kerana apabila cinta ku telah kau khianati...
sukar untuk aku berpaling ke belakang...

suamiku yang tercinta...
telah kita berjanji sehidup semati..
susah senang bersama...
namun mengapa kini...
kau seolah-olah telah lupa pada janji...
telah lupa apa yang kau katakan padaku dulu...

suamiku yang tercinta...
terimala aku seadanya...
terimala keluarga ku seadanya....
kerana mereka adalah tunjang hidupku...

jangan kau pandang mereka dengan sebelah mata...
jangan kau hinakan mereka dengan pandangan jijikmu...
kerana sesungguhnya...aku amat menyanyangi mereka...

mereka umpama lilin bagiku...
menerangi diriku ketika aku berada dalam kegelapan...
dan ingatkah engkau...
mereka juga pernah sekali menerangi dirimu....

suamiku yang tercinta...
sesungguhnya aku amat menyintai dirimu...
namun terima aku dan keluarga ku...
sebagaimana aku menerima...
dirimu dan keluarga mu....

* aku pun tak pasti ini sajak ker ...nukilan hati... aku jumpa masa tengah surf2 artikel...
namun aku tersentuh dan yakin bahawa penulis ini sedang berada diersimpangan antara
keluarga dan suaminya...

Wednesday, September 24, 2008

SeLaMaT HaRi RaYa...!!!!

Suasana Di Hari Raya (feat. Ellina)

Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang

Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi

Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman

Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri

Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira


Lagu raya nyanyian Anuar Zain dan Ellina nie antara lagu raya yang aku paling suka...sbb ringkas..bermesej dan sedap didengar...(nak2 suara dorang ni masa kecilkan...) Setiap baris senikata mempunyai maksud yang senang kita fahami...

Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidulfitri" kepada semua sahabat handai.... Semoga Aidilfitri tahun ini membawa satu lagi kebahagiaan kepada kita semua... Raya jemput ke rumah yer....

Aku juga memohon ampun dan maaf atas segalanya.... Mana la tahu...ada yang terasa hati masa baca blog....masa baca mail-mail yang aku hantar ke sht2002@yahoogroups.com atau pun masa kita berborak melalui face to face @ ym @ sms @ tel. Kekadang aku ni terlalu banyak cakap sampai tak sedar apa yang aku ucapkan dan menyinggung hati n perasaan yang satu lagi.... Ampun dan maaf aku pinta k....

Yang balik beraya...hati2 k semasa memandu...Ialah jalan raya sesak dengan kenderaan....semua nak sampai kg cepat... hati tgh gembira nak raya...kena pulak jem...ha...kan dah banyak rasa...gembira + stress + geram + tak sabar...(ini punca yang menjadikan kemalangan jalan raya tinggi di waktu2 perayaan kat M'sia nie..). Aku ingat lagi kata pemandu bas awam kat tempat aku nie masa kitaorang dah lewat nak g sekolah...dia kata..."Biar lambat asal selamat..." (padahal dia tak tau...lepas tu kami kena denda berdiri kat depan dewan sbb lambat sampai..) tapi tu masa sekolah....kalau nak balik raya nie...pepatah melayu tu boleh digunapakai.... Pakai seat belt... pastikan kenderaan dah diselenggara dengan baik... kalau lum service kenderaan...g service dulu....(kang tak pasal2 menolak keta kat highway lak...)

Selamat Hari Raya dan Maaf atas segalanya
Ikhlas... norazita ab aziz

Monday, September 22, 2008

MAHA 2008...

MAHA 2008...



Hmm...hari tu aku berkesempatan g MAHA 2008....punyala ramai orang...baik di 'site' pameran mahupun di dewan.... Enjoy sbb boleh tgk mcm2...tapi yang paling best aku tengok ialah pameran kawasan tanaman sayur-sayuran... EEEE....geram betul aku tgk sayur-sayur yang ditanam kat sana....siap ada contoh landskap taman di rumah yang 98% dipenuhi dengan tanaman sayuran hijau n merah..... Kalaula setiap rumah ada taman sayuran mcm tue kan best....

Ini la contoh laman sayuran yang dicadangkan oleh pihak MARDI.... Cantikkan.... Liyana suka betul tgk laman sayuran nie....agaknya bagi 'hint' suruh ayah dia buat laman mcm nie...save budget n menggalakkan pemakanan sihat... Tanaman lain yang menarik ialah...tomato, salad, cili benggala, rock melon, strawberry pun ada tau..., cili merah, yang paling aku suka (masak lomak sodap nie...) kobis bulat....




Yang ni pula, tempat di mana haiwan-haiwan ternakan dipamerkan...anak aku teruja betul tgk bonggol lembu tue... Suka sgt dia tgk...(agaknya tak pernah tgk lembu mcm tuekan...) Kat sini juga aku jumpa dengan isteri PM, Datin Seri Jane Abdullah. Cantik dan comel jer orgnya...lebih cantik dari yang kita tgk kat dalam tv tue...(pada mata aku la...). Glamour betul lembu tu waktu niekan...semua orang nak tengok dia.... Tapi kekadang pandai juga lembu2 nie posing... Ada satu waktu tu aku tgk, kakak tu posing depan lembu, tah mcm mana, agaknya kakak tu tutup muka lembu tue..ialah dia pon nak gak tunjuk muka, ditanduknya kakak tu, dan kebetulan rupa2nya kakak tue kuat melatah la pulak.... apa lagi gamatla suasana kat situ.


Tempat ni anak aku paling suka....main dengan arnab.. wah syok betul aku tgk bdk (tak ketinggalan mak2 budak juga..) main dengan arnab kat situ.... Bayaran masuk RM 3 kot kalau tak silap la... siap dapat sebungkus makanan arnab.... Arnab tue pun aku tgk dah kenyang2 semuanya...mana taknya..puasla aku bagi makan....arnab2 tu buat dek jer.... Last2 aku masukkan jer dalam bekas makanan dia... dan perhatikan anak aku kejar jer arnab jerla... Ada antaranya...dah malas nak lari dah...serah diri jer... Comel... Tapi aku kesian dengan arnab nie...walaupun kaya dengan limpahan makanan hari tue...tapi dorang macam terseksa jer...Ialah dengan budak2 (termasukla anak aku..) asyik la kejar jer...pastu angkat.... Naik letih arnab2 tue aku tengok... Walau apapun... Aku happy tgk anak aku Happy... :)
Secara keseluruhannya...aku berpuas hati dengan MAHA kali nie.... walaupun tak dapat pergi semua tempat...tapi tempat2 yang pergi mmg best... Semoga MAHA akan terus diadakan untuk masa-masa akan datang....

Sunday, September 21, 2008

Cerita Teresa Kok kena tahan ISA

Salam kepada semua...

Jangan terpedaya dengan tajuk kat atas yer...aku bukan nak cerita pasal YB Teresa Kok yang kena tahan ISA tapi aku nak cerita pasal kisah kawan2 aku yang hangat membahaskan pasal Yb nie.... boleh tahan juga kawan2 aku nie pasal politik....Salute giler aku dengan korang semua.... Masing-masing dengan pro parti...ada juga yang bebas dalam memberikan pandangan... Korang nie kalau diberi peluang aku rasa boleh jadi ahli politik yang dihormati tau...(jangan terasa hati...aku cakap betul...) sbb apa aku cakap mcm tue... sbb mcm ber..penuh fakta disokong dengan bukti2 yang kukuh....dan yatt...hujah ko mmg best...boleh kelu lidah orang kalau dibawa berbahas... tak kurang juga dengan zul....

Tapi satu jer yang aku kurang berkenan.... Jangan sampai kita putus kawan sbb berlainan pegangan politik dah la... Semangat setia kawan kita perlu utuh walau apa pun parti yang kita sokong.... Jangan jadi seperti sesetangah orang..."hmm...mana boleh kawan org BN, dorang makan duit banyak" @ "hmm...malasla nak kawan dengan org PAS.." Jangan sampai jadi macam tue yer..... lagi satu...agak2 yang mengata2 ni ada bukti yang sahih ker...(macam cik ber kita buat nie...bukti kukuh beb...)

Zaman skrg nie pun...melayu dengan melayu pun boleh gaduh....mcm paper Utusan hari nie (21/9/2008) muka 13 Dalam Negeri...Seorang abang bunuh adik sendiri hanya kerana adik perempuan yang berumur 4 tahun tak silap aku makan asam boi kakak yang umur 14 tahun. HANYA KERANA ASAM BOI Logik2 korang la kalau adik makan asam boi...perlu ke bergaduh sampai berbunuh. Kita pikirla apa nak jadi dengan dunia sekarang.... Berita penuh

Berbalik kepada cerita asal.... Secara tulusnya aku rasa menyesal sbb forward kan e-mail tu pada korang sbb mcm ada satu percikan2 api yang mula menyala-nyala.....tapi on the other hand aku pun rasa bagus juga aku forwardkan mail tue...utk dibahaskan bersama...At least terbuka juga otaka kita nie utk berpikir..supaya tak jadi katak bawah tempurung... :)

Bak kata orang tua2... api kalau kecil menjadi kawan nan berguna...tapi kalau dah besar boleh jadi lawan yang berbahaya...tapi...aku sambung sket...api tetap ada kepentingan tapi jangan sampai kita salah guna api tersebut untuk menjadikan ia lebih marak lagi....

* Teringat lagu 1 2 3 4... Aris Ariwatan... Dengar lagu

Saturday, September 13, 2008

MENJALINKAN PERSAHABATAN. HANYA SETELAH BERSEDIA


Saya nak tanya satu soalan boleh tak?Pernahkah kamu memancing ikan?kalau tak pernah memancing ,pernahkah kamu melihat orang memancing?kalau tak pernah lihat pun,bolehkah kamu bayangkan seseorang sedang memancing?


Baiklah,katakan kamu menemani seseorang yang sedang asyik memancing. Tiba-tiba mata kailnya disentap oleh seekor ikan dan dia segera memutar pemutar tali pancing. Sekali-sekala dia menghenjut-henjutkan jorannya supaya mata kail semakin menyangkut mulut ikan.


Akhirnya, ikan itu dapat dinaikkan ke atas. Terkedik-kedik ia dihujung tali kail. Kamu lihat pemancing itu tersennyum lebar. Gembira benar hatinya. Kamu juga turut tersenyum kerana itu bermakna itu satu kemenangan.


Kamu turut ghairah melihat pemancing itu cuba membebaskan ikan daripada mata kailnya. Tiba-tiba, setelah dia melepaskan mata kail daripada mulut ikan, dia mencampakkan kembali ikan itu ke air. Eh, apa hal? Kamu memandang pemancing itu dengan seribu tanda tanya, tapi dia bersahaja seolah-olah tindakannya itu tidak menimbulkan persoalan.


Kamu rasa apakah yang akan dideritai oleh ikan itu? Bolehkah ia menyambung hidup dengan mulutnya yang terluka atau mungkin juga isi perutnya yang sudah robek? Sudah tentu ia akan mengalami kesakitan sebelum akhirnya mati. Dengan mulut yang koyak dan perut yang robek, dia tentu tidak dapat mencari makanan, untuk berenang pun mungkin dia tidak mampu. Dia mungkin disisihkan oleh kawan-kawan kerana tidak boleh aktif lagi.


Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah dia mula menyayangi kamu hendaklah kamu menjaga hatinya. Jangan sesekali terus meninggalkannya begitu sahaja sebab dia akan terluka oleh kenangan bersama kamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingati kamu.


Sebab itu apabila kamu merelakan hati kamu untuk bersahabat, seriuslah dalam tindakan dan keputusan kamu itu, sebab jika kamu hanya main-main, tentu ada pihak yang menangis. Tentu kamu dapat bayangkan betapa sakit dan menderitanya ikan menjalani hidupnya setelah dilemparkan kembali ke air. Begitulah, alangkah sakitnya hidup bersama hati yang robek kerana mengingati seseorang.


Kamu kena faham, persahabatan pertama kamu akan kekal bersama kamu sehingga akhir hayat kamu. Ia ibarat gambar foto yang kamu ambil dan kamu simpan dalam album. Ia kekal disitu meski pun ada banyak lagi gambar yang kamu ambil dan letakkan diatasnya. Persahabatan adalah salah satu fitrah manusia. TUHAN menjadikan persahabatan untuk memberikan keseronokkan kepada hamba-hambaNya menjalani hidup mereka, tapi tahukah kamu lebih ramai orang yang menderita kerana persahabatan daripada yang berbahagia kerana cinta.


Kenapa jadi begitu? Jika kamu sedang bersahabat, sekarang ini peliharalah hatinya dan rencahilah persahabatan kamu dengan kejujuran, kesucian, dan keikhlasan serta dasarkan persahabatan kamu itu kerana TUHAN. Hanya persahabatan begini akan kekal, selainnya pasti menempuh jalan berliku dan akhirnya menumpahkan air mata kesedihan. Maka itu, saya juga hendak menasihatkan kamu jika kamu belum bersedia untuk berlaku jujur janganlah mencari persahabatan. Jika kamu belum bersedia untuk setia janganlah cuba-cuba memberikan hati kepada orang lain. Sebab perbuatan yang begini akan hanya menghabis masa dan membazirkan air mata


Saya juga ingin mengatakan, jika kamu memancing, teruslah ambil ikan itu dan bawa pulang. Kerana itu lebih baik daripada kamu memasukkannya kembali ke dalam air kerana perbuatan kamu itu memulakan satu derita.


** cerita seorang sahabat kepada aku**

Monday, September 8, 2008

aiman...iklan petronas

(ini Aiman anak buah aku...)

Salam semua.....

Kali ni aku nak cerita pasal iklan petronas yang baru tue.... Aiman yang nak jala ikan...nak kereta kayu dan akhirnya dapat masuk universiti dan dapat belikan moto idaman abah dia....

Tengok cerita Aiman....
Mula-mula aku tgk iklan tu, aku geli hati sbb abah dia nak belikan kerata kebal... pastu bila tgk balik dan aku amati...betapa besar pengorbanan seorang ayah terhadap anaknya... pastu anak dia, si aiman tu..bijak geliga otak diakan....sampaikan dia berjaya jadi seorang pereka cipta... seperti geliganya abah dia....

Kenapa aku kata dia geliga....korang tgk mcm mana dia jawab setiap persoalan anak dia... dalam bersahaja dan berlawak dia melayan setiap permintaan anaknya.... Namun aku rasa aiman tetap kecewa sbb tak dapat apa yang diingini....tetapi dia tak putus asa kan....dia berusaha dengan cara dia.... dia mengasah otak dan mindanya bergerak ke arah yang positif....

Kita lihat anak2 kita sekarang...kalau apa yang diminta tak dapat diberi...dia akan merajuk...melawan....lari rumah....memberontak.... Tapi tak semuakan....ada juga yang baik...dan dapat menerima keputusan ibu dan ayah. Macam mana agaknya mendidik anak dengan baik agar menjadi anak yang soleh dan soleha...? Kadang-kadang ibu dan ayah dah mendidik dengan betul tapi bila anak-anak terdedah persekitaran luar..dia jadi lain... susah juga nak mendidik anak-anak zaman sekarang yer... Aku berdoa agar anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan soleha....amin.

Berbalik kepada cerita Aiman tadi...Kita belajar daripada kesungguhan aiman dan juga ketabahan abah aiman utk membentuk anaknya menjadi insan yang berguna..

sekian.

Sunday, September 7, 2008

Imunisasi

Assalamualaikum...

Kali ini, aku ingin bercerita tentang imunisasi. Sudahkah anak kita mendapatkan imunisasi yang sepatutnya diperolehi. Anak-anak kita..Liyana, Aqilah, Auni, Amir Danish, Alisyia, anak izan (sorry yer..lupala nama...), Aiman, Yasmin, Yusniza, Anak zira, anak ina (uum), Zulkarnain, Iskandar, Haziq, Irfan, Bisha dan semuala...(ini kalau nak list down abis page nanti.... :)).

Hmmm...apa dia imunisasi ini... Oklah menurut sumber-sumber, Imunisasi ialah pemberian vaksin kepada seseorang untuk melindunginya daripada beberapa penyakit tertentu seperti penyakit tuberculosis (TB), difteria, pertussis (batuk kokol), tetanus (kancing gigi), poliomyelitis, campak, rubella dan hepatitis B. Semua vaksin akan diberikan kepada bayi kita melalui suntikan kecuali vaksin polio yang diberikan melalui mulut. Kalau kita semua perasaan ada satu ketika nurse akan menitiskan vaksin ni ke dalam mulut anak kita. Kita perlu memastikan anak kita semua mendapatkan imunisasi yang lengkap bagi melindungi dirinya daripada penyakit dan juga melindungi dirinya daripada persekitaran kini.

Sila click (jadual imunisasi) untuk melihat jadual imunisasi anak-anak kita yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia..

Apa agaknya komplikasi imunisasi ini yer... Menurut DR. NEOH SIEW HONG daripada Persatuan Pediatrik Malaysia, Imunisasi adalah selamat namun kadangkala ia memberi beberapa komplikasi seperti bengkak, inflamasi, bisul atau ulser di tempat suntikan perlu dirujuk kepada doktor sekiranya serius. Kadang kala anak kita akan mengalami demam selepas disuntik, namun ia boleh dirawat dengan memberikan parasetamol tetapi jika anak mengalami demam yang tinggi, menangis tak berhenti-henti lebih daripada dua jam atau sebarang gejala-gejala neurological, kita harus merujuk anak kita ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Itulah serba sedikit mengenai imunisasi anak kita.


Info ini pun aku baca secara tak sengaja dan aku rasa ada baiknya aku kongsi bersama kan... Sekiranya ada kesalahan dalam info aku nie, aku mengalu-alukan pembetulan.

Thursday, August 14, 2008

Teringat Kekawan Lama....

Assalamualaikum...

hmm...hari nie aku teringat kepada semua kawan2 lama aku.., baik kwn-kwn di sekolah rendah..menengah..mahupun di UTM...Apa kabar la semua.... pada ani..maz..ina..zira..zila...ima..epoy..mamat..apis..syahmi...azmi...yat...izan...as..sue (ni kira semua sue la yer...) liza..jen.. dan semuala...tak lupa nik..nadirah...isk x teringat aku...banyak sgt kawan aku nie...

Aku pasti skrg semua tgh sibuk menguruskan kerjaya...keluarga...bisnes... betul tak..?? kekadang aku terpikir..."rupa2nya aku masih bayak benda untuk diingat....kenangan lama...kawan2 dan segalanya...

hidup kita penuh cabaran skrg ...dugaan....suka..duka...aku harap kita semua dapat hadapi dengan tenang.... Aku tetap mcm nie...kekadang berimpian untuk memajukan diri..namun aku tetap mcm nie.... nak kata x maju...maju dah rasanya..tapi maju dari segi lain la... kekadang aku bosan dgn hidup aku...rutin aku setiap hari.... pagi g kerja...pastu tue buat kerja yang sama dari 4 tahun lepas sampaila skrg.... takde peningkatan langsung....environment kerja aku dah tepu... aku melakukan kerja yang sama setiap hari... agaknya ini yang dikatakan kerjaya yang tiada peningkatan... :)

hmm... setakat sahaja la coretan aku kali ini....Lain kali aku menulis lagi...

pada kawan2..... "SELAMAT MAJU JAYA"

Monday, July 14, 2008

BILA KENA KUTUK....APA NAK BUAT..??


Apa harus dilakukan sekiranya terdapat orang mengutuk, memperlekehkan, melemparkan tohmahan, dan sewaktu dengannya kepada usaha kita. Saya rasa ramai yang pernah melalui ini, termasuklah diri saya sendiri.


Ada banyak boleh dilakukan, tetapi, jawapan terbaik saya dapati dari artikel Dr H.M Tuah saya terbaca baru-baru ini.

Pesan Dr. Tuah:

Anda harus BERTERIMA KASIH kerana…

  • Anda mendapat pahala FREE! :)
  • Perkara-perkara negative tersebut boleh menjadi pendorong atau semangat untuk terus berjaya. Kiranya sebagai satu cabaran, dan lagi banyak cabaran, lebih hebat kita hendak buktikan mereka yang memberi kata-kata negatif tersebut bahawa kita akan berjaya!
  • Dapat mendedahkan mereka yang berfikiran negatif kepada orang ramai. Sebelum orang lain kena, mereka akan tahu bahawa siapa yang suka memberi kata-kata negatif. Anda dapat membantu orang lain dengan secara tidak langsung untuk berhati-hati dengan golongan ini (tak perlu bagi tahu… orang akan dapat lihat sendiri).

Saya cukup setuju dengan Dr. Tuah.

Sebab itu juga sering terjadi dalam kisah-kisah kejayaan bahawa mereka yang sering ditindas sebegini akan naik mencapai kejayaan yang lebih hebat. Pintu rezeki akan luas terbuka, semangat akan semakin membara dan melatihkan kita untuk abaikan perkara-perkara negatif disekeliling kita.

Biasanya, mereka yang memberi kata-kata negatif ini, takkan ke mana-mana oleh kerana ia mencerminkan diri sendiri yang sering fokus kepada perkara negatif.

Jadi, jauhkan dari memberi kata-kata negatif kepada orang lain. Beri semangat dan sokongan kepada sesiapa sahaja untuk berjaya. Ia akan mencerminkan kembali kepada diri anda untuk menjadi lebih positif dalam mencapai kejayaan :)

*Petikan daripada laman web Irfan Khairi www.irfanKhairi.com

Thursday, May 22, 2008

Welcome...!!! Selamat Datang...!!!

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Akhirnya dapat juga aku buat Blog nie... Syukur Alhamdulillah... hmm....pertama-tama nya aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada mak aku yang banyak bagi sokongan...mental dan fizikal kepada aku...daripada tapak kaki aku sebesar tapak tgn dia sampaila aku dan ber'anak satu nie.....





Biar aku perkenalkan diri k... Orang kata "tak kenal maka tak cinta..." (tapi jgn cinta lebih2...aku dah kawin...)...Pengenalan paling simple ialah...nama glamour orang panggil...nor @ ita... Lahir kat Hosp Kajang, Selangor... Taraf pendidikan ...Alhamdullillah berkat doa dan sokongan mak aku berjaya menamatkan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Teknologi) daripada UTM Skudai Johor.... Sekarang dah berkahwin dengan Syam...(Cinta U yang ku bawa ke jinjang pelamin..) dan mempunyai seorang cahaya mata yang comel dan sihat...kami namakan dia Nur Liyana Syafiqah yang membawa maksud "Cahaya Kelembutan yang Tegas..." (dia nie mmg tegas...)
Inilah dia Liyana....


Seterusnya....sekarang aku bekerja sebagai Kerani di sebuah syarikat yang di beri nama..Pusat Latihan Memandu Cemerlang Bhd..lokasi dia kat bangi....Company nie owner dia Chinese...so paham2 jela kalau kerja dgn company nie....Work hard...!!!



Kepada sahabat-sahabat handai kat sekolah rendah....sekolah menengah....u...tempat kerja...dan juga kenalan2 yang secara tak langsung @ tidak yang pernah aku kenali...aku ucapkan ribuan terima kasih....atas segala kerjasama....segala pertolongan...segala pemahaman dan segala-galanya la....
LoVe U aLL....!!!


Sekian....Assalamualaikum dan Salah sejahtera....

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@